nak ikut.....

Monday, October 27, 2008

Biarlah pengajaran sains & matematik kekal dalam bahasa inggeris...

Aku harap sangat kerajaan akan mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kerana bagi aku ia banyak memberi kesan positif kepada budak2 ni..Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa itu.. Biasa lah klu dah namanya pelajar, especially pelajar melayu...kena beri sedikit tekanan baru mereka tekun belajar dan menguasai bahasa tersebut..yelah klu macam pelajar sains tulen, jika x bagus dalam bi, maka ia akan mempengaruhi keputusan dalam subjek fizik, kimia, biologi, matematik tambahan, matematik, dan bahasa inggeris. Jadi secara tidak langsung mereka akan mencuba juga mempelajari dan menguasai bahasa antarabangsa tersebut..Lagipun sekarang pengajaran di Universiti adalah di dalam BI...mesti pelajar2 yang dimanjakan ini akan terkejut beruk dan tidak dapat meneruskan pembelajaran di U atau keputusan mereka tidak seberapa...Adakah kita hendak melihat anak bangsa ini hanya mempunyai SPM aje....Mungkin ada yang mengatakan aku ni tidak patriotik...tidak mempertahankan bahasa kebangsaan...tapi aku rasa orang yang kata begitu yang sebenarnya tidak sayangkan anak bangsa kita...sampai bila anak-anak kita hanya menjadi jaguh kampung yang hanya menyuarakan pendapat di warung2 kopi bukan di pentas antarabangsa..Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat aku dan memberi contoh seperti negara Jepun, German dan Rusia yang menggunakan bahasa kebangsaan mereka...Memang aku setuju...tapi adakah negara kita sudah maju dan tidak bergantung dengan negara lain seperti Jepun??Jika masih juga hendak menggunakan bahasa Malaysia...aku x bantah..tapi panjangkanlah masa pengajaran bahasa inggeris di kelas....Masih memikirkan cara terbaik........

Thursday, October 23, 2008

mAnA ada Aku Pakai susuk!!!!!

Ada ke patut aku tgok citer susuk, orang kata aku pakai susuk gak.....eii simpang malaikat 44 r..haram ow...aku bukan nak citer pasal susuk yang aku xpakai...tapi nak citer skit pasal filem berjudul SUSUK. Aku skang malas oww tgok kat wayang citer melayu...baik tgok citer barat atau hindustan ke??betul tak?? citer melayu rasa x berbaloi r klau tgok kat wayang...baik beli pirate je..murah dan berkualiti plak...

Berbalik kepada citer SUSUK ni, aku rasa seperti tertusuk je bila tgok citer ni...rasa mcm hampeh je...biasanya sebelum aku tgok sesuatu citer, aku seolah2 letak satu harapan pada citer tu...aku akan berpuas hati apabila satu citer tu mencapai apa yang aku harapkan. Bagi aku citer susuk ni tidak mencapai harapan aku, jalan citer x diolah dengan menarik...rasa mengantuk je... aku ingat klu tgok citer ni dapat r tenangkan fikiran aku daripada memikirkan study je, tapi pas tgok citer tu aku rasa membazir je sejam lebih masa aku tu...baik aku study hahhahha

Skang aku tgah menunggu filem cicak man 2 keluar...aku nak g tgok kat wayang...promotion filem ni macam gempak je....harapan aku tinggi pada filem ni....aku hanya akan sokong filem2 berkualiti je...begitu juga dengan lagu..jadi aku bangkang 200% apabila pihak radio dikenakan sekatan dalam menyiarkan lagu luar especiallynya lagu Indonesia...x payah r sekat klu lagu tu berkualiti, pasti orang akan dengar juga...ni tidak, lagu just tahap nyanyi dalam tandas je..tepuk dada, pk la sendiri!!!

Technician cam syiaLLLL….

Kelmarin aku g makmal XXXXX untuk membuat projek design aku…Projek apa lagi, mestilah ”squash ball launcher”. Punye r semangat aku berkobar-kobar nak siapkannya hari ni gak…projek ni hanya tinggal welding n bahagian hopper dia je..jadi nak dijadikan cerita, group member aku (ahmad bukan nama sebenar) nak g la welding n aku plak buat bahagian hopper. Sebelum ni aku n dia dah cuba guna mesin kimpalan yang telah diajar tapi benda design tu x nak melekat..jadi kami nak guna mesin kimpalan yang jenis lagi satu, senang citer mesin tu yg paling power r bab2 melekat ni…masalahnya kami x pernah guna n x pernah didedahkan pun cara-cara penggunaannya…jadi aku n si ahmad ni pun masuk ke bilik technician utk meminta kebenaran n tunjuk ajar daripadanya cara menggunakan mesin tu..

Ahmad: Assalammualaikum encik

Technician tua yang x buat apa2: Waalaikummussalam, hah nak apa??

Ahmad: Nak minta kebenaran menggunakan mesin kimpalan tu..

Technician tua cam syiallll:Nak buat apa??Tahu guna tak?? (nada marah)

Ahmad: Nak kimpal. Benda ni x lekat klu guna mesin kimpalan lagi satu. X tahu guna r mesin tu.

(nada sopan santun).

(p/s: klu aku dah lama jawab, nak kimpal la..xkan nak bancuh kopi plak..dah nama mesin kimpal..x tahu guna, tu la tugas technician utk tunjuk ajar bukan dok goyang kaki dalam bilik aircond je)


Technician: Klu x tahu guna, x payah guna…guna je mesin yang ko tahu guna..

Ahmad pun blah kuar…aku yang dengar (sebab pintu technician terbuka) ni pun bleh menyirap ..rasa nak tampar2 je technician tu…pastu aku ngan ahmad pk mcm mana nak lekatkan gak design ni…tetiba ada technician muda kuar membantu kitaorg..aku agak mesti dia rasa terkilan gak dgn technician tua cam syialll tu…tq abg technician…si pakcik technician tu pergi bersara je lah lagi bagus….xde menyusahkan orang...dalam aku bngang2 akhirnya projek aku siap gak pada hari tu...macam dah lepas satu beban fuhhh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...