nak ikut.....

Sunday, October 9, 2011

Macam biasalah tengok awak….

Aku masih ingat dulu…. Bila aku ingin berkenalan dengan orang baru terutamanya perempuan…. Aku akan guna satu cara yang biasa aku guna bagi tanda perkenalan hahah…selalu lelaki akan tegur perempuan yang dia nak berkenalan dengan memberi salam…

Assalamualaikum….tak jawab dosa!!

Kalau perempuan itu membalas, itu tandanya ada peluang lah untuk berkenalan…tapi itu cara dulu-dulu.. Cara yang aku biasa guna pula, bila nampak perempuan (gegurl) yang hendak aku kenal ialah:-

Aku: Eh awak ani kan?? (main sebut je nama siapa-siapa)

Gegurl: Eh, saya bukan ani..saya ……… (terus tahu nama gegurl tu HAHA)

Aku: Larhh macam biasalah tengok awak….saya ingatkan kawan lama saya…muka awak seiras la… (lepas tu terus la aku mengayat kalau aku tengok maklum balas yang diberikan baik….kalau sebaliknya, aku terus kata..MAAF, silap orang hahah)

Tapi itu dulu, aku sudah tinggalkan cara itu...sudah lama…sejak zaman belajar lagi…

Tapi tiba-tiba…

Baru-baru ini aku ditegur oleh seorang perempuan….

“Eh awak, muka awak macam saya biasa tengok lah….”

Aku terus tersenyum bila teringat perangai aku dulu-dulu….mungkin dia nak guna kaedah yang sama aku gunakan dulu kot hahahha

~Orang kata, dalam dunia ini ada 7 orang muka sama macam kita~

Anjing takut melihat Julia Roberts?

Baru sahaja tengok gambar Julia Roberts dalam majalah, seekor anjing yang diberi nama Optimus lari lintang-pukang…belum lagi Julia Roberts datang ke rumah itu jumpa Optimus secara berhadapan…. sudah pasti tuan Optimus pula yang lari dan pengsan hehehe…Julia Roberts yang merupakan wanita idaman lelaki…kalau tengok, pasti cairnya tapi ditakuti oleh anjing ….hehhehe

p/s: Pengajaran yang boleh diperolehi ialah dalam kehidupan ini pasti ada yang suka kita dan ada yang tidak…maka jadilah diri sendiri…

p/s(ii): Sekarang aku dah tahu, cara untuk menghalau anjing kalau kena kejar dengan anjing gila….

Thursday, October 6, 2011

Selepas Sembilan bulan musim banjir….

Rasanya apa akan berlaku selepas Sembilan bulan berlakunya musim banjir???

Kotoran banjir akan dibersihkan??.....SALAH!!!!

Rumah-rumah mangsa banjir yang rosak akan dibaiki??.....SALAH!!!!

Sungai-sungai akan di dalamkan dan dibina benteng di tebing sungai???....SALAH

Yang betulnya ialah…ramai bayi akan dilahirkan…..

Kalau tidak, masakan kerajaan Thailand gigih mengedarkan sejumlah kondom kepada mangsa-mangsa banjir…..Menurut sukarelawan, penduduk kampong tidak dapat melakukan sebarang perkara semasa banjir….maka mereka buat itulah hehhe….Dengan kondom ini, ia dapat mengelakkan peningkatan kehamilan yang tidak dirancang…

p/s: Kenapalah bagi kondom,patutnya bagila bekalan makanan dan pakaian ke??

Tuesday, October 4, 2011

Aku pun pernah jumpa lembaga juga!!!

Kecoh dalam surat khabar hari ini…

Seorang pelajar dari Tumpat menjerit ketakutan dan pengsan sebaik melihat satu lembaga besar memerhatikannya ketika di dalam dewan peperiksaan.

Aku pun dulu sudah pernah kena…ketika aku menduduki peperiksaan SPM….saja malas aku nak kecoh-kecoh satu Malaysia…masuk surat khabar semua… malas aku nak popular heheh....

Hal ini terjadi ketika aku hendak menduduki kertas Matematik Tambahan….Subjek yang ramai orang tidak suka dan susah…. Aku mula menjawab dengan tenang, buka helaian kertas soalan….melihat satu per satu soalan… mengambil pen dah mula menconteng di atas kertas jawapan….

Beberapa minit kemudian, aku mula rasa tidak sedap hati….aku mula berpeluh-peluh…aku merasakan ada sesuatu yang sentiasa memerhatikan aku sejak dari mula peperiksaan tadi….

“Ah itu hanya mainan perasaan aku saja”

Aku cuba untuk menenangkan perasaan aku ini….semakin aku cuba tenang, semakin gelisah rasanya…. Aku merasakan ada seperti lembaga yang merenung aku dengan tajam dan semakin menghampiri aku… aku takut!!!

