nak ikut.....

Saturday, March 7, 2009

Saat Perpisahan…

Entri aku sebelum ni ada mengisahkan mengenai hamster2 aku…seekor jantan, 2 betina (Amey & Comot) dan 4 ekor anaknya..Pagi semalam aku pergi kuliah seperti biasa..dan biasanya sebelum pergi kuliah aku akan pastikan hamster2 aku makan dan minum terlebih dahulu…aku pelik melihat si comot (ibu kepada 4 ekor anak hamster tu).. tidak selincah sebelum ni..dia demam ke??ish pelik aku dibuatnya…xpe r…mungkin kesan berpantang kot huhu…

Comot yang asyik tidur saje...tidak selincah dulu

Selepas aku balik kuliah dalam pukul 12..aku melihat si comot masih lagi tidak aktif..berehat je…aku pun mengusiknya…dia aktif sekejap je…pastu tidur balik..ish mesti ada yang tak kena dengan si comot ni….aku pun mengusiknya lagi.. tapi kali ni responnya lain macam je…si comot seperti mengerang kesakitan…aku cuba membelainya tapi dia masih mengerang kesakitan…aku melihat kaki dan tangan comot seperti kejang…mulutnya ternganga dan matanya tertutup….tetapi mengeluarkan bunyi yang panjang…aku tak tahu apa yang perlu aku buat…hanya menggosok2 badan si comot.. namun si comot terus berbunyi…kesiannya dia…aku dapat rasakan pada ketika itu, si comot akan meninggalkan aku…aku kesian kat comot sebab betapa sukarnya dia melalui saat itu…bagaimana aku yang banyak dosa ini pula melalui saat itu nanti??jam menunjukkan pukul 1, aku terpaksa meninggalkan si comot kerana nak pergi solat jumaat..si comot masih lagi mengerang kesakitan ketika aku hendak keluar dari bilik…dan ini mungkin saat terakhir aku melihat si comot…seperti yang aku jangka, selepas aku balik dari solat…si comot sudah tiada…meninggalkan aku dan anak2nya…

Si Comot yang sudah tiada...

Friday, March 6, 2009

JEMPUTAN MATR 2008

Semalam dalam pkul 3 pagi ketika aku sedang nyenyak tidur di buai mimpi, pintu bilik aku di ketuk… ish sape plak ketuk pagi2 ni…seram je..bukan aku takut nak buka k…tapi biasa lah baru bangun tido..mestilah ambil masa sikit nak buka pintu..g betul2 kan apa yang patut…g bersihkan air liur basi yang meleleh k huhuhu…belum sempat aku buka pintu, ada sampul surat dimasukkan di bawah pintu aku…ish janganlah surat saman dari kolej plak.. aku pun terus membuka sampul surat tersebut…oww rupanya kad jemputan ke Majlis Anugerah Tun Razak 2008 (MATR’08) yang akan diadakan pada sabtu nie (7/3/2009).. bukan kad jemputan UMRAH k huhuh..jemputan VIP lagi…Agak lawa lah kad dia…memang aku tabik spring “toink toink” sape yang designnya..tapi apsal lambat sangat dihantar?? Lagi satu.. ambil la masa sikit, rasanya tak sampai satu minit pun nak tulis nama jemputan pada kad tu..ala itu masalah kecil je…aku dah maafkan awal2 pengarah program dia huhuhu walaupun kad jemputan lambat sampai ke tangan aku… tapi aku telah dimaklumkan awal2 mengenai program MATR tersebut…Terima kasih kerana menjemput aku..

Bahagian luar kad jemputan

Bahagian dalam kad jemputan

p/s: Tengah pening memikirkan baju apa yang hendak dipakai pada malam tu…nak menang la gelaran “King of the night” huhu..ada sape2 nak bg cadangan???

Wednesday, March 4, 2009

Eiii…aku geli la sebab berbulu…

Aku ada bela hamster…kenapa aku membelanya?? Ntah la nak bela anak dara orang..aku tak mampu lagi..jadi bela la hamster dulu…biar jadi gemuk2 n comel2…huhu aku bela seekor jantan n 2 ekor betina..aku biar dia merasakan poligami...huhu...sekarang ni aku dah dapat 4 ekor anak hamster…baru seminggu dilahirkan (besday diorang pada 23 feb 2009)…aku dapat lihat secara live bagaimana anak2 hamster itu dilahirkan..baru aku tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak….kawan2 aku teruja untuk melihat hamster2 aku…masih tidak bernama lagi…ada sape2 yang nak bagi nama??..aku bagi lah tengok… ada yang suka..ada yang geli…biasa la..hamster dengan tikus kan lebih kurang….sedang aku dan kawan2 aku beborak kosong pasal hamster…tetiba aku terdengar seorang kawan perempuan aku kata.. aku teringin nak bela hamster..comel..tapi aku geli la sebab berbulu…pastu aku laju je tembak balik dia…habis tu ko nak lelaki yang tak berbulu ke??? Auww….huhu dia terdiam malu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...