nak ikut.....
Friday, July 17, 2009
Maaf, aku tak dpt jd cikgu…
Sunday, July 12, 2009
Mood Kahwin Datang Kembali…
hidayat (sepupu aku) & hasyimah
Pakcik aku sedang menepung tawar.. p/s: mak sedara aku x bg aku menepung tawar...katanya nanti jodoh aku cpt..btul ke?
GAMBAR TERBAIK!!!
Aku dapat tngkap gambar pakcik berkepala botak..tetiba cross dpn kamera aku...hbs kamera aku rosak lepas tu..sebab cahaya yang berlebihanTuesday, July 7, 2009
Terlebih kreatif….
Di YouTube, video itu sudah disaksikan oleh berjuta-juta penonton selepas ia dilancarkan. Salah seorang yang dah menonton video itu ialah aku…Korang bila lagi nak tengok? Baik cepat sebelum ia dihapuskan heheh
Gambar Kenangan 001
Bila aku melihat gambar ini, aku mulalah terbayang saat-saat indah kehidupan aku sebagai seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh). Dalam gambar ini (dari kiri): Nicole, Phing Phing, Zabedah, Haida, Wan Faizurah, aku, Fitri dan Hanif.. Gambar ini diambil ketika sesi LDK..Aku dah lost contact dengan mereka semua...jika mereka terbaca blog ini (mana lah tahu kalau diorang search nama diorng kat google hehe), silalah tinggalkan no. telefon di email aku... khairul_khai86@yahoo.com
Monday, July 6, 2009
Aku belum pernah mengundi….
Sekarang ni, negara kita sekali lagi terasa bahang pilihan raya terutamanya penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai la….Hari ini merupakan hari penamaan calon…Keputusan Pilihan Raya ini amat penting kerana ia menjadi tanda aras kepada kedua-dua parti yang bertanding (BN & PAS). Aku x pernah kisah pun sape2 yang menang, tapi aku harap calon yg menang itu akan kotakan janji dan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin…jika tidak, tunggu lah plhan raya seterusnya… xada lg undi buat mu…
p/s: aku pernah sekali je AFUNDI pelajar AF….sebab aku rasa dia memang berbakat…tapi hari aku undi dia, dia pun tersingkir huhhhu…sape plajar tu??mana bleh bg tahu…kesimpulannya, jangan lah suruh aku mengundi..nanti kalah hahhaa
Saturday, July 4, 2009
Aku mula suka tenis
bila lah dapat main tenis dgn diorng lagi nie..Sunday, June 28, 2009
Mampukah Filem berdakwah??
Dari plot penceritaannya memang akan menarik orng untuk menonton filem ini, tetapi perkara utamanya mampukah ia berdakwah dlm masa lebih kurang 2 jam tayangan?? Sedangkan penonton yang hendak didakwahnya telah berlajar ilmu agama bertahun-tahun pun tidak mampu berubah inikan pula dalam masa 2 jam… Aku bukan anti mana-mana pihak yang berusaha melakukan sesuatu untuk tujuan berdakwah, tetapi biar lah realistik sikit… aku harap filem ini akan lebih dakwah nya daripada perkara lain.. means 15 minit pertama just tunjuk hbungan gay dan yang baki tayangan menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung akibat hubungan terlarang ini… Habis lah aku kalau Raja Azmi baca entri ni..mahu dia kata…”Wahai En. KJ, Ko buatlah filem ko sendiri!!”.. hahah..
Bagaimana pemilihan pelakonnya? Aku dengar ramai pelakon2 hebat yang disenaraikan seperti Zizan Nin, Kefli (AF3), Ryzal, Norman Hakim, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi dan lain-lain… Owhh kita biasa TERbaca diakhbar (ayat standard pelakon..), jika nak menjiwai sesuatu watak itu, mereka perlu mengkaji watak itu terlebih dahulu…jadi jangan lah terkejut eh jika Melodi terjah ke kelab Gay ternampak kelibat mereka…itulah yang dinamakan.. MENJIWAI WATAK….haha
(kredit: murai.com.my)p/s: harap x dengar berlakunya cinta lokasi di antara pasangan dalam filem tersebut…seram!!
