Tuesday, January 20, 2009

"Pantun Aku Kacak??"

Duduk menyimpuh si ibu Zaki,
Setia menunggu anak terunanya,
Aku seorang anak lelaki,
Dulu,kini dan selamanya.....
___
Basuh baju kena perah,
kalau tidak kena marah...
aku suka sangat warna merah,
terasa kacak lagi ghairah...
___
Hari ini indah terasa,
Ada gembira, ada sedih..
aku ini orang biasa..
tak suka perasan lebih-lebih...
___
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
saya tak pernah kata, saya kacak,
hanya bersyukur,pemberian Tuhan.
___
Anak Pak kadak rajin membaca,
Anak pak Kaduk rajin berlumba,
berapa kali hendak ku kata,
aku tak ensem,kacak sahaja....
___
Pak Mat suka main guli,
Main guli tepi perigi,
Jika aku tak puji diri,
Adakah korang hendak memuji??..(haha)
___
Buai laju-laju,
Sampai pokok sena,
apa lagi korang nak tahu?,
tanyalah pada tuan empunya...
___
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
kalau rasa naik menyampah,
janganlah baca entri ini lagi....huhuhu (dah habis pun)
p/s: Ada sape2 yang nak balas pantun???huhu

24 comments:

  1. waa.. sgt sweet.. pndai pntun eh.?. hakhakhak.. meh sy jwab.. dgr eh... (waaa.. mcm laa aku ni sorg yg pndai berpantun,.huhu)

    dulu, kini dan selamanya,
    sudah ku jangka engkau sijejaka,
    usah dikau menyimpan rasa,
    dirimu mmg perasan gila-gila.. (hehe)

    simbol terpatri wira perkasa,
    menabur bakti utk negara,
    warna merah warna perkasa,
    bukan ghairah si jejaka..

    ucapan alhamdullillah ucapan mulia,
    tnda bersyukur pd yang kuasa,
    kalau tahu diri tu kacak sahaja,
    diam-diam sudah leeer,

    pesanan tok guru sentiasa diminda,
    malu bertanya sesat jawabnya,
    klu nak tau tnya laa empunya
    jejake di sana sudahkah berpunya??

    bukan nyampah tapi tak terkata,
    dah orang dah kata,
    apala kuasa kita menjawabnya,
    kacak pun kacak laa juga...

    hahaha.. awk nak jawb blik ke???

    ReplyDelete
  2. kj vs pinky lucia nampaknya...hahahha

    ReplyDelete
  3. Dua tiga kucing berlari,
    mana nak sama si kacak Kj kun,
    Dua tiga si kJ berlari,
    Kucing pun mana sama si Kj kun.

    lalalala

    ReplyDelete
  4. terbaca sudah entri anda,
    menarik sungguh pabila dibaca,
    jika tak tahu nak buat apa,
    perasan sekejap apa salahnya :)

    kacak sungguh yang berbaju merah,
    memang tampak amatlah ghairah,
    disondol kerbau di tepi sawah,
    yang ghairah itu terlantar dirumah :P (kerbau suke warne merah, btul ke?haha...)

    bukan sekadar kacak sahaja,
    tampan pun ada pandai bergaya,
    kalau si kacak betul katanya,
    tnjukkan saya mana aweknya :)

    tunjuk kat hantu, hantu dah lari,
    tunjuk kat kucing, kucing pun mati,
    timbul persoalan di dalam diri,
    betul ke ko kacak niii?

    bergurau sahaja di ruangan ini,
    salah dan silap harap dimaafi,
    wahai si kacak sedarlah diri,
    sebelum aku mengundur diri :P

    ReplyDelete
  5. hahahah...
    ramai gak yang pandai berpantun yerk...

    ReplyDelete
  6. wush..layan pantun perasan nampak bro..hahah

    ReplyDelete