nak ikut.....

Friday, January 27, 2012

Aku akan buat ibu aku menangis juga nanti….

Hari ini…Jumaat…27 Januari 2012

Sepupu aku telah selamat melangsungkan majlis akad nikah petang tadi di Taiping, Perak.… Aku berpeluang duduk di sebelah imam, bukan sebagai saksi hanya untuk menyaksikan majlis itu… Rasa teramat gementar… Tetapi aku lihat sepupu aku tenang saja…Akad nikah hanya sekali lafaz je…sampai makteh aku kata:-

“Eh macam main kahwin-kahwin pula, senang je sudah jadi suami orang”

Aku pun rasa macam senang je majlis akad nikah tadi….tu yang aku terasa hendak kahwin ni….10 minit sudah selesai semua…tok imam itu siap bergurau dengan bakal pengantin lelaki lagi…tiada tanya-tanya hukum agama mahupun doa qunut macam dulu-dulu HAHAHA… Aku ni pantang kalau jumpa tok imam, tok kadi mahupun tok mudim….seram sejuk jadinya hahha…benda yang biasa baca pun, boleh terlupa nanti hahahah

Syukur sepupu aku sudah selamat jadi suami orang….kalau ikut giliran umur…giliran aku sudah semakin dekat…..Adoyai…kena cepat cari ni hahaha….Tetapi, semasa di bacakan doa selepas akad nikah tadi… aku perhatikan emak sepupu aku, iaitu mak lang aku…aku perhatikan mak lang aku mengesat air matanya…mungkin terlalu gembira, sampai menitis air mata… aku perhatikan makteh aku pula…turut mengesat air mata…aku perhatikan pula pengantin perempuan, turut mengesat air mata….Kenapa semua orang terutamanya kaum perempuan akan menangis apabila selesai akad nikah???

Kalau macam itu….aku akan buat ibu aku menangis juga nanti..tapi bukan menangis kerana kesalahan atau keburukan yang aku lakukan…tetapi aku akan pastikan ibu aku menangis kegembiraan kerana kebaikan yang aku lakukan….senang cerita, aku kahwin la…sudah pasti ibu aku akan menangis HEHHHE

Wednesday, January 25, 2012

Petua lari dari haiwan

Kecoh!!! Memang kecoh betul makcik aku!!!.. Eh silap, memang kecoh betul suasana di kampong aku sekarang ini…semuanya gara-gara lembu kaki pendek atau nama kasarnya ialah khinzir…atau lagi kasar ialah babi… hahah

Aku baru pulang dari tempat kerja tadi, tiba-tiba makcik aku memberitahu aku sesuatu ketika aku hendak makan malam di rumah makcik aku….

“Angah, tahu tak…kawasan kampong kita ni sudah kena serang dengan babi hutan”, cerita makcik aku dengan semangatnya siap terangkat-angkat tangannya lagi…persis seorang penceramah…. nasib baik makcik aku tidak tekan hidungnya ke atas buat rupa binatang itu tadi

“Babi hutan??” Aku terkejut… Percuma je aku mencarut depan hidangan makan malam aku..

“Yelah babi hutan, mamat depan rumah tu sudah kena sondol pagi tadi…habis koyak rabak dia punya…”

“Dia punya??” Aku seolah-olah blur….tidak dapat tangkap apa yang makcik aku juga sampaikan

“Alah…dia punya tu”, makcik aku mengulanginya sekali lagi apabila melihat aku seperti kebingungan

“Dia punya apa??”, Aku serius tidak dapat tangkap maksud makcik aku pada waktu itu

“Dia punya burung la….ish kamu ini”..

Laaaa…burung mamat tu ke makcik aku segan-segan hendak sebut??? Sedangkan dengan selamba je telah menyebut babi banyak kali hahahha

“Habis macam mana keadaan mamat tu??”

“Tak dapat diselamatkan”

“Mamat tu tidak dapat diselamatkan….kesiannya”

“Bukan mamat tu la…tapi burung dia”

“Burung dia?? Lagi la kesian”

“Tu la tadi orang kata dia tidak lari ketika bertembung dengan babi itu”

“Ish susah hendak lari makteh, binatang tu lari laju”

“Tu lah kata mak semah kau tadi….jangan lari lurus…kena lari bengkang-bengkok baru tak kena”

“Kenapa lari bengkang-bengkok??”

“Supaya babi tu pening la”

“Ohh macam tu eh makteh”

“Yelah… kalau jumpa ular pula, kena lari lurus…sebab ular kan menyusur bengkang bengkok macam huruf S

Aku hanya gelak je dengar makcik aku bercerita dengan semangatnya…mesti petua tu, dia dengar daripada jiran sebelah rumah tu hahah

“Macam mana pula kalau hendak lari daripada ketam makteh??” tanya aku

“hurm….Ketam??”, makcik aku berfikir…mesti jiran sebelah rumah terlupa hendak bagi tahu petua ini HAHAH

“Ketam kan jalan senget, jadi kita lari lurus lah”, jawab makcik aku dengan penuh yakin…

“Salah”, balas aku

“Habis tu macam mana hendak lari daripada ketam?? ”, tanya makcik aku tidak sabar-sabar…

“Buat apa kita hendak lari dari ketam…kita tangkap lah ketam itu dan makan HAHAH”

p/s: Bahasa orang Melaka memang kita dengar macam kasar, tapi mereka tidak maksudkannya…percaya lah!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...