Aku perhatikan sekeliling aku, sudah ramai kawan-kawan aku yang pengsan….ada yang hanya tunduk kepala memandang kertas jawapan saja….mungkin takut memandang ke arah lembaga itu….

Lembaga itu semakin menghampiri tempat aku….dan tiba-tiba

“Ok, anda hanya tinggal 5 minit saja lagi” kata ketua pengawas lembaga peperiksaan yang menjaga dewan itu…

Kawan-kawan aku yang pengsan atau tidur sebentar tadi pun bangun….mungkin sebab soalannya susah…dan masa banyak lagi..mereka pun tidur… aku semakin berpeluh…cuba ‘goreng’ apa yang patut..hehhe

Aku bersyukur kerana dapat dipulihkan dan dapat menjawab soalan matematik tambahan itu!!! heheh

p/s: Bila malam, ayah suruh ulang kaji pelajaran…tetapi asyik tengok cerita hantu dan lembaga hitam saja…macam mana tak lembaga hitam je difikirkan ketika menjawab soalan peperiksaan heheh

p/s(ii): Selamat menduduki PMR, semoga Berjaya!!

Friday, September 30, 2011

Aku tertekan??

Pagi tadi ada pemeriksaan kesihatan kat tempat kerja aku… percuma je…aku kalau benda-benda percuma ni aku suka la….aku pun dengan suka hatinya pergilah ke bilik seminar dimana tempat berlakunya pemeriksaan kesihatan percuma itu…. Aku hanya pergi check tekanan darah dan BMI aku je…. Sebab aku baru je masuk kerja ni, jadi aku baru je buat pemeriksaan kesihatan sebelum ini…

Aku pun mengisi borang dan jururawat bertugas membuat pemeriksaan tekanan darah ke atas aku… sambil-sambil menunggu keputusan itu, dia pun berborak dengan aku…aku yang peramah ini pun melayan je lah…dan bila result keluar, dia terkejut…

Jururawat: eh bacaan tekanan awak tinggi lah untuk orang muda macam awak…160 tu…awak tertekan ke??

Aku: Kerja kerajaan tertekan ke nurse???

Jururawat: Habis tu kenapa tinggi sangat???

Aku: saya nervous, jururawat asyik pegang tangan saya tadi…

Jururawat: Ish awak ni…saya dah sebaya dengan emak awak

Aku: (hanya ketawa melayan jururawat itu..hahhah)

Kemudian aku diminta berdiri untuk diukur tinggi dan berat….Apabila aku naik je penimbang, berderet kawan aku baca bacaan penimbang….kurang asam!!! Tahulah aku ni berat… Selepas dikira BMI aku, aku kena ceramah dengan jururawat itu tadi…. Awak kena turunkan berat badan ini…awak sipi-sipi je nak obesiti ni… nanti dapat penyakit…susah. aku membalas:

Aku: Nurse ada anak dara tak??

Jururawat: ada. Kenapa??

Aku: Ok mak, saya akan ikut nasihat emak…baru sekarang saya semangat nak kurus ni haha

Jururawat: (jururawat tu layan je perangai aku ni hahah)

Thursday, September 29, 2011

Jom Tambah Follower

Saje je aku join segmen Lulu...dah alang-alang tiada idea untuk buat entri...secara tak langsung dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain... segmen yang ringkas tapi memberi banyak faedahnya hehehhe.. nak join?? klik saja banner di atas..

p/s(i): Kenapa ramai gurl je join segmen ni eh?? Untung la aku join, dapat cari teman heheh

p/s(ii): Rasanya penyokong kelab selain dari chelsea tak join kot heheh...sebab banner pakai baju chelsea

Wednesday, September 28, 2011

Oh telur…kenapa naik???

Arghhhh!!!! Harga telur ayam dah naik!!!

Naik 2 sen sebiji bagi semua gred di seluruh semenanjung mulai semalam…

Alasannya kekurangan bekalan…

Tapi nanti bila bekalan dah cukup…harga telur ayam mesti tak turun balik 2 sen…mesti buat-buat lupa punya…

Ini menjadikan harga baru bagi telur ayam gred AA peringkat runcit meningkat kepada RM32.50 untuk 30 biji berbanding RM30.50 sebelum ini manakala telur gred A berharga RM32 berbanding RM30 bagi jumlah sama dan telur gred B RM31 berbanding RM29.

Sementara itu, harga untuk 30 biji telur ayam gred C ialah RM30 berbanding RM28 manakala gred D RM29 berbanding RM27.

Kesian lah kat aku yang bujang ini….telur goreng merupakan lauk yang paling istimewa dan sedap yang biasanya orang bujang seperti aku ini makan…ehheh..jadi kami terasa dengan kenaikan harga telur ini

Oh telur…turunlah balik..

p/s: Apa kata seminggu dua ini, kita pakat ramai-ramai jangan makan telur…biar bekalan jadi banyak dan stabil semula di pasaran…gunakan kuasa pengguna!!

