nak ikut.....

Tuesday, December 31, 2013

Entri Sepanjang tahun 2013

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2013, kiranya kalau kamu masuk tandas pada jam 11.59 malam ini, insyaallah kamu akan keluar dari tandas pada tahun hadapan heheh

Hari ini, kalau kita baca akhbar….kita akan perhatikan ada sorotan berita yang berlaku sepanjang tahun 2013…

Kalau kita mendengar radio pula, pasti akan ada carta lagu hits sepanjang tahun 2013…

Kalau menonton TV pula, pasti ada senarai berita terhangat tahun 2013…

Jadi tidak sahlah kalau blog aku ini pun tidak menyenaraikan 10 entri terbaik aku sepanjang tahun ini iaitu tahun 2013… walaupun pada tahun 2013 ini lah, aku paling malas menulis entri….atau yang sebenarnya aku agak sibuk heheh

Tempat ke-10: Entri Erti Persahabatan

Wujud lagikah rakan sejati pada zaman ini?? Lebih-lebih lagi generasi-Y yang sudah kurang bersosial secara realiti tetapi sentiasa menghabiskan masa dengan teknologi seperti game…. Ini adalah kisah yang aku lihat dengan mata aku sendiri….Bacalah entri ini untuk mengetahui kisah selanjutnya

Tempat ke-9: Entri akibat suka menunjuk!!!

Entri ini mengisahkan balasan yang aku terima akibat daripada sikap aku yang suka menunjuk-nunjuk… Aku sudah insaf… Jadi jika anda ingin mengetahu apakah balasan yang aku terima…bacalah selanjutnya di entri ini…

Tempat ke-8: Entri Jangan kahwin

Entri ini mengisahkan mengenai jika kita tidak mendapat restu daripada ibubapa, lebih baik kita jangan kahwin…Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bacalah entri ini

Tempat ke-7: Entri Demam Gwiyomi

Kecoh sebentar satu Malaysia mengenai gwiyomi…. dan aku pun turut kena demamnya… adakah aku pun mempunyai video gwiyomi sendiri? Baca entri ini untuk mengetahuinya


Entri ini mengisahkan bagaimana aku sendiri mengalaminya apabila aku berdoa kepada Allah…Ingin mengetahui lebih lanjut…Bacalah hehe


 Entri ini menyenaraikan beberapa alasan mengapa aku tidak menonton filem Malaysia di Panggung Wayang…Bukan kerana aku poyo atau aku anak mat salleh….tetapi aku rasa korang semua pun tahu apa sebabnya….Kalau hendak mengetahuinya…bacalah entri ini…


Entri ini mengisahkan cara yang digunakan oleh orang asli Pahang bagi melupakan seseorang… Kita biasanya apabila putus cinta, kita mesti jadi tidak keruan…asyik teringat kepada bekas kekasih kita… dan yang paling teruk, ada yang cuba membunuh diri…. Apa kata anda cuba ikut tips daripada orang asli ini dengan membaca entri ini dengan lebih lanjut….Mungkin berguna!


Entri ini mengisahkan tips untuk mendapatkan duit raya yang banyak….ia sesuai dilakukan oleh kanak-kanak…Jika anda seorang bapa kepada kanak-kanak, maka anda boleh membacanya untuk diamalkan oleh anak anda heheh…Apakah tipsnya?? Baca selanjutnya di entri ini…

Tempat ke-2: Entri Bukan Kondom Aku!!!

Entri ini mengisahkan mengenai aku, ketua jabatan dan kondom terpakai…. Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bacalah entri ini

JUARA CARTA: Entri kisah di pam minyak

Sudah banyak kali perkara ini terjadi kepada aku di stesen minyak… Ingin mengetahui apa yang terjadi kepada aku?Baca entri ini

Nota kaki kanan: Selamat tahun baru!!! Semoga tahun baru ini membawa lebih kejayaan dan keceriaan kepada kita semua…

Nota kaki kiri: Mungkin ada hikmahnya, esok aku kena kerja…..


Monday, December 30, 2013

Kena “serang” dengan pelajar

Petang tadi. Ketika aku berada di kolej…

Kringg!! Kringg!! Kring!!

Telefon bimbit aku berbunyi. Aku melihat pada skrin telefon aku, tertera nama pelajar aku yang sedang bercuti dan akan mendaftar masuk semester baru esok…

“Ini mesti hendak tanya pasal proses pendaftaran esok….sudah semester akhir pun masih tidak tahu lagi”, rungut aku sendirian

Aku pun mengangkat pangilan tersebut..

“Hello….Assalamualaikum”

“Hello encik….Waalaikumussalam…Oh apabila saya cuti semester, encik senyap-senyap je bertunang ye….tidak bagi tahu saya pun….Ini yang saya tidak puas hati ini”, aku diserang bagai peluru tanpa henti… Bertubi-tubi soalan di tanya  oleh pelajar aku itu….

Selepas penat dia menyerang, aku pun bertanya padanya…

“Macam mana kamu tahu saya bertunang??”

“Daripada facebook encik lah…”

“Eh kan kat situ saya tulis majlis merisik adik lelaki saya”

“Eh yeke encik?....erk erk…Esok pendaftaran pukul berapa encik??”

Aku terus tergelak apabila dia mula tukar topic….sebiji macam pensyarah dia ini, pakar menukar topik hahah…Tapi aku layankan sahaja soalan-soalannya….

Dan apabila aku hendak menamatkan panggilan itu, aku sempat memberitahupadanya

“Jangan risau, kalau saya kahwin nanti…saya akan bagi tahu kamu awal-awal….sempat kamu sediakan hadiah kahwin nanti heheh….” 


Wednesday, December 11, 2013

Dapat Rm 20000!!!

