Wednesday, December 30, 2009

Bukan Ku Pinta…

Aku x pernah meminta…

Malah, jauh sekali merayu…

Tidak juga aku buat pertandingan entri…

Tapi ia ikhlas lahir dari hati mereka...

Jadi disini aku hendak mengucapkan terima kasih kepada linda, Roy, eni dan sesiapa sahaja yang pernah membuat entri special kat blog diorang mengenai aku…..

Entri Linda: Berkaitan matematik…. Kalau nak singgah just click gambar di bawah ni la okay

gambar aku cilok tanpa kebenaran heheh

Entri Roy: Sebenarnya banyak entri dia mengenai aku….tetapi yang aku paling suka entri yang di buat khas masa birthday aku yang lepas.(klik gambar kat bawah untuk melihat entri itu)

Entri Eni: Entri yang di buat khas untuk besday aku juga (klik gambar kat bawah untuk melihat entri itu)
gambar aku cilok tanpa kebenaran heheh
Namun begitu, tidak semua yang akan suka kita….contoh nya seorang hamba ALLAH ini (nama terpaksa dirahsiakan) yang didalam blognya, dia menulis…”sape yg ank nak bunuh: KJ” ~terbocor plak dia orng utara dari ayat dia tulis hehhehe… tapi takpe…aku tahu diri aku tak sempurna…yang penting ibu bapa aku gembira dengan diri aku….
p/s: Kalau tidak suka diri aku….just g main jauh2 kay…aku x menyusahkan diri ko…dan aku harap ko juga sama tidak menyusahkan diri aku…..apa yang penting…happy!!!

Bukan Ku Pinta…

Aku x pernah meminta…

Malah, jauh sekali merayu…

Tidak juga aku buat pertandingan entri…

Tapi ia ikhlas lahir dari hati mereka...

Jadi disini aku hendak mengucapkan terima kasih kepada linda, Roy, eni dan sesiapa sahaja yang pernah membuat entri special kat blog diorang mengenai aku…..

Entri Linda: Berkaitan matematik…. Kalau nak singgah just click gambar di bawah ni la okay

gambar aku cilok tanpa kebenaran heheh

Entri Roy: Sebenarnya banyak entri dia mengenai aku….tetapi yang aku paling suka entri yang di buat khas masa birthday aku yang lepas.(klik gambar kat bawah untuk melihat entri itu)

Entri Eni: Entri yang di buat khas untuk besday aku juga (klik gambar kat bawah untuk melihat entri itu)
gambar aku cilok tanpa kebenaran heheh
Namun begitu, tidak semua yang akan suka kita….contoh nya seorang hamba ALLAH ini (nama terpaksa dirahsiakan) yang didalam blognya, dia menulis…”sape yg ank nak bunuh: KJ” ~terbocor plak dia orng utara dari ayat dia tulis hehhehe… tapi takpe…aku tahu diri aku tak sempurna…yang penting ibu bapa aku gembira dengan diri aku….
p/s: Kalau tidak suka diri aku….just g main jauh2 kay…aku x menyusahkan diri ko…dan aku harap ko juga sama tidak menyusahkan diri aku…..apa yang penting…happy!!!

Sunday, December 27, 2009

Tarikh hari ini??

Siapa tahu tarikh hari ini?? Apa?? 27 Disember??? Ada korang terlupa sesuatu tak apa yang berlaku ari ni??? Ish bukan besday aku la ari ni….tapi hari ini adalah 10 Muharam 1431 atau hari asyura…(kalau x caya tngok kat sebelah kanan nie…)…Sedar tak sedar, rupanya sudah sepuluh hari kita masuk tahun baru.. Korang tahu tak apa peristiwa penting yang telah berlaku tanggal 10 muharam??? Kalau x tahu, mai aku nak citer (tetiba terasa diri ini mcm Ustaz heehhe)…
Antara peristiwa penting berlaku tanggal 10 Muharam ialah:-
a) Nabi Adam bertaubat kepada ALLAH
b) Nabi Idris diangkat ALLAH ke langit
c) Nabi Nuh diselamatkan ALLAH dari bahteranya selepas bumi ditenggelamkan
d) Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Namrud
e) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
f) Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara
g) Penglihatan Nabi Yaakob dipulihkan ALLAH
h) Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulit
i) Allah menciptakan malaikat Jibril
Dan banyak lagi…Kira 10 Muharam ni adalah satu tarikh yang perlu direbut oleh umat islam… dengan memperbanyakkan amalan sunat seperti bersedekah,puasa sunat dan lain-lain…Jadi selamat beramal ari nie hehehe

Tarikh hari ini??

Siapa tahu tarikh hari ini?? Apa?? 27 Disember??? Ada korang terlupa sesuatu tak apa yang berlaku ari ni??? Ish bukan besday aku la ari ni….tapi hari ini adalah 10 Muharam 1431 atau hari asyura…(kalau x caya tngok kat sebelah kanan nie…)…Sedar tak sedar, rupanya sudah sepuluh hari kita masuk tahun baru.. Korang tahu tak apa peristiwa penting yang telah berlaku tanggal 10 muharam??? Kalau x tahu, mai aku nak citer (tetiba terasa diri ini mcm Ustaz heehhe)…
Antara peristiwa penting berlaku tanggal 10 Muharam ialah:-
a) Nabi Adam bertaubat kepada ALLAH
b) Nabi Idris diangkat ALLAH ke langit
c) Nabi Nuh diselamatkan ALLAH dari bahteranya selepas bumi ditenggelamkan
d) Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Namrud
e) Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
f) Nabi Yusuf dibebaskan daripada penjara
g) Penglihatan Nabi Yaakob dipulihkan ALLAH
h) Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulit
i) Allah menciptakan malaikat Jibril
Dan banyak lagi…Kira 10 Muharam ni adalah satu tarikh yang perlu direbut oleh umat islam… dengan memperbanyakkan amalan sunat seperti bersedekah,puasa sunat dan lain-lain…Jadi selamat beramal ari nie hehehe

Saturday, December 26, 2009

Berjogging lah dengan betul..