Saturday, September 24, 2011

Jangan sentuh objek pelik…

Hari ini aku baca surat khabar…..ada berita di mana Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui… Ini kerana ia berkemungkinan serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)…Kan aku dah kata dalam entri yang lepas…jangan kata jangan….lagi dilarang, lagilah disentuh hehehe…

Laporan NASA yang dipetik collectSPACE..com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.

Aku menjadi takut dan lebih berhati-hati apabila keluar rumah….takut terpijak atau tersentuh serpihan satelit itu jika ada, yang mungkin merbahaya kepada diri manusia….Aku jalan keluar rumah hanya tunduk memerhati tanah je…. Memerhati setiap langkah ku…. Lagak seperti ustaz amirul yang menjaga pandangannya =)…syukur jika diriku berkekalan seperti itu heheh

Dan pagi tadi, aku membantu makcik aku mengemas halaman rumah….makcik aku gigih menyapu daun-daun kering yang terdapat di halaman rumah…dan aku ternampak sesuatu benda yang pelik berada berhampiran rumah…. makcik aku terus menyapu dan menghampiri kepada benda itu….. aku menjadi takut dan menjerit

Aku: Makteh…jangan dekat dengan benda itu!!!

Makteh: Kenapa? Tak kan nak biar je kat sini??

Aku: Benda itu mungkin satelit…bahaya kalau terkena kulit!!!

Makteh: Satelit mendenya….ini tahi lembu yang dah keras la!!!

Aku:@#$%&@

Aku kena banyak belajar menjadi budak kampong….Ini tidak, setiap hujung minggu balik KL hahaha…atau aku perlu kurangkan baca surat khabar??? hehehe

7 Oktober….kena tengok TV!!!

Ada apa dengan 7 Oktober???

Ada siaran langsung artis kahwin di TV ke???

Oh Tidak!!!!

7 oktober adalah tarikh di mana pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak…

Aku sebelum ini, tidak pernah pun tengok pembentangan bajet….tapi kali ini kena tengok….haha Kenapa?? Sebab kemungkinan kakitangan sector awam sekali lagi menikmati kenaikan gaji…. Sebelum ini bonus raya, aku tak sempat dapat sebab baru masuk menjadi kakitangan awam..... harap kali ini dapat lah hehe…

p/s: Ada tak bonus untuk orang bujang je?? …supaya dapat buat simpanan untuk perbelanjaan kahwin hehehe

Thursday, September 15, 2011

Belut itu sangka benda itu temannya….

Alkisahnya, ingin kelihatan muda lebih 10 tahun, seorang lelaki di China, Zhang Nan sanggup mengambil rawatan berendam bersama sejumlah belut…Dia menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan belut-belut itu memakan kulitnya yang telah mati….Setahu aku hanya ada rawatan ikan…aku pernah cuba… rasa geli-geli je ikan makan sel kulit mati kita

Namun, seketika kemudian, dia merasa sakit seperti dicucuk dan menyedari seekor belut kecil berada memasuki memasuki pundi kencingnya…Aku rasa belut tu sangka tu teman sehidup sematinya… HAHAHA

Kesian!!!

Dia dibawa ke hospital bagi menjalani pembedahan kecemasan selama 3 jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doctor….Memang betullah teman SEhidup SEmati….Benda tu hidup, Belut tu mati hahaha..

Menurut doctor, belut kecil itu mampu memasuki kemaluan Zhang Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin….bukan sebab benda Zhang Nan tu besar okay!!! HAHAHA.

Wednesday, September 14, 2011

Jom makan sushi!!!

Tahukah anda??

Jepun merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai ramai masyarakat tua…Ia mempunyai 47,756 rakyat yang berusia 100 tahun ke atas…dan kebanyakannya adalah wanita… Bagaimana boleh ramai berusia lebih 100 tahun?? Kalau kat Malaysia nak jumpa orang yang berusia 100 tahun ke atas mesti sukar… aku rasakan mesti sebab factor makanan… yelah kita sedia maklum yang mereka suka makan ikan, sayur,makanan yang tidak digoreng dan lain-lain yang berkhasiat…. Jadi mulai hari ini, aku nak selitkan makan ikan walaupun aku tak suka hahaha….aku biasanya makan sardine dan ikan bilis je…

Kalau lepak dengan rakan-rakan, aku akan cuba cari kedai sushi sebagai pilihan untuk menu tambahan selepas makan ayam goreng, pizza dan burger hahah

CHIYONO HASEGAWA - rakyat paling tua di Jepun

p/s: Walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya…..

Wednesday, September 7, 2011

Jangan kata jangan!!!

Itulah sikap masyarakat kita, kalau di kata jangan/ melarang….lagilah di buat benda itu… aku pun sama juga, emak aku kata jangan panjat pokok, aku lagi suka panjat pokok…emak aku kata, jangan keluar malam, nanti ada hantu… aku tetap keluar malam, dan aku pulak jadi hantu hahah..