Bertuahnya aku….

Sebelum ini aku sudah dapat, kali ini aku dapat lagi….

Aku dapat lagi satu mesej kononnya daripada Shell yang aku telah memenangi Grand Prize…

Sangat bertuahnya aku kalau betul-betul aku dapat….

Mesej daripada nombor 012-8644516 itu berbunyi begini…

“Your Card telah Berjaya & menangi hadiah GRAND PRIZE dari Shell (M) Berhad RM 20000 Ribu No siri 4D257SR sila dail talian: 012-8643857..www.shell-my.com”

Aku pun gatal membalas mesej itu….

“Poskan cek itu kepada saya ye…sebab saya sedang mengumpul dana untuk menolong mangsa-mangsa banjir ini”

Terus senyap, tiada balasan…Kalau betul-betul dia nak bagi RM 20000 itu, dia mesti akan tanya lebih lanjut dari aku kan??…hehe

Nota kaki 1: Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma barangan terpakai, makanan atau wang kepada mangsa-mangsa banjir….boleh menghubungi aku di facebook… kami sedang mengumpul barangan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa banjir.




Nota kaki 2: Hari ini, aku sangat penat main badminton…walaupun kalah, tetapi aku berpuas hati kerana dapat berpeluh juga heheh

Tuesday, December 10, 2013

Kerana sebatang pokok!!

Petang tadi aku belajar mengenai Chiller dan Cooling Tower dengan kontraktor… Kontraktor ini seorang cina tetapi sangat peramah…kira sebaya pakcik aku….

Uncle ini sangat peramah, habis semua benda dia hendak berborak….daripada kisah penyaman udara sehinggalah kisah hidup dia….siap uncle ini tanya satu soalan cepu cemas pada aku lagi…

“Eh, you sudah kahwin ke??”

“Belum lagi lah….saya masih muda”, kata aku sambil gelak memandangnya….

“Takkan kerana sebatang pokok, habis satu hutan you tidak suka”

Aku tergelak mendengar kata-katanya….Manalah dia dapat pepatah itu….



Pepatah yang betul….”Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor”… heheh.. Tetapi dari kursus komunikasi yang aku pergi baru-baru ini…tidak penting bagaimana sesuatu komunikasi itu disampaikan, janji ia dapat difahami…itulah kepentingan komunikasi…


Nota kaki: Bukan aku tidak suka hutan…tetapi hutan itu penuh misteri dan dugaannya

Tuesday, December 3, 2013

Oh My Gambang!!!

OMG!!!

Oh My Gambang!!!

Tetiba aku baru teringat ada 7 keping tiket taman tema air ‘Gambar waterPark’ yang sudah dibeli awal tahun ini, aku tidak gunakan lagi….Tarikh luputnya sehingga hujung tahun ini…


Jadi aku sudah rancang untuk pergi ke sana hujung minggu ini…..Tak sabar untuk bermain air

TIBA-TIBA,

Aku dapat khabar berita yang Kuantan sudah dinaiki air….BANJIR!!!!! Kiranya jalan ke sana sudah tutup atau terputus….


Mesti ada hikmahnya….Semoga banjir ini cepat surut….dan mangsa-mangsa banjir ini sabar menempuhi ujian Allah ini…. Kalau sempat, dapatlah aku pergi Gambang Water Park..


Nota kaki kanan: Bagaimana dengan tempat aku belajar dulu…KolejMatrikulasi Pahang?? Kongsi sikit perkembangan banjir disana…

Nota kaki kiri: Dapatkan tiket konsert percuma kumpulan K-Pop di sini 

Instagram: khairuljohari86
facebook: Kj Kun
Wechat: kj kun

Sunday, December 1, 2013

Rasa hingga kenyang….

Pagi tadi aku menonton siaran Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV 9….ada satu slot Hanya di Malaysia…

Ia mengisahkan tabiat rakyat Malaysia yang suka rasa hingga kenyang…

Terus aku teringat semasa aku kecil-kecil dahulu, aku ini suka sangat ikut ayah aku pergi pusat membeli belah…. Biasanya kalau kat shopping complex mesti ada orang yang jaga booth untuk bagi rasa tester… Aku akan rasa semua yang ada dalam shopping complex tu, dan biasanya aku sanggup untuk beratur kembali bagi produk yang sedap la heheh…

Kalau pergi ke pasar malam atau gerai jualan, biasanya kita akan minta untuk rasa dulu baru belikan…. Kalau puas hati dengan rasanya, baru kita akan beli…betul tak?? Betul…betul…betul… hehe

Tetapi ada yang rasa sampai sendawa kekenyangan hehe…kemudian tidak beli atau hanya beli sedikit bagi menjaga hati penjual….aku biasa buat dulu hehe…

Tetapi dulu je aku buat, sekarang aku tidak buat lagi….kalau aku sudah rasa sesuatu produk tu je….aku akan pastikan aku rasa sekali je dan akan membelinya…. Ini kerana aku pernah bertanya mengenai hal ini pada ustazah aku semasa belajar dulu….

Apa jawapan ustazah aku? Ini adalah jawapan ustazah aku…. Haram kita merasa makanan itu jika memang dalam hati kita tidak berniat langsung untuk membelinya selepas itu… sekadar rasa untuk suka-suka…. Ini bagi produk yang tidak menyediakan tester lah….

Gambar Google

Nota kaki: aku pernah pergi ke pasar malam, dan lihat seorang makcik ini ingin membeli rambutan… tetapi dia pilih satu-satu biji masuk ke dalam plastik….penjual rambutan itu hanya mampu menggelengkan kepala sahaja….aku hanya tergelak melihat gelagatnya….hanya di Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...