nak ikut.....

Tuesday, February 7, 2012

Ole-ole Sarawak!!!

Lewat malam semalam, adik perempuan aku baru pulang dari negeri Sarawak. Aku pergi mengambilnya walaupun sudah tidur…sayang adik la katakan hahah

Pagi ni, awal-awal lagi aku bangun terus selongkar barang-barang adik aku….mana tahu ada ole-ole dari Sarawak untuk aku….aku tak nak key-chain kay heheheh….

Aku gigih selongkar barang adik aku….

“Cari apa tu ngah??”, tanya adik aku

“Cari ole-ole untuk angah la”

“Nah ni ada baju”…..aku terus ambil t-shirt sarawak yang dibeli oleh adik aku tu…rasanya tak muat kot…aku semakin mengembang hahahh…Tapi tangan aku terus mencari benda lain juga…

“Tak adalah”, keluh hati aku

“Cari apanya??”, tanya adik aku lagi

“Cari ole-ole lah”

“Kan dah bagi t-shirt tu”

“Ni ole-ole lain…kalau orang pergi Sarawak mesti beli benda tu”

“Ohh kek lapis Sarawak eh…ada dalam plastik tu..”

“Bukan!!!”

“Habis tu apa??”

“Gambir Sarawak!!!”

p/s(i): sedapnya makan kek lapis Sarawak..

p/s(ii): Hari ni sudah kena balik Melaka…cepatnya cuti 4 hari berlalu!!!

Sunday, February 5, 2012

Aku sesuai kerja di supermarket!!!

Salam maulidur rasul kepada anda semua…

Cuti-cuti ni buat apa??? Aku?? Hanya lepak di rumah sahaja di KL…seronok dapat cuti selama 4 hari… ada kawan aku terpaksa kerja hari ini…takpelah demi mencari rezeki yang halal….cuti 4 hari ini, aku hendak menatap muka ibu bapa aku puas-puas…nanti nak kena balik melaka…rindu pula heheh…. Tetapi ada masa aku keluar juga dengan kawan-kawan aku…

Bangun pagi tadi, aku buka TV….semua siaran menyiarkan rancangan berkaitan sambutan maulidurasul… bagus lah kalau hari-hari begini… aku tengok siaran langsung sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan di TV 1….selepas habis siaran, aku mengajak kawan aku keluar… tetapi kawan aku ni suka window shopping….jadi kami pergi ke Giant Batu Caves…

Setibanya kami di Giant tu, kawan aku terus hilang pergi ke bahagian yang dia suka…aku pula pergi ke bahagian kasut….aku hendak mencari kasut sukan…

Tiba-tiba….

“Adik, boleh tolong tak??”, seorang perempuan menegur aku ketika aku leka mencuba kasut

“Yup, tolong apa?? Tapi saya bukan promoter disini”, balas aku yang menyangkakan kakak itu menganggap aku ni seorang promoter di situ.

“Akak tahu adik bukan promoter di sini, tetapi akak nak minta tolong adik ambilkan gelung rotan di atas itu… adik kan tinggi tangan pun panjang”

“Oh tiada masalah”, kata aku sambil tersenyum..

Setelah aku memilih kasut sukan yang sesuai, aku pun menuju ke arah tempat menjual produk makanan. Aku pasti kawan aku mesti berada di situ…

Setibanya aku di rak-rak menjual makanan…Tiba-tiba…

“Adik boleh tolong saya tak??”, tegur seorang aunty Cina ini….dari pakaiannya, aku rasa dia promoter di situ..

“Yup, tolong apa??”

“Tolong saya ambilkan botol mayonis itu….awak panjang tangan..boleh sampai..”

“Yup, saya panjang tangan”, balas aku sambil tersenyum…

p/s(i): Aku rasa, aku sesuai lah bekerja di supermarket ni HEHEHE

p/s(ii): Tangan aku je panjang…tapi aku bukan panjang tangan..okay.. heheh

p/s(iii): Bila sudah cuti lama-lama ni, terasa malas pula hendak masuk kerja =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...