nak ikut.....

Tuesday, March 10, 2009

Maksud Di Sebalik Gambar

Gambar di atas ni membawa banyak maksud tersirat tau…Cuba tngok betul2 pasti anda akan jumpa makna tersirat tu…Disini aku senaraikan apa yang aku faham dari gambar ini. Klu ada lagi yang korang faham maksud tersirat silalah senaraikannya yerk..huh
a)
Aku seorang yang tinggi huhuu…(sila rujuk entri aku sebelum ini)
b)
Sape kate aku x pakai kain pelikat?? Huh ni buktinya aku lelaki melayu terakhir..
c)
Di tangan perempuan mesti ada something untuk di pegangkan???x kira la handphone, beg atau apa2 la…pelik2!!
d)
Perut aku kelihatan kurus…sebab tu mamat tu cucuk perut aku…jeles r tu haha
e)
Klu bergambar je…mesti secara automatic tangan sesape aje akan terangkat untuk tunjuk symbol peace…kenapa yerk???

Sunday, March 8, 2009

KPIC 2009: Episod 2 – Mandi Kolam

Setelah sampai di Dayang’s Camp, peserta dibenarkan untuk mengemaskan diri dan beriadah. Program sebenarnya akan berlangsung pada sebelah malam..Aku dan peserta lain mengambil kesempatan untuk bermandi-manda di kolam..namun begitu tidak ada seorang pun peserta yang berani untuk masuk ke dalam kolam terlebih dahulu…semua tidak berani…penat aku meyakinkan diorang yang kolam tu bersih..huhu..sedangkan aku pun x berani masuk dulu hahah..takut rambut rebonding aku menjadi seperti sabut kelapa nanti hahah

Peserta mula yakin bahawa air kolam tersebut bersih selepas seorang demi seorang terjun ke dalam kolam…akhirnya semua mandi di dalam kolam…x best la kalau hanya mandi saja..maka kitaorang membuat game bola tampar diantara lelaki dan wanita… keputusannya kumpulan lelaki menang huhu..selepas ketiga-tiga bola tampar tu pecah, kami main lumba berenang plak…huuhu…tgok macam berjalan dalam air je…apa2 pun best sgt mandi kolam walaupun terdapat berudu berenang bersama kami sekali…haha

Peserta tidak berani untuk mandi di dalam kolam...

kumpulan lelaki..

kumpulan wanita....

AKu bersama yuyu, pengarah program kpic 2009

~perut aku terpaksa ditutup kerana baju basah lekat kat perut aku yg comel..seram dan ganas utk tontOnan umum huhu

KPIC 2009: Episod 1 – Kem terakhir aku di UTM

Kelab Penyayang Induction Camp 2009 (KPIC 2009) akhirnya dapat berlangsung dengan jayanya pada 27 Feb 2009 (jumaat) hingga 1 Mac 2009 (ahad) di Dayang’s Camp, Pekan Nenas Johor.. walaupun pada permulaannya aku mendengar khabar angin bahawa kem ini tidak akan diadakan…Kemungkinan besar, ini adalah kem terakhir aku di UTM tercinta ini.. Aku datang ke kem ni sebagai fasilitator bagi membantu melancarkan program tersebut… Kami bertolak dari UTM pada jam 3 petang dengan menaiki bas…pagi jumaat tu aku ada kelas..aku hanya sempat packing selepas solat jumaat.. aku juga perlu menghantar hamster2 aku ke bilik kawan aku… agak kelam kabut juga lah..

Perjalanan dari UTM ke Dayang’s Camp mengambil masa lebih kurang 40 minit saja.. aku agak kecewa lah sebab kurang penyertaan daripada peserta Kelab Penyayang…satu bas tu pun tidak penuh…mungkin ahli kelab lain ada komitmen yang tidak dapat dielakkan…Sampai saja di tempat tu, kami di bawa ke tempat penginapan…terpaksa berjalan kaki...program yang di aturkan sepanjang 3 ari tu seperti jungle trekking, latihan dalam kumpulan (ldk), malam kebudayaan dan lain-lain…rasanya bagus dan sesuai dengan tujuan program itu sendiri bagi merapatkan hubungan sesama ahli dan merencanakan program kelab untuk setahun yang akan datang…semoga Kelab Penyayang UTM terus sukses!!

peserta perlu berjalan kaki untuk ke kawasan kem...bus tidak muat masuk...patut la aku kurus lepas balik dari kem huuhu

Banner KPIC 2009...

beberapa orang fasi & kem komanden..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...