nak ikut.....

Friday, December 17, 2010

Adakah dia suami terbaik???

Alkisah…

Dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri yang hidup aman damai…

Kegembiraan dan keharmonian hidup mereka diuji…

Si isteri secara tiba-tiba diserang satu penyakit misteri

Yang tidak mampu diubati….sama ada melalui rawatan moden mahupun tradisional…

Hari silih berganti…

Keadaan kesihatan si isteri semakin teruk…

Si isteri hanya mampu terbaring dirumah menanggung kesakitan itu… sungguh sakit!!

Si suami menderita….

Tidak sanggup melihat si isteri, kekasih hatinya menanggung kesakitan itu…

Maka telah mengupah seseorang untuk membunuh isterinya….

Dengan syarat….

Isterinya sudah tidur terlebih dahulu…

Supaya isterinya tidak merasa sakit….

Adakah dia suami terbaik??? Jika anda berada di tempat si suami, apa yang anda buat???

Aku minta milo!!!

Aku paling pantang sekali…

Kalau aku makan kat kedai makan…

Aku order Milo…

Yang datang bukan Milo…Tapi yang lain asalkan warna dia sama macam Milo…

Seperti Vi*o ke….Oval**** ke…

Aku tak tahu lah kenapa kedai makan suka tipu pelanggan macam ni???

Adakah sebab harga Vi*o dan Oval**** lebih murah daripada Milo???

Dan kemudian aku kena bayar harga Milo juga….

Sabar je la…

Menipu dalam perniagaan tidak berkat….

P/s: Minum Milo anda jadi sihat dan kuat….

Thursday, December 16, 2010

Ada apa dengan Planet Nibiru??

Kecoh!!!

Ramai yang memperkatakan mengenai kewujudan Planet Nibiru kebelakangan ini…

Mereka merasa risau apabila ada ramalan kiamat akan berlaku apabila planet itu melanggar bumi pada 2012..

Kenapa perlu risau??

Bukankah umat Islam wajib mempercayai kedatangan hari kiamat??? Semua itu kan ketentuan Allah SWT dan bukannya ramalan tukang tilik.

Cuba bayangkan, kalau benar planet itu akan melanggar bumi pada 2012…apa akan kita buat?? Berhenti kerja dan sentiasa duduk di atas tikar sembahyang??? Sentiasa duduk di masjid???

Dan jika sebaliknya, planet itu tidak akan melanggar bumi pada 2012….apa akan kita buat??? Terus lalai dan leka???…tinggalkan sembahyang??? Singgah masjid setahun sekali itupun masa hari raya??

Kan lebih bagus jika setiap masa melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya….maka tidak lah perlu risau bila kiamat akan berlaku kan???

p/s: Hari kiamat dan bumi musnah pasti akan berlaku seperti dijelaskan al-Quran jadi beramal ibadah lah seperti akan mati esok dan bekerjalah seperti akan hidup 1000 tahun lagi

p/s/s: Walaupun kiamat mungkin masih jauh, tapi kematian bila-bila masa boleh berlaku…sudah kah kita bersedia??

Jepun dilabel negara tua…Kita pula negara meningkat remaja…

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Pengajian dan Kehidupan Hakuhodoitu, jika negara Jepun adalah manusia….ia mungkin kini telah berusia kira-kira 52 tahun…. Satu peringkat umur yang dikategorikan sebagai warga emas…

Kenapa Negara Jepun dilabel sebagai tua??

Kebanyakan responden berkata, mereka merasakan Jepun telah hilang arah dan semangat dengan kejayaan kini hanya tinggal kenangan

Dan bagi aku pula….

Negara kita Malaysia, mungkin boleh dilabel sebagai Negara meningkat remaja….iaitu dalam umur 20-an…

Kenapa???

Kerana Negara kita terlalu terikut-ikut budaya Negara luar….suka tiru budaya luar…contohnya rancangan television, fashion, hiburan, dan sebagainya…bukan ke zaman remaja adalah zaman di mana mudah di pengaruhi???

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Pengajian dan Kehidupan Hakuhodoitu itu juga:-

a) Amerika Syarikat – 47.3 tahun
b) Sweden – 45.8 tahun
c) Itali - 44.6 tahun
d) India – 32.7 tahun
e) Singapura – 32.5 tahun
f) China – 31.5 tahun

p/s: Aku tertengok iklan kat astro ceria yang doraemon pun telah menyambut ulang tahunnya yang ke 40 tahun ini….dah tua rupanya doraemon tu…

Dia paling seksi….aku paling seksa…

Anda kenal wanita di dalam gambar ini??

