nak ikut.....

Sunday, October 19, 2008

SeLamAt TinggAl CerMin Mata Biru Ku.....

Masuk kali ni dah 4 kali rasanya aku tukar cermin mata sejak aku mula pakai masa form 5..cermin mata aku yang terakhir berwarna biru tu telah hilang masa raya ari tu akibat kecuaian aku..cermin mata tu mengalami akibat yang sama dengan cermin mata yang terdahulu darinya..huh cermin mata pertama aku bengkok akibat terhimpap dan x bleh dibaiki...cermin mata yang kedua (x ada bingkai) pecah sebab aku bawa tido sekali huhu biasa r masa matrik study atas katil..yang ketiga (biasa) dan keempat (bingkai tebal - cermin mata biru aku) hilang..yang terbaru ni aku beli jenis bingkai separuh...ni pun idea ayah aku...bila aku pakai cermin mata baru ni, baru aku sedar ramai kenalan rapat aku sebenarnya x berkenan dengan cermin mata biru aku tu...ramai kata x sesuai r, menonjol sangat r, dan macam-macam lagi...tp kenapa ketika cermin mata biru itu sudah tiada?? kesian cermin mata biru aku tu...banyak kenangan terindah aku bersamanya...biar r dia ilang dengan tenang...(hahahha apa yang aku merepek ni daa!!)..

Saturday, October 18, 2008

Jamuan Raya kerjasama Usahawan, MKB n senimas

Hari khamis lepas (16 hb oktober 2008), satu majlis jamuan hari raya anjuran kelab usahawan, majlis-majlis ketua blok (MKB) dan kelab senimas telah diadakan dengan bertemakan "Lebaran disambut,muhibah terpateri" pada jam 8.30 malam di dewan tun rahah dan dewan serbaguna KTR. Para jemputan diwajibkan memakai baju raya...Disebabkan aku tidak membawa baju raya @ baju melayu balik ke uTm, aku rasa macam malas je nak g majlis tu pada mulanya..tapi disebabkan aku dalam jkm sebagai pemantau MKB, dan Rustam selaku Pengerusi MKB telah menelefon dan mengajak aku supaya datang, terasa kesian plak nak kecewakan semua ahli MKB yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis tu...lagi pun pada jam 8 malam masa hari majlis tu aku lepak dengan syazrie..dia paksa aku pergi..siap suh pakai baju melayu dia lagi n kesudahannya aku pakai baju melayu dia yang berwarna hijau muda tu..smart gak r aku malam tu huhu....Aku tabik spring (toink...toink) pada rustam n lain2...memang bagus r....slalu org kata MKB x aktif sampai panas je telinga aku ni...bila apa2 je mesti MKB disalahkan....tp aku rasa bnyak gak MKB dah buat seperti Tea Corner, Sorem-51, Gegar Blok, Festar, Jalinan (sebagai peserta), dan banyak lagi...Aku harap Naib pengerusi blok JKM semester depan akan lebih giat membuat program dengan MKB sebab ketua2 blok semester ini sangat aktif...
Berbalik kepada program jamuan raya, aku rasa pengisiannya sangat bagus...ada game lagu raya hangit dan telinga kuali...sangat kreatif...selepas tue adalah majlis makan yang disukai... menu dia adalah lontong...kesian yati n miza terpaksa kongsi ayam....tu lah lambat huhu dan disini rasanya x terlambat aku mengucapkan "selamat ari raya" mohon maaf zahir dan batin..


Monday, October 13, 2008

Shah Rukh Khan dikurnia Datuk???

Aku mula dapat tahu berita ni masa aku dengar radio era...ada seorang pemanggil telefon si reza mengatakan dia bengang sebab dia baca paper n si shah rukh dapat gelaran datuk...aku berfikiran sama dengan reza..aku ingat si pemanggil tu x baca berita sampai habis kot...maybe shah rukh berlakon watak dato' utk filem terbarunya kot...tapi pemanggil tu menafikan...aku terus baca akhbar secara online nak memastikan kesahihannya...memang betul shah rukh khan dapat gelaran datuk disebabkan Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kepadanya... entah r macam x bleh diterima akal je...dah x de org malaysia yg layak lagi ke???? Alasan yang diberikan ialah sumbangan Shah Rukh Khan mempromosi negeri melaka melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia...itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

aku x setuju langsung alasan yg diberikan....klu macam tu baik bagi pengarah filem tu gelaran datuk..dia yang tentukan tempat lakonan....n bersiap sedia la klu pas ni ramai pelakon luar yang nak berlakon di Malaysia sebab gelaran Datuk....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...