Wednesday, October 20, 2010

Kedai makan itu sedap apabila….

Aku ni jenis orang yang jarang makan kat luar.....bukan makan luar k (kalau tak faham…sila abaikan!! HAHA)…means kalau kata kedai mamak ni best….restoran ni best….aku mesti tak tahu….sebab nya aku hanya makan kat luar bila ada member yang ajar….kalau tak, aku makan kat rumah la…makan masakan emak la hahaha ….lagi satu, sebab utama aku jarang makan luar ialah….aku tidak tahu kawasan mana yang sedap….disamping dapat jimat duit jika makan kat rumah =)…. Selalunya macam mana korang nak tahu kedai makan/warung/restoran tu menyediakan makanan yang sedap???

Disini ada beberapa pendapat daripada kawan-kawan aku yang mungkin boleh dipakai:-

a) Kedai makan itu sedap apabila….kedai makan itu dikunjungi oleh kaum2 lain seperti kaum Cina dan India,terutamanya kedai makan melayu la….sebab menurut kawan aku…kaum-kaum ini amat menitik beratkan dalam memilih makanan…mesti sedap, baru dapat menarik perhatian mereka.

b) Kedai makan itu sedap apabila….kedai makan itu sentiasa di penuhi orang ramai daripada pagi sampai lewat malam… termasuk lah masa tengah hari dalam bulan ramadhan….HAHAHA

c) Kedai makan itu sedap apabila….Menu yang dihidangkan pelik2 dan hanya terdapat di kedai makan itu sahaja seperti nasi goreng Rosalinda, Nasi goreng Betty La Fea, Nasi Goreng Mak Bedah….di sini akan terlihat kesungguhan tukang masak dalam menyediakan menu yang pelik dan sedap….

d) Kedai makan itu sedap apabila….harganya terlalu mahal sehingga tidak boleh diterima akal fikiran yang waras….ada ke segelas air masak sampai RM 1…..ni mesti special punya air masak, original dari air bukit kot…..

e) Kedai makan itu sedap apabila….pelayan, cashier, tukang sapu, tukang sambut, tukang lap meja adalah semuanya gadis2 cantik belasan tahun…tak kisah la jika pekerja di bahagian belakang dapur…..yang tak kelihatan daripada pandangan mata kasar…seperti tukang cuci pinggan dan tukang masak seorang lelaki yang berbulu penuh badan dan berpeluh =)….. pendapat ini dipersetujui hampir semua kawan lelaki tulen aku hahahah

f) Kedai makan itu sedap apabila….tikus di kedai makan itu sebesar dan sebulat kucing…sehingga kan kalau kucing jumpa tikus tu…..kucing itu akan beranggapan tikus tu spesis yang sama dengan dia tp dr jenis oversea HAHAHA…yela selain daripada dapat menarik perhatian orang untuk makan di kedai makan itu….kesedapan makanannya…tiada tandingan dan telah menjadi buah mulut orang dan telah di dengar oleh tikus2 juga….tikus sekarang pun pandai memilih gak…HAHHA…tak caya??


p/s: apa2 pun….makanan yang paling sedap tetap mee segera….pasti anda akan memakannya juga walaupun sekali dalam sebulan….biasanya hujung bulan la HAHHAHA

Kisah Aku dan mee segera

No comments:

Post a Comment