nak ikut.....

Wednesday, January 7, 2009

Rejim Zionis berhati binatang!!!

Sudah lama aku tidak baca akhbar, biasanya hanya mendengar berita di TV saja..itupun kalau makan malam dan kebetulan kafe tersebut membuka siaran berita..Wlupun begitu, aku masih mengetahui perkembangan masa kini seperti apa yang di hadapi oleh penduduk Palestin...Pelbagai bantahan telah dilakukan terhadap Rejim Zionis supaya mengadakan gencatan senjata...walaupun aku ini hanyalah insan kerdil yang tidak mempunyai sebarang senjata dan kuasa, namun jika ada peluang untuk membantu rakyat palestin walaupun peluang itu kecil, aku akan cuba turut serta...Begitulah halnya, selepas solat Jumaat yang lepas (2/1/2009), satu perhimpunan aman bagi mengecam keganasan zionis yahudi telah diadakan bertempat di Masjid Sultan Ismail (MSI),UTM...aku dan beberapa orang rakan turut serta bagi menunjukkan kesatuan umat islam menentang keganasan israel...Selain itu. turut diadakan solat hajat di masjid2 seluruh negara..Kita juga boleh sama2 memboikot produk Israel seperti KFC, Mc Donalds, A&W, Coca-cola, pepsi dan lain2 (rujuk: http://www.infopalestina.com/)




perhimpunan aman mengecam keganasan zionis yahudi di UTM


Pagi ni aku harap ada perkhabaran gembira apabila membaca akhbar2 tempatan..namun begitu harapan aku musnah apabila kebanyakan akhbar2 tempatan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan gambar2 yang menyayat hati di muka hadapan.Rejim Zionis bertambah kejam..KEJAM! Membunuh warga tua yang tidak berdaya dan kanak2 yang masih tidak mengetahui apa2 yang berlaku. Di manakan sifat kemanusiaan di dalam diri mereka??Ini sama sekali bertentangan dengan peradaban dan nilai2 kemanusiaan yang bermoral, beretika & bertamadun.

kanak2 yg x mengetahui apa2 turut menjadi mangsa..(sumber:Utusan Malaysia)



mereka hanya bersenjatakan batu untuk melawan rejim zionis (sumber: Utusan Malaysia)



"YA ALLAH. KAMI BERMOHON KEPADAMU DENGAN RAHMAT KASIH SAYANGMU DAN KEKUASAANMU SEMOGA DIKAU LINDUNGILAH SAUDARA-SAUDARA KAMI DI SANA, BERILAH KEKUATAN KEPADA MEREKA UNTUK MENGHADAPI MUSIBAH YANG TIDAK PERNAH PUTUS SEHINGGALAH TIBA DAN SAAT YANG DIKAU TENTUKAN KELAK. HANCURKANLAH YAHUDI DAN SEKUTU-SEKUTUNYA DARI TERUS MEMBEDIL DAN MEMBUNUH HAMBA-HAMBAMU YANG TIDAK BERDOSA.BANTULAH TENTERA-TENTERA YANG IKHLAS BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMAMU DAN TANAH SUCI BAITUL MAQDIS DAN GOLONGKAN MEREKA DIKALANGAN PARA SYUHADA'. UTUSKANLAH TENTERA-TENTERA BANTUAN YANG ENGKAU JANJIKAN UNTUK MENGHANCURKAN MEREKA. YA ALLAH ENGKAULAH TUHAN YANG MAHA MENDENGAR DAN MAHA BERKUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU."

2 comments:

~tHe tRU cOloRs oF 'atiQahadnAn'~ said...

erm.. berdOalah kiter besama-sama untuk kebahagiaan mereka.. semOga roh mereka ditempatkan dikalangan insan yang disayangi Allah S.W.T.. aminnn..

KJ-kun said...

ye..Semoga mereka memperolehi keamanan kembali..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...