Friday, June 26, 2009
1 hari, 3 berita kematian
Michael Jackson
Pagi tadi, selepas solat subuh…aku pun buka tv…saja nak tengok Malaysia Hari Ini (MHI), aku terkejut apabila Wardina memberitahu yang Michael Jackson sudah meninggal dunia..Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia selepas jantungnya gagal berfungsi. Aku terasa terkejut sangat dan sedih seperti terasa satu kehilangan yang besar. Mungkin sebab aku membesar dengan lagu2nya…
Anak Hamster aku
Hari ni juga…tetiba aku terasa untuk mengemas rumah hamster aku…slalu aku layan hamster2 aku pada belah petang…tapi ntah la terasa nak buat pada waktu pagi pula…aku terkejut apabila seekor anak hamster aku yg baru berusia 3 minggu (pandai berjalan tapi x buka mata lg) mati… kerana terhempap dengan roda putarnya..mgkin korang akan kata “ala just anak hamster je”.. tapi aku sedih bila tngok mak nyer x bergerak dari anaknya tu dan x bagi aku ambil anak nya itu… terpancar jelas kasih ibu walaupun ia hanya haiwan…
Nenek kepada aimi
Tetiba aku dapat msj daripada Aimi dalam pkul 8.54 pagi…mesejnya berbunyi “Kj, nenek aku dah meninggal”…aku tahu perasan dia ketika itu…aku tahu dia terlalu syang akan nenek dia.. sejak kebelakangan ini, dia slalu msj aku mncritakan kerisauan dia terhadap kesihatan nenek dia tapi dia tidak boleh berada di sisi nenek dia sebab dia perlu berada di UTM bg menyelesaikan PSM nya…dan ketika entri ini di tulis, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya…Aimi, tabah lah…kitorang, kawan2 ko masih ada disisi ko..
Thursday, June 25, 2009
Bestnya jika ada kembar…
Aku pernah dengar orang kata, dalam dunia ni akan ada 7 orang yang muka hmpir sama dengan kita...dulu aku x percaya...tetapi selepas kejadian di pusat tusyen semasa aku form 3, dimana ada budak form 2 beria2 kata yg aku senior kat sek menengah dia...aku menafikan sebab memang aku bukan pelajar sekolah tue dan aku x kenal budak tu...tetapi dia kelihatan bersungguh2....last2 aku iyakan aje supaya dia rasa tenang dan tenteram haha... mungkin ini helah nak berkenalan dgn aku kot (terperasan plak aku ni hahah)...dulu aku memang guna taktik tu...klu aku nak berknalan dgn seseorang aku akan start cakap..."eh muka awak mcam kawan saya lah""eh muka awak macam adik saya lah""eh muka awak macam makcik saya lah" dan sebagainya....sekarang dah tak k!!! klu aku ckap mcm tu, bermakna memang aku maksudkannya...aku dah berubah hahahp/s: Dulu2 aku selalu bercakap depan cermin…konon2nya aku bercakap dengan kembar aku lah hahah
Wednesday, June 24, 2009
Aku perlu memilikinya…
Aku telah berniat…aku mesti mencegah virus tersebut daripada sempat ia singgah kat diri aku nie… ya aku mesti memiliki satu penutup mulut…ish mana aku nak cari penutup mulut warna hijau ni?? Yang serupa macam dia…Comel je aku tngok dia pakai hahah… bila mata aku bertentang dengan mata dia…hati aku mula berdebar2…berdengup dengan kencang…aku mula berpeluh dengan banyaknya…Kenapa?? adakah ini bermakna aku mula dapat kesedaran dan takut kepada bahayanya virus influenza A (H1N1) selepas aku melihat gadis ini?? Aku tekad aku mesti memilikinya…PENUTUP MULUT itu..