Kalau tak percaya, cuba korang pergi kat mana-mana papan tanda yang tulis jangan buang sampah disini… mesti korang akan jumpa, berbungkus-bungkus sampah tersusun rapi di bawahnya… pergi juga kawasan yang ada tulis jangan merokok…pasti akan ada juga orang yang merokok… Jangan main mercun, tetap ada juga yang main mercun….Kenapa jadi begitu?? Kalau aku lah, aku buat perkara yang dilarang kerana rasa keseronakan membuat perkara itu dan terlepas daripada terkena apa-apa…tapi tu dulu la….sekarang dah insaf heheh

Dan semasa aku beraya di kampong nenek aku baru-baru ini, aku terjumpa amaran ini…

Rasa-rasanya apa yang aku buat???

Aku ambil gambar lah…sebab tu ada gambar ni hahha… aku pijak-pijak, aku cangkung kat situ…tak meletop pun heheheh

Jadi jangan kata JANGAN, nanti lagi orang buat!!!

p/s(i): Tidak ada maknanya amaran jangan itu, jika tiada perlaksanaan hukuman / denda itu.

p/s(ii): Apalah sangat peraturan manusia itu, jika peraturan tuhan pun berani tidak di ikut…

Monday, September 5, 2011

Pesaing cinta wanita!!!

OH…Aku rasa kaum wanita mesti terasa tercabar….Bila baca surat khabar hari ini…

Mana tidaknya….2 orang lelaki muda….berebut seorang pondan… Salah seorang lelaki itu adalah daripada golongan terpelajar iaitu pelajar IPTA…. Hurm sayangnya…belajar tinggi-tinggi, tapi kurang cerdik atau mungkin terlebih cerdik…

Pelajar IPTA itu cedera parah setelah disimbah asid oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal…motif utamanya adalah cemburu….(sekarang ni main simbah asid je…seram juga!!!)…..Kenapa lelaki lebih suka pondan??? Ada juga kawan-kawan aku bagi pandangan…Nampak macam boleh terima juga pandangan mereka hehe…nanti aku kongsi kan dalam entri akan datang…

p/s: Orang kata, kebanyakan golongan pondan ni lebih cantik daripada wanita tulen, betul ke??

Aku kata: Mungkin ada kebenarannya juga…sebab yang aku kenal dan lihat semuanya cantik-cantik hehehe

p/s(ii): semalam tengok kat astro, cerita jehan miskin jadi pondan dalam “Mak ok je”, tak faham apa pun sebab dialog terlalu perlahan….walaupun volume TV aku dah maksimum….sayangnya, membariskan ramai pelakon-pelakon mantap… Aku tukar siaran lain je…heheh

Monday, August 29, 2011

Merdekaraya!!!

Wah seronok la tahun ini….sambut raya dan merdeka serentak…merdeka raya!!! patut la kat kampong aku ni, bunyi mercun 2 kali ganda banyak..setiap malam bunyi…. Tak sabar nak tunggu statistik mangsa mercun….heheh Jadi di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan selamat menyambut hari merdeka…maaf zahir dan batin jika aku ada buat salah dan silap…ada yang terasa dengan entri aku sebelum ni ke…kosong-kosong ye…aku mungkin tidak akan mengemaskini blog ini untuk 2 hari… yela raya katakan…nanti kena marah pula dengan ayah aku, orang lain raya layan tetamu…tapi aku sibuk main internet layan tetamu maya heheheh…Tapi aku yakin, raya ni aku akan terpacak depan TV je…kira tetamu datang ikut konsep layan diri lah hehehe…. Yela, banyak filem melayu bersiaran masa raya…(nasib baik aku jenis yang tidak suka layan filem melayu kat panggung…rugi!!!)… Kepada sesiapa yang berada di Melaka dan yang tiada kampong itu, marilah datang beraya di kampong aku…

p/s: sempena bulan raya dan bulan kemerdekaan ini, aku tak nak bagi duit raya tapi nak bagi jalur gemilang…boleh???

Kenapa kau tak pulang ke rumah???

Hari ini aku bangun awal sikit…teman makcik aku masak untuk bersahur…Aku hanya teman je bukan menolong heehhe…yelah susah nak masak hidangan makcik aku tu…sangat istimewa heheh….Setelah siap hidangan untuk bersahur; sayur, telur dadar dan telur rebus…. Kami pun makan bersama dalam pukul 5 pagi…Aku pelik hari ini, makcik aku masak 2 jenis telur…telur dadar dan telur rebus sekali…selalunya satu jenis je….Kira hari ini aku makan 2 biji telur…sampai pakcik aku tegur;

“Nasib baik esok sudah nak raya, kalau tidak hari-hari lauk yang sama”

Haha…aku memang ada niat nak tegur dulu, tapi aku hanya menumpang je disini…makan je lah apa yang ada hahaha..Syukur masih boleh makan… dan ketika tengah makan, tetiba makcik aku kata:

“Kenapa kau tak pulang ke rumah kau???”