Pagi tadi, aku pergi jogging di kawasan berhampiran dengan rumah aku…saja je aku menemani adik aku berjogging walaupun kaki aku cedera….biasalah Kasih seorang Abang terhadap adik hehehe…. Aku xde la jogging just jalan dengan laju je di tempat laluan jogging….dan lagipun agak ramai orang pagi tu… disebabkan aku hanya berjalan, dan orang lain berjogging atau berlari…maka satu persatu orang memotong aku…tetiba aku terdengar di belakang aku hentakkan kaki yang kuat…Dum! Dum! Dum! Berselang seli dengan bunyi pernafasan yang agak dahsyat…. Fuhh!! Fuhh!! Fuhh!!...aku menghimpit ke tepi laluan jogging itu…dan mengharap ianya memotong aku….dan bila dia potong aku, aku perhatikan seorang mamat….ingatkan lembu ke atau binatang buas td…. Aku rasa x perlu lah berjogging sampai hentak kaki dan bernafas seteruk itu…itu bukan cara berjogging dengan betul…setahu aku, kalau kita hentak kaki kuat-kuat….ia akan membahayakan tulang belakang kita…disamping menyakitkan bumi hehehhe… dan cara bernafas yang betul ketika bersenam adalah…hirup udara melalui hidung dan buangkannya melalui mulut…kalau nak buang melalui lubang belakang pastikan tak keluar bunyi okay hehehe….Selamat bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

p/s: Bila la kaki ni nak baik….orang tngok macam aku jalan terkengkang je…adoyai

Berjogging lah dengan betul..

Pagi tadi, aku pergi jogging di kawasan berhampiran dengan rumah aku…saja je aku menemani adik aku berjogging walaupun kaki aku cedera….biasalah Kasih seorang Abang terhadap adik hehehe…. Aku xde la jogging just jalan dengan laju je di tempat laluan jogging….dan lagipun agak ramai orang pagi tu… disebabkan aku hanya berjalan, dan orang lain berjogging atau berlari…maka satu persatu orang memotong aku…tetiba aku terdengar di belakang aku hentakkan kaki yang kuat…Dum! Dum! Dum! Berselang seli dengan bunyi pernafasan yang agak dahsyat…. Fuhh!! Fuhh!! Fuhh!!...aku menghimpit ke tepi laluan jogging itu…dan mengharap ianya memotong aku….dan bila dia potong aku, aku perhatikan seorang mamat….ingatkan lembu ke atau binatang buas td…. Aku rasa x perlu lah berjogging sampai hentak kaki dan bernafas seteruk itu…itu bukan cara berjogging dengan betul…setahu aku, kalau kita hentak kaki kuat-kuat….ia akan membahayakan tulang belakang kita…disamping menyakitkan bumi hehehhe… dan cara bernafas yang betul ketika bersenam adalah…hirup udara melalui hidung dan buangkannya melalui mulut…kalau nak buang melalui lubang belakang pastikan tak keluar bunyi okay hehehe….Selamat bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.

p/s: Bila la kaki ni nak baik….orang tngok macam aku jalan terkengkang je…adoyai

Friday, December 25, 2009

Video Peribadiku…

Treett!! Treett!! Handphone maxis aku berbunyi (sebenarnya bunyi lagu lain tau) menandakan ada mesej masuk… Aku buka inbox untuk membaca mesej tu…Oww mesej datang dari nombor yang tak dikenali 0175060433(mana ntah dia dapat no aku ni..)..mesej dia berbunyi macam nie…

“Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi Video Peribadiku yang hebat ini, sila balas Ya. Warning! Hanya utk umur 18 ke atas!”

Aku buat tak tahu je dengan mesej tu….sebab, aku biasa terima mesej macam ni…dalam sebulan ada lah sekali…Aku pun tak tahu apa motif dia hantar mesej macam tu kat aku….nak kata aku terlalu gersang tak juga….muka suci je ni huhuhu

Tapi bila sebelah petangnya pula, datang lagi satu mesej yang lebih kurang sama bunyinya…. Tapi kali ni dari nombor yang lain dan hantar pula ke handphone celcom aku….Mesej tu datang dari nombor 0134297455 dan berbunyi:-

“Hi, Sy Amelia, nak Nikmat Koleksi Video Peribadiku Yang Cukup Hebat dan Panas dlm handset ku! Sila Htr msg YA ke 0135169330. Warning! Utk Umur 18 ke atas.”

Tolong lah tak payah hantar lagi mesej video peribadi korang tu kat aku…buat menyemak dan penuhkan inbox aku je…cuba korang tengok gambar yang pertama tu..ada 2302 mesej dalam inbox aku hahahha Sebenarnya aku malas nak delete mesej dalam inbox huhuu

Video Peribadiku…

Treett!! Treett!! Handphone maxis aku berbunyi (sebenarnya bunyi lagu lain tau) menandakan ada mesej masuk… Aku buka inbox untuk membaca mesej tu…Oww mesej datang dari nombor yang tak dikenali 0175060433(mana ntah dia dapat no aku ni..)..mesej dia berbunyi macam nie…

“Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi Video Peribadiku yang hebat ini, sila balas Ya. Warning! Hanya utk umur 18 ke atas!”

Aku buat tak tahu je dengan mesej tu….sebab, aku biasa terima mesej macam ni…dalam sebulan ada lah sekali…Aku pun tak tahu apa motif dia hantar mesej macam tu kat aku….nak kata aku terlalu gersang tak juga….muka suci je ni huhuhu

Tapi bila sebelah petangnya pula, datang lagi satu mesej yang lebih kurang sama bunyinya…. Tapi kali ni dari nombor yang lain dan hantar pula ke handphone celcom aku….Mesej tu datang dari nombor 0134297455 dan berbunyi:-

“Hi, Sy Amelia, nak Nikmat Koleksi Video Peribadiku Yang Cukup Hebat dan Panas dlm handset ku! Sila Htr msg YA ke 0135169330. Warning! Utk Umur 18 ke atas.”

Tolong lah tak payah hantar lagi mesej video peribadi korang tu kat aku…buat menyemak dan penuhkan inbox aku je…cuba korang tengok gambar yang pertama tu..ada 2302 mesej dalam inbox aku hahahha Sebenarnya aku malas nak delete mesej dalam inbox huhuu

Aku dan Kanak-Kanak..

