nak ikut.....

Thursday, January 23, 2014

Hampir cium lembu

Aku hampir sahaja hendak cium lembu petang tadi ketika pulang dari Kolej.

Biasalah kalau melalui jalan kampong, pasti ada macam-macam haiwan yang akan melintas secara mengejut…..aku sudah biasa sangat, kalau memandu dari rumah aku ke kolej…pasti setiap hari aku akan nampak bangkai haiwan di atas jalan raya akibat di langgar….. Kucing, anjing, ular, monyet, ayam, tupai dan sebagainya… Aku juga pernah terserempak dengan seekor kuda yang sedang meragut rumput di tepi jalan. Terkejut aku sekejap kerana ada kuda dalam kampong ini..

Dan tadi aku sangat hampir untuk melanggar seekor lembu yang tiba-tiba melintas jalan… nasib baik aku sempat memberhentikan kereta….Kalau tidak, aku dan miss vivi mesti tercedera....
Aku tidak faham la kenapa Tuan lembu itu suka melepaskan lembunya merata-rata….bukankah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya? Lagipun jika lembu itu di langgar mati, bukankah tuannya akan rugi??

Dan cuti semester lepas, ada seorang pelajar aku kemalangan bersama lembu….jadi perkataan lembu sangat sensetif di dalam kelas aku…. Jika aku terlanggar lembu itu tadi, pasti aku kena “bahan” di dalam kelas seperti pelajar aku itu

Jadi aku bersyukur kerana tidak kena “bahan”, selamat daripada melanggar lembu itu hehe



Nota kaki kanan: Penatnya mengemas Koperasi KolejKomuniti Ledang Johor Berhad tadi. Nantikan kemunculan terbarunya….


Nota kaki kiri: Oh yeah esok cuti…boleh berehat puas-puas..

Tuesday, January 21, 2014

Temuduga olok-olok

Hari ini aku mengadakan satu temuduga olok-olok atau dalam bahasa inggeris dipanggil “Mock Interview” untuk pelajar semester akhir aku….. Aku bersama ketua program terpanggil untuk lebih mengukuhkan asas komunikasi pelajar kerana kami mendapat teguran ketika memantau pelajar menjalani latihan industri pada tahun lepas….

Wakil syarikat memaklumkan kepada kami bahawa pelajar boleh membuat kerja TETAPI mereka lemah dalam komunikasi….jika ada masalah, mereka hanya pendam sahaja….tidak tahu bergaul dan sebagainya. Maka, untuk pelajar semester akhir ini…aku telah mengajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan berkesan, guna bahasa badan, membuatkan mereka yakin untuk bercakap dan akhirnya sesi temuduga.

Dan pagi tadi diadakan satu temuduga olok-olok…. Terima kasih kepada kaunselor kolej, Pn Norashikin yang sudi menjadi penemuduga… Pelbagai gelagat yang dapat dilihat…apa yang dilarang untuk dilakukan ketika temuduga, ada juga pelajar yang melakukannya… Antara perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka ialah

1.       Dalam masa 10 minit, hampir 30 kali mengusik mata, hidung, dahi dan leher heheh…. Selalu orang yang cuba hendak menipu yang akan buat macam tu hehe
2.       Menarik kerusi menghampiri meja penemuduga hehe
3.       Tidak mengetuk pintu dan memberi salam
4.       Duduk tanpa disuruh
5.       Melipat resume / tidak membawa resume dan sijil-sijil
6.       Menggoyangkan kaki dan tangan secara kerap
7.       Berpeluh sakan walaupun bilik ber”aircond”
8.       Ayat berpusing-pusing dan tidak menjawab soalan
9.       Kerap buat bunyi “cit” (tembak cicak – kata pelajar aku) dan “arghhh”
10.   Menggunakan bahasa pasar….

Aku berharap mereka dapat sedikit ilmu walaupun tidak banyak untuk digunakan dalam kehidupan mereka terutamanya ketika mencari kerja nanti….



Nota kaki kanan: Jom mendaftar sebagai pelajar Kolej Komuniti Ledang di SINI

Nota kaki kiri: Jom mendaftar kursus pendek. Klik SINI

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidurrasul….

Wah sangat penat tapi sangat seronok…..



Pertama kali sertai sambutan Maulidurrasul di Tangkak….Bukan sertai perarakan tetapi jadi AJK Kendarat… Aku ditugaskan untuk memantau beberapa orang pelajar menguruskan bahagian minuman sebelah kanan Masjid Jamik Bandar Tangkak….  Kawan-kawan aku yang lain memantau pelajar bahagian VIP, makanan, dan minuman sebelah kiri Masjid.

Pada mulanya, agak rileks sedikit sebab pada awal pagi, sambutan maulidurrasul di mulakan dengan perarakan dari hentian bas ke dataran tangkak… Selepas itu, orang ramai akan memasuki perkarangan Masjid untuk mendengar ceramah Maulidurrasul.

Ketika orang ramai sudah membanjiri perkarangan Masjid lah, tugas bahagian air menjadi semakin sibuk… Perlu menuang air dalam cawan, membancuh air, membasuh cawan dan mencari cawan hehe.. Takkan lah pelajar aku sibuk membuat kerja, aku hanya tengok dan memberi arahan sahaja…Jadi aku pun sertai mereka… Sebab bagi aku, aku pegang prinsip belajar dari tauladan… Jangan pandai mengarah sahaja…

Dalam sekelip mata, cawan yang berisi air di atas meja habis….memang kami perlu membuat kerja dengan cepat…perlu mencari semula cawan yang tidak di pulangkan kembali dan membasuhnya… Tapi yang kelakarnya, apabila kami mengingatkan orang ramai yang mengambil air

“Nanti pulangkan semula cawan ini selepas minum ye”

Kebanyakkan daripada mereka, akan minum berdiri di hadapan kami….dan pulangkan semula cawan tu heheh

Tapi yang seronoknya, aku terjumpa dengan kumpulan anak-anak yatim di mana aku pernah membuat program di rumah anak-anak yatim mereka… Aku memanggil mereka

“Adik kenal abang lagi”

“Kenal”

“Tapi kenapa tidak tegur abang….Nasib baik abang toleh semasa hendak bagi air ni”

“Seganlah abang”

Nasib baik mereka kata kenal….Kalau mereka kata tidak kenal sebab aku sudah gemuk…Memang nak kenalah hehe….

Walaupun sangat penat, sampai aku tertidur selepas balik ke rumah…Aku sangat seronok!!!

Nota kaki kanan: Hari ini aku dapat makan nasi dalam dulang, sudah lama aku tidak buat…Itu akan menambahkan kemesraan…dan yang paling penting sentiasa beringat pada rakan sebelah heheh

Nota kaki lagi: Salam Maulidurrasul…Jom perbanyakkan selawat


Yang Menulis

KJ-KUN

Facebook: Kj Kun
Instagram: Khairuljohari86

Wechat: kjkun86
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...