Saturday, May 8, 2010

Alfatihah…

Dalam pukul 9 pagi tadi, tetiba banyak mesej masuk ke hp aku….semua cuba menyampaikan perkara yang sama, “Salam, dukacita dimaklumkan sahabat kita, qayum xcident dan dia meninggal dunia ditempat kejadian. Berita ada dalam metro page 5. Al fatihah untuknya”… aku rasa macam tidak percaya ketika membaca mesej-mesej itu…Baru 5 hari lepas, aku terfikir untuk menelefon dia, selepas melihat gambar konvonya di FB fahmi….nak mengetahui perkembangan terkininya kat mana dia bekerja dan sebagainya…tetapi aku terlupa….rasa menyesalnya….
Sumber: Fb Fahmi

Qayum ni merupakan sahabat aku kat UTM, kira rapat gak la….4 tahun kitaorang bersama…bergelak tawa, bergaduh buat assignment, berjogging bersama, makan bersama, tengok tv bersama….. tetapi ALLAH lebih menyayanginya….semoga roh dia dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh… Al-Fatihah

p/s: AKu masih ingat, ko selalu mencabar aku…siapa yang lebih kurus….ko jangan risau kawan ku… kerana sekarang aku dah gemuk dah tentu kau menang…

**********************************************


Sumber: Metro Online

Maut isi perut terburai
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Dalam keadaan isi perut terburai selepas digilis tayar lori, seorang penunggang motosikal masih mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika orang ramai datang membantu menyelamatkannya, semalam.
Detik kemalangan ngeri yang menyayat hati itu, bagaimanapun, berakhir beberapa minit kemudian apabila mangsa menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan berlumuran darah.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian melalui jalan di Kilometer 38, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Jalil di sini dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta dipercayai model Proton Saga di sini.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan tidak sempat bangun menyelamatkan diri. Pada masa sama sebuah lori tanah yang mengekori dari belakang gagal mengelak sebelum mangsa digilis di perutnya.

“Lebih mengerikan apabila mangsa diseret lebih 10 meter oleh lori berkenaan hingga menyebabkan isi perut dan daging tubuhnya bertaburan di atas jalan raya,” katanya.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Qaiyyum Jamal Abd Nasir, 24, dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi di sini masih bernyawa beberapa saat selepas dia digilis walaupun separuh tubuhnya hancur.

“Orang ramai yang mengetahui mangsa beragama Islam dan kebetulan ada yang mengenalinya sempat mengajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

“Susulan kejadian itu, polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengawal lalu lintas selain mengutip cebisan mayat mangsa,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu lori terbabit, Daymonds Mamertus, 35, memberitahu tidak sempat mengelak berikutan mangsa jatuh betul-betul di hadapan kenderaannya.

Menurutnya, kejadian itu pengalaman paling mengerikan dalam hidupnya sejak memandu lori hampir 10 tahun lalu apatah lagi dengan keadaan mayat mangsa yang amat tragis.

7 comments:

  1. al-fatihah..baru td bce metro ni...rupanya kwn awk..

    ReplyDelete
  2. semoga rohnya dicucuri rahmat Nya..amin...Al-Fatihah................

    ReplyDelete
  3. Innalillah...smoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. al-Fatihah.

    kj, dlm link ni ade lg brita n gmbar mngenai kmalangan tersebut. shida yg bg aku link ni pg td;
    http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=6413524

    sekian, kuwe.

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah, masih sempat syahadah.
    salam takziah.
    Al fatihah

    ReplyDelete
  5. al fatihah....pilu rs hati...

    ReplyDelete
  6. al fatihah...pilu rs hati...from sya

    ReplyDelete