nak ikut.....

Friday, October 31, 2014

Kisah Hari Jadi Aku

Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ini untuk terus berbakti…

Dan hari ini, adalah hari lahir aku yang ke…… masih lagi 2 series hehehe… terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan hari lahir kepada aku di Wechat, Wassap, Mesej, Facebook dan lain-lain…. Walaupun bangun sahaja pagi tadi tengok ada mesej yang menyakitkan hati ada orang tabur fitnah, tapi malas nak layan…. Sebab aku nak enjoy je pada hari jadi aku…

Terima kasih kepada rakan aku yang menyambut birthday aku awal seminggu minggu lepas….dia belanja aku Seoul Garden….dan semalam kejutan hari jadi daripada pelajar senior dan fasilitator hari suai kenal…. Memang rancang baiknya, tapi nasib baik tidak kena baling tepung macam tahun lepas…..tahun ni kena tonyoh kek kat pipi je….

Dan kebanyakan ucapan yang aku dapat, semoga cepat dapat jodoh….termasuklah ucapan dari Ibuku hehehe…aku Aminkan je….tahun ni, tahun kedua aku tak dapat lagi mesej ucapan dari ayah aku….aku suka baca mesej ucapan dari ayah aku sebab….mesej ucapannya yang selalu paling panjang heheh….Rindu Abah!!! Alfatihah….

Apa-apa pun terima kasih semua….. Katanya kek ini dari Medan…Tapi bukan Medan Indonesia la heheh


Nota kaki kanan: jangan menabur fitnah...sesungguhnya org yang menabur fitnah tidak akan masuk syurga...jangan nanti sampai merangkak untuk meminta maaf!!‪!

Friday, October 24, 2014

Apabila orang mati berdendam....

Apabila orang mati berdendam……maka akan….

Chop!! Chop!!!

Ini bukan entri seram…tetapi aku nak mengulas mengenai filem “Dendam Orang Mati” dari kaca mata aku sebagai penonton…Jadi jangan marahlah kalau pandangan aku ini berbeza dengan pendapat anda…



Semalam, hari pertama tayangan filem ini, aku telah ‘terjebak’ menontonnya….Pada mulanya aku tak nak pun tengok filem ini…sebab dalam fikiran aku, buang duit, masa dan tenaga tengok cerita melayu kat wayang…lagi bagus dan berkualiti drama cerekarama kat TV tu….

“Jom tengok wayang Dendam Orang Mati”, ajak kawan aku

“Cerita apa tu?? Malas lah”, balas aku pada mulanya

Itu mesej pertama aku sebelum aku mengetahui mengenai filem itu…..dan ketika aku menonton TV ada promosi mengenai filem itu…..Filem Dendam Orang Mati adalah lakonan Lisa Surihani, Fizz Fairuz dan Miera Liyana… dan terbitan KRU STUDIOS…. Aku apa lagi, terus mesej kawan aku tu semula

“Eh, Jom tengok filem Dendam Orang Mati”

“Kenapa tiba-tiba setuju? Mesti sudah tengok iklan kat mana-mana ini”

Aku hanya gelak…Sebab aku nak tengok filem ini hanya ada dua sebab sahaja….Pertama sebab Lisa Surihani dan kedua adalah filem ini terbitan KRU Studios yang selalu mengeluarkan filem yang tidak mengecewakan….

Dan apabila selesai aku menonton filem ini semalam….aku agak kecewa dengan filem ini terutamanya CGI nya yang teruk…..tak perlu nak buat filem yang canggih-canggih tapi nampak macam kartun…. Lakonan lisa surihani terbaik tetapi tidak dapat menutupi kekurangan ini….dan cerita ini tidak ada lah seseram mana yang seperti dicanangkan kononnya terbaik…..bagi aku muzik dia terlalu kuat tu yang menyebabkan asyik terkejut je….


Akhirnya, filem ini telah buat aku berdendam dan boikot filem melayu…tunggu raya atau cetak rompak je kalau nak tengok filem melayu….dah la aku boikot semua filem seorang professor tu…. Daripada 10, aku bagi 5 la…. Itupun kerana lakonan lisa…Apa pendapat anda mengenai filem ini?

Saturday, October 18, 2014

Hari untuk Miss Vivi

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun hari ini…… hari ini aku rancang untuk meluangkan lebih masa dengan Miss Vivi…..sebab esok aku akan tinggalkannya 3 hari…aku ada bengkel di Pulau Pinang…..

Hari ini aku hendak menghantar Miss Vivi buat rawatan dalaman…atau bahasa mudahnya pergi servis hehe….. Miss Vivi paling suka pergi servis tapi tuan dia ni yang sedih….habis juga lah beratus….tidak apa, janji jangan Miss Vivi buat hal tengah jalan sudah….setakat ini…alhamdulilah…tidak pernah Miss Vivi buat ragam di tengah jalan….walaupun hampir satu semenanjung Malaysia, Miss Vivi sudah jejak…..dari Perlis sampai Johor…..



