Sunday, November 14, 2010

Kambing dah sampai

(Sempena hari raya korban)


Pagi-pagi lagi aku telah bangun. Terbau sesuatu yang agak kurang menyenangkan. Busuk! Hamis! Dan yang sewaktunya. Bukan bau aku!! Kalau aku tidak mandi seminggu pun, rasanya bau aku lagi OK kot daripada bau ni…HEHE Makin lama bau tu makin kuat. Ow aku tidak tahan.. Aku keluar rumah..

Aku perhatikan ada lori lalu, dan bawa sekumpulan kambing…penuh di belakang lori tu.. Oww kambing dah sampai…nak di agih-agihkan ke surau berdekatan rupanya… Patut la bau busuk…Hari raya Korban dah semakin dekat…Dijangka rakyat di Malaysia akan merayakannya pada rabu depan (17 November 2010)..


cubaan beberapa ekor kambing menyamar jadi burung kerana takut di korban

p/s: Surau-surau akan mula dipenuhi oleh kanak-kanak yang hendak tengok kambing, lembu atau unta.. secara tak langsung parents mereka akan turut serta ke surau.. =)

p/s/s: Sedap ke daging unta eh??

2 comments: