Sape tahu esok ari apa?? Ye betul..esok budak2 sekolah sudah start bercuti…dan esok juga genaplah 36 tahun, Seniman Agung kita, Tan Sri P Ramlee meninggalkan dunia yang fana ini. Secara jujurnya, aku bukanlah peminat setia P Ramlee..tetapi aku x bleh menafikan jasa, sumbangan dan khazanah seni yang ditinggalkan oleh beliau. Aku x minat P Ramlee..bukan disebabkan oleh diri beliau…ye lah, aku pun x pernah berjumpa dengan beliau…aku x minat beliau sebab aku sudah muak dan bosan menonton filem P Ramlee kerana kerap sangat disiarkan menerusi kaca TV…TV1, ASTRO, dan TV9 semua nak siarkan cerita yang dilakonkan oleh beliau…masalahnya asyik2 cerita yang sama…sedangkan berlambak lagi cerita lakonan P Ramlee yang lain yang jarang disiarkan…Pernah Seminggu tu, cerita tu dah di siarkan kat TV1, dlam dua hari pastu disiarkan pula kat ASTRO..adik aku menangis2 nak tngok gak kat ASTRO walaupun dah tngok kat TV1…sejak tu aku bertambah x suka pada citer P Ramlee…
Walaupun begitu, aku tidak dapat menafikan jalan cerita,dialog dan ragam dalam filem P Ramlee mudah melekat dalam fikiran aku berbanding cerita zaman sekarang dan P Ramlee telah meninggalkan satu pengaruh seninya yang tidak akan padam dan terus diperkatakan.
Tapi sayang, setelah ketiadaan beliau baru kita menghargainya. Gelaran Tun dan Tan Sri diberikan setelah kematian beliau…Untuk apa??aku pun x tahu nak ckp mcm mana…Tapi ok lah dari x menghargai langsung kan??
p/s: Minggu ni mesti penuh cerita P Ramlee kat TV kan??…Nak keluar g tengok wayang la… Citer apa best skarang ni??
memang seniman yang hebat hingga mengharumkan nama Malaysia di persada dunia..
ReplyDeletecbe try tgk cter Night at Museum 2 tu... besh x? nti anto testimonial kt aku eh...hehe
ReplyDeletehebat ke? hehex!
ReplyDeletep ramlee bst giler
ReplyDelete