happy birthday to me...
happy birthday to me...
happy birthday to kj
happy birthday to me...
last...
Moga tercapai segala impian ko ek!!!!
Amin!!!
Mungkin ada yang kata aku ni kolot kerana masih beranggapan setiap keping kad yang diterima memiliki lebih nilai sentimental yang tidak aku rasai apabila membaca SMS..Bukannya aku x menghargai ucapan sms raya..tapi masalahnya x dapat disimpan huhuu
Ada ke patut aku tgok citer susuk, orang kata aku pakai susuk gak.....eii simpang malaikat 44 r..haram ow...aku bukan nak citer pasal susuk yang aku xpakai...tapi nak citer skit pasal filem berjudul SUSUK. Aku skang malas oww tgok kat wayang citer melayu...baik tgok citer barat atau hindustan ke??betul tak?? citer melayu rasa x berbaloi r klau tgok kat wayang...baik beli pirate je..murah dan berkualiti plak...
Berbalik kepada citer SUSUK ni, aku rasa seperti tertusuk je bila tgok citer ni...rasa mcm hampeh je...biasanya sebelum aku tgok sesuatu citer, aku seolah2 letak satu harapan pada citer tu...aku akan berpuas hati apabila satu citer tu mencapai apa yang aku harapkan. Bagi aku citer susuk ni tidak mencapai harapan aku, jalan citer x diolah dengan menarik...rasa mengantuk je... aku ingat klu tgok citer ni dapat r tenangkan fikiran aku daripada memikirkan study je, tapi pas tgok citer tu aku rasa membazir je sejam lebih masa aku tu...baik aku study hahhahha
Skang aku tgah menunggu filem cicak man 2 keluar...aku nak g tgok kat wayang...promotion filem ni macam gempak je....harapan aku tinggi pada filem ni....aku hanya akan sokong filem2 berkualiti je...begitu juga dengan lagu..jadi aku bangkang 200% apabila pihak radio dikenakan sekatan dalam menyiarkan lagu luar especiallynya lagu Indonesia...x payah r sekat klu lagu tu berkualiti, pasti orang akan dengar juga...ni tidak, lagu just tahap nyanyi dalam tandas je..tepuk dada, pk la sendiri!!!Kelmarin aku g makmal XXXXX untuk membuat projek design aku…Projek apa lagi, mestilah ”squash ball launcher”. Punye r semangat aku berkobar-kobar nak siapkannya hari ni gak…projek ni hanya tinggal welding n bahagian hopper dia je..jadi nak dijadikan cerita, group member aku (ahmad bukan nama sebenar) nak g la welding n aku plak buat bahagian hopper. Sebelum ni aku n dia dah
Ahmad: Assalammualaikum encik
Technician tua yang x buat apa2: Waalaikummussalam, hah nak apa??
Ahmad: Nak minta kebenaran menggunakan mesin kimpalan tu..
Technician tua cam syiallll:Nak buat apa??Tahu guna tak?? (nada marah)
Ahmad: Nak kimpal. Benda ni x lekat klu guna mesin kimpalan lagi satu. X tahu guna r mesin tu.
(nada sopan santun).
(p/s: klu aku dah lama jawab, nak kimpal la..xkan nak bancuh kopi plak..dah nama mesin kimpal..x tahu guna, tu la tugas technician utk tunjuk ajar bukan dok goyang kaki dalam bilik aircond je)
Technician: Klu x tahu guna, x payah guna…guna je mesin yang ko tahu guna..
Ahmad pun blah kuar…aku yang dengar (sebab pintu technician terbuka) ni pun bleh menyirap ..rasa nak tampar2 je technician tu…pastu aku ngan ahmad pk mcm mana nak lekatkan gak design ni…tetiba ada technician muda kuar membantu kitaorg..aku agak mesti dia rasa terkilan gak dgn technician tua cam syialll tu…tq abg technician…si pakcik technician tu pergi bersara je lah lagi bagus….xde menyusahkan orang...dalam aku bngang2 akhirnya projek aku siap gak pada hari tu...macam dah lepas satu beban fuhhh....
Aku bangga giler dengan cik Nicol ni...beliau memang pemain terbaik squash di alam dunia ni.. beliau berjaya menebus kehampaan tahun lalu apabila merampas kembali gelaran skuasy Terbuka Dunia dengan kemenangan ke atas Vicky Botwright. Tabik spring aku untuk beliau..toink..toink...Malaysia Boleh! Nicol Boleh! Kj pun Boleh!! Aku pun skang tengah cuba berjinak-jinak dengan sukan squash ni..dah alang2 projek design aku berkaitan squash ball launcher..aku kena design benda alah ni...bukan senang oww...skang dah ambil masa sebulan lebih utk menyiapkannya..pagi tadi akhirnya aku dapat siapkan gak..harap berfungsi la seperti yang diharapkan masa kena present depan lecturer nanti huhu...berBalik kepada sukan squash...aku tgok macam mudah je cara mainnya...aku pernah gak cuba...lagi penat daripda main badminton oww...macam ni kurus r aku...ingat nak beli alat2 sukannya..mahal gler siot...raket je dah cecah ratusan...satu biji bola dah sampai rm 10....masa main rasa macam pukul duit rm 10 je huhu sayang ow...x pe r..nanti bila aku dah keje aku nak beli gak alatan squash ni..nak main dengan bini hahahah