nak ikut.....

Wednesday, February 3, 2010

Aku Jumpa Cinta Ku di Cameron Highland…

Cuti yang lepas (30 Jan-1 feb), aku telah membawa hatiku yang lara ini mendaki cameron highland… bagi melupakan segala tekanan yang aku alami…datang ke sana adalah semata-mata untuk enjoy je…tetapi dalam tempoh tiga hari itu, hati aku sentiasa tidak senang…sentiasa berdebar-debar..sangkaan aku mesti sebab keadaan di sana yang agak sejuk..tetapi ia meleset sama sekali…sebenarnya aku telah jatuh cinta…pandang pertama…rupanya cinta yang selama ini aku cari berada di Cameron highland… Ohh, sungguh mencabar cinta kita…Cuba bayangkan jika aku tidak pergi Cameron Highland pada masa itu?? Pasti aku tidak berjumpa dengan kamu dan jatuh cinta dengan kamu..Benarlah jodoh pertemuan ditentukan Allah…aku benar-benar bersyukur..

Masa pertama kali aku terlihat kamu, aku terasa yang kamu memang untukku….aku cuba menghampiri kamu, tapi aku perhatikan yang kamu sentiasa bersama dengan seorang makcik…mungkin keluarga terdekat kamu rasanya..aku jadi serba tak kena…rasa segan pun ada…tetapi jika aku tidak bertindak sekarang…pasti kamu terlepas dari dakapan aku….

Aku pun memberanikan diri…bergerak kearah kamu dan makcik kamu…oww strategi pertama aku adalah cuba mengambil hati makcik kamu…orang kata jika hendak anaknya, kena lah tackle ibunya dulu…hehhe aku pun datang dekat, sambil tersenyum dan memberi salam…makcik kamu menjawab salam aku dan turut tersenyum…oww ini peluang aku, makcik kamu memberi respon positif terhadap aku..”Ye, anak nak apa??”tanya makcik kamu… “saya nak…nak..nak”, aku tergagap..jantung aku berdegup kencang…lidah aku menjadi kelu…aku perhatikan kamu…nasib baik makcik kamu mudah faham…”oww anak nak tu eh??”kata makcik sambil menunjuk kearah kamu…aku tersipu-sipu malu sambil mengangguk yang aku nak kamu…”Nah ambil la ais krim strawberi ni” kata makcik kamu… aku pun mengambil kamu…Kini kamu berada dalam dakapan aku…

Friday, January 29, 2010

Graduan luar lebih laku???

Betul ke graduan dari universiti luar negara lebih laku?? Mudah untuk mendapat pekerjaan??... dan dipandang tinggi di mata masyarakat?? Dulu semasa aku masih belajar, aku selalu beranggapan begitu… kawan-kawan aku juga ramai yang menyambung pelajaran ke luar negara…aku selalu memandang tinggi graduan-graduan luar negara… aku rasa korang pun begitu juga kan??…contohnya, semasa aku belajar di UTM…amat ketara boleh dilihat apabila ada lecturer memperkenalkan diri mereka dan menyebut kelulusan mereka…Jika lecturer itu menyebut dia mempunyai kelulusan dari universiti luar negara walaupun universiti itu tidak pernah didengari oleh kami….janji luar negara….pasti ia akan disambut oleh perkataan “WOOWWW” secara serentak oleh kami seperti telah di program…tapi awas…jika lecturer itu menyebut yang dia mempunyai kelulusan dari universiti tempatan…pasti kelas akan senyap saje…hehe.. bukan sebab aku tidak patriotik, tapi memang itulah realitinya…aku pun hanya kelulusan university tempatan saja…dan aku bangga memberitahu aku budak UTM dulu (ceh ayat mcm dah lama je aku tinggalkan UTM heheh)..

Tetapi sekarang, aku rasa semua graduan mempunyai peluang yang sama rata dalam mendapatkan pekerjaan…kerana system pendidikan negara kita semakin berkembang dan mantap..yang membezakan setiap graduan ialah soft skill yang dimiliki….ini bukan skill untuk menjadi soft (lembut) okay….ini skill seperti komunikasi, team building, leadership dan semua skill yang jarang diperolehi dalam kuliah tetapi melalui pengalaman…yang tidak semua orang memilikinya..

“Tuntutlah ilmu padi, semakin berisi, semakin merunduk”

p/s:Menuntutlah ilmu di Jalan Allah…dan mengajarnya pada orang lain walaupun sebaris ayat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...