nak ikut.....

Friday, July 27, 2012

Kita kahwin berdua la…..


Petang tadi, ketika aku sedang sibuk mengemaskini maklumat Alumni Kolej….telefon aku berbunyi… aku terima satu panggilan…. daripada nombor persendirian…017-98*****… aku pun angkat…

“Hello……Selamat sejahtera. Ini En. Khairul??”

“Yup saya bercakap”

“Encik sangat bertuah hari ini kerana kawasan Encik tinggal sekarang, kami sedang membuat promosi memasang Uni** secara percuma………bla…bla… bla” terang pemanggil wanita itu dengan panjang lebar..

Awal-awal lagi aku nak tergelak, macam mana dia tahu aku sudah pindah ke Melaka?? Lagipun memang aku tidak berminat untuk pasang Uni** di rumah aku sebab aku tinggal seorang diri je….rumah aku tu hanya untuk tidur je…kebanyakkan masa aku di luar rumah.. jadi rugi aku memasang Uni**…. Aku hanya memberi respon… Em…EH….Ok….Yup….Ohhh… berulang-ulang kali. Selepas penerangan panjang lebar diberikan, tanpa sedikit pun dia memberi aku ruang untuk bercakap… dia pun bertanya

“Jadi macam mana Encik Khairul?? Berminat dengan pakej kami??”, tanya pemanggil wanita itu

“Saya tidak berminat. Sebab saya tinggal seorang diri je”, balas aku

“Bini encik duduk mana??”, tanya dia lagi

“Saya bujang lagi….lagi pun kebanyakan masa saya di luar rumah”

“Lah yeke?? Macam tu kita kahwin berdua la… saya boleh masak untuk encik khairul”, balasnya sambil tergelak-gelak

Aku diam seribu bahasa je….Suasana sunyi….Dan mungkin dia sudah tersedar akan keterlanjuran kata-katanya itu…dia pun letak telefon….

“Mungkin terlalu laju line Uni** yang dia guna, sampai aku tidak dengar kata-kata terima kasih atau sebagainya”, bisik hatiku sambil meletakkan telefon…

p/s(i): Baru je habis mengajar pelajar aku pasal khidmat pelanggan…


Apa maknanya jika perut berbunyi??


Perut berbunyi?? Aku biasa mengalaminya….lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini… mungkin sebab lapar… Tapi ada banyak sebab lain kenapa perut berbunyi atau berkeroncong… tetapi dalam kes aku ni, mungkin lapar kot….

Pagi tadi semasa hendak bersahur, perut aku berbunyi…yang malunya…dah la bunyi tu panjang (versi lagu Hindustan kot), kuat pula tu hahaha…. Sampai makcik aku yang duduk sebelah aku pun boleh dengar dan kata

“Cacing dalam perut angah tengah berdengkur tu”

Haha….terus aku hendak tersedak ketika mengunyah makanan tadi… Ye mungkin cacing tu akan terus berdengkur sebab menu sahur aku pagi ni ringkas je, tidak menarik perhatian cacing tu pun…heheh… Makcik aku masak istimewa pagi ini.. iaitu nasi putih dengan telur  heheh… Bak kata pelajar aku, itu nasi bujang… Mentang-mentanglah aku masih bujang lagi, makcik aku sediakan nasi bujang je hehheh…. Apa-apa pun, aku sudah kenyang bersahur, mata pun semakin berat je…. Mungkin masa aku pula untuk berdengkur bersama dengan cacing tu hehehe


Thursday, July 26, 2012

Sesungguhnya aku sedang berpuasa!!!


Pejam celik pejam celik… Hari ini sudah hari ke enam kita berpuasa…. Cepatnya masa berlalu.. Dan pada bulan puasa nilah lebih banyak dugaan yang kita hadapi..

Begitulah juga, aku menghadapinya…. Bulan puasa ni, pelajar aku lebih banyak membuat masalah… tidak tahulah apa masalahnya… sama ada ini adalah salah satu dugaan bulan puasa untuk aku….

Tapi apa yang pasti, apabila aku hendak marah….budak aku akan cakap

“Encik, sesungguhnya encik sedang berpuasa!!!”

Terus aku tidak jadi hendak marah…bukan sebab aku baru ingat aku sedang berpuasa….tetapi aku hendak tergelak, mereka tahu aku sedang berpuasa, tapi masa tulah nak menyakitkan hati aku… alang-alang dah lapar, terasa nak telan je mereka ini….ishhhh


p/s(i): Aku pernah terdengar satu ceramah mengatakan, tiada gunanya berpuasa jika tidak bersembahyang…betul ke??

p/s(ii): Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga perlu puasa dari penglihatan, percakapan, perbuatan dan sebagainya

p/s(iii): Semasa menonton semanis kurma, seronok tengok mualaf yang menutup aurat sempurna… terasa segan pada mereka..

p/s(iv): Tarikh yang ditakuti dan digembar-gemburkan dalam tahun 2012 dulu-dulu semakin hampir, tetapi kenapa semakin ramai yang lalai?? Sepatutnya lebih memperbanyakkan amalan!!!! haishhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...