Klue nya ialah….dia seorang pelakon terkenal Bollywood

Anda tidak kenal??

Jika anda tidak kenal, dan anda seorang lelaki….anda kena semak status seksualiti anda…masakan seorang lelaki tidak mengenali wanita yang seksi dan cantik?? Hehehe

Jika anda tidak kenal, dan anda seorang perempuan….anda sebenarnya seorang yang cemburu!!! hahah

Beliau ialah Katrina Kaif..Baru-baru ini, telah dinamakan sebagai 'Wanita Paling Seksi di Dunia' oleh akhbar Eastern Eye buat tahun ketiga sekali gus mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Priyanka Chopra yang berada di tempat kedua, Bipasha Basu, Freida Pinto dan Lara Dutta..

Oh Katrina Kaif!!!

p/s: Senangnya aku naik kan berat badan… hanya dengan ikut petua ini…Tapi seksanya hendak turunkan berat badan…tidak jumpa lagi cara yang berkesan….Kalau dah payah sangat…langkah terakhir ambil Jus Mate 5 je hahaha…Tengok iklan kat surat khabar..macam berkesan je.....ke auta juga?? =)

Wednesday, December 15, 2010

Jersi kuning tak bawa tuah….

Jersi biru atau jersi kuning???

Warna jersi mempengaruhi ke corak permainan pasukan Malaysia???

Suratan atau kebetulan???

Pada dua aksi Kumpulan A sebelum ini, Malaysia menggunakan jersi kedua berwarna biru dan berjaya mengikat Thailand 0-0 dan membelasah Laos 5-1. Ketika mereka menggunakan jersi kuning pada aksi pertama menentang Indonesia, skuad negara dibelasah 5-1.

Maka, untuk menentang pasukan Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini,pasukan Bola sepak Malaysia akan menggunakan jersi berwarna biru.. Harap warna biru membawa tuah kepada pasukan Negara lah….

Namun kata jurulatih Vietnam, Henrique Calisto "Kalau Malaysia pakai jersi biru, biarlah kami pakai jersi kuning."…Tajam sungguh seloroh beliau!!! hahahah

Tapi betul ke warna mempengaruhi seseorang atau pasukan??? Kawan aku yang pernah pergi ke seminar Rahsia Tarikh Lahir, Dr Azizan Osman,(korang kenal tak???) kata tarikh lahir mempengaruhi warna dominan seseorang….Dan hasil daripada kiraan kawan aku tu terhadap tarikh lahir aku, aku sesuai warna biru dan merah… Patut la kebanyakkan baju aku warna biru dan merah…Warna bawa tuah tu hahahha

p/s: Jom sokong pasukan bola sepak Malaysia malam ini…

Pramugari AirAsia X yang paling cantik

Pada 21 Februari 2011 nanti…

Dijangka para penumpang penerbangan AirAsia X Kuala Lumpur – London bakal dilayan oleh seorang pramugari yang sungguh cantik dan seksi.. potongan saiz badannya sungguh mengiurkan….34-34-34 heheheh

Pramugari “cantik” yang dimaksudkan itu adalah tokoh korporat terkenal Richard Branson, pemilik Virgin Atlantic Airways Ltd.

Beliau terpaksa menjadi pramugari sementara AirAsia X nanti kerana telah kalah pertaruhan yang dicadangkannya sendiri….

Sekiranya pasukan Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus) yang diterajui Tony Fernandes berada pada kedudukan di belakang pasukan F1nya, Virgin Racing pada musim ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd. itu perlu 'bekerja' dengan Virgin Airways sebagai pramugari dan Fernandes menyambut cadangan itu, dan turut mencadangkan sekiranya pasukan Branson kalah, beliau juga akan menjadi pramugari bagi AirAsia.

Dan semua sudah sedia maklum bahawa Branson sudah kalah….maka dia akan menjadi pramugari yang paling “cantik” yang pernah AirAsia miliki hahahha

Tuesday, December 14, 2010

Sangkaan aku silap…

Nokia 3310…

Pernah pakai handphone ni???

Aku tidak pernah pakai….kawan aku pernah pakai lah…

Dari dulu sampai hari ini…

Aku ingat telefon ini yang paling lasak sekali….

