Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Siapa yang harus kuhormati yaa Nabi???

“Ibumu, Ibumu, Ibumu” jawab Baginda

Maka hari ini, aku nak buat special dedicates untuk mak aku, mak2 angkat aku dan ibu2 yang pernah berada di sekeliling aku…Bukan hari lain aku tak ingat mereka k…Cuma hari ni aku bagi layanan special je..huhu

NARSHIAH BTE ABDUL RAHMAN

Dari kiri: adik, kakak n mak aku..

Ini lah emak yang telah melahirkan aku dan sanggup merelakan nyawanya diambil jika berlaku sebarang komplikasi semasa proses melahirkan aku ke dunia yang fana ini …menjaga dan mendidik aku dengan penuh kasih sayang sejak aku kecil. Aku masih ingat lagi…aku pernah bertanya kepada emak aku..apa yang mama hendak dari angah (panggilan aku kat rumah)? ”Mama x nak minta apa2, mama cuma nak angah belajar bersungguh2 dan ada anak2 mama yang dapat menjaga mama dan abah bila dah tua nanti”..Mama dan Abah jangan risau, angah akan jaga abah dan mama…dan angah akan cuba hendak tunaikan keinginan mama yang hendak pergi menunaikan haji bersama2 dengan satu family.

Aku masa kcil dulu sangatlah nakal…bila fikir2 blik aku dah bnyak mlukakan dan menyusahkan ibu bapa aku…Mereka tetap selalu tersenyum, walaupun aku bersalah dan mereka terasa hati…kasih sayang mereka terhadap aku x pernah berkurang…malah bertambah… Mulianya hati mereka, xpernah berkira dengan aku….Aku je banyak berkira dengan mereka..Mama…Abah..Maafkan angah.. Angah berjanji..akan sentiasa membuatmu tersenyum…menghapus duka demi duka yang pernah angah buat…

Special ucapan hari ibu ni juga aku tujukan kepada emak2 angkat aku…

Pn Rosidah

Pn Hasnah

Apapun, hargailah dan sayangilah ibu anda semasa mereka masih ada kerana syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Jika mereka sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun, yang tinggal hanya kenangan dan hanya doa kita sahaja yang mampu dikirimkan kepada mereka di sana. Aku sentiasa berdoa, agar kedua-dua ibu bapa aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga berharap, biarlah aku yang pergi dahulu sebelum mereka. Aku tak dapat bayangkan, jika mereka sudah tiada nanti, bagaimana untuk aku teruskan hidup ini..Selamat Hari Ibu!!

p/s: Selamat hari ibu gak kepada ibu hamster aku ni…semalam telah lahirkan lagi anak…ucapan aku..lahirkan lagi banyak anak2 yang comey macam aku…hhehehe

5 comments:

  1. besarnye pengorbanan ibu untuk kite kan...
    tp masalahnya kite selalu jek lupe semua tuh...
    isk2...

    ReplyDelete
  2. betul2..aku setuju..
    mngkin bila kita dah beralih ke fasa bapa n ibu baru kita memahami perasaan mereka...

    ReplyDelete
  3. woooo...sebak lak baca entri ni..
    nk gi fon mama skrg jugak! =)

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut hari ibu..=)
    hari-hari pon adlah hari ibu..
    yeayy!

    ReplyDelete
  5. aku ayie: cepat2 tel mama tu..kang kredit hbis plak...

    Miss ain:selamat hari ibu untuk ko gak huhu

    ReplyDelete