Aku tersentak!!!Terkejut dan sedih dengar pertanyaan makcik aku itu…Aku terdiam!! Tidak tahu untuk berkata apa-apa….Aku tahulah, aku hanya menumpang disini untuk mencari rezeki sesuap nasi yang halal…Aku yakin, kalau keadaan aku pada waktu ini dalam drama melayu, pasti akan ada lagu latar yang sedih berkumandang…meruntun jiwa penonton…tapi itu hanya dalam drama….semuanya boleh.

Aku berhenti makan….berlalu pergi ke sinki untuk membasuh tangan..kerana aku sudah selesai makan… Ketika aku membasuh tangan, aku terdengar makcik aku mengulangi kembali pertanyaannya tadi;

“Kenapa kau tak pulang ke rumah kau wahai lalat?? Pagi, petang, malam kau ada….kau tak tahu nak tidur ke???

ERK!!! Makcik aku bercakap dengan lalat rupanya….Tak jadi aku nak sedih-sedih hahaha

Wednesday, August 24, 2011

Aku cuba berhenti mesej ketika memandu…

Aku kalau memandu kereta atau menunggang motosikal….terutamanya bila berseorangan….mesti aku hendak main mesej…..dan lebih-lebih lagi kalau aku pembonceng motosikal…lagi la galak aku bermesej… hehe… Mungkin sudah menjadi kebiasaan dari dulu lagi, mula-mula untuk hilangkan rasa mengantuk ketika memandu…akhirnya menjadi rutin setiap kali naik kenderaan..…tangan menjadi laju bermesej tanpa melihat skrin telefon…

Tapi setelah seorang wanita, Ani Voskanian dikenakan denda larangan seumur hidup daripada membawa telefon bimbit di dalam keretanya…kerana telah melanggar mati Misak Ranjbar ketika dia menaip mesej SMS semasa memandu, aku perlu mengambil serius perkara ini…kena berusaha mengurangkan tabiat menaip SMS aku ketika memandu…takut juga kena larangan pelik macam tu..tak ada telefon bimbit…umpama makanan tanpa garam..hehe

p/s: Mungkin wanita ini boleh memikirkan idea untuk membuat beg tempat letak telefon di luar kereta...barangkali di cermin sisi keretanya hehehe

Tuesday, August 23, 2011

Kisah hantu di lebuh raya PLUS…

Seperti yang aku janjikan dalan entri ini, yang aku akan ceritakan kisah hantu yang aku alami di lebuh raya PLUS tempoh hari….

Masa kejadian,hari itu hari isnin…. aku terpaksa balik ke Melaka dari Kuala Lumpur pada jam 4.30 pagi…kerana ayah aku tidak benarkan aku memandu pada waktu malam sebelumnya…kerana aku rabun…tapi bagi aku sama je gelap pagi tue… aku masuk kerja pukul 8 pagi…. Jadi ada kira-kira 3 jam setengah untuk aku sampai… lagipun aku belum gosok baju kerja…maka aku kena sampai dalam pukul 7 pagi…sempat punya…jadi aku tak perlu tergesa-gesa…

Aku bertolak dari Kuala Lumpur selepas bersahur di rumah dengan keluarga aku… Sungguh nyaman pagi itu…aku tidak memasang aircond kerana terlalu sejuk… aku hanya membuka tingkap kereta… membenarkan udara luar masuk…. Seronoknya memandu pada pagi itu menyusuri jalan-jalan di kuala lumpur sehinggalah ke tol sungai besi…memang betullah orang kata..bandar raya kuala lumpur tidak pernah tidur… terang diterangi cahaya lampu…

Apabila aku melepasi tol sungai besi mengarah ke nilai…keadaan menjadi semakin gelap…kerana di lebuh raya mana ada lampu jalan…hanya diterangi lampu-lampu kereta sahaja…aku pun buka radio… mendengar lagu yang dimainkan… kalau tidak keadaan menjadi sunyi…dan boleh menyebabkan aku ngantuk… dan kebiasaannya aku jarang memandu seorang diri…aku biasa akan membawa teman sebagai teman borak… dan disebabkan pagi itu hanya aku seorang je…aku pun mengeluarkan telefon dan mesej je sesiapa yang aku nak mesej…tapi hampa, tiada yang membalas…mungkin belum bangun lagi kot….