Aku memang suka sangat kanak-kanak…aku suka melayan keletah mereka…sampai kawan aku kata…aku boleh layan kanak-kanak berjam-jam lamanya…ntah la..sebab bagi aku, melayan kanak-kanak amat mengembirakan hati aku…boleh gak hilang-hilangkan stress selepas bekerja huhuh…jadi aku malas nak citer panjang-panjang (sebab kena komen entri aku sebelum ini panjang2 huhu), korang layan je lah gambar2 dibawah ni huhuh

Tapi yang aku paling rindu adalah kanak-kanak di rumah barkat....


"kanak-kanak umpama bijih benih,ibu bapa umpama tukang kebun"

p/s/s: terasa diri ni dah boleh jadi ayah pula….tapi lambat lg kot huhu
p/s/s: Aku tak faham…kenapa setiap ari aku baca surat khabar je..mesti ada kes kanak-kanak dibunuh…mereka tak tahu apa-apa pun….jadi lindungilah mereka…(terasa diri ini macam duta kanak-kanak plak heheh)

Friday, December 18, 2009

Tahniah Pasukan Malaysia

Akhirnya!! Malaysia menang juga pingat emas acara bola sepak sukan SEA mengalahkan pasukan vietnam 1-0 setelah 20 tahun menunggu...Tahniah diucapkan...Dan selepas ni kalau dapat bonus atau tanah ke janganlah leka dibuai kemewahan....takut nanti prestasi jatuh plak...nie hanyalah pesanan..dari aku dan kawan-kawan....bukan main cakap sebarangan...tapi berdasarkan pengalaman...kami mempunyai satu harapan...melihat pasukan bola sepak Malaysia maju ke hadapan...

Walaupun, gol yang dihasilkan itu adalah hasil jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83....tapi bagi aku GOL tetap GOL....Emas tetap Emas...heheheh.

MALAYSIA BOLEH!!!!

Thursday, December 17, 2009

Motorku merajuk lagi…

Hari ini tetiba aku terasa nak balik kerja awal….ada dua sebab…pertama, esok adalah tahun baru jadi ingat malam ni nak prepare pergi surau, kalau rajin lah…kalau tidak ngadap tv1…baca doa akhir dan awal tahun (ni masih dikira lagi baca doa bersama2 imam kay…heheh)… kedua, sebab ada perlawanan bola antara Vietnam dan Malaysia…hehe

Bila aku sudah punch card dan berjalan ke tempat parking motor…aku melihat kedudukan motor aku (atau nama glamournya CIK LALA…..singkatan daripada LAgenda) telah berubah….tidak seperti ketika aku parking bila sampai kerja pagi tadi….sangkaan aku mesti ada orang usik CIK LALA aku ni….aku pun cucuk kunci dan cuba untuk hidupkan CIK LALA aku….tapi kunci aku tersekat… tidak boleh untuk hidupkannya….habis lah!!! CIK LALA sudah meninggalkan aku, bila aku amat memerlukannya…Nasib baik, masih ada lagi dua orang kawan ofis aku, nasuha dan iskandar…. yang cuba mententeramkan aku dan memberi pertolongan cemas pada CIK LALA aku… pelbagai bentuk pertolongan telah cuba disalurkan… dari menggoncang leher CIK LALA sehingga la pernafasan mulut ke mulut (CPR)….namun CIK LALA tidak memberi sebarang respon… aku pasrah dan berserah padaNYA sahaja…

Tetiba, aku melihat nasuha mengeluarkan handphonenya dan menelefon Eifeel, seorang lagi kawan sepejabat aku….Eh, peliknya…”kenapa mesti dia telefon eifeel yang dah gerak balik tu???” tanya aku.. “Eifeel mesti tahu nak setel ni…dia kan kawan dengan mat2 motor” balas nasuha….oww aku sangkakan eifeel ni pandai cilok motor tadi hahah….Sementara menunggu eifeel datang, iskandar terus mencuba menghidupkan CIK LALA aku tu…tapi apa yang aku sedar…no plat CIK LALA aku telah pecah…ish angkara siapa lah pulak ni…dah lah alihkan CiK LALA aku, pastu cederakannya lagi….

Cik LALA aku yg cedera...tanda P ni bukan aku nya...adik aku yang guna dulu2 heheheh

Setelah Iskandar mencuba beberapa kali, akhirnya CiK LALA telah berjaya dihidupkan…kesian kat eifeel terpaksa berpatah balik ke pejabat, tetapi CIK LALA aku dah hidup….tapi apa2 pun thanx kepada Iskandar, nasuha dan eifeel…

p/s: Cik LALA aku ni dah banyak kali merajuk selepas aku terberitahu dia yang aku nak beli cik VIVI (CIk VIVI = Vios hahahah tak adalah xmampu nak pakai kereta mahal2 mungkin hanya Viva, myVI atau savvy je hahahah)

p/s: Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang menang ke atas Vietnam 1-0

Wednesday, December 16, 2009

Hiasan Krismas di KLCC

Sabtu lepas, aku dan Roy telah turun ke KLCC….niat di hati cuma satu je…nak pergi mengorat awek-awek yang ada di taman KLCC tu…eh2 silap!! Niat sebenar nak tengok wayang…citer “the princess and the frog” (ulasan mengenai citer ni next entri kay..)…Janji untuk berjumpa adalah dalam pukul 10 pagi di KLCC, sebab nak tngok tayangan early bird…dapat murah sikit harga tiket tue haahah…tapi biasalah Roy… Janji melayu katakan…Janji jumpa pukul 10 pagi, tapi last2 pukul 9 pagi dah terpacak kat KLCC….awal giler… kedai2 kat KLCC pun belum di buka lagi…. Jadi aku pun mengambil keputusan untuk bergambar kat taman KLCC tue…jadi korang tngok je lah puas2 gambar ni kay…


Tak cukup bergambar di luar…kitaorang bergambar di dalam pula…biasa la kalau dekat2 nak musim perayaan pasti ada hiasan yg menarik di ruang tengah KLCC tu…disebabkan krismas semakin dekat, maka ada hiasan krismas la di situ….agak menarik juga lah…jadi enjoy ya….

