Thursday, October 29, 2009

Pasti ada hikmahnya…

Biasa lah hidup sebagai remaja….pasti tidak boleh lari dari masalah cintan cintun…apabila berlaku sesuatu krisis, perpisahan sering terjadi…di sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari..pasti akan timbul dalam hati, satu perasaan yang seolah-olah tidak boleh terima kenyataan perpisahan itu berlaku…itu lah yang terjadi kepada kawan aku sekarang…aku telah menjadi tempat dia meluahkan segala ceritanya…aku hanya boleh mengatakan bahawa itu semua qada dan qadar ALLAH SWT…tidak lebih dari itu…biasalah, ketika ini emosi dan fikirannya masih tidak stabil….jadi apa yang dikata pasti tidak akan diterima…aku selalu nasihatkan kepadanya…jika pasangannya sudah tidak mahu terimanya lagi…usah la merintih merayu kepadanya….ini semua akan menunjukkan yang dia terlalu terhegeh2 kepada pasangannya sedangkan pasangannya bergembira dengan orang lain….tapi yang aku paling takutkan jika dia berburuk sangka kepada ALLAH SWT…kerana telah memberinya perpisahan itu.. INGATLAH, apa sahaja yang ALLAH SWT jadikan pasti ada hikmahnya…jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran agar tidak akan diulangi kesilapan itu lagi…


“Tidak semua perkahwinan yang bahagia itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang dibina setelah berkahwin”


p/s: Terasa diri ini seperti DR CINTA……

No comments:

Post a Comment