Jujur lah berkawan, wahai kawan siber…
Aku mencari kawan siber bukan kerana aku x ada kawan dalam dunia realiti..tetapi aku memang suka berkawan…bukankah berkawan biar seribu berkasih biar satu?? Dengan dunia siber, kita boleh berkawan dengan ramai orang di pelosok dunia ini selagi diorang terima rangkaian internet ini haha… tetapi satu je masalah jika berkawan dalam dunia siber ini…iaitu KEJUJURAN…
Berbalik kepada rakan yang aku berkenalan di YM ni..aku panggil dia S aje bleh??(bukan nama sebenar haha)…aku x tahu dari mana dia dapat YM aku.. Dia kata nak berkawan dengan aku, aku x kisah pun berkawan dengan sape2…aku ni jenis yang x memilih kawan dan x suka mencari musuh…walau pun aku tahu ada orang yg hendak bermusuh dgn aku…xpe2 aku tetap anggap dia kawan aku…ok S ni pun ber YM dengan aku…aku layan mcm kawan lah…last2 dia minta gambar aku..aku just bg link frenster aku…pandai2 lah dia tengok sendiri hahah.. aku pun mnta gmbar dia…dia pun bglah…tapi dia tersilap langkah apabila dia send beberapa gambar kononnya gambar dia tetapi yang sebenarnya adalah gambar kawan baik aku…ish apa la…nak tipu pun biar lah bijak skit…aku balas kat S…apsal dia tipu?? X yakin dgn rupa sendiri ke smpai guna gmbar orng lain…sejak ari tu S x berhubung dgn aku lagi…Aku x pernah kecewa jika dipinggirkan oleh kawan2 tetapi Aku kecewa, jika tiada kejujuran dalam berkawan. Bukan bersedih, bila diri disakiti tetapi Teramat pedih diri, bila dikhianati.
Ish tetapi ada juga kawan siber aku yang baik dan jujur…seronok berkawan dengan mereka… seperti Annas, Ain, Reza, Wawa, Nash, Azam dan ramai lagi (kalau sebut semua, panjang plak entri ni jadi korang just isi kat tmpat kosong ni __________ hahaha )


p/s: 1 hari CINTA dan KAWAN b'jln2 dlm kampung. Tiba2 CINTA terjatuh ke dlm telaga. KENAPA?? krn....CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dlm telaga. Knp?? kerana...Kawan akn buat apa saja demi CINTA. Di dlm telaga CINTA hilang..Kenapa?? kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, apatah lagi dlm telaga yg gelap. Sedangkan KAWAN masih tercari dimana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?? kerana...KAWAN ITU SEJATI.
Thursday, June 18, 2009
Zoo Rumah Kedua Aku??
a) Zoo Negara
Ini adalah zoo yang paling kerap aku kunjung…yelah sebab dekat je dgn rumah aku…paling last aku pergi ke situ adalah dengan Roy…tetapi just lepak kat luar pintu pagarnye je…Sebab apa?? Ini lah yang nak diceritakan…kitaorang gigih beli pelbagai stok makanan..ala2 mcm nak berkelah dalam zoo Negara tu..setibanya kitaorang nak beli tiket masuk…mak oii mahal kemain..dah naik brapa kali ganda ntah..selepas membuat pertimbangan sewajarnya..kami x jadi msuk..just berkelah di luar, menghabiskan makanan yg dibawa tu..sambil tngok awek2 yang lalu lalang… berbaloi kan??hahah
b) Zoo Melaka
Ini juga antara zoo yang kerap aku kunjungi…biasa lah dekat dgn kampung aku…kalau x pergi, baik aku x mengaku jadi anak orang Melaka hahahha
c) Zoo Kuantan
Roy telah membawa aku mengunjungi zoo ni ketika aku lepak seminggu di rumahnya dulu. Zoo ini agak kecil dan tiada bayaran masuk dikenakan..tapi x kisah lah…asalkan ada haiwan di dalamnya hahah
d) Zoo Johor
Ni kira zoo yang terkini aku kunjungi…bayaran masuk agak berbaloi dan logik akal lah berbanding zoo Negara….Haiwan2 nyer agak banyak dan sihat2…





p/s: Selamat bercuti-cuti Malaysia...
p/s/s: Apsal eh orng x bela hamster kat zoo tapi angsa dan itik diorang bela?? Adakah hamster di anak tirikan??
p/s/s/s: teringin sangat nak pergi zoo taiping..Bila lah bleh pergi??