p/s: Aku sedang mencari…shopping complex mana yang ada buat hiasan untuk hari raya haji…

Tuesday, December 15, 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest

Sebenarnya, dari dulu aku tidak berminat langsung untuk masuk sebarang contest…sebab aku tahu yang aku ni x ada luck…sentiasa kalah je….tapi bila aku terbuka blog linda dan terjeling entri mengenai contest ini…aku jadi berminat dan ghairah untuk menyertainya…hahaha.. Ada tiga sebab kenapa aku berminat untuk menyertai contest ini:-

1) Contest ni terlalu mudah untuk disertai (tetapi susah untuk menang hahahha)…just letak gambar hitam putih je…

2) Kedua, aku rasa tercabar sebab kaum adam yang menyertai contest ni terlalu sedikit…boleh dibilang dengan jari je…jadi aku nak meramaikan lagi hehe…lagi pun biar pening skit kepala juri untuk menilai hahaa

3) Dah alang2 banyak gambar aku berposing dalam komputer ni….jadi sertai je lah heheh

Kalau korang nak tahu mengenai contest ni dan berminat untuk menyertainya…just click pada gambar di bawah ini….(thanx kepada cik ezzan yang cantik kerana menganjurkan contest ini….aku tengah mengipas juri ni hahaah)..

So, ini gambar yang aku nak pertaruhkan….jeng jeng jeng


(picit kat gambar untuk besarkan)

Gambar ini diambil ketika aku dan roy pergi tengok wayang citer “the Princess and the Frog” kat KLCC…dah alang2 kami terjenguk kat KLCC tue pukul 9 pagi…maka kitaorng bergambar sakan la…

p/s: sebenarnya nak letak bnyak gambar lagi…tp penganjur nak satu gambar je huhu

p/s/s: Menang atau kalah berlakang kira…tapi kalau kalah, bermakna betul la aku x ada luck… dan ini lah first and last contest aku masuk haha… aku terasa macam satu ugutan pada juri plak hahaaha

p/s/s/s: korang yang lain komen gak lah gambar ni ye...

Wednesday, December 9, 2009

Semua lelaki menonton pornografi??

Menurut satu kajian dari Universiti Montreal….ia mendedahkan bahawa SEMUA lelaki menonton pornografi...terlalu sukar untuk mencari lelaki BUJANG pada masa kini yang TIDAK menonton video pornografi…Kajian ini diketuai oleh seorang pensyarah, Prof Simon Louis Lajeunesse….Biar betul??? Tak ada seorang pun lelaki, yang tidak menonton video pornografi??? Aku nie yang muka suci tidak pernah gak menonton video pornografi dengan sukarela… selalunya aku TERtengok je… hehe.. Aku rasa zaman sekarang, kita tidak dapat elak dari menonton pornografi…kat majalah, akhbar, internet, wayang, dan sebagainya pasti akan terselit juga part2 18SX….apa yang boleh kita buat hanyalah mengurangkannya saja….heheh

adakah ini dikira pornografi???

p/s: aku cuba untuk berfikiran positif….kawan aku suka buat ayat ‘double meaning’….

Tuesday, December 8, 2009

Bagaimana mengetahui wanita itu menyukai kita.

Dulu aku percaya, jika seorang wanita itu suka pada diri kita…dia akan cuba untuk menarik perhatian kita….dia akan suka berborak dan bergurau senda dengan kita….akan selalu menghantar mesej walaupun sekadar mesej forward dan sebagainyalah…. Bak kata, kalau sehari tu tidak terlintas nama si lelaki itu tidak sah…..Yelah, tak kan lah si wanita itu perlu bercakap secara terus terang kat lelaki itu yang dia sukakannya…lelaki itu kena lah pandai2 faham sendiri signal yang cuba di sampaikan itu…

Namun begitu, tak semestinya 100% apa yang aku sebut tadi tepat menunjukkan wanita tu suka kat lelaki itu… itu hanyalah melalui pemerhatian aku selama ini je….tapi jangan risau…ada gak cara untuk mengetahui wanita itu menyukai kita atau tak…menurut suatu kajian, lelaki boleh mengetahui sama ada wanita itu menyukai mereka atau tidak dengan hanya perlu melihat kaki wanita itu. Pakar-pakar mempercayai pergerakan kakilah yang menggambarkan perasaan wanita itu sebenarnya..Jika kaki wanita itu dibuka agak luas semasa ketawa, maka dia meminati anda…tetapi jika sebaliknya iaitu bersilang atau rapat ke tubuh…bermakna wanita itu tidak menyukai anda….dan anda dinasihatkan supaya menjauhinya….heheh

Pada pandangan aku, kajian ini berguna untuk kedua-dua belah pihak sama ada lelaki atau perempuan… Kepada lelaki, ia membantu untuk mengetahui sama ada wanita itu suka padanya atau tak…dan kepada wanita, ia membantu atau memudahkan anda untuk memberi signal kepada lelaki yang anda minat… contohnya, jika lelaki yang anda minat sedang membuat lawak…anda ketawalah terbahak-bahak sambil mengangkangkan kaki seluas-luasnya walaupun lawak yang dibuat itu tidak menjadi heheheh.. kalau anda x suka pula lelaki itu….bersilang selikan kaki anda sehabis mungkin....jangan terbelit sudah lah kay…hehhehe….selamat mengamal…

p/s: esok aku akan mula memerhatikan kaki wanita hehehhehe

Sunday, December 6, 2009

Breakfast dengan Prosperity Burger

Hari ini aku bangun awal….aku memang biasa bangun awal pun…orang-orang tua kata murah rezeki nanti hahaha tapi hari ini terlalu awal aku bangun…sebab semalam aku tidur terlalu awal….sampai kan program SEHATI BERDANSA, KAU & AKU dan program-program TV best yang lain aku tak sempat tengok.. jadi korang boleh agak2 lah pukul berapa aku tidur tu heheheh

Bila dah bangun tu, aku persiapkan diri lah…basuh muka dan segalanya….perut aku pula masa tu mula berkeroncong…aku pun mula mencari makanan dibawah tudung saji dan peti ais….lagak seperti detektif conan melakukan penyiasatan… tetiba mak aku kata ada burger dalam peti ais…adik aku belikan semalam…disebabkan aku tidur, maka disimpan di dalam peti ais….aku pun segera membuka peti ais.. dan aku terjumpa prosperity burger….Nyum!Nyum…jam pada waktu aku makan burger itu menunjukkan 6:10 pagi…..hahahah pagi2 aku dah makan prosperity burger sejuk…Murah betul rezeki aku….