Aku semakin jauh meninggalkan KL…jalan raya semakin gelap…kadang-kadang diterangi lampu kereta yang memotong kereta aku…dan kemudian menjadi gelap dan sunyi sepi kembali…aku terus melayan lagu yang berkumandang…. Dan Tiba-tiba….suara di radio menjadi rosak…putus-putus dan hilang… aku terkejut…meremang bulu di tengkuk aku…aku terus tekan butang menaikkan tingkap…dan memandu dengan lebih laju lagi….keadaan di dalam kereta sunyi hanya terdengar bunyi deruman enjin sahaja…

“Ish ni lebuh raya plus, bukan karak”, bisik aku bagi menyedapkan hati…

Aku cuba jelling dengan ekor mata ke tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang…. Gelap!!! Dan tiba-tiba ada sebuah kereta memotong kereta aku…memandu agak laju dan merbahaya… aku kekirikan sikit kereta member laluan….tapi dari lampu kereta itu, aku dapat lihat keadaan tempat duduk belakang kereta aku… Aku menjerit!!! Teddy Bear pemberian kak ila sempena perpisahan aku dulu…yang aku letak di tempat duduk belakang sudah tiada…aku menjadi takut…sejuk!!!

Aku terus memandu tanpa pandang ke belakang…mata aku terpaku kehadapan…seram juga hendak toleh ke sebelah kiri....dan aku cuba memegang brek tangan dan main punatnya….bagi menghasilkan bunyi bising….tapi aku terpegang sesuatu benda yang berbulu..aku merabanya perlahan-lahan dan mengangkatnya…. Ohhh teddy bear ku….jatuh rupanya tadi…

“hantu punya orang, habis teddy bear aku jatuh” marah aku pada pemandu kereta tadi yang memandu laju sambil menekan punat radio untuk mencari siaran radio sebab frekuensinya sudah beralih hehehe

Monday, August 22, 2011

Kenapa malas mandi???

Aku masih ingat lagi…

Masa aku sekolah menegah dulu, aku malas sangat mandi….lebih-lebih lagi kalau hujung minggu…. Mandi pun dekat-dekat hendak pukul 4 petang….kira mandi untuk pagi dan malam sekali la haha…kira sehari, sekali je la aku mandi….tu pun mandi sebab nak sembahyang zohor heheeh… emak aku selalu marah aku…sepatutnya emak aku bersyukur ada anak macam aku ni yang tahu jimat air hahahah….

Tapi kalau aku ada mood mandi, setengah jam paling cepat aku selesai mandi… siap aku berkaraoke dalam bilik air…. Mula-mula mengadap depan…basah bahagian badan depan….nyanyi satu lagu, dah habis lagu tu pusing belakang pula… basahkan bahagian badan belakang pula….nyanyi lagi satu lagu (kira macam kaset, ada side A dan side B hahaha)…. Tapi sejak bulan puasa ini, aku tak tahulah kenapa aku suka mandi….hehehe

Kalau sesiapa malas mandi macam aku ni….patut malu dengan orang utan ni…

p/s: Suka nyanyi lagu kumpulan jambu “sabun di bilik mandi…sabun di bilik mandi.. ” hahha

Aku belum pergi jalan TAR lagi…

Huarggghhh…

Tahun ni, aku tidak berkesempatan lagi untuk pergi jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)….kalau tahun-tahun lepas, aku mesti mengunjunginya sebelum hari raya…bagi membuat persiapan terakhir sebelum menyambut Aidilfitri…biasanya barang-barang seperti kain, baju melayu dan kuih raya akan menjadi murah beberapa hari sebelum raya…dan aku pernah tertipu ketika membeli kuih raya…harga memang murah…tapi kuih raya tu rasa tepung je la….nasib baik hari raya, hari gembira….jadi sabar jelah hehhe….

Tapi bagi raya tahun ini…aku awal-awal lagi sudah berada di kampong…maklum lah sudah bekerja di sini…jadi aku pula yang kena tunggu keluarga aku balik kampong untuk berhari raya heheh….

p/s: Aku hampir-hampir terbeli baju melayu warna merah semalam ketika menemani makcik aku membeli-belah untuk raya…Buat apa membazir, baju melayu tahun lepas pun masih elok lagi…lagi pun aku ni jarang pakai baju melayu…. Itu pun sebab terpaksa dan hari raya saja heheh

Sunday, August 21, 2011

Ada perkataan baru??

Ada 400 perkataan baru disenarai dalam kamus Oxford….perkataan yang sedia ada pun ada banyak yang aku tidak pernah dengar lagi heheh…Antara perkataan yang tersenarai sebagai perkataan baru dalam kamus Bahasa Inggeris Oxford Edisi Ringkas ke-12.ialah Woot!, perkataan yang melahirkan kegembiraan dalam talian, (ucapan teks), sexting (SMS berbaur seks) dan cyberbullying (pembulian siber)

Jadi aku tengah tunggu perkataan baru dalam kamus dewan…harap tiada terjemahan terus dari perkataan Bahasa Inggeris….janganlah woot jadi wootima, textspeak jadi textspeakima, sexting jadi sextima hehe…

p/s: Perkataan poyo dan korang tak nak masuk dalam kamus dewan ke?? Penggunaannya dalam kehidupan harian sudah menjadi kebiasaan pula heheh

