nak ikut.....

Tuesday, April 14, 2009

Aku dapat baby lagi..

Kelmarin aku keluar dgn Boy, g jalan2..lepas aku balik dari jalan2..aku buka pintu bilik aku..aku lihat ada 2 baby..tersenyum pada aku..tapi matanya x terbuka lagi..terkejut beruk aku..x tahu sama ada aku patut gembira atau sedih…bercampur semuanya…aku gembira sebab aku memang suka baby…aku sedih kerana si ayah baby tu tahu je buat anak tapi x reti jaga..tensen tol…dah la aku yg beri anak bini dia makan….ish apa punya ayah…nasib baik ko comel..skang ni makin besar la keluarga hamster aku ni..semua sekali 8 ekor tak termasuk si comot yang dah tiada…suasana malam aku bertambah riuh la dengan gelak tawa dan kenakalan mereka yang bermain roda impian supaya aku x dapat tido…klu aku jahat aku tanggalkan je roda impian mereka tu hahhahah

p/s: kepada baby2 hamsterku selamat datang ke dunia fana ini hahaha

Thursday, April 9, 2009

Siapa yang kentut??...angkat tangan

Kentut?? Apa itu kentut? Menurut kamus (aku siap buat rujukan lagi tau)…Kentut adalah campuran pelbagai gas seperti nitrogen, oksigen, karbondioksida, hidrogen, metana (sejenis gas yang mudah terbakar)..yang keluar dari tubuh manusia melalui dubur. Persoalannya, kenapa ramai orang malu untuk mengaku yang diorang kentut??Aku pun rasa malu gak…ntah r…tetiba perasaan malu tu muncul dengan sendirinya apabila aku terkentut…harap2 x ada orang dengar atau terbau..huhu…aku tulis entri mengenai kentut ni kerana..ada seorang kawan perempuan aku ini berani mengaku yang dia kentut.. tanpa rasa malu dan bersalah…kisahnya begini….aku ada satu group discussion…ketika kami tengah khusyuk berbincang tetiba terdengar bunyi kentut…semua orang saling pandang antara satu sama lain…mencari orang yang hendak dipersalahkan…tapi, tetiba gurl ni mengaku yang dia kentut…suasana sunyi tadi terus menjadi bising dengan gelak ketawa kami…aku suka r gurl yg berterus terang hahhaha

Tetapi kentut juga boleh mendatangkan masalah…seperti yang dipaparkan di dalam akhbar berita harian…Seorang pemain bola sepak amatur menerima padah apabila diberi kad kuning kerana mengganggu pemain lawan yang mahu mengambil sepakan penalti dengan cara tidak sopan iaitu kentut dengan kuat. Sepakan penalti itu mulanya diselamatkan, tetapi diambil semula dan ia berjaya disempurnakan. Aku rasa kawan2 pemain tu perlu denda dia, kentut kat muka dia ramai2…elok2 bola tue x dapat dijaringkan… akhirnya dapat menyumbangkan 1 gol.

Tapi benarkah kentut ni mempunyai khasiat?? Aku pernah terbaca satu artikel mengenai khasiat kentut….tapi aku x pernah cuba lagi r… Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya tapi aku x ingat r dari mana aku dapat sumber ni…tapi betul ke??kalau betul, marilah kita mulakan kempen kentut hour…dari jam 8.30pm hingga 9.30 pm setiap hari..

p/s: Rasa kelakar bila teringat kembali kenangan masa kecil2 dulu…dulu ingat kentut boleh membatalkan puasa…jadi jenuh la tahan kentut tu…haha

Tuesday, April 7, 2009

Malam 1000 Bintang 2009

Malam 1000 bintang??Adakah ia malam himpunan bintang2 popular tanah air kita seperti Siti Nurhaliza, kaer,Roy azman, elyana dan ani mayuni??tidak!tidak!tidak! Tetapi malam seribu bintang adalah malam himpunan siti hasmah, azam, roy, nurul elyana, anissa dan ramai lagi ahli kelab penyayang....sebenarnya, malam seribu bintang adalah satu majlis makan malam kelab Penyayang UTM yang diadakan bagi menghargai pelajar2 final year seperti aku ni huhhu...Dinner ni telah berlangsung pada hari ahad lepas...iaitu pada hari yang sama aku balik dari rumah adik angkat aku...nasib baik sempat join...Programnya agak meriah walaupun hanya dalam tempoh seminggu perancangan dan persiapan dilakukan...Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti...

a) pembukaan silat - memang best la kunang...aku kagum gler..tp aku x dapat ambil gmbar ko
b) Persembahan roy & faezah - sedap gler suara...tarian roy akan menjadi ikutan nanti huhhu
c) Tayangan montaj - montaj kedua agak menarik...montaj pertama mengalami mslh teknikal
d) cabutan bertuah - no aku x kena plak kali ni
e) Penyampaian hadiah kepada pelajar2 senior
f) anugerah pakaian lelaki & wanita terbaik - pemenangnya Marzuki & siti hasmah

Makanannya pun agak berbaloi...tetapi aku kena makan pada akhir majlis...tetapi agak best gak la dari perancangan awal hanya nak buat BBQ sahaja..Dan ini mungkin majlis terakhir aku dengan Kelab Penyayang UTM...Ini Antara gambar2 yang sempat aku snap...tapi maaf lah gambar2 ni di snap selepas habis program....Sebab aku terpaksa bertugas menjadi MC majlis tu huhuh
AKu dan yuyu...rakan MC aku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...