nak ikut.....

Friday, January 10, 2014

Salah perancangan…..

Hari Jumaat…. Penghulu segala hari….

Hari ini aku bangun awal seperti biasa, walaupun aku tidak bekerja hari ini…..

Walaupun tidak pergi ke ofis, tapi hari inilah masanya untuk aku mengemas rumah…dalam seminggu, sehari je kemas rumah hehe

Pagi-pagi lagi aku sudah mandi, siapkan diri sekacak mungkin untuk pergi membuat kad bank dan kad pengenalan baru….Itu untungnya tinggal di sempadan Melaka- Johor heeh

Aku pun menghidupkan kereta menuju ke pekan Jasin, aku singgah dulu ke bank…tapi malangnya ramai sangat orang, jadi aku terfikir untuk menguruskan kad pengenalan baru terlebih dahulu…Aku singgah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) jasin yang tidak berjauhan dari bank tadi… Kosong! tiada orang…tapi perlu mengambil nombor giliran juga… baru sahaja ambil nombor, nombor aku sudah terus di panggil….

Aku pergi ke kaunter, tapi orang kaunter tu memaklumkan kepada aku

“Kalau nak buat kad pengenalan kat sini, ia mengambil masa dalam sebulan baru siap…”

“Lamanya baru siap”

“Kalau abang nak cepat, abang kena buat kat ayer keroh….1 jam je siap”

Aku melihat jam….Sudah hendak tengah hari, nanti nak tutup rehat untuk solat jumaat….

“Boleh je lah…sebulan pun sebulan lah”

“Okay, bagi IC abang”

Aku memberinya IC yang dah hancur itu…dan aku mengambil gambar yang terbaru….habis lah gambar IC aku nanti gemuk….huhu….dan aku perlu bayar RM 10…dan cip IC aku di tebuk… dan dipulangkan semula kepada aku

Tidak sampai 10 minit, semua urusan aku sudah selesai di JPN….jadi aku pergi ke bank tadi….Masih ramai orang, mesti ramai yang mengemaskini akaun ASB mereka hari ini… aku pergi ke kaunter pertanyaan untuk bertanya mengenai kad bank aku yang hampir tamat tempoh ini dan untuk mengambil nombor giliran….

“Ye, boleh saya bantu”, tanya gadis yang menjaga kaunter itu dengan lembut

“Kad bank saya ni sudah hampir tamat tempoh, jadi apa saya perlu buat?”

“Oh encik perlu isi borang ini….dan boleh saya dapatkan IC encik”

Aku memberikan IC aku kepadanya. Gadis itu mengambil IC aku…dan dia pandang aku atas bawah

“Kenapa?”, aku bertanya

“IC encik ini berlubang”

“Oh tadi saya pergi renew IC saya”

“Jadi encik tidak boleh buat kad bank baru hari ini, sebab semuanya akan guna IC”


Adoyai…. Aku salah perancangan!! Merasalah seperti hidup tanpa kad pengenalan sebulan…sebab aku hanya ada kad pengenalan berlubang heheh…tapi aku warganergara Malaysia ye heheh

Thursday, January 9, 2014

Kenapa Pelakon?

Aku masih ingat lagi, ketika aku zaman kanak-kanak…yakni ketika aku masih lagi di bangku sekolah rendah….Cikgu sering bertanya

“Apakah cita-cita anda apabila besar nanti?”

“Tentera”

Itulah jawapan yang aku sering berikan….dari darjah satu hingga darjah enam…tidak berubah… Biasanya jawapan yang popular ketika itu adalah polis, cikgu dan doctor.  Kebiasanya jawapan itu dipengaruhi dengan pekerjaan ibubapa mereka…. Mereka melihat apa yang ibubapa mereka jadi.. Aku pun sama lah… Tidak pernah terfikir untuk menjadi jurutera, penulis blog mahupun Perdana Menteri heheh

Namun begitu, menurut kaji selidik oleh Adecco Malaysia baru-baru ini, 12 peratus kanak-kanak  berusia tujuh hingga 14 tahun di Malaysia mahu menjadi pelakon apabila dewasa nanti. Ini kerana mereka ingin mencipta nama dan mendapat pendapatan yang tinggi. Tetapi yang aku peliknya, kenapa Pelakon?