Pengalaman berpuasa tahun ini…

Puasa tahun ini, aku mengalami pengalaman berbuka puasa di dalam kereta….kerana terperangkap di dalam kesesakan jalan raya… di jalan tun razak hehe…Pada mulanya, aku rasa sempat je untuk sampai ke rumah, tapi akhirnya terperangkap juga…. Gigih aku pasang radio, untuk dengar laporan terkini kesesakan jalan raya… masuk jalan tu, keluar jalan ni… akhirnya terperangkap juga… aku terlewat 10 minit untuk berbuka di rumah… dapat la aku merasa pengalaman berbuka dalam kereta itu… nasib baik ada beli air awal-awal…sebab bagus berbuka di awal waktu… hehe sebelum minum tu…sempat jelling-jeling orang sebelah…tengok ada yang dah berbuka ke?? Hehe radio pula tak pasang pula azan..

Tapi tahun ini, bukan saja berbuka puasa dalam kereta…tapi aku merasa juga bersahur dalam kereta… alkisahnya, aku nak balik johor pada malam ahad selepas berbuka puasa di rumah…tapi ayah aku tidak benarkan kerana dia tahu aku rabun… walaupun aku biasa je memandu waktu malam-malam heheh tapi disebabkan ayah aku tidak benarkan, dan aku anak yang baik…maka aku menuruti lah kata ayah aku itu… Aku balik pagi esoknya… hari isnin….Tapi disebabkan aku masuk kerja pukul 8 pagi, dan baju kerja kat kampong tidak bergosok lagi… maka terpaksalah aku gerak pukul 4 pagi dari kuala lumpur… tapi sebelum gerak tu, aku dah siap sahur di rumah hehe… Cuma dalam kereta aku bawa makanan ringan dan air saje….sebab kan bagus melewatkan waktu bersahur…heheh… Seronok memandu pada pukul 4 pagi…sejuk dan tidak banyak kereta….ramai juga kawan yang aku mesej pagi itu…bukan sebab aku takut… tapi aku kejut mereka bersahur hahhaha…selepas minum air yang banyak pada waktu pagi yang sejuk, aku terpaksa berhenti hampir di setiap perhentian rehat untuk membuang air…huhu

p/s: Siapa kata bulan ramadhan tiada hantu?? Aku mengalaminya kat lebuh raya pada pagi itu.. tunggu kisah hantu di entri seterusnya…

Wednesday, August 17, 2011

Makcik aku gelak kuat!!!

Lepas berbuka puasa tadi, aku saja lepak dalam bilik…. Sementara menunggu waktu azan isya…

Tiba-tiba makcik aku yang sedang menonton berita gelak dengan kuatnya…. Aku pun cepat-cepat berlari keluar melihat makcik aku…. Takut apa-apa terjadi…yela gelak besar ketika menonton berita…Pelik!!! Apa yang lucu sangat, sampai makcik aku gelak, bergegar rumah heheh… Aku perhatikan pada skrin televisyen… Tiada cerita kelakar… hanya kisah budak putus jari main mercun… Makcik aku terus ketawa dengan kuat… Aku pun turut ketawa apabila tengok makcik aku ketawa ketika menonton berita itu heheh…. Perlu ke kami ketawa??? Aku rasa perlu….sebab tak serik-serik budak main mercun…bila dah terkena baru buat muka kesian dan insaf…tapi kalau selagi tak kena pada diri sendiri…selagi itu dia akan main…. Aku amat kesian kepada budak yang tak main mercun tapi turut menjadi mangsa…seperti sepupu aku yang cedera di matanya akibat rakannya membaling mercun ke arahnya ketika dia hendak pergi solat…Sesiapa yang rasa perlu ketawa, jom ketawa juga HAHA

p/s: Aku anti orang yang main mercun sama ada di kampong, Bandar mahupun di dalam stadium…

Monday, August 15, 2011

Aku menghilangkan diri!!!

Seminggu!!

Itu tempoh masa aku menghilangkan diri….senyap tanpa perkhabaran di blog…tanpa kemas kini… blog ini di biarkan sunyi…seperti Shahir yang membawa diri pulang ke kampong…tanpa sebarang cerita…

Ada orang kisah ke aku tidak update blog?? Hahah terperasan kejap diri ni macam Shahir! Bila merajuk pulang ke kampong, semua orang risau heheheh… Aku tidak merajuk, tapi aku ada bengkel selama seminggu di Pulau Pinang…. Tempat yang agak asing bagi aku….baru 2 kali je aku jejak kaki di pulau mutiara itu… Aku menginap di hotel yang menghadap laut, tapi sayang sekarang ini kan bulan puasa… jadi tak di galakkan berendam terlalu lama di dalam air…. Boleh makruh amalan puasa itu… Lagi pun aku tidak ada masa untuk bersiar-siar mengelilingi Pulau Pinang itu… Dari pagi, di bawa ke petang dan malam… aktiviti aku hanya membuat kertas kerja… Jadi maaflah kawan-kawan aku yang berada di Pulau Pinang kerana tidak dapat lepak bersama….mungkin lain kali k =)

p/s: Aku baru tahu, kawan aku kata kentut dalam air boleh batalkan puasa walaupun kentut itu tanpa bunyi…. Tapi kalau kentut di udara, sekuat dan sebusuk mana pun kentut itu ia tak pe…(Kalau salah tolong perbetulkan)

