nak ikut.....

Friday, March 19, 2010

Tolonglah, jangan bekukan pengambilan pekerja Lombok

Biar betul apa yang aku baca dalam surat khabar nie....Pergerakan Puteri UMNO telah menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia.. Puncanya kerana sekarang ini trend kahwin lari melibatkan ramai gadis-gadis Malaysia dengan lelaki Lombok.

Kalau betullah akan dibekukan pengambilan pekerja Lombok ini...parah lah aku....Habis lah aku... umur dah semakin meningkat ni....dengan siapa aku nak berguru untuk menuntut ilmu seni mengorat awek ni kalau pekerja Lombok ini sudah tiada...dah la ilmu mengorat yang aku ada ni baru pada tahap 1 je....iaitu cara nak tackle awek dengan memberi salam....”Assalamualakum, kalau x jawab dosa...” heheheh..Ilmu-ilmu lain aku x mahir lagi ini...ada sesiapa yang nak menjadi guru aku???

p/s: kadang-kadang aku pelik la..orang-orang atas ini suka membawa isu yang remeh je..sedangkan banyak lagi perkara-perkara besar yang perlu dibincangkan...biarkan je lah kalau dia nak sangat kahwin dengan orang Lombok tu...mereka dah besar...boleh fikir yang mana kaca dan yang mana permata...

Rancangan Adik-adikku patut diteruskan

Malam tadi, seperti biasa aku hanya duduk dirumah sahaja…malas untuk keluar…lebih baik duduk dirumah menonton television..di samping dapat menghilangkan rasa penat…sepanjang hari berada di pejabat…

Sedang aku leka menonton tV, tetiba tangan aku boleh tertekan remote control ke siaran TV1 yang jarang benar aku tengok (tv1 dan tv2, aku rasa perlukan suatu perubahan yang besar untuk menarik minat aku menontonnya)…ketika itu sedang bersiaran pertandingan peringkat akhir rancangan realiti ‘adik-adikku’…. Peserta kedua sedang membuat persembahan….aku terus terpaku pada rancangan itu sehingga habis….macam tak percaya kan??heheh…tapi itu lah realitinya…aku rasa rancangan ‘adik-adikku’ ini merupakan antara rancangan realiti terbaik yang pernah dibuat di Malaysia dan ia perlu dikekalkan…7 orang kanak-kanak yang layak sampai ke peringkat akhir ini semuanya bagus-bagus belaka… Juaranya, aku dah boleh agak lebih awal lagi…kerana persembaannya yang paling mantap..tetapi tempat kedua-dan ketiga aku tersalah teka…tersasar sedikit hehehe.. Apa-apa pun tahniah lah…

Johan: Muhammad Wajih Zakwan
Tempat ke-2: Muhammad Qayyim Nizar
Tempat ke-3: Muhammad An-Naim

surat khabar ni macam tau-tau je pemenangnya...gambar disusun ikut turutan dari kiri hehhe

p/s: rasa menyesal pula tidak ikut rancangan ini dari awal lagi…perlu cari kat youtube nie…heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...