Thursday, December 3, 2009

Aku tidak pernah marah???

Kawan2 aku selalu berkata, mereka tidak pernah pun nampak aku marah.. hanya tersenyum sepanjang hari je…..sampai diorang sangsi dengan aku…aku ni masih waras atau tidak?? Haha…Agaknya diorang nie nak sangat aku marah kat diorang kot….Dulu aku ni agak panas baran….kalau ada yang buat silap sikit je mesti aku nak melenting….tapi sekarang semuanya tak lagi…aku lebih cool…mungkin sebab faktor usia yang semakin meningkat kot….lagi satu, aku slalu berfikir…buat apa nak marah2…benda dah berlaku…. Just bagi nasihat elok2 sudah….Tapi kalau sifat marah aku tu dah sampai hadnya yang maksimum…. Yang tidak mampu aku kawal lagi…aku akan buat dua benda je….pertama, aku akan diam tanpa sepatah pun perkataan keluar dari mulut aku…. termasuklah berdehem..”ehem…ehem”…jadi kalau korang Nampak aku diam je, maka jangan lah gatal2 nak kacau aku…kalau tidak, seperti memberi muka untuk aku tampar je hahahaa… ada ke perumpamaan ni??? Belasah je lah…. Minta maaf ye kepada pejuang2 bahasa kebangsaan seperti ROY hehheh… Keduanya, aku akan tidur….dan selepas aku bangun, biasanya aku akan lupa peristiwa yang membuat aku marah dan aku akan berada dalam keadaan yang lebih tenang…. Tapi korang janganlah bermimpikan pula peristiwa yang membuatkan korang marah tu… lagi haru la bila bangun nanti….Selain itu banyak lagi tip-tip untuk mengawal marah yang boleh aku bagi seperti mengambil wuduk dan mengaji Al-Quran…tapi mesti korang x percaya yang aku lakukan tips itu kan??? hahaah.. Jadi selamat mencuba tips-tips aku ni……

p/s: Aku suka berkawan dengan orang yang banyak bercakap dan sentiasa tersenyum…terasa happy je diri ni…

Wednesday, December 2, 2009

Gedik Mesti Speaking???

Aku dan kawan aku berjalan2 di sebuah shopping complex berhampiran dengan rumah aku…dimana nama shopping complex tersebut terpaksa dirahsiakn (nanti ramai pula jantan2 serbu selepas baca entri ni plak)…Ketika sedang memerhati dan membelek baju2 yang ada di jual di situ….kami terpandang dua orang gadis yang agak seksi dan gedik sikit….agak lawa juga orangnya…sehingga kami merasakan seperti masa berhenti seketika…..seperti dunia ini hanya ada aku, kawan aku dan 2 orang gedik tu je hahaha… kira macam sudah jatuh cinta pandangan pertama lah….kami hanya menunggu dua orang awek itu lalu disebelah kami…dengan sabar memerhatikan gerak langkah mereka…tanpa berkelip mata pun…mereka datang semakin hampir….semakin hampir…dan tetiba kami terdengar mereka berborak dalam loghat utara…..

“Ceh, kalau nak gedik...tolonglah speaking” kata kawan aku…

Aku terpinga-pinga, apa kaitan antara gedik dan speaking??? Mungkin kalau dah gedik, ditambah plak dengan speaking sikit2...akan nampak seperti high class kot……Oh, My Gucci!!!

p/s: Selalu girl akan kata…..I tak gedik, tapi I manja…… Gedik itu manja ke????

Tuesday, December 1, 2009

KOMPANG = POTONG???

Sejak kebelakangan ni, pada waktu malam…pasti akan kedengaran bunyi kompang di kawasan rumah aku..biasanya dari jam 10 malam hinggalah jam 11 malam….bunyi kompang tu bukan lah sebab ada orang buat majlis kahwin malam2…tp adalah latihan saja2 penduduk…..Kalau korang dengar bunyi kompang, apa yang terlintas difikiran korang?? Kalau aku, aku teringat iklan “POTONG”, P1W1max tu hahaha….

p/s: Sekarang ramai kaum wanita berani bertanya kepada lelaki soalan ini..."Abang dah potong???"

Sunday, November 29, 2009

NESLO???

Petang tadi, aku dan adik aku pergi ke sebuah kedai makan berhampiran dengan rumah aku… datang la seorang kakak ni untuk mengambil order…adik aku mintak air milo ais…dan aku pulak minta air neslo ais… tetapi si kakak ni buat muka x faham….aku ulang la balik order aku…. sangkaan aku mungkin dia x dengar…tp kakak ni still buat muka macam pelik….dahi berkerut seribu….dia tanya balik kat aku…. ”NESLO????”…aku menganggukan kepala aku…tp dia still berdiri kat meja aku dengan muka tak puas hati…..”ni mesti tak tahu NESLO tu air apa”, sangkaan aku…aku pun terang secara ringkas kat dia…..NESLO = NESCAFE + MILO….oww baru dia faham….selama ini, aku ingat semua orang tahu air neslo tu rupa dia mcm mana hehehe….Ni belum lagi, aku mintak air KOPI JANDA….hahaha


p/s: Kakak aku kata….ada air KOPI + TEH… (aku belum cuba lagi la) tapi apa singkatan dia eh????

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Rasanya tidak terlambat untuk aku mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
kepada semua umat islam yang menyambutnya….
terutama sekali kepada insan2 yang mengenali aku…
my family, sedara mara, ofis mate, lecturer2…kawan2 aku…
senang citer semua lah…

MAAF ZAHIR & BATIN….