Wednesday, June 17, 2009
Salah ke aku baca free??
TIBA-TIBA…..aku terdengar sesuatu..
Perempuan: Eh, dia baca majalah ujang lah…
Aku tersipu-sipu malu sebab diperkatakan dan diperhatikan oleh mereka…Sambil tu telinga aku terpasang macam piring Astro untuk mendengar perbualan mereka…
Pengkid: Kesian…tak mampu nak beli la tu..
Aku tersentap gler dengar ayat si pengkid tu..aku terus bangun dan simpan majalah Ujang tu dan ajak Roy keluar dari MPH tu…Salah ke kami membaca majalah itu secara percuma?? Kerajaan perlu menyaman si pengkid tu sebab dia telah menggagalkan usaha murni kerajaan untuk membudayakan membaca di kalangan rakyat Malaysia.
p/s: Aku tahu si pengkid tu jeles dan terasa tergugat kerana awek dia berkenan pada aku tu hahahha
Tuesday, June 16, 2009
Abang KJ @ Kau??
p/s: korang jangan ingat AS dan Roy tu masih budak sekolah menengah tau…diorang tu sebenarnya dah layak jadi mak & ayah budak hahah
p/s/s: Budak perempuan berumur dalam lingkungan 17-22 tahun saja yang boleh panggil aku abang KJ eh hahah...lagi panjang diorang sebut 'abang'...lagi aku sayang hahaha
Saturday, June 13, 2009
Name in foreign language?
Friday, June 12, 2009
Orang Terengganu, Kekasih yang Setia??
p/s: Aku mula lebih mesra dan lebih tersenyum pada awek2 terengganu sekarang hahahha…
Pulut Kuning di pagi hari…
Monday, June 8, 2009
Teguran Cara Penampilan Aku..
a) Batik + jeans
Ini antara cara pemakaian aku yang ditegur oleh ramai orang…Kes ni berlaku pada malam perasmian “club night”.Penat aku nak explain pada setiap orang yg bertanya mengenai seluar jeans aku yg tidak sesuai dipakai ketika itu..Rasa nak naik atas pntas buat pngumuman je…aku x pakai seluar slack malam tu sebab ia tertinggal kat rumah…dan dalam almari aku hanya ada seluar jeans je…kang aku x datang majlis tu lg ramai plak yang bertanya huhu

b) Beg
Dulu aku selalu bawa beg ke mana2 walaupun tidak mengisi apa2 di dalamnya..saje je..kalau beli barang nanti senang je letak dalam beg tu…beg paling teruk kena kutuk yang sampai sekarang aku ingat adalah beg yang aku bawa g genting ni hahaha…dari jauh dah dapat lihat aku kan…

c) Cermin mata
Aku start pakai cermin mata masa aku form 5…aku rabun jauh..tapi power tak adalah tinggi mana pun..just 50 utk mata kiri dan kanan..aku ingat lagi masa form 5, budak2 kelas aku termasuklah cikgu bm aku..pnggil aku Prof…Amin..mudah2an menjadi kenyataan hahah. Setakat ni dah 6 kali aku tukar spek (sebab pecah + hilang)…dah pelbagai bentuk aku pakai.. berbingkai penuh, separa atau x de bingkai…tetapi spek yang paling ramai tegur n pling lama bertahan (2 tahun) adalah spek biru aku ni…hahah..sesuai tak aku pakai spek ni??

