nak ikut.....

Tuesday, June 16, 2009

Abang KJ @ Kau??

Aku rasa janggal bila dulu dia panggil aku ‘Abg KJ’ tapi sekarang dia mula panggil dengan gelaran ‘kau’ sahaja untuk menggambarkan diri aku ketika berbual..Mula-mula aku x biasa, rasa macam pelik dan hendak tergelak sahaja…Masa permulaan perkenalan antara aku dan dia, dia membahasakan dirinya ‘saya’ dan untuk aku..dia panggil ‘abang KJ’ini sebab aku tidak pernah memberitahu umur aku padanya…mungkin sangkaan dia..muka aku ni mencerminkan orang yang berusia…aku tak tahu sama ada aku perlu berbangga atau pun tidak dengan keadaan itu…setiap ari aku tonyoh muka aku dengan kulit pisang supaya licin dan awet muda hahah (aku dengar petua ni kat radio…betul ke??)..tetapi semuanya terbongkar apabila dia terjumpa kad pengenalan aku… rupanya aku hanya tua beberapa bulan daripadanya…aku memang dah tahu sejak awal lagi yang kitaorang hampir sebaya..hahaha…sejak itu dia mula menggunakan pangilan ‘aku & kau’. Aku tak kisah pun panggilan apa yang hendak dia guna..asalkan sikap dia masih sama macam dulu….huuhu…so aku nak berpesan ni…jangan ingat aku yang rupa mcm bapa mithali ni dah berkahwin k hahahah… kesimpulannya don’t judge a man from his face but judge a man from his ______ (korang isi la sendiri..tapi x bleh lucah k)…hahah

p/s: korang jangan ingat AS dan Roy tu masih budak sekolah menengah tau…diorang tu sebenarnya dah layak jadi mak & ayah budak hahah

p/s/s: Budak perempuan berumur dalam lingkungan 17-22 tahun saja yang boleh panggil aku abang KJ eh hahah...lagi panjang diorang sebut 'abang'...lagi aku sayang hahaha

Saturday, June 13, 2009

Name in foreign language?

Tadi aku saja usha jobstreet cari syarikat2 yang aku berkenan untuk kerja nanti…al-maklum lah x lama lagi dah nak grad…kalau bleh nak cari lah kerja sebelum majlis konvokesyen bulan lapan nanti…semasa aku sibuk mencari, aku terjumpa lah satu syarikat ini…mengikut requirements dia, kira aku layak la…tapi aku kena isi resume dalam borang online yang disediakan oleh syarikat tu…aku pun isi dengan 1000 harapan…tapi ada satu bahagian itu aku tak isi sebab dia mintak nama aku in foreign language…mana lah aku tahu nak isi apa.. aku just biarkan kosong je…bila aku sudah siap isi borang tu, aku pun submit la…tetapi tidak dapat hantar kerana aku perlu juga mengisi bahagian name in foreign language tu…korang rasa apa nama yang aku letak?? Aku letak KERO bunyi mcm jepun skit kira name in foreign language r huhu (aku pilih KERO sebab ala2 sebutan nama akulah, khairul), tapi lepas aku hantar tu baru aku tersedar nama tu macam familiar la…oww baru aku teringat ia seakan2 nama KERORO iaitu satu watak kartun jepun…aduhai!!!

Friday, June 12, 2009

Orang Terengganu, Kekasih yang Setia??

Entri aku kali ini bukan bersifat keNEGERIan…tetapi hanya lah sekadar pandangan aku saja.. Kerana kita melihat sesuatu perkara yang sama tetapi kita menafsirkan ia berbeza-beza…jika anda semua tidak setuju…mudah saja just hantarkan komen anda di bawah hahaha…Apa yang aku nak coretkan kali ini ialah..aku rasa orang Terengganu adalah seorang kekasih yang setia..habis lah naik saham orang2 terengganu lepas nie... mana tidaknya.. dah beberapa kali aku terlihat atau terbaca di akhbar apabila mereka putus cinta, mereka akan membuat cubaan membunuh diri…betul tak??? Yang terbaru disiarkan di akhbar Metro semalam..(aku nak komisen sebab tolong promosikan hahaha)…Mereka TERLALU mencintai kekasih mereka sehingga tidak dapat menerima kenyataan apabila percintaan yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari (masa aku tulis peribahasa ni..aku terasa mcm Karam Singh Walia plak hahah)… Susah oww nak jumpa kekasih zaman sekarang yang betul-betul mencintai kita… mereka mencintai kekasih mereka LEBIH daripada nyawa mereka sendiri…Masih tidak cukup buktikah CINTA dan KESETIAAN mereka??

p/s: Aku mula lebih mesra dan lebih tersenyum pada awek2 terengganu sekarang hahahha…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...