nak ikut.....

Wednesday, January 27, 2010

Lelaki Menangis

Siapa kata lelaki tidak menangis?? Dan siapa pula kata, bila lelaki menangis itu tandanya lelaki itu lembik (tidak jantan)?? Aku mengaku yang aku pernah menangis…tetapi aku menangis pada tempatnya.. apabila hati aku benar-benar tersentuh…sebab itu lah jarang rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata…lelaki menitiskan air mata pada tempat yang wajar tidak seperti kaum wanita yang kebiasaannya (tidak semua tau…siapa makan cili dia yang terasa pedasnya heheh) menggunakan air mata sebagai senjata untuk menundukkan lelaki hhahaa…(habis lah aku kena kutuk dgn kawan-kawan perempuan aku ni).

Lelaki yang menangis menandakan mereka juga manusia biasa, ada emosi punya rasa.Lelaki ada hak untuk menangis.Aku biasanya akan menangis bila ia membabitkan kanak-kanak atau orang tua…Entahlah, hati aku mudah tersentuh…lebih-lebih lagi kalau melibatkan ibu bapa aku… sebab itulah aku paling tak suka program motivasi atau kem bina diri….

Biasanya dalam kem-kem motivasi macam ini, ada satu slot dimana lagu sedih dipasang, lampu dipadamkan dan penceramah akan bercerita mengenai pengorbanan ibubapa dalam membesarkan kita…adoyai.. aku pasti tewas…air mata aku pasti akan deras mengalir seperti air sungai… Tambahan pula, aku tidak boleh dengar beberapa lagu…antaranya Ayah dan Ibu (Sudirman), Kau Sahabat, Kau Teman (Hijjaz) dan banyak lagi sebenarnya…Ya, aku tahu memang nampak kelakar…dan menjadi bahan orang untuk kenakan aku…Aku pernah kena bahan bila pergi karaoke… aku tak tahu pun antara lagu pilihan untuk menyanyi adalah lagu Hijjaz tu…aku just boleh dengar rangkap pertama je lagu tue…pastu aku keluar dari bilik karaoke tu… tak tahan beb..teringat satu peristiwa yang pasti buat aku sedih…ini gak antara faktor aku tak suka pergi karaoke selain suara aku tak sedap hehehe

Tapi aku tak adalah menangis kerana sedih je….aku juga menangis kerana gembira…kalau dah kelakar tahap cipan pasti aku akan gelak sampai keluar air mata…thanx kepada budak2 pejabat aku yang selalu membuat aku ketawa dalam tangisan sejak kebelakangan ni hahahah.Oleh itu, jejaka-jejaka macho sekalian, janganlah takut untuk menangis. Ia perkara yang sewajarnya dilakukan. Maka menangis la sekarang!! Hehehe

p/s: Bila eh kali terakhir aku menangis??dah lupa lah….

Blog aku, blog Sampah??

Aku bila tiada kerja, aku akan rajin membaca blog member-member aku…walaupun kebanyakan blog mereka menceritakan hal kehidupan mereka seperti blog aku ini….Sedang aku leka membaca blog member-member aku, ada seorang kawan menegur aku…

Kawan: Ko tngah buat apa tue??

Aku: Erk…aku sedang membaca blog member aku…bosan la tak ada kerja ini…best gak baca blog-blog diorang…

Kawan: Blog diorang cerita pasal apa??

Aku: Ala cerita pasal life diorang…saja je nak tahu perkembangan diorang..

Kawan: Oww aku tak suka la membaca blog pasal kehidupan peribadi….tak best dan tiada info langsung… Sampah je

Aku: !@#!@#(tersentap!! Sebab blog aku nie pun pasal kehidupan aku…jadi secara tak langsung blog aku ni blog sampah)

p/s: yea2 je x suka baca blog pasal kehidupan orang lain…tp pasal kehidupan artis laju je nak tahu.. mentang2 la aku ni bukan artis….tunggulah aku masuk AF8 nanti hehehe

p/s/s: Yang penting sekali, aku nak cakap Ini Belog Aku, Suka Hati Aku La hahahah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...