Saturday, August 6, 2011

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN : Perkampungan orang asli Kuala Masai

Aku masih ingat lagi, 3 tahun lepas…aku menyertai program khidmat bakti perkampungan orang asli Kuala masai, anjuran kelab penyayang UTM dengan kerjasama Jakim…Program itu berlangsung selama 3 hari dalam bulan Ogos…tetapi perancangannya mengambil masa yang lama…sampai adakalanya pengarah programnya, Ehsan hampir mengalah…. Namun ia Berjaya dilaksanakannya dengan cemerlang.. Tahniah pasukan yang terlibat!!!

Salah satu aturcara dalam program khidmat bakti itu ialah latihan dalam kumpulan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika ke bawah.. Semasa aktiviti latihan dalam kumpulan, penduduk orang asli di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibimbing oleh fasilitator… Mereka diminta untuk membuat bendera Malaysia, Jalur Gemilang dengan menggunakan teknik Kolaj…Mereka sungguh semangat dan teruja!!! Pelbagai gelagat yang kelakar dan menghiburkan….sampai ketua kampong (aku lupa panggilannya dalam orang asli)..turut menyertainya…heehe… Aku diberi kuasa untuk menilai hasil kolaj itu….Tetapi ada juga yang aku perasan, ada yang terbuat silap, lupa atau tidak sedar sama ada jalur pertama warna merah atau putih…(anda cuba teka tanpa tengok mana-mana jalur gemilang terlebih dahulu..jika tepat, anda memang rakyat Malaysia sejati hehe)… dan ramai beranggapan warna biru dekat jalur gemilang adalah sampai jalur ke 7 (anggapan salah : 14 jalur di bahagikan 2)…tetapi sebenarnya warna biru adalah sampai jalur ke 8… mesti ada yang cepat-cepat cari jalur gemilang ni hahah

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak sekolah dilakukan pada keesokan paginya….Pada mulanya aku sangka, ia hanya melibatkan anak-anak orang asli sahaja….tetapi rupanya turut disertai oleh kanak-kanak dari sekolah tadika berhampiran… sampai terfikir dalam hati aku ketika itu…

“Camtu kalah lah anak-anak orang asli ni…”

Aku bukan memandang rendah pada kanak-kanak orang asli ini…tetapi mereka tidak dapat pendedahan secara formal…tidak tahu mewarna dan menulis…dan yang teruknya tidak ada pensel warna…. Tapi itu bukan menjadi halangan kepada mereka, pensel warna yang kami bawa… kami bagi mereka kongsi bersama-sama… yang kelakarnya…gambar orang cina, india, dan melayu…semua diwarnakan dengan satu warna… coklat hehe.. kalau aku jadi juri, aku bagi menang kanak-kanak orang asli ni…sebab maksud tersirat dari warna itu ialah…kita semua serupa, tidak ada jurang perbezaan… 1 malaysia hehehe..

Go william....antara anak orang asli yang rapat dengan aku

Pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila

aku dan anak orang asli...Sampai ada yang kata kami macam adik beradik...sabar je lah

p/s: Syukur hidup dalam Negara yang aman…

p/s/s: Geng-geng kelab, bila lagi nak buat aktiviti macam ni???

Jom bayar zakat…

sumber:kosmo

Tahun lepas aku bayar zakat kat Selangor kerana bekerja di situ….tahun ni mungkin aku bayar kat johor atau Melaka, tengok yang mana murah hehehe (gurau je!!! Nak bayar zakat biar kena ikhlas ok!!!).. Aku duduk dengan makcik aku di Melaka, tapi aku bekerja di johor sempadan Melaka… Jadi aku bayar zakat, kat mana aku jumpa tempat bayar zakat terlebih dahulu la… Kan lebih bagus bayar zakat awal-awal, tak adalah terlupa nanti walaupun tempoh bayar zakat fitrah ini sebulan…dari awal ramadhan hingga sebelum solat raya… Kalau terlupa bayar juga macam mana??? Tu kena tanya ustaz….aku kurang pasti hehehe

p/s: Rakyat Malaysia memang suka bayar apa-apa seperti saman dan bil saat-saat akhir eh??? Kalau zakat fitrah ni, kerajaan pun tak mampu nak lanjutkan tempoh pembayarannya…jadi bayar lah awal-awal!!!

p/s/s: Aku kalau bayar zakat, mesti rasa menggeletar….terasa macam bersalam dengan tok kadi,nak kahwin je heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...