Yelah….aku selalu lihat….kawan aku hempas handphone tu ke dinding kalau gaduh dengan awek dia…pastu boleh je pakai semula….jatuh dari katil atau meja…tidak payah cakap lah…sudah banyak kali.. tapi masih elok….

Kalau handphone lain pasti sudah rosak…kena hantar baiki ke kedai lah jawabnya….

Tapi sekarang ada handphone yang lebih tahan lasak daripada Nokia 3310…Korang boleh baca kat Kosmo

p/s: Sekarang aku jarang jumpa ada orang pakai handphone Nokia 3310 ini lagi….Siapa ada???

Kicap pun ada tiruan

Sebut saja kicap cap kipas udang…pasti semua orang kenal….

Jenama popular tu….

Keluarga aku merupakan penggunanya yang agak tegar sejak dahulu lagi….

Kalau tak ada kicap cap kipas udang tak sah…hidup tidak keruan….

Walaupun makanan itu sudah masin…aku tetap juga bubuh kicap….sebab aku suka makanan aku ada warna-warna hitam sikit….itu yang menaikkan nafsu makan aku hehehe….

Sampai emak aku selalu bagi tahu aku….

“Tulah kuat sangat makan kicap….kan kulit dah sama macam kicap”

HEHEH….aku hitam manis OK, pandang tak jemu!!! heheh…. Tapi dalam akhbar kosmo ada laporan mengatakan kicap cap kipas udang ini sudah ada tiruan… Kicap pun dah ada tiruan… Bahaya ni!!!

Untuk mengetahui sama ada ia tiruan atau asli….Lihat pada penutupnya…Ia tiruan jika penutup plastiknyanya berlubang (gambar sebelah kiri)….

Aku pun cepat-cepat pergi semak botol kicap yang ayah aku sudah beli untuk stok sebulan….nasib baik tidak berlubang!!! Belilah barangan original, lupakan barang tiruan kecuali VCD cetak rompak HAHAHA

p/s: VCD cetak rompak ESTET dah ada dijual…..Ngangkung pula belum ada lagi..huhu…Jom tengok filem Ngangkung kat Wangsa Walk esok…Terlambat pula tengok filem ni, asyik full je… Best sangat ke??

Monday, December 13, 2010

Kucing paling tua di Britain sebaya dengan aku…

Blackie….seekor kucing…

Kini berusia 24 tahun…sebaya dengan aku…

Kalau manusia…umur itu baru dikatakan nak meningkat dewasa…tapi bagi kucing…umur 24 tahun kira dah cukup tua…

Fakta bukan auta: 24 tahun umur kucing bersamaan dengan 118 tahun umur manusia!!

Kucing itu masih kuat…tetapi tidak lagi mampu menangkap tikus dan matanya tidak dapat melihat jika ia berada dalam bilik gelap….

blackie yang whitie

p/s: ramai kawan aku terutamanya perempuan risau umur mereka akan meningkat ke usia 25 tahun depan….. Ada apa pada usia, hanya nombor kan??? heheh

Saturday, December 11, 2010

Putera Charles pinjam duit ah-long???

Betul ke Putera Charles pinjam duit ah-long???

Kenapa kereta Putera Charles dibaling cat???

Bertenang dulu Kak Limah (sekarang ni nama Kak Limah amat popular akibat daripada filem baru Mamat Khalid tu…)…jangan gelabah….masakan orang kaya seperti Putera Charles nak pinjam duit ah-long kan??? Heheh (kat luar negara ada ah-long gak ke??)

kak limah yang terkejut

Sebenarnya….

Kereta Rolls-Royce yang dinaiki Putera Charles dan isterinya dibaling cat oleh sekumpulan penunjuk perasaan…lagipun cat putih…bukan cat merah hehhe….Penunjuk perasaan itu memprotes kerana kenaikan yuran pengajian di university Britain… mereka semua bersemangat untuk belajar tinggi-tinggi, tetapi dibebani dengan yuran yang tinggi juga!!

p/s: Kenapa eh cat dengan ah-long tak dapat dipisahkan??? Adakah ah-long ni bos kilang buat cat???

Sumber gambar: Kosmo

Friday, December 10, 2010

Pengkid pergi solat jumaat…

Pelik la dunia zaman sekarang ini…

Orang yang diwajibkan pergi solat jumaat….bagi seribu satu alasan untuk tidak pergi…

Tapi orang yang tidak diwajibkan pergi solat jumaat pula bersemangat pergi solat jumaat….