Aku biarkan Miss Vivi bermanja-manja dengan orang Perodua….usha-usha pakwe kelilingnya…aku pula berborak dengan Penasihat Servis…Cik Syazana…saja tanya-tanya pasal adik angkat Miss Vivi….Miss Axia.. Ni kalau Miss Vivi tahu, mesti merajuk hahah.. Aku perhatikan je Miss Vivi dari jauh….


Selepas, doktor perodua kata Miss Vivi sihat…..aku bawa Miss Vivi pergi mandi….. setakat ini, aku puas hati dengan Miss Vivi…dan aku juga puas hati dengan Pusat Servis Perodua ini….layanan tip top!!!

Nota kaki kanan: Esok aku berbengkel di Penang selama 3 hari...tidak dapat sertai program ini....


Friday, October 17, 2014

Setiap semester ada kisahnya…

Semalam, berakhirlah sudah peperiksaan akhir kelas aku, Semester 4…. Selepas ini, mereka semua akan merantau seluruh tanah air untuk praktikal dan bekerja, mungkin juga ada yang akan menyambung pelajaran….akan melihat dunia sebenar yang penuh cabaran dan dugaan…. Adakah akan bekerja dalam bidang yang mereka belajar, atau beralih arah menukar angin…

Isnin depan mereka ada rombongan unit ke Perak selama dua hari satu malam….tetapi aku tidak dapat menyertainya kerana ada bengkel di Penang….Kira semalam hari terakhirla aku berjumpa mereka… dan semalam rezeki mereka, ada yang belanja pizza….tetapi bukan akulah heheh…aku hanya tumpang makan je…terima kasih hamba Allah tersebut (tidak dibenarkan umum nama)…..

Dan semalam juga, sesi bergambar, bersalam dan luah perasaan… ini yang bab aku sangat terharu….

Tiada yang dapat membanggakan seorang pensyarah, melainkan melihat anak didiknya Berjaya… kata-kata terima kasih yang diungkapkan oleh mereka semalam sangat mengharukan aku….. (mesti ada yang potong bawang dalam ofis aku semalam)

Aku hanya mendoakan mereka semua Berjaya di luar sana…Jika lepas ini nak tanya apa-apa, hanya hubungi sahaja….dunia tanpa sempadan sekarang…ada wechat, wassap, facebook, instagram dan lain-lain



Setiap semester ada kisahnya…setiap pelajar ada ragamnya!!!


Nota kaki kanan: Semua orang adalah pendidik….ada juga benda yang aku belajar daripada pelajar aku….

Nota kaki kiri: Adakah anda seorang yang kreatif? Kalau ya jom klik SINI . Jika anda ingin menyambung pelajaran dalam bidang pastri, akauntansi, automotif dan servis penyejukan dan penyamanan udara, jom daftar di Kolej Komuniti Ledang

Nota tangan kanan: Anda rasa artis Malaysia mana yang paling penakut dan jerit macam pontianak? Klik SINI kalau nak tahu..

Wednesday, October 15, 2014

Awak Busuk!!!

Anda pernah kena tegur sebab bau badan yang busuk?

Anda pernah menegur orang sebab bau badannya busuk?

Sebenarnya, bagaimana cara terbaik untuk menegur seseorang yang badannya berbau busuk?? Tak nak lah sampai orang tu tersinggung atau terasa hati dengan kita…. Bagaimana ye??



Alkisahnya, entri ini tercipta sebab kejadian pagi tadilah…..rakan sekerja aku ada bau sesuatu yang kurang menyenangkan pada seseorang….tetapi akibat kesangsian dan ketidakpercayaan pada hidungnya, dia boleh pulak menyuruh aku pergi ke individu tersebut… dengan menggunakan kuasa hidung aku yang macam serombong kapal…aku pun terbau benda yang sama….kembang kempis hidung aku…. Tapi aku tak sanggup atau bahasa betulnya aku tak pandai nak bagi tahu tanpa menyinggung perasaannya….

Bagi aku senang kalau kita nak menegur kawan baik, sebab kawan baik ini biasanya tak kan tersentuh dengan kata-kata kita….sebab kita biasanya boleh pukul tampar…..makan sepinggan…kongsi rahsia… kiranya sentiasa bersama…jadi teguran kita tu adalah untuk kebaikannya….

Tapi masalahnya sekarang, bagaimana nak menegur kawan biasa…..yang jarang-jarang kita bercakap atau orang yang baru kita kenali?? Tak kan nak terus kata “Awak Busuk!!!”…Silap-silap ada yang makan penampar buaya nanti hehhe…..

Tapi apabila aku tanya dalam group wassap aku….macam-macam idea dicadangkan

“Bagi deodarant”

“Buat macam iklan tak nak merokok tu…tutup hidung sambil libas-libas tangan”

“bawa dia pergi supermarket tempat test minyak wangi…sembur kat dia….jadi dia tak terasa”

“Buat-buat tanya….ada bau pelik tak? Kalau dia sudah tersedar….dia faham-faham sendiri”

Macam-macam cadangan dikeluarkan….tapi kalau dia bestfriend aku…aku cakap je “Awak Busuk!!!”


Nota kaki kanan: Lebih baik badan berbau busuk daripada busuk hati

Nota kaki kiri : Apa perasaan anda apabila sedang tengok cerita seram seperti INI....tetiba bau busuk muncul menusuk hidung anda?

