Bukan Sekali…tetapi sudah banyak kali aku perhatikan,
ragam pelajar-pelajar semester akhir….. mesti akan dijangkiti satu penyakit yang sama….
Kebetulan, ini kali kedua aku pegang kelas pelajar
semester akhir….aku perhatikan “penyakit” ini mesti berjangkit kepada pelajar
semester akhir
Penyakit apa?
Penyakit mula hendak aktif pada semester akhir……sedangkan
sebelum ini sudah ada 3 semester berlalu…. mereka tidak hirau langsung mengenai
aktiviti kolej… Dulu mereka hanya tahu, pergi ke kolej, belajar dalam kelas dan
balik ke rumah….Kalau ada sebarang aktiviti yang berlangsung di kolej, jangan
harap hendak melihat muka mereka masuk…hendak melihat bayang-bayang mereka,
lagilah jauh hehe
Tetapi apabila sudah berada di semester akhir iaitu
semester keempat, mereka mula berubah….mula menjadi peramah, tegur dan bergurau
dengan pensyarah….mula datang awal ke kelas…..dan yang paling aku terkejut,
mula hendak menyertai aktiviti kolej dan mengisi masa lapang dengan bersukan di
kolej…..
Aku rasa mereka hendak meluangkan sebanyak mungkin masa
di kolej, kerana mereka sudah berada di semester akhir….mungkin mereka akan
rindu kolej ini nanti apabila sudah habis belajar nanti….
Bagi aku…..aku gembira dengan perubahan ini, mungkin
belum terlambat lagi untuk mereka berubah…. Aku harap perubahan ini akan berkekalan
sehingga mereka memasuki alam pekerjaan nanti… Perangai yang elok itu haruslah
dikekalkan, perangai yang tidak elok itu….cubalah tinggalkan perlahan-lahan ye…
hehe
Nota kaki: Ingin menyertai kursus pendek asas pembinaan blogspot? Daftar sekarang.. Segera!! Hubungi kami di talian 06-9783597 (Pn. Norazila) untuk tempahan kursus atau di facebook