nak ikut.....

Thursday, May 6, 2010

Bunga Plastik = Cinta Palsu??

Aku TERtengok drama melayu dengan emak aku tadi, dalam drama itu, ada babak di mana si lelaki memberikan 3 kuntum bunga ros kepada si gadis…dengan spontan aku mengomel….. ”asyik-asyik bagi bunga ros hidup kalau nak tangkap cintan-cintun…kononnya romantik la tu, baik bagi bunga kertas (means bunga plastic/tiruan) lagi romantik, sebab tahan lagi lama…itu menunjukkan cinta si lelaki terhadap gadis itu adalah untuk selama-lamanya”…TETIBA emak aku pun membalas, “kalau bagi bunga plastic, itu menunjukkan cinta si lelaki itu pun plastic juga” ……aku tersentap….rupa-rupanya emak aku ni banyak pengalaman dan pengetahuan tentang cinta yer…aku kena belajar dari emak aku ni hehehe…

Berikut adalah rahsia disebalik bilangan kuntuman bunga ros (aku sendiri pun baru tahu juga hehehe):-

Wednesday, May 5, 2010

Siapakah yang paling kuat cemburu??

Cemburu?? Mengapa perlu cemburu?? Sejak kebelakangan ini, kita selalu dihidangkan dengan kes-kes cemburu di akhbar…Tak salah untuk merasa cemburu, ada je cemburu yang mendatangkan kebaikan seperti cemburu dengan kawan yang cemerlang dalam pelajaran…maka kita berusaha lebih bersungguh-sungguh….tetapi jika cemburu melampau dan tanpa usul periksa maka keburukan yang akan terjadi seperti kes-kes di bawah ini:-

a)3 Mei 2010 – (MELAKA) Seorang lelaki berusia 40-an yang juga seorang anggota tentera cuba bertindak menoreh kemaluan isterinya dengan sebilah pisau gara-gara mendengar 'bisikan suara halus' di dalam rumahnya yang mengatakan isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

b)2 Mei 2010 – (KUALA LIPIS) Seorang lelaki disyaki memukul isterinya sehingga mati hanya kerana cemburu apabila wanita itu bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon

c)25 April 2010 – (KUALA LUMPUR) Akibat cemburu, seorang tukang kayu, Chan Kok Hong, 26, bertindak menikam kekasihnya sehingga mati sebelum cuba menikam diri sendiri di Kondominium Pandan Heights, Pandan Indah.

Tetapi antara lelaki dan perempuan, siapakah yang paling kuat cemburu eh???

Monday, April 26, 2010

Anda Tanya, Saya Jawab.

Woahhhh…lamanya aku tak update blog…mesti korang merindui aku kan??hehehe…untuk makluman korang, sekarang aku telah buat satu page bagi memudahkan untuk orang bertanya kepada aku secara terus… tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain heheh (Tetiba terasa diri ini macam artis pula yang banyak peminat hahah).. Macam mana caranya?? KOrang just click banner sebelah kanan blog ini yang tertulis "anda tanya, saya jawab"….aku akan cuba menjawab semua soalan2 anda…tidak kira lah soalan bijak ke, soalan mintak penampar ke, soalan add math ke, atau sebagainya…janji soklan tu terasa aku nak jawab la hahaha… yela soklan yang aku rasa akan mengganggu gugat sensetiviti aku, aku kena tapis dulu la heehe….apa2 pun…selamat bersoal jawab dengan aku!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...