nak ikut.....

Thursday, July 24, 2014

KJ Kun Versus Khairy Jamaluddin

Kalau aku sebut KJ Kun, ada sesiapa kenal tak??

Ermmmm, mungkin TIADA!!!

Tetapi kalau aku sebut Khairy Jamaluddin (KJ), ada yang kenal tak??

Sudah tentu ramai yang kenal….gadis-gadis akan jerit dan pengsan kerana kekacakkannya…. Yang lelaki akan kata beliau sempoi…menteri berjiwa anak muda….. (aku tengah berusaha kipas menteri ni hahah)

Jadi, boleh ke aku letak tajuk entri ni KJ Kun Versus Khairy Jamaluddin atau KJ juga??? Heheh

Bagai langit dan bumi lah……Aku bukan nak bandingkan antara diri aku dengan YB KJ @Menteri Belia & Sukan kita ni….tetapi aku nak bagi tahu, aku dapat kad raya daripada YB KJ heheh…..walaupun aku tahu bukan beliau sendiri yang hantar, mesti PA atau orangnya heheh…… Janji yang penting, aku dapat Kad Rayanya, dan aku tak hantar kad Raya pun kat YB KJ heheh…..



Terima kasih YB KJ….jadi setakat hari ini, aku baru dapat 2 keping kad raya…setiap tahun makin merosot hehhe… dan tadi rakan sekerja aku ada bertanya kepada aku

“Eh, kenapa orang panggil kau KJ Kun ye???”

“KJ tu mewakili Khairul Johari”

“Ok yang KUN tu apa??”

“Kun tu kononnya, terasa diri ni macam jepun la….”

Nota kaki kanan: Aku bangga tengok gambar di Facebook YB Khairy Jamaluddin di mana kontinjen negara berarak masuk dengan barisan pertama atlet memakai uniform MAS sebagai tribute kepada MH17 & MH370.

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86

Sunday, July 20, 2014

Tiada syaitan di bulan Ramadan?

Betul ke sepanjang bulan Ramadan, syaitan dan kawan-kawannya kena ikat??

Aku rasa sedikit pelik petang tadi…..ini kerana ketika jam 5 petang, aku naik ke tempat aku di bilik pensyarah tingkat atas sekali……Biasanya aku akan cuba menyiapkan kerja aku sedikit sebelum balik….dan kawan-kawan aku selalu tegur

“Kau ni kerja syif petang ke? Pukul 5 baru nak naik atas…orang lain dah nak balik”

Aku selalu naik waktu petang, selepas aku siapkan kerja-kerja aku di bengkel atau koperasi terlebih dahulu… dan tadi ketika aku naik, aku lihat semua lampu dan penyaman udara telah ditutup sepanjang aras bilik pensyarah tu…..Jadi aku malas nak buka lampu dan penyaman udara kerana aku merasakan aku hendak membuat kerja sekejap je…

Aku menyemak email dalam keadaan gelap dan agak panas…..aku semak satu per satu email dan tiba-tiba….

Ada bunyi di belakang aku…..bunyi seperti penyaman udara di belakang aku dihidupkan…..dan aku merasa sejuk….aku tidak menoleh ke belakang…. Aku berkata dengan diri aku

“Inikan bulan ramadhan, mana ada syaitan dan hantu”…aku cuba menenangkan diri aku…

Dalam cubaan aku untuk menenangkan diri, tangan aku dengan pantas mengemas buku-buku dan barang di atas meja yang aku hendak bawa balik….Kelam kabut aku keluar dari bilik pensyarah itu tanpa menoleh ke belakang….

Tiba-tiba, satu persatu cerita hantu yang diceritakan oleh akak cleaner kepada aku muncul…. Betul ke tiada syaitan dan hantu di bulan Ramadan?

Kalau betul tiada, kenapa ramai manusia yang macam hantu di bulan Ramadan?? Mengaku islam tetapi tidak berpuasa?? Tiada perubahan sebelum bulan puasa dan semasa bulan puasa…..