Tulus ikhlas,

aku yang merindui kampung

p/s: ROY kata raya haji ni pun dia dapat duit raya…bestnya…

Wednesday, November 25, 2009

Bolos dari sekatan JPJ

Aku telah berjaya memboloskan diri daripada sekatan JPJ??….aku merempit melanggar pegawai JPJ?? Ish tak lah…aku masih baik lagi….x baik langgar-langgar pegawai JPJ atau polis yang sedang buat sekatan, nyawa mereka bernilai…mereka masih ada lagi orang yang tersayang…. kalau nak langgar pun…pergi langgar tiang lampu isyarat…tak menyusahkan orang lain… paling kurang pun,diri sendiri yang terkorban.. ish2 terEMO plak aku…nie kes sebab banyak dengar citer pasal polis kena langgar lari semasa buat sekatan jalan raya…kesian mereka…ok2 KJ, stop membebel….berbalik kepada citer asal…

Petang tadi selepas habis waktu bekerja, ada pegawai JPJ buat sekatan kat laluan motor di TOL…. Dari jauh aku dah ternampak kelibat 4 orang pegawai JPJ berdiri tegak….motor aku yang tadi berkelajuan 100 km/j tetiba menjadi 40km/j…pelikkan??hehehe tetiba aku menjadi penunggang yang paling berhemah sekali haha….. dan setiba sampai di laluan motor….aku mengekori 2 lagi motor yang berada di depan aku…. Tetapi ketika lalu di depan pegawai2 JPJ itu….2 motor di depan aku tu di minta berhenti di tepi…. Untuk dilakukan pemeriksaan…dan kini sampai giliran aku plak lalu di depan pegawai JPJ….gabra juga walaupun aku tahu aku tidak buat silap….aku dari kecil memang fobia dengan pegawai2 beruniform ni heheh…..pegawai itu perhatikan aku, dan membiarkan aku pergi dengan selambanya…. Aku pelik… kenapa diorang tak tahan aku??...aku pun toleh ke cermin sisi, dan aku lihat motor2 selepas aku semua kena tahan…Korang rasa kan, kenapa aku x kena tahan?? (Untuk makluman ini bukan kali pertama berlaku…)

Disini aku sediakan senarai jawapan untuk memudahkan korang….korang x yah susah2 fikir hehehhe

A: Sebab muka aku terlalu suci dan baik…

B: Aku xde rupa untuk dijadikan menantu diorang…yang diorang tahan…boleh ambilkan nama, no hp, alamat untuk anak dara mereka…

C: Diorang takut dengan aku yang mempunyai badan yang besar…eh2 silap…yang tuff…

D: Semua jawapan di atas…..haahahah…

Sunday, November 15, 2009

Aku Di Zaman Dulu-Dulu

Wah…hujung minggu selalunya aku lepak rumah je…malas la nak g mana-mana…penat..nak berehat, tngok tV dan main tenet je r….sedang aku selongkar tenet tu…aku terjumpa satu website yang agak menarik… yearbookyourself.com…aku pun cuba lah hehe…kelakar plak jadinya..bila gambar kita ditukar ke zaman dulu-dulu…


ni gambar original

Dan ini pulak antara gambar zaman dulu2 yang terhasil...


Antara banyak2 gambar ni…yang mana aku paling ensem??hehe

Friday, November 13, 2009

Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki

Ini adalah antara sebab2 wanita membenci lelaki atau kata mudahnya…alasan untuk seorang wanita itu meninggalkan teman lelakinya hehehe

1. MENINGGIKAN SUARA
Teman wanita berkata:- Tahulah lelaki dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Teman Lelaki menjawab:- I tinggikan suara sebab suara I memang kuat dan garau… lagipun I takut u tak dengar apa yang I cakap..U kan dah lama x korek telinga tu…jadi I x bersalah… lagipun U suka ke jika teman lelaki u bersuara seperti doraemon?? Patut u bersyukur suara I mcm nie..


2. MAIN KAYU TIGA
Teman wanita berkata:- Bab main kayu tiga ni memang masalah paling besar lelaki. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

Teman lelaki menjawab:- I kena buat pilihan yang terbaik untuk memilih teman hidup I, contohnya seperti memilih kerja…tak kan I terus terima kerja tanpa bandingkan dengan kerja lain….sape yang bagi tawaran terbaik, I terima lah…


3. SUKA 'CUCI MATA'
Teman wanita berkata:- Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata. Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu gedik…Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

Teman lelaki menjawab:- Pandangan pertama itu rezeki, jadi I pandang la puas2…Lagipun, I pandang perempuan, ini menunjukkan yg I ni bukan lah gay….u patut risau kalau I pandang jantan ke…atau I pandang siling je masa keluar dengan U…

4. MENGONGKONG
Teman wanita berkata:- Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri nak dikawal,sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?


Teman lelaki menjawab:- Mestilah I control U, sebab I terlalu sayangkan U…I sentiasa risau kat U jika U x ada di depan mata I, I slalu tentukan pakaian U sebab I x nak u pakai terlalu seksi…U kena sentiasa report selalu kat I bila keluar sebab I takut U kena culik atau ada perkara2 x diingini berlaku…sebab wanita ini kan sifatnya lemah…jadi I x perlu lah report kat U apa2 sebab I lelaki…gagah dan kuat…boleh jaga diri sendiri.


5. MATA DUITAN
Teman wanita berkata:- Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.

Teman lelaki menjawab:- Ala U ni berkira plak dengan I…I ni bukannya orang lain, bakal suami U juga nanti…duit I, I simpan untuk jadi hantaran kahwin kita nanti….jadi semua duit makan, sewa rumah I, duit minyak dan semuanya guna la duit U dulu owkayyy….

6. PENGOTOR
Teman wanita berkata:- Lelaki ini suka sangat meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam2 lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.


Teman lelaki menjawab:- Mengikut kajian, wanita akan berasa nyaman atau tenteram dengan bau badan lelaki…jadi jika U x suka bau badan I, itu bermakna kita tidak sesuai bersama….

7. GELOJOH
Teman wanita berkata:- Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Makan terlalu cepat dan mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Apa yang dikejarkannya pun tak tahu…


Teman lelaki menjawab:- I makan cepat2, sebab I suka tngok U makan…..mulut comel U mengunyah makanan…lagipun I boleh menyuapkan U nanti…

Thursday, November 12, 2009

Ponteng Perhimpunan??

