Monday, August 24, 2009

AKAD NIKAH DALAM BULAN RAMADHAN??

Eh biar betul?? Itulah ungkapan pertama yang terpancul dari mulut aku ketika ayah aku mengajar aku menemaninya pergi ke majlis akad nikah anak kawannya… Ayah aku dah ajak sekali emak, kakak dan adik-adik aku pergi ke majlis tu, tapi maklum lah bulan puasa…aku seorang je yang cergas hahahah Majlis akad nikah itu telah berlangsung pada ahad lepas jam 3 petang di Masjid AU3… Aku dengan ayah aku telah bersemangat bersiap2 selepas zohor…aku menunggu ayah aku di luar rumah sambil memakai songkok….tanpa aku sedari, jiran dekat rumah aku ternampak aku yang memakai songkok…bagi nya itu sesuatu yang pelik….(aku tahu lah yang aku ni jarang pakai songkok)…maka mula lah sesi soal siasat… aku pun menerangkan apa tujuan aku berpakaian begitu…korang rasa apa perkataan pertama yang terpancul dari mulutnya?? Jawapannya ialah…”ish x pernah di buat orang, akad nikah dalam bulan puasa”… maka aku pun mengambil kamera dan bergegas ke masjid…bg menyiasat apa sebenarnya perkara yang terselindung di sebalik majlis akad nikah ini….Jadi mari sama2 kita terjah!!

ini lah suspek yang kita akan terjah...berada agak jauh...

berjaya mendekati suspek..tetapi muka tidak jelas

Demi tidak menghampakan anda...akhirnya dapat juga tangkap

ketika ini majlis menyarung cincin dan memakaikan gelang

Selepas majlis menyarung cincin, pengantin lelaki akan menyium dahi pengantin perempuan namun begitu skuad terjah memohon maaf kerana tidak dapat mengambil gambar ketika itu disebabkan kehabisan bateri...kami juga sempat menyoal siasat...saudara terdekatnya (nama terpaksa dirahsiakan)...menurut saudara ini, majlis akad nikah ini terpaksa dilakukan pada 2 ramadhan disebabkan pengantin perempuan yang sedang mengajar di Sarawak memerlukan sijil nikah jika hendak berpindah ke semenanjung..maka disegerakan lah majlis ini...

kj melaporkan utk berita jam 11...kita kembali ke angkasapuri...heheh

cenderahati (makanan berbuka) yang diberikan oleh pihak pengantin...warna pink lagi..

9 comments:

  1. malam ni
    or
    skrg ni
    dieorg buat apa agak2nya?
    lalala~

    ReplyDelete
  2. haha..xpernah dibuat org la..
    nak jimat budget la tu...
    so xde la kenduri kendara makan2 semua

    ReplyDelete
  3. mintak tukar tmpat keje rupanya...

    ReplyDelete
  4. eh KJ...dulu jd dj masa kawen kakak aku, skrg da jd penyampai berita mjlis kawen plak...ada market ker???huhuhu

    p/s: kalau la ada mkn2 tghari tu jugak, agak2 KJ buka pose tak mkn sama2?? aku rasa ya, sbb ada warna pink kan...hahahaha

    ReplyDelete
  5. ooo cmtu ekk... nnt aku nak wat gak r..majlis akad nikah bulan pose.. jimat blanje..hik3....

    alasan: nnt raya bley raya ngn husband..hehehehehe..ley cium tangan di pagi raya.... ley merasa beraya bersama keluarga baru..hik3...

    p/s: nak kawen gakk

    ReplyDelete
  6. wah 1st tym dgr ni akad nikah lam pose...
    huhuu ;p

    ReplyDelete
  7. ehan...kawal nafsu tu di bulan ramadhan...huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. ko salah eja la..
    mengajak bukan mengajar

    ReplyDelete
  9. roy: ala..selalu jer kawal nafsu di bulan ramadhan..nafsu makan..n sume ler...
    hehehhe..
    but kawen tetap nak kawen..sape nak masuk pinang aku ni?? huhuhuhu

    ReplyDelete