Wednesday, June 24, 2009

Jujur lah berkawan, wahai kawan siber…

Terbitnya entri nie setelah aku berkenalan dengan seorang rakan siber di YM…Untuk makluman korang, aku join friendster, facebook, yahoo messenger (YM), blog dan banyak lagi adalah semata-mata untuk mencari kawan baru dan berkenalan dengan ramai orang…selain aku dapat keep in touch dengan kawan-kawan lama…

Aku mencari kawan siber bukan kerana aku x ada kawan dalam dunia realiti..tetapi aku memang suka berkawan…bukankah berkawan biar seribu berkasih biar satu?? Dengan dunia siber, kita boleh berkawan dengan ramai orang di pelosok dunia ini selagi diorang terima rangkaian internet ini haha… tetapi satu je masalah jika berkawan dalam dunia siber ini…iaitu KEJUJURAN…

Berbalik kepada rakan yang aku berkenalan di YM ni..aku panggil dia S aje bleh??(bukan nama sebenar haha)…aku x tahu dari mana dia dapat YM aku.. Dia kata nak berkawan dengan aku, aku x kisah pun berkawan dengan sape2…aku ni jenis yang x memilih kawan dan x suka mencari musuh…walau pun aku tahu ada orang yg hendak bermusuh dgn aku…xpe2 aku tetap anggap dia kawan aku…ok S ni pun ber YM dengan aku…aku layan mcm kawan lah…last2 dia minta gambar aku..aku just bg link frenster aku…pandai2 lah dia tengok sendiri hahah.. aku pun mnta gmbar dia…dia pun bglah…tapi dia tersilap langkah apabila dia send beberapa gambar kononnya gambar dia tetapi yang sebenarnya adalah gambar kawan baik aku…ish apa la…nak tipu pun biar lah bijak skit…aku balas kat S…apsal dia tipu?? X yakin dgn rupa sendiri ke smpai guna gmbar orng lain…sejak ari tu S x berhubung dgn aku lagi…Aku x pernah kecewa jika dipinggirkan oleh kawan2 tetapi Aku kecewa, jika tiada kejujuran dalam berkawan. Bukan bersedih, bila diri disakiti tetapi Teramat pedih diri, bila dikhianati.

Ish tetapi ada juga kawan siber aku yang baik dan jujur…seronok berkawan dengan mereka… seperti Annas, Ain, Reza, Wawa, Nash, Azam dan ramai lagi (kalau sebut semua, panjang plak entri ni jadi korang just isi kat tmpat kosong ni __________ hahaha )


p/s: 1 hari CINTA dan KAWAN b'jln2 dlm kampung. Tiba2 CINTA terjatuh ke dlm telaga. KENAPA?? krn....CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dlm telaga. Knp?? kerana...Kawan akn buat apa saja demi CINTA. Di dlm telaga CINTA hilang..Kenapa?? kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, apatah lagi dlm telaga yg gelap. Sedangkan KAWAN masih tercari dimana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?? kerana...KAWAN ITU SEJATI.

13 comments:

  1. erm.. cmtu la lumrahnye khai ooii... layan kan aje..hihi

    ReplyDelete
  2. joegrimjow: kenapa susah nak jujur ye??

    red: dah lama owg x panggil aku khai hahaha ko mesti pernah kena tipu gak kan hahah

    ReplyDelete
  3. PEH name aku die xsbut..hu3..mn aci ni..ni nak kne blasah ni..hahaha

    ReplyDelete
  4. a'ah la...lupa sebab ko lama menghilang huhu..
    ko isi la kat tmpat kosong tu eh huhuhu

    ReplyDelete
  5. eleh nadhir..ko yg lama menghilang baru muncul memang la tak disebut...aku yg tiap2 hari contact, pun tak disebut..tak kira la pasal ape pun..nak gak nama disebut!!! huahuahuahua

    ReplyDelete
  6. ak ikhlas per kawan ngan ko kj...ko tuh jer asyik slalu ngan dia....lupa ak kat sebelah...tension ak...haha

    ReplyDelete
  7. utk perhatian semua...entri ni berkaitan kawan siber la..bukan kawan yg aku kenal dalam dunia realiti huhuhu...jadi buat roy, aimi, ehsan, dan lain2 jgn la tersalah tafsir huhu

    ReplyDelete
  8. hahaha..smua nak sbut nm pe kes..hahaha..eleh akoo sbuk nak gak nm die dsbut..gmbau kau da de kre ok ar..haha..gmbo yg mkin cubby...kui3

    ReplyDelete
  9. yup..kn ikhlas..hehe..
    annas 2 aku ke?heeeeeee

    ReplyDelete
  10. utk nadhir, annas dan azam..yela nama korang tu..klu x ada isi dalam tmpat ksong la haaha

    ReplyDelete