Seingat aku, aku tidak pernah pun ponteng perhimpunan sekolah…sebab perhimpunan aku best… pelajar boleh duduk…tidak letih…jadi x nampak pun masalah kenapa aku perlu ponteng perhimpunan… lagi pun kawan-kawan lain pun turut serta berhimpun….jadi masa perhimpunan ni la, masa terbaik untuk berbual dan bergosip…biar guru berucap di depan…kita buat hal sendiri di belakang heheh… wlaupun aku xpernah ponteng perhimpuan tp aku slalu gak datang lambat ke perhimpunan..banyak kali la heheh…ala setakat kena denda…seperti rotan dan berlari keliling padang perhimpunan perkara kecil je….kalau nak juga ponteng perhimpunan pun…biar la bijak sikit…seperti berlakon demam ke… (ini adalah contoh…aku tidak mengajar okay!!!).. dapat la berehat dalam kelas hehehe…ini tidak, ada yang pergi terjun dari tingkat tiga sekolah….. sebab nak mengelak daripada ditangkap guru disiplin..nasib baik hanya patah kaki…. kalau tak baik??? Lu fikir la sendiri…

My school, SMK Taman Setiawangsa....tapak perhimpunan

lencana sekolah

masa form 3 Dinamik...gambar dah rosak la

p/s: Perhimpunan itu menyeronokan….anggap la guru yang berucap itu seperti sedang menyanyi…

p/s/s: teringat kenangan satu kelas nyanyi (koir) lagu Westlife depan perhimpunan….satu apa pun x dengar suara ahahahah

Saturday, November 7, 2009

Hey Anney…

Sedang aku leka bermain internet…tetiba handphone aku berbunyi…ada satu panggilan masuk.. aku perhatikan skrin handphone aku….tidak keluar nama sesiapa…just keluar nombor sahaja (018-289****). “Ish siapa pulak ni call aku”…Dalam fikiran aku masa itu, hanya terfikir ada mana-mana company yang call aku untuk panggil datang interview je…Jadi aku betulkan suara aku…berdehem sikit-sikit.. supaya tidak serak hahaha…..Lepas itu, aku pun tekan butang angkat panggilan…“Hello”, jawab aku dengan penuh sopan…

“Hey anney….bla bla bla (dalam bahasa tamil)”…balas pemanggil itu tanpa berhenti pun… aku hanya diam sahaja…bukan aku diam sebab aku faham…tapi aku diam sebab x ada ruang untuk mencelah… Selepas agak lama, baru pemanggil itu diam…aku pun jawab….”erk….wrong number”…mungkin si pemanggil itu sudah sedar yang dia sudah tersilap..dia terus letak telefon….

p/s: Aku mula terfikir…Adakah muka aku macam shah rukh khan??

p/s/s: Sudah lama aku tidak dengar khabar kawan India aku, Jegathiswaran….apa khabar ye???

Tuesday, November 3, 2009

LAGI KISAH SEJADAH

Kali ni lebih dahsyat…sekali empat sejadah berdiri…seperti seorang imam bersama tiga jemaah bersembahyang…perkara ini berlaku di Surau Taman Kastam 3, Padang Besar. Rasanya dah beberapa kali dilaporkan kes sejadah berdiri ni…kiranya macam bermusim pulak… x tahu lah nak percaya atau tidak… mungkin ada hikmah di sebaliknya...tapi aku hairan lah…bila ada je kes sejadah berdiri, mesti penuh orang datang ke surau tu..ntah mana muncul…ada tu, gigih dari jauh datang, pun ada… kira bagus lah… boleh terus buat solat berjemaah beramai-ramai lepas tengok sejadah berdiri tu….

Source: Kosmo

p/s: Apa nak dibising2 kan sejadah berdiri?? Adakah korang dah DIRI kan solat ketika membaca blog ini. Sejadah pun tahu nak dirikan solat,malulah kita yang sebagai hamba ALLAH ini jika tidak mendirikan solat.

p/s/s: Nanti kalau aku kahwin….aku nak buat hantaran sejadah berdiri ke pihak wanita…boleh tak?? Mesti ramai yang datang majlis kahwin aku nanti hehhee

Aku di TAG kembali...

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Nasib baik tanya benda…kalau dia kata orang…susah sikit nak jawab…benda?? Aku rasa broadband kot…aku rasa sehari x buka internet mesti taksah….jadi bos jangan marah saya main tenet masa keje ok hahah

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
byk bnde beli dngn duit sendiri..jadi dia nak the latest…so aku isi minyak motor aku td hahaha

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
erkkk….sudah semestinya kat tmpat yg senang kawan dan sedara mara datang… kalau jauh2….nak buat apa..heheh

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
hubungan apa ini?? Hubungan kekeluargaan…dari aku lahir la sampai sekarang…pliz tnya soklan yg jelas lg terang okay…aku x suka bengkang bengkok..hehe

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
soklan CEPUCEMAS ini…..so jawapan standard artist “NO COMMENT”

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
restoran mamak SYED…kat shah alam…makan satu family celebrate my besday… dah lama x makan satu family

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku?? lame giler x beli buku.. tapi teringin beli buku “langkah2 jatuh cinta”… ni pun my fren yang cadangkan…

8. Nama penuh anda?
erk…xperlu tahu la….just call KJ je hahah

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
mmm dua-dua okay…..aku kan anak emak dan ayah….