Sudah terang lagi bersuluh, menunjukkan kanak-kanak zaman sekarang lebih terdedah kepada pengaruh media massa seperti televisyen berbanding pengaruh ibubapanya sendiri.  Mereka melihat kehidupan sebagai seorang pelakon adalah glamour, kaya, mewah, popular dan sebagainya. Adakah ia benar? Aku tidak tahu, cubalah tanya artis-artis di Malaysia ini

Dulu, aku pernah bertanya kepada ibu aku…

“Boleh tak angah hendak menjadi seorang penyanyi atau pelakon?”

“Boleh..dengan syarat angah sehebat Siti Nurhaliza”

“Tidak jadilah”

“Kenapa?”

“Angah sayang Siti Nurhaliza….Kalau angah sudah sehebat Siti Nurhaliza, nanti orang ramai tidak mahu mendengar suara Siti Nurhaliza lagi”

sumber gambar: dari dompet Pakcik Google :)

Nota kaki kanan: adakah kehidupan artis itu memang sangat indah atau hanya sekadar indah khabar daripada rupa?


Nota kaki kiri: Terlalu ramai artis di Malaysia ini, dari yang popular sehinggalah yang suam-suam kuku.. Dari yang aku kenal, sehinggalah yang aku tidak sedar kehadirannya….

Nota kaki kanan kawan: Siapa presiden Seniman sekarang ye?? Aku hanya ingat Zed Zaidi je...

Wednesday, January 1, 2014

Biasakan diri

Selamat tahun baru!!!

Azam baru, semangat baru dan kejayaan baru!!! InsyaALLAH!!!

Hari ini aku bekerja, sebab negeri Johor tidak mengambil cuti untuk tahun baru. Disebabkan aku tinggal di Melaka, dan bekerja di johor….Jadi jiran-jiran aku pelik aku kacak bergaya pada pagi tadi…Mereka ingat aku bermimpi apabila aku bersiap-siap hendak pergi kerja pagi tadi… Sampai ada jiran sebelah rumah aku tegur

“Hai angah, hari ini kan tahun baru…mana kerja…”

“Angah kerja kat Johor la makcik, johor tidak ambil cuti tahun baru”

Mereka rasa pelik saja….Dan mungkin mereka akan terus rasa pelik apabila aku bangun pagi kacak-kacak pada pagi ahad lepas ini….Selalunya mereka akan lihat muka aku pada tengah hari, hari ahad heheh Lepas ni, pagi-pagi ahad lagi aku sudah siap mandi…

Maklumlah, Tahun ini…Johor bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu…Jadi Hari Ahad akan bekerjalah… Itu yang seronoknya tinggal di sempadan Melaka-Johor hehe….. Aku tengah cuba membiasakan diri untuk bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu…. Aku tiada apa-apa masalah dengan pertukaran cuti ini…bagi aku sama sahaja apabila bekerja di Kolej Komuniti…..Hari cuti pun biasanya perlu bekerja… Sama ada mengajar kursus pendek ataupun terlibat dengan aktiviti komuniti setempat… I love my Job!!!

Dan pagi tadi ketika aku masuk ke dalam kelas, ada pelajar bertanya kepada aku..

“Encik sambut tahun baru kat mana malam tadi??”

“Saya di lindungilah daripada perkara-perkara yang melalaikan….saya tertidur awal semalam”, balas aku selamba

Kelihatan muka pelajar aku bengang dengan jawapan aku….heheh


 Nota kaki kanan: Aku sudah senaraikan 12 azam untuk aku capai pada tahun ini….salah satunya kahwin heheh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...