Oh kuatnya pengaruh nafsu!!!



Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86

Friday, July 18, 2014

Kisah Singgah Sahur Dan MH17

Kisah ini berlaku semalam…..

Selepas solat terawih, aku perlu ke kolej semula sebab malam itu ada Program Jom Singgah Sahur…. Sebenarnya tugas aku adalah sebagai AJK Promosi dan tugas aku sudah selesai….kerana aku bergerak sebelum program berlangsung….. Jadi kalau malam itu tak pergi pun takpe….tapi rugilah kerana tahun lepas sangat meriah…..ini adalah tahun kedua Program Jom Singgah Sahur…

Selepas balik terawih, aku balik ke rumah dahulu….kerana hendak menukar baju…Program Jom Singgah Sahur bertemakan warna putih tahun ini…..Kemudian aku menonton TV, seronok pula cerita malam itu…. Dan pada masa yang sama, di Kolej sedang berlangsung majlis Rewang memasak makanan untuk bersahur dari pukul 10 malam hingga 2 pagi dan akan di agihkan nanti secara berkonvoi ramai-ramai ke Hospital Tangkak, Balai Bomba Tangkak, Balai Polis Tangkak, Plus Berhad (Tol Tangkak) dan akhir sekali bersahur di Rumah Anak Yatim Ledang….dari pukul 2 pagi hingga waktu sahur….

Sambil aku tengok TV, ada pelajar wechat aku…

“Salam, encik mana??”

“Salam, ada je kat rumah ni…Kenapa??”

“Encik kata nak datang malam ni”

“Sudah ramai ke yang datang masak??”

“Boleh tahanlah”

“Camtu saya datang masa konvoi nanti je lah”

Aku terus menonton TV sampailah berita MH17 di tembak jatuh keluar….aku terus kusyuk mendengar perkembangan terkini sehingga aku tidak sedar jam hampir pukul 2.00 pagi…Aku terus rasa macam malas je nak sertai Program Jom Singgah Sahur tu… Jadi aku wechat rakan sekerja aku dan seorang pelajar lain…

“Kamu rasa saya perlu datang tak kolej??”tanya aku

“Perlu la….Encik kan AJK”

Terus rasa macam kena hentak dengan steering lock hehe…Aku terus bersiap….tapi sebenarnya tarikan utama aku adalah nak bersahur di rumah anak-anak yatim tu….dah banyak program aku buat kat situ… rasanya ni kali kelima sepanjang aku kerja di Kolej itu…aku nak jumpa adik syed, adik amirul dan lain-lain…

Tepat pada masanya, sebaik sahaja aku sampai Kolej…mereka semua baru hendak bergerak konvoi…. Kami bergerak ke Hospital Tangkak terlebih dahulu,kemudian Balai Bomba, Balai Polis, Plus Berhad dan akhir sekali kat rumah anak-anak yatim……



Kebetulan dalam perjalanan ke destinasi terakhir, hujan mulai turun…. Sampai je ke rumah anak-anak yatim, aku carilah adik-adik tu…..mereka masih ingat aku lagi…..sudah darjah 6 rupanya mereka…. Disitu kami duduk lama sikit sebab kami bersahur sekali di situ, berborak-borak dan memberi mereka hamper…

Selepas itu aku balik rumah semula, buka siaran TV dan sambung mengikuti perkembangan MH17….dan aku masih belum tidur lagi ni….



Nota kaki kanan: Janganlah nanti aku asyik terangguk-angguk (tidur) ketika mendengar khutbah Jumaat nanti heheh

Nota kaki kiri: Petang ni pasukan JDT turun ledang….macam nak pergi tengok je hehe

Nota tangan kanan: Isnin depan, ada lagi satu program yang aku terlibat iaitu Program Kesedaran Bahaya Denggi….aku jadi tukang bawa Pegawai Kesihatan ke tempat pembiakan nyamuk kalau ada heheh


Nota tangan kiri: Doa Ku untuk MH17

Yang Menulis,
KJ Kun
Email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...