Nota tangan kanan: Jika anda tidak mahu bau busuk tetapi mahu bau asap motor lumba...Jom join GAME ini.

Nota tangan kiri: tiada masalah yang tidak boleh diatasi. Cuba tengok INI

Tuesday, October 14, 2014

Ingin menjadi kaya?

Sejak kebelakangan ini, email aku, wechat, facebook dan lain-lain sering dilimpahi dengan undangan untuk menjadi kaya…

Mudah sangat ke menjadi kaya?? Siap ada yang bagitahu dengan yakin dalam masa 7 hari boleh menjadi OKB….orang kaya baru….

Aku ni memang susah percaya sikit…..sebab aku pernahlah juga membaca buku-buku autobiografi dan motivasi orang-orang kaya Malaysia seperti Irfan Khairi, Tan Sri Mokhtar al-Bukhari dan lain-lain….hampir semua mereka kata, tidak semudah itu untuk menjadi kaya…..

Dan yang aku peliknya, hari-hari post duit masuk dalam akaun bank….siap tebal-tebal ikatan duitnya…sambil membuat simbol bagus (macam kacang Cap Tangan Ngan Yin )…bukan aku irihati….tapi aku bangga rakyat Malaysia ramai yang kaya raya…..tapi aku peliklah dengan beberapa perkara….anda semua pelik juga tak?



Pertama sekali, kalau seseorang itu sudah kaya….adakah dia akan mengajar orang lain untuk kaya?? Kebiasaannya orang akan diam kalau dia tahu cara pantas nak kaya….melainkan hati dia sesuci murni seputih kain kapan….betul tak? Kalau ada, Alhamdulillah!!!!

Keduanya, adakah anda pernah nampak orang-orang kaya Malaysia seperti Robert Kuok, Ananda Krishnan ataupun Tan Sri Mokhtar al-Bukhari bergambar dengan duit tebal-tebal? Siap baring atas duit-duit mereka?? Aku dah cuba Google tapi tak jumpa pula hehe… Tapi kenapa OKB banyak bergambar dengan duit?



Ketiga, Betul ke dalam masa Sehari boleh dapat RM 1000, Seminggu RM7000, dan Sebulan RM30000 ??…Aku hanya pandai matematik je….jadi biar aku kirakan maka setahun lebih kurang  RM 365 000?? Betul tak?? Okay-okay kita tolak hari cuti dan hari MC ketika sakit….katakan ambil lah RM 300 000…. Maka hukum logik akal dan rumus tambah tolak darab dan bahagi tidak termasuk logarithma dan eksponen….tahun ketiga sudah menjadi jutawan?? Wow pakcik kaya!!!! Amin….boleh pergi umrah balik hari ini…..

Jadi aku nak nasihatkan lah kepada sesiapa yang terniat secara sengaja atau tidak untuk add facebook atau wechat aku (guna kaedah shake atau people nearby) dan promosi program Jom Kaya Segera tu…hentikanlah…. Aku akan block….tetapi kalau ada sesiapa yang nak betul-betul bincang pasal dunia usahawan dan bisnes… digalakkan lah add aku…boleh kongsi-kongsi pengalaman…..


Nota kaki kanan: Biar kita miskin di dunia tetapi kaya di akhirat…Jangan nak cepat kaya di dunia, kita menipu dan menganiaya orang lain

Nota kaki kiri: Nak dapat duit cepat? Jom join INI

Nota tangan kanan: Bila la aku boleh dapat lagi satu payung Petronas ni...Kat SINI kata boleh redeem

Wednesday, October 1, 2014

Minyak Oh Minyak

Minyak Naik boleh bikin naik minyak aku ni…. Eh silap ayat aku…bukan minyak naik tetapi subsidi diturunkan…..

Arghhhh!!!!....Aku tak kisah kalau benda lain naik harga selain daripada minyak, elektrik atau air…sebab benda-benda ini kalau naik secara automatic semua barang akan naik harga juga….. tapi gaji tak naik-naik juga….

Kebetulan aku memang nak isi minyak tadi, sekali penuh semua stesen minyak…siap ada yang tuang dalam botol-botol….Memang hanya naik 20 sen sahaja…dan pasti ada yang akan kata apa nak kecoh-kecoh setakat 20 sen saja… tapi seperti aku kata tadi, ia akan beri kesan pada semua…tidak percayalah tengoklah nanti…..aku nak tengok harga pembekal barang-barang koperasi, naik tak harga???

Dan hari ini, aku rasa PM kesayangan kita Dato Seri Najib paling popular dan menjadi trending….gambar beliau penuh dalam handphone aku, apabila ramai orang hantar pada wassap, facebook, wechat dan lain-lain lagi….

Harap ada berita gembira lain di bulan Oktober ini….Jangan menjadi Tragedi Oktober!!!



Nota kaki kanan: Ada hikmahnya rupanya aku menang cabutan bertuah basikal tempoh hari….nasib baik tak jual lagi…


Nota kaki kiri: kalau buat inovasi bahan pengganti minyak ni, mesti dapat gold medal!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...