Tuesday, November 23, 2010

Resepi kebahagiaan rumah tangga..

Okay Puan-puan… (ala-ala gaya chef)

Hari ini chef KJ ada resepi nak dikongsi bersama…

Nak tahu resepinya??

Cepat sediakan pen dan kertas….

Resepi ini hanya boleh dibuat bagi pasangan suami isteri sahaja…

Bagi anak-anak remaja…hanya salin dan simpan…apabila tiba masa yang sepatutnya baru cuba resepi ini Okay….

Mula-mula, belajar berkomunikasi secara efektif..ini kerana komunikasi adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan. Komunikasi yang efektif memerlukan anda menjadi seorang pendengar yang setia dan meluahkan apa yang anda rasa secara bijak dan jujur. Mengapa susah untuk berkomunikasi secara efektif selepas berkahwin, sedangkan masa bercinta boleh??

Selain itu, dalam seminggu…pilih satu hari…untuk anda meluangkan masa bersama pasangan anda…keluar berdua tanpa diganggu oleh orang lain seperti diganggu oleh anak-anak, orang gaji mahupun emak mertua…(kenapa emak mertua?? Selalu emak mertua yang suka menyibukkan..Ayah mertua cool dan rileks je kan?? Hehehe…)…Kesannya, ia dapat menyemarakkan lagi percintaan anda… Tapi janganlah setiap hari, asyik nak keluar berdua dan anak ditinggalkan pada orang gaji pula…silap-silap hari bulan, nanti bila hendak ambil anak balik….anak sudah fasih bercakap bahasa Indonesia pula…HAHA

Jika tidak mampu untuk mewujudkan satu hari untuk berdua bersama, ambil kesempatan yang ada seperti menonton teltevisyen bersama-sama dengan semua ahli keluarga…Kalau boleh tengok la cerita yang bersesuaian seperti bertemakan kasih sayang, cinta, lawak ataupun yang santai…supaya mood cerita itu mempengaruhi mood anda dan pasangan…Ini akan meningkatkan kasih sayang anda berdua..

(Baru aku tahu kenapa filem melayu bergenre cinta, seram dan lawak menjadi perhatian pasangan yang hangat bercinta, disinilah kesempatan boleh diamik untuk berpelukkan…cuba bayangkan…cerita kat skrin, Hati Malaya atau Leftenan Adnan, adakah mereka masih nak berpelukkan?? Oww Aku belum pernah tengok pula..hehe)

Langkah seterusnya ialah sentiasa mempercayai, berfikiran positif terhadap pasangan dan berusaha untuk menghadapi pelbagai bentuk tohmahan dan konflik secara bijaksana mengikut akal bukan nafsu. Perkara paling penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul adalah dengan menghormati perasaan pasangan anda. Di samping itu saling memaafkan (untuk kesalahan pertama boleh lah di maafkan, tapi kalau untuk kesilapan berulang kali say good bye je lah…)

Last but not least, pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan kemas dan menawan, kalau boleh seperti sebelum kahwin la =)…Ini tidak, si isteri asyik berkain batik dan berbau kari manakala si suami asyik berkain pelikat gajah duduk dan bersinglet pagoda je….

p/s: Aku tak tahu lah sama ada petua di atas ini menjadi atau tidak….kalau ada pasangan yang bercerai kerana petua diatas ini, aku tidak bertanggungjawab…sebab aku pun tak ada pengalaman lagi..masih bujang lagi heheheh

No comments:

Post a Comment