Friday, May 9, 2014

Majlis Penutup

Alhamdulillah..

Khamis….8 mei 2014… Jam 10 pagi

Semalam, berlangsungnya majlis sambutan hari pensyarah dan majlis penutup talentime 2014.. Walaupun program ini 100 peratus di uruskan oleh pelajar, tetapi aku sebagai pemantau program ini turut merasa debarannya… banyak yang bermain di fikiran aku…

“Adakah ia akan berjalan dengan lancar?”

“Adakah ia mendapat sambutan?”

Namun, aku yakin dengan kemampuan pelajar aku….dan semalam majlis berlangsung dengan jayanya walaupun mengalami sedikit masalah teknikal….seperti video tak nak keluar heheh

Jadi aku hendak imbas kejadian semalam…yang membuatkan malamnya aku tertidur awal kepenatan hehe…

Jam 9.00 pagi selepas perhimpunan staf, aku memerhatikan pelajar menyiapkan dewan untuk sambutan tersebut pada jam 10.00 pagi… hanya tempoh sejam untuk memindahkan semua dokumen ke dalam komputer di dewan, memasukkan hadiah dan alat-alat muzik…. Pengacara majlis yang diperolehi daripada pertandingan talentime (pengacaraan majlis) sudah mengambil tempat….dewan sudah dipenuhi oleh pelajar, hanya menunggu kedatangan pensyarah dan pengarah kolej….

Apabila aku melihat, dalam dewan sudah teratur dan terancang…aku pergi melihat di luar dewan, sebab disitu terdapatnya kauter hadiah untuk pensyarah…..disitu pun aku berpuas hati kerana berjalan dengan baik dan teratur….

Jam 10.30 pagi…pengarah masuk ke dalam dewan, majlis berjalan mengikut perancangan…bacaan doa, perasmian oleh pengarah….tanda tangan pada kad besar yang mengandungi tanda tangan semua pelajar dan persembahan koir….di persembahan koir, berlaku sedikit masalah teknikal di mana video tak nak keluar pada skrin…namun selepas 5 minit, ia Berjaya di atasi dan diteruskan dengan persembahan….

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan 3 calon juara talentime bakat bebas…. Persembahan mereka sangat terbaik pada hari itu, kerana mereka perlu bertanding semula untuk menentukan juara… mereka diadili oleh ketua jabatan dan pengarah sendiri…. Walaupun mereka diberitahu lewat untuk membuat persembahan itu namun mereka telah membuat sehabis baik dan mendapat tepukan gemuruh…. Dan ada calon tersebut memberitahu aku sebelum dia membuat persembahan…

“Saya rasa sangat berdebar encik….rasa sangat gugup”

“Awak cuba buat yang terbaik….pasti orang akan ingat persembahan awak”

Dan akhirnya, ketiga-tiga persembahan itu telah memeningkan ketua jabatan dan pengarah untuk di beri markah… Markah ketiga-tiganya hampir-hampir sahaja….dan berikut adalah keputusannya… Juara jatuh kepada saudara mohd syafiq…dimana dia melakukan rap sambil beatbox, tempat kedua jatuh kepada saudara zulfaqar dimana nyanyiannya tidak pernah mengecewakan….dan dia Berjaya membuat sekali lagi orang menangis dengan persembahannya….dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan stompers kklj dimana persembahan mereka lain daripada yang lain.

Majlis diteruskan lagi dengan cabutan bertuah, dimana ketika itu adalah masa dimana pensyarah dikenakan….ia tidak semudah nombor dicabut dan mengambil hadiah sahaja…tetapi pensyarah yang bertuah itu dikenakan denda….ada macam-macam denda dikenakan seperti perlu menyanyi, menjual barang, menari, meniru parody shae-sayang dan lain-lain…. Suasana menjadi gamat dengan penyertaan pelajar. Jadi tidak tahulah, ia cabutan bertuah atau cabutan malang heheh

Dan akhir sekali adalah pemberian hadiah kepada pemenang sempena talentime dan sambutan hari pensyarah…. Majlis ditutup dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik sambutan hari pensyarah…

Dan aku memang berpuas hati dengan penganjuran kedua-dua program ini…. Dan program seterusnya adalah “Sesuci Lebaran, Teratak Kasih”. Program ini lebih kepada mengumpul barang-barang makanan, pakaian dan sumbangan untuk diberikan kepada keluarga-keluarga yang susah untuk memberi sedikit keceriaan untuk menyambut hari raya…. Jika ada yang hendak menderma, boleh menghubungi aku di facebook atau facebook PRISS.




Nota kaki kanan: Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang, insyaAllah ia akan menghasilkan yang terbaik

Nota kaki kiri: Lepas ni fokus dulu kepada pertandingan inoreka dan Maskom wilayah Johor....Sudah beratur banyak program, kena pandai urus masa

Sunday, May 4, 2014

Pertandingan Azan

Esok!!!

5 Mei 2014….

Akan diadakan satu pertandingan azan di Kolej Komuniti Ledang…..sebenarnya ia adalah salah satu siri daripada program Talentime yang sedang berlangsung dari 22 April sehingga 8 Mei ini…


Sebenarnya program talentime ini adalah 100% anjuran pelajar dan aku bertindak sebagai penyelarasnya…. Ia bermula dengan bakat bebas pada 22 dan 23 April 2014, dimana telah menarik seramai 50 penyertaan….ada nyanyian, sajak, beatbox, tarian, lakonan dan macam-macam lagi… dan esok diteruskan demam talentime ini dengan pertandingan azan….Adakah penyertaannya seramai bakat bebas?? Kita nantikannya esok…..

Dan lusa pula, akan diadakan pertandingan pengacaraan majlis dan pidato….itu adalah siri penutup bagi program talentime ini….dan pemenangnya akan diketahui semasa sambutan hari pensyarah peringkat kolej yang akan diadakan pada 8 mei ini yang juga merupakan program anjuran 100% pelajar kolej.



Video-video persembahan pelajar bagi kategori bakat bebas telah dimuat naik di dalam facebook PRiSS dan mereka memerlukan like anda bagi merebut kategori “Like Video Terbanyak”… Jadi jom undi…

Nota kaki kanan: Aku minta anda untuk like gambar ini....Bagi aku dapat bahagian hadiah sekali hehe... Hanya menyokong aktiviti pelajar