Wednesday, January 27, 2010

Lelaki Menangis

Siapa kata lelaki tidak menangis?? Dan siapa pula kata, bila lelaki menangis itu tandanya lelaki itu lembik (tidak jantan)?? Aku mengaku yang aku pernah menangis…tetapi aku menangis pada tempatnya.. apabila hati aku benar-benar tersentuh…sebab itu lah jarang rasanya dapat melihat lelaki menitiskan air mata…lelaki menitiskan air mata pada tempat yang wajar tidak seperti kaum wanita yang kebiasaannya (tidak semua tau…siapa makan cili dia yang terasa pedasnya heheh) menggunakan air mata sebagai senjata untuk menundukkan lelaki hhahaa…(habis lah aku kena kutuk dgn kawan-kawan perempuan aku ni).

Lelaki yang menangis menandakan mereka juga manusia biasa, ada emosi punya rasa.Lelaki ada hak untuk menangis.Aku biasanya akan menangis bila ia membabitkan kanak-kanak atau orang tua…Entahlah, hati aku mudah tersentuh…lebih-lebih lagi kalau melibatkan ibu bapa aku… sebab itulah aku paling tak suka program motivasi atau kem bina diri….

Biasanya dalam kem-kem motivasi macam ini, ada satu slot dimana lagu sedih dipasang, lampu dipadamkan dan penceramah akan bercerita mengenai pengorbanan ibubapa dalam membesarkan kita…adoyai.. aku pasti tewas…air mata aku pasti akan deras mengalir seperti air sungai… Tambahan pula, aku tidak boleh dengar beberapa lagu…antaranya Ayah dan Ibu (Sudirman), Kau Sahabat, Kau Teman (Hijjaz) dan banyak lagi sebenarnya…Ya, aku tahu memang nampak kelakar…dan menjadi bahan orang untuk kenakan aku…Aku pernah kena bahan bila pergi karaoke… aku tak tahu pun antara lagu pilihan untuk menyanyi adalah lagu Hijjaz tu…aku just boleh dengar rangkap pertama je lagu tue…pastu aku keluar dari bilik karaoke tu… tak tahan beb..teringat satu peristiwa yang pasti buat aku sedih…ini gak antara faktor aku tak suka pergi karaoke selain suara aku tak sedap hehehe

Tapi aku tak adalah menangis kerana sedih je….aku juga menangis kerana gembira…kalau dah kelakar tahap cipan pasti aku akan gelak sampai keluar air mata…thanx kepada budak2 pejabat aku yang selalu membuat aku ketawa dalam tangisan sejak kebelakangan ni hahahah.Oleh itu, jejaka-jejaka macho sekalian, janganlah takut untuk menangis. Ia perkara yang sewajarnya dilakukan. Maka menangis la sekarang!! Hehehe

p/s: Bila eh kali terakhir aku menangis??dah lupa lah….

6 comments:

  1. errmm..normal jer menangis...manusia klu robot blh manenagis mengapa lelaki tk blh

    ReplyDelete
  2. KJ mmg jiwa leleh..bukan ke time tgk citer talentime dulu pun nk nangis gak ker??huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. perghh..bukak pny bukak..skali tgk gmbr owner..
    mcm knl..mcm x knl..haha..
    rupa2nyer ko! cis! sakit mata ak! =p
    tajuk n3 ko msti nk mcm 2 ek..
    wei..rjin2 r bukak blog ak..klik mcm biasa r..
    k! cau dlu..

    ReplyDelete
  4. betul..sapa kate lelaki tidak buleh menangis

    ReplyDelete
  5. kan bgs cmni lau perempuan pon sama..
    mksdnya menangis lau perlu
    xdala bazirkan air mata..

    nice entry :)

    ReplyDelete
  6. setiap insan tidak lari drpd perasan sedih
    apa yg membezakannye adalah cara mereka menunjukkan kesedihan mereka tersebut.dimana lelaki dn pempuan berbeza cara menunjukkan kesedihan mereka.tp tk di nafikan bila nmpk laki nangis rase cam menyampah pun ada berbeza dgn pompuan yg nangis kn nmpk lebih manis....jangan MARAH ye.....sekadar pandangan.

    ReplyDelete