Pergi awal pula tu…siap bentangkan sejadah…walaupun orang lain tengah makan pisang yang disedekahkan….

Kesian orang yang bersembahyang disebelah pengkid ini….pasti tidak sah solat jumaat dia…. Mesti akan terlanggar punya walaupun sedikit….Batal air sembahyang….

p/s: Kenapa la zaman sekarang ni ramai perempuan hendak menjadi lelaki dan lelaki pula hendak menjadi perempuan??

p/s/s: Aku selalu perhatikan,“Awek” kepada golongan pengkid ni mesti lawa-lawa kan?? Tercabar pula aku yang masih single ni huhuh

p/s/s/s: Korang perasan tak?? Bila hari jumaat je pasti akan berlaku perkara ini…klik SINI

Kalau mencuri…nanti tangan kena potong….

Dulu semasa aku zaman kanak-kanak, emak aku selalu berpesan….Kalau mencuri..nanti tangan kita kena potong….

Tapi, semalam aku baca akhbar..tangan pencuri kena sambung semula….maka sekarang….kalau kita mencuri, nanti tangan kita kena sambung ….. hehe… Itulah nasib malang yang menimpa ke atas seorang pencuri apabila pergelangan tangan kirinya putus selepas ditetak pemilik rumah ketika mengumpil tingkap rumah. Semalam, dia telah selamat menjalani pembedahan menyambung tangannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Diceritakan, pemilik rumah sedang tidur bersama enam ahli keluarganya dalam bilik rumah itu sebelum terjaga apabila mendengar bunyi tingkap rumahnya diumpil.

Selepas mengesyaki sesuatu, pemilik rumah itu membawa parang dan keluar melalui pintu utama sebelum ternampak seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah lalu melibas parang dan terkena pergelangan tangan kiri penjenayah itu.

Benda yang hendak dicuri tak dapat,
Parang pula yang melekat…
Nasib baik tak mati cepat…
Ambil kesempatan untuk bertaubat

p/s: Sekarang emak aku perlu kata….”Kalau mencuri, nanti tangan kita kena potong dan disambung semula”…

Thursday, December 9, 2010

Emak kau mesti kerja kerajaan kan???

Entri ini adalah kisah benar tetapi telah diolah dalam bentuk penulisan…..Jika ada yang terasa, harap berhenti makan cili ye hehehhe

Dua orang kanak-kanak, ayu dan adi sedang bermain di taman permainan…..

“Adi, kau ada berapa orang adik beradik eh???”

“Aku ada 6 orang adik beradik…kau ani??”

“Aku ada 2 je…emak kau mesti kerja kerajaan kan??”

“A’ah la, emak aku kerja kerajaan…tapi macam mana kau tahu???”

“Sebab adik-beradik kau ramai….”

“@#$%^&*”

p/s: Korang rasa, macam mana ani tahu emak adi kerja kerajaan??? Apa kaitan adik beradik adi yang ramai dengan kerja kerajaan??

p/s/s: Boleh pakai ke pendapat ani itu…..Bagi aku, mungkin ada kebenarannya….

Hukuman sepatutnya lebih berat….

Rasanya yang mana lebih bagus….A atau B??

A: Orang biasa mencuri di bank….
B: Polis mencuri di bank

A: Orang biasa di tangkap khalwat
B: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di tangkap khalwat…

A: Orang tak dikenali merogol anak dara Pak Kasim
B: Pak Kasim merogol anak daranya….

A: Orang biasa hisap dadah…
B: Doktor hisap dadah…

A: Orang biasa menyeludup rokok daripada Negara Thailand
B: Pegawai imegresen menyeluduk rokok daripada Negara Thailand..

Jawapannya: Dua-dua (A dan B) teruk hehehe…tapi kumpulan B sepatutnya dikenakan tindakan yang lebih keras kerana mereka tahu benda itu salah dan diharapkan pagar, pagar makan padi…..betul tak??

Sunday, December 5, 2010

Haiwan kalau gemuk menjadi popular…TAPI manusia kalau gemuk???

Apa perasaan anda apabila melihat seekor kucing dan seekor orang utan yang sangat gemuk seperti ini??

Pasti anda akan kata comel dan ingin membelainya…

Tapi bagaimana pula jika anda melihat manusia yang gemuk???

Pasti anda tidak kata dia comel malah akan dikutuk….betul tak??

