Monday, December 27, 2010

Air kencing bukan air oren….

Sanggup kah anda minum air kencing sendiri??

Atau air kencing kawan anda???

Air kencing manusia tau bukan air oren mahupun air kencing syaitan (arak)

Kalau aku, tak sanggup…rasa hendak muntah…apa tah lagi tengok orang kencing bersepah-sepah HAHAHA

Tapi tidak bagi Singoi Jaya yang kini berusia 96 tahun dari Kuching…menganggapnya perkara biasa minum air kencingnya sendiri…yang dianggap sebagai ubat….dan mungkin juga petua panjang umur kot HEHEHE…

Kaedah yang dianggap pelik dan meloyakan tekak bagi kebanyakan orang itu mula dilakukan Singoi kira-kira 50 tahun lalu selepas dia terjatuh dari atas pokok langsat. Oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan, dia nekad meminum air kencingnya sendiri dengan harapan boleh sembuh. ..Mujur lah secara kebetulan atau tidak, dia sembuh…

Kali kedua dia mencuba kaedah itu ialah selepas tergelincir dan terjatuh sehingga menyebabkan tangannya patah dan kakinya tercedera.

Singoi berkata, dia tidak gemar mengambil ubatan moden sekiranya diserang demam dan selsema, sebaliknya mengamalkan aktiviti ringan yang boleh mengeluarkan peluh seperti berkebun dan bersenam. Jika malas badan tidak akan berpeluh dan badan kita akan menjadi lemah serta mudah diserang penyakit.

p/s: Aku biasanya ikut petua keduanya, aku ni jenis yang tidak suka makan ubat…jadi kalau demam, aku pergi bersenam biar keluarkan peluh….Tapi kalau petua pertamanya, aku sama sekali tidak akan buat =)

p/s/s: Berhati-hati jangan selalu kena kencing (tipu)

sumber berita: Metro (tetapi telah diolah)

2 comments:

  1. Kj,
    ritu ak npk ko minum air kencing...ermmmm....xpe la..sensitip nk ckp..hahahha.........cheers!

    ReplyDelete