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
aku ingin jumpa sesiapa yang pernah berada disamping aku tp kini sudah tiada…jika masa itu dapat berputar kembali kan bagus…aku akan cuba membahagiakan mereka semua…

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
ada ramai…xnak lah sebut..nanti ada yang majuk jika x sebut plak…susah nak pujuk nanti heheh

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
bergantung…jika rajin basuh lah sendiri haha…ala just pijak2 pastu bilas dan sidai hhaaha

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
eemm aku terasa nak pergi Mekah satu keluarga la…

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
nurul hamizah badrul hisham
- rasanya kenal masa kem JKM
- minah ni agak bising n boleh masuk dgn aku..kira satu kepala la
- Dia banyak membantu aku masa dalam JKM kolej
- agak aktif orangnya…
- sekarang dia dok kat blok lelaki hahah (sebenarnya aku x tahu nak letak apa lg 1)

15. 8 perkara yang saya gilai?
movie (skrng dah jadi kaki wayang…adoyai)… tenet (boleh main tenet berjam2).. tidur…jalan2…baju....duit.....kamera....dan last sekali usha2 orang hahahah

16. Pelukan atau ciuman?
Dua2 lah hahahhaa

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
a) FaceBOOK b) Surat khabar c) Katalog Giant
p/s: Menurut kajian, rakyat Malaysia baca 3 buah buku setahun…aku bangga menjadi rakyat Malaysia hehe

18. 8 buah lagu selalu di dengar kebelakangan ini
- izinkan ku pergi
-Bye bye bye
-it’s gonna be me
- taman teman
- negaraku
- pakai buang
- bengang
- Menatap matamu

Ni semua lagu ringtone orang-orang ada kat sekeliling aku hari ni

19. mari main TAG 8 orang lain.
X nak lah aku tag sape2…kalau korang rasa nak buat..korang buat je lah hehehhe

Saturday, October 31, 2009

Hari ini Hari Jadiku....

Ring….sekali lagi hp aku berbunyi (sebenarnya ring tone hp aku lagu N’sync =))….kali ni dah mesej ke berapa ntah…aku lihat jam…menunjukkan jam 12 AM….ish pandai plak hp ni x rosak…selalu waktu lain mesti problem je sejak masuk air….mesti mesej masuk lambat…tapi td berderet2 mesej masuk on time….jadi aku baca la kesemua mesej yang masuk….pelbagai gaya ucapan yang aku terima… kira semua nak jadi yang pertama la tue heheh…tp x bleh lawan la kawan aku sorang ni…dia dah wish aku masa merdeka ari tu….dia ingat aku lahir 31 ogos hahah….tapi hari ni, x plak dia wish aku…siot je…hari ni genaplah usia aku yg ke… Ish mana bleh bg tahu hehe…tapi kini aku melangkah ke fasa hidup baru…ingin membina kerjaya supaya stabil n mengumpul harta dan kahwin…

gambar tahun 2007...

p/s: thanx semua yg dah wish…yg belum wish masih ada masa lagi heheh

p/s:aku biasanya akan tertidur awal kalau esoknya ada tarikh penting seperti tahun baru, hari raya, hari jadi, hari merdeka, hari guru dll..

p/s/s: lepas aku tngok gambar ni..baru aku tahu aku telah memBESAR dengan cepat..

Thursday, October 29, 2009

Pasti ada hikmahnya…

Biasa lah hidup sebagai remaja….pasti tidak boleh lari dari masalah cintan cintun…apabila berlaku sesuatu krisis, perpisahan sering terjadi…di sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari..pasti akan timbul dalam hati, satu perasaan yang seolah-olah tidak boleh terima kenyataan perpisahan itu berlaku…itu lah yang terjadi kepada kawan aku sekarang…aku telah menjadi tempat dia meluahkan segala ceritanya…aku hanya boleh mengatakan bahawa itu semua qada dan qadar ALLAH SWT…tidak lebih dari itu…biasalah, ketika ini emosi dan fikirannya masih tidak stabil….jadi apa yang dikata pasti tidak akan diterima…aku selalu nasihatkan kepadanya…jika pasangannya sudah tidak mahu terimanya lagi…usah la merintih merayu kepadanya….ini semua akan menunjukkan yang dia terlalu terhegeh2 kepada pasangannya sedangkan pasangannya bergembira dengan orang lain….tapi yang aku paling takutkan jika dia berburuk sangka kepada ALLAH SWT…kerana telah memberinya perpisahan itu.. INGATLAH, apa sahaja yang ALLAH SWT jadikan pasti ada hikmahnya…jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran agar tidak akan diulangi kesilapan itu lagi…


“Tidak semua perkahwinan yang bahagia itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang dibina setelah berkahwin”


p/s: Terasa diri ini seperti DR CINTA……

Sunday, October 25, 2009

KJ SITU SANA SINI: Taman Tasik Datuk Keramat

Oww taman tasik datuk keramat ni baru je di buka kepada orang ramai…lokasinya sudah tentulah di datuk keramat..berhampiran dengan stesen LRT Jelatik…aku dgn adik aku pun x nak lepas kan peluang… kami gigih kesana untuk bergambar….walaupun matahari dah terpacak betul atas kepala...jadi enjoy dengan gambar2 yang diambil…Lokasi ini akan menjadi salah satu tempat aku untuk mencuci mata…eh silap..tempat aku untuk berjogging heheheh..(aku benar2 serius untuk kuruskan badan ni hahah)

ada taman permainan lagi...dah lamanya aku x main..

gelanggang futsal pun ada...kira kat sini macam2 ada..

Sempat aku bergambar dengan pokok =P

Masih lg kat tmpat yg sama...bukan kat melaka ok...ingat melaka je ada tangga ni??

dah nama pun adik beradik...pose bergambar pun gaya yg sama =)

Pondok berehat banyak disediakan utk org2 yg pancit berjogging

terperasan kejap menjadi model hehhe

posing kat tasik

aku sempat juga mencuba beberapa alat sukan yang ada disitu

TAPI SAYANG......

Ibubapa leka bersenam, anak2 dibiarkan memanjat tiang-tiang...kalau jatuh, siapa yang susah??
Lu fikir lah sendiri....

Tak sampai sebulan taman tasik datuk keramat ini dibuka kepada orang ramai, telah berlaku banyak kerosakan....ini lah mentaliti rakyat kita...yang tidak senang nampak sesuatu itu dalam keadaan baik...bersama-sama lah kita menjaga kemudahan awam yang disediakan seperti menjaga barangan sendiri.

Jadi,jika korang ada masa terluang dan peluang, singgah2 lah di Taman Tasik datuk Keramat ni ye...pasti berbaloi..


p/s:Maaf entri kali ini bnyak sngat gambar...
p/s/s: Next destination..nak g mana pulak eh??