nak ikut.....

Tuesday, September 15, 2015

Bawa awak keluar

Dalam kesibukan aku menyiapkan kerja di dalam ofis aku, aku melihat sekumpulan pelajar sedang mengangkat tong sampah untuk dijadikan peralatan stompers (bermain muzik dengan menggunakan barang kitar semula) lalu dihadapan ofis aku….

Kemudian, masuklah seorang pelajar yang suka bergurau dengan aku…

“Assalamualaikum encik, ada sampah tak nak saya bawa keluar?” Tanyanya sambil dia menunjukkan tong sampah ke arah aku dan mengetuknya ala-ala sedang bergendang

Aku diam seketika dan kemudiannya aku menjawab “Takdelah, tapi bawa la kamu keluar”, balas aku spontan.

Encik Jahat!!!! Katanya sambal ketawa dan berlalu pergi untuk bermain stompers.

Nota kaki kanan: Follow dan Like blog baru aku di kelasmoden.blogspot.com

Nota kaki kiri: Jika ingin meminta kumpulan stompers ini membuat persembahan, bolehlah menghubungi aku di 0176807564 atau di facebook


Nota tangan kanan: Gurauan mengeratkan hubungan!!!!

Sunday, July 19, 2015

Sempena Hari Raya…

Sempena hari raya ini,

Aku ingin menyusun 20 jari termasuk jari tangan dan jari kaki….memohon ampun dan maaf jika selama ini aku ada terkasar Bahasa, terguris hati, tertulis dalam blog dan macam-macam TER la….. Raya ni jemputlah datang ke rumah di Jasin ye….tetapi esok aku sudah mula bekerja…

Dan dihari raya ini, aku telah luluskan permohonan yang add (tambah) aku sebagai kawan mereka di facebook…wah acah-acah artis pula hehe…dan dalam ramai-ramai yang add aku tu, aku terkejut ada yang dari Nepal katanya….heheh…aku terus selongkar profilenya….memang sah dari Nepal….dan dia friendly tak sombong, sebab lepas add aku je…dia hantar mesej heheh…..



Jadi, jom ramai-ramai add dia jadikan kawan….hehe Selamat Hari Raya semua!!!


Tahun ini aku tidak dapat duit raya…tetapi kena keluarkan duit raya huhu…tetapi aku ada sahut cabaran kawan aku, dia minta aku promote page facebook dia yang baru supaya dapat sekurang-kurangnya 1000 like dalam bulan syawal ni, baru dia bagi aku duit raya…ada lagi 27 hari lagi ini.....Jom like page facebook ini BisnesOnline Generasi Y untuk aku dapat duit raya…..pliz!!!! Minta share kan sekali ye heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...