Tipulah kalau kata TIDAK….aku dah alaminya….

Kalau tidak masakan produk melangsingkan badan sangat laku…. Betul tak??

p/s: Aku tengah berusaha untuk menurunkan berat badan…

Saturday, December 4, 2010

Masih hendak sokong??

Nazril Irham...

Kenal tak??

Mungkin ramai yang tidak kenal kot...jika aku sebut nama tu...tapi kalau aku sebut nama Ariel Peterpan...mesti ramai yang kenalkan???...

Ada yang tidak kenal juga?? Korang ni sangat baik....yelah semua orang gigih cuba cari video pornonya...korang boleh tak kenal heheheh

Entri ini bukanlah hendak menceritakan mengenai video itu tetapi hanyalah satu persoalan berkaitan Ariel....

Jika Ariel Peterporn…eh-eh silap..ariel peterpan hendak membuat kemunculannya kembali… selepas selesai isu video pornonya itu…adakah anda akan sokong???

Kini sudah lima bulan, Ariel menjalani hari-harinya di penjara dan dia sudah mula rasa rindunya untuk kembali berkarya.

Aku yakin kebanyakkan rakyat Malaysia akan terus menyokongnya dan melupakan kes video pornonya itu…yelah...cuba, tengok artis Malaysia, walaupun berulang kali ditangkap akibat penyalahgunaan dadah dan didedahkan tingkah laku mereka yang teruk….artis itu tetap terus disokong…kerana aku tahu, rakyat malaysia ini pemaaf…betul tak???

Tunjuk Kelakian Semasa Main Boling…

Siapa yang tidak pernah bermain boling??

Agak rugi la, jika tidak pernah main boling, paling koman kena rasa main sekali dalam seumur hidup ini..hehe

Aku biasa juga main boling….kalau lepak dengan member-member.. Sebab boling adalah sukan yang bersifat santai…

Tetapi tahu kah anda….

Kebiasaannya lelaki akan menunjukkan kelakiannya ketika bermain boling… Betul!! aku biasa perhatikan kawan-kawan aku…terutamanya kalau ada awek yang turut serta bermain juga..

Bagaimana mereka menunjukkan kelakian mereka…

1st – Mereka tidak akan mengambil bola boling yang beratnya kurang daripada 10lb…Kerana bagi mereka, itu bola untuk perempuan je…

2nd- Markah mesti lebih daripada 100 mata….kalau tidak dipanggil gegurl… (ini my bestfriend cakap kat aku)

3rd – Seboleh-bolehnya jangan baling bola boling masuk longkang… lebih-lebih lagi kalau ada budak kecil yang sedang bermain di lane sebelah yang baling tak pernah masuk longkang..Pasti tercabar punya..

4th – Ketika membaling bola mesti la se”macho” mungkin…Janganlah baling sambil kepit kaki..

geng boling masa zaman utm

p/s: Tapi betul ke semua lelaki macam tu?? =)

p/s/s: Aku pernah tengok ada gurl main boling dengan sungguh ganas dan pakai bola 13lb… mesti lengan dia nanti ada muscle punya… =)

Friday, December 3, 2010

Lelaki telah dianak tirikan…

Dulu kereta api...Komuter

Sekarang bas pula…Rapid KL

Lepas ini apa pula???….. mungkin teksi, laluan pejalan kaki, dan sebagainya…siapa lah tahu…

Bagus idea mereka….dengan menyediakan satu perkhidmatan yang selesa untuk penumpang wanita mereka…

Aku memang amat setuju dengan idea tu…supaya penumpang wanita tidak lagi perlu berhimpit dengan penumpang lelaki terutama pada waktu puncak…dan menjamin keselamatan mereka..

Tetapi masalahnya…kebanyakkan penumpang wanita tidak memanfaatkan kemudahan yang disediakan itu… cuba anda semua naik komuter pada hujung minggu….aku pernah naik untuk pergi ke Mid Valley… Koc merah jambu yang disediakan untuk penumpang wanita tidak penuh malah terdapat banyak tempat duduk yang kosong…tetapi koc lain padat…dan ada juga penumpang wanita di dalam koc yang padat tu juga terutamanya pasangan kekasih remaja la…So macam mana??

p/s: Sepatutnya kena ada bas dan koc untuk lelaki saja juga….yela siapa kata lelaki tidak pernah kena gangguan.?? Kalau tidak, tak berlaku lah kes ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...