d) Topi + Rambut x bersikat
Dulu, bila aku nak keluar rumah mesti aku pakai topi…x kira lah pagi, petang atau malam.. Sebab? Aku malas nak sikat rambut hahaha…tapi skang aku dah 2 tahun x pakai topi..keluar rumah dengan confident je..just guna sikat asli iaitu jari2 aku utk menyikat rmbut hahaha
p/s: Mula berfikir utk mencari isteri supaya sentiasa dapat menjaga penampilan aku hahaha
Sunday, June 7, 2009
Kisah di Panggung Wayang
Semalam, cuti umum sempena hari keputeraan agung..Jadi aku mengambil kesempatan untuk keluar berjalan-jalan (haha ayat aku mcm aku dah keje plak..). Aku dan Roy telah bersepakat untuk tengok filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) di panggung wayang, Mines..Kenapa kat Mines?? Sebabnya.. pastu nak pergi gak Read Malaysia’09 International Book Affair (akan aku citer dalam next entri)…
Aku gigih bertolak dari rumah jam 9.30 pagi…sebab tayangan early bird JPBC adalah pkul 11 am…aku ingatkan sempat sampai..tetapi terlewat 15 minit…ini semua sebab Komuter la…lembap…habis aku “ditembak” oleh Roy dari Komuter Serdang sehinggalah ke Mines…hahah…Sampai kat panggung wayang nya…kitaorang tngok next show JPBC adalah pkul 1 pm..ada dalam sejam setengah kena tnggu.. tak kira…aku dah berikrar..hari tu juga kena tngok JPBC…sebab dengar ura2 cam best je…aku beli lah 2 tiket wayang dan biasanya aku akan plih sit line J haha (klau nak cari aku..tngok kat line J r…)..sementara nak tnggu pukul 1 tu kitaorang pergi lah melantak apa yang patut…
Pkul 1pm, kami pun masuk k panggung wayang…tetapi Roy nak beli pop corn gak walaupun kitaorang dah makan tadi….katanya tak best kalau tak kunyah something dalam pnggung wayang n tngok orng lain makan je.. haha bleh plak alasan tu kan….
Aku msuk panggung..terkesima aku..ini lah first time aku tngok wayang hampir penuh kerusinya diduduki…x hairanlah kalau filem ini boleh box office nanti… Tayangan JPBC pun bermula…cerita ni memang kelakar…tetapi agak lmbat “panas” la…dalam setengah jam pertama, aku boleh menghitung berapa kali je aku gelak….efek seramnya pun suam2 kuku… memang la ini filem seram komedi…tetapi rasa mcm x menjadi je..ada rasa ‘kekurangan’ sesuatu… setakat 30 minit tayangan JPBC, aku boleh bagi 1.5 dari 5 bintang…tetapi kenapa 30 minit je aku tngok dan nilai?? Adakah aku tertidur selepas itu??
SEBENARNYA….
Seluruh panggung wayang tersebut terputus bekalan elektrik…ntah lah..menurut kakitangan di situ, bilik bekalan kuasanya terbakar…bleh plak diorang minta penonton wayang semua datang minggu depan utk menyambung tngok filem masing2…ingat masa kitaorang ni just utk tngok wayang je ke??x kira nak gak balik duit wayang tu…last2 diorng terpaksa memulangkan balik duit kami…setakat 30 minit tygn JPBC yang aku dah tngok tu, aku x terlintas utk tngok smbungan cerita tu…Duit RM 10 aku selamat…hehe
p/s: kan best kalau blackout dekat2 nak habis cerita tu….dapat tngok wayang + dapat tuntut balik duit haha
Thursday, May 28, 2009
P Ramlee: 36 Tahun dalam kenangan
Walaupun begitu, aku tidak dapat menafikan jalan cerita,dialog dan ragam dalam filem P Ramlee mudah melekat dalam fikiran aku berbanding cerita zaman sekarang dan P Ramlee telah meninggalkan satu pengaruh seninya yang tidak akan padam dan terus diperkatakan.
Tapi sayang, setelah ketiadaan beliau baru kita menghargainya. Gelaran Tun dan Tan Sri diberikan setelah kematian beliau…Untuk apa??aku pun x tahu nak ckp mcm mana…Tapi ok lah dari x menghargai langsung kan??
p/s: Minggu ni mesti penuh cerita P Ramlee kat TV kan??…Nak keluar g tengok wayang la… Citer apa best skarang ni??










