nak ikut.....

Thursday, October 24, 2013

Bertuahnya Aku

Kring!!! Kring!!

Sejak kebelakangan ini, aku kerap menerima panggilan telefon dari pelbagai pihak terutamanya daripada Insuran dan Kad Kredit… Aku pun tidak tahu kenapa… Kalau dulu, aku mesti tanya balik mereka, mana dapat nombor telefon aku…. Memang mereka tidak akan beritahu lah…dan selalunya jawapan mereka adalah

“Nombor anda bertuah, anda terpilih daripada beribu-ribu nombor yang ada….”

Ataupun

“Sistem computer yang memilih nombor anda”

Dan yang baru sekejap tadi

“Nombor anda terpilih sebab anda lahir bulan ini”

Yang hairannya, macam mana anda tahu aku lahir bulan ni daripada nombor telefon? Nampak sangat maklumat peribadi aku telah diberikan kepada mereka oleh seseorang atau agensi.



Aku memang tak kan bersetuju pun walaupun dikatakan produknya berkualiti dan aku akan menyesal kalau menolaknya… Cukup la sekali aku sudah terkena dahulu, kata hanya hantar dokumen tidak perlu bayar apa-apa.. Dan tahu-tahu apabila aku semak baki duit dalam bank sudah kena potong Rm 400 lebih…

Kalau betul-betul produk anda berkualiti, kenapa hanya menjual secara tele-marketing sahaja?? Ini kerana apabila aku minta untuk mendengar penerangan secara bersemuka atau pergi ke kiosk produk itu yang terdekat… Mereka semua akan berkata

“Kami hanya jual kat abang dalam talian je, kat kiosk tiada promosi ini… Abang yang sangat bertuah menerima panggilan ini, kiranya kalau abang tidak setuju…abang akan rugi”

Memang aku tidak setujulah!!!

Nota kaki kanan: Betul ke aku bertuah? Aku tidak pernah kena cabutan bertuah, dan kalau masuk pertandingan selalu aku kalah sahaja tetapi kalau aku membawa pelajar bertanding…InsyaALLAH akan ada mata… Harap pasukan petanque trio lelaki KKLJ yang sedang aku bawa ini akan membawa kemenangan….Amin!!!




Nota kaki kiri: Aku selalu kalau terima panggilan macam ini, aku akan buat-buat macam tidak jelas panggilan…dan aku katalah..”Saya sedang memandu!!”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...