Friday, December 10, 2010

Kalau mencuri…nanti tangan kena potong….

Dulu semasa aku zaman kanak-kanak, emak aku selalu berpesan….Kalau mencuri..nanti tangan kita kena potong….

Tapi, semalam aku baca akhbar..tangan pencuri kena sambung semula….maka sekarang….kalau kita mencuri, nanti tangan kita kena sambung ….. hehe… Itulah nasib malang yang menimpa ke atas seorang pencuri apabila pergelangan tangan kirinya putus selepas ditetak pemilik rumah ketika mengumpil tingkap rumah. Semalam, dia telah selamat menjalani pembedahan menyambung tangannya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Diceritakan, pemilik rumah sedang tidur bersama enam ahli keluarganya dalam bilik rumah itu sebelum terjaga apabila mendengar bunyi tingkap rumahnya diumpil.

Selepas mengesyaki sesuatu, pemilik rumah itu membawa parang dan keluar melalui pintu utama sebelum ternampak seorang lelaki sedang mengumpil pintu rumah lalu melibas parang dan terkena pergelangan tangan kiri penjenayah itu.

Benda yang hendak dicuri tak dapat,
Parang pula yang melekat…
Nasib baik tak mati cepat…
Ambil kesempatan untuk bertaubat

p/s: Sekarang emak aku perlu kata….”Kalau mencuri, nanti tangan kita kena potong dan disambung semula”…

No comments:

Post a Comment