Thursday, March 31, 2011

Malaysia VS Taiwan

Adakah pasukan Malaysia mampu mengalahkan pasukan Taiwan??

Adakah Malaysia mampu melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014??

Adakah Malaysia mampu untuk bertemu dengan Singapura pada pusingan kedua???

Semuanya akan menjadi tanda tanya sehinggalah Malaysia menerima kunjungan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun ini sebelum membalas kunjungan ke negara itu untuk perlawanan timbal balik pada 3 Julai.

Mengikut percaturan di atas kertas, Malaysia mungkin akan menang mudah ke atas Taiwan kerana Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia manakala Taiwan berada di tangga ke-147. Tetapi apa-apa pun boleh berlaku, bola kan bulat!!.

Jadi, jom ramai-ramai menyokong pasukan Malaysia sama ada di stadium mahupun di rumah..=)

p/s: Pusingan akhir Piala Dunia 2014 akan berlangsung di Brazil.

Kanak-kanak Asia tidak pandai berenang??

Satu kajian telah dijalankan oleh The Alliance for Safe Children (TASC) dan United Nations Children's Fund (UNICEF)…Berdasarkan kajian itu, didapati lebih 350,000 kanak-kanak dianggarkan mati lemas di Asia setiap tahun, iaitu kira-kira hampir 1,000 kanak-kanak mati lemas dalam sehari.

Kejadian lemas dikenal pasti sebagai punca utama kematian kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun di kebanyakkan negara Asia….dan aku pernah terlihat di TV, ada kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun sudah pandai berenang….Nampak comel dan kelakar..

Jangan di katakan kanak-kanak tidak pandai berenang, aku yang layak menjadi bapa kanak-kanak pun tidak pandai berenang juga hahhaha…..Aku mungkin boleh dikecualikan, sebab aku mempunyai alasan yang kukuh…..Dulu masa kecil,aku pernah hampir lemas…jadi aku agak fobia dengan air…ini bukan bermakna aku tak suka mandi ok…heheh…Aku hanya fobia dengan air yang banyak…..Tetapi apabila aku semakin meningkat dewasa, rasa fobia mula hilang…tapi rasa segan pula semakin menebal…segan baru hendak belajar berenang hahah…. Last- last sampai sekarang aku tidak tahu berenang….diri sendiri yang rugi…..Tapi aku bernasib baik sebab tinggi…jadi bila ada member ajak mandi kat sungai, aku berjalan la dalam air sambil buat-buat libas tangan macam berenang hahah… Nampak la gaya aku seperti berenang juga heheheh….Tapi suatu hari nanti, aku akan belajar juga berenang… Ada sesiapa yang sudi untuk mengajar aku berenang???

Kriteria pengajar renang yang dicari:-

a) Perempuan tulen….tak nak “perempuan” yang anu dalam botol hehe

b) Single diberi keutamaan…(isteri orang dan janda mungkin dipertimbangkan)

c) Berumur dalam lingkungan 20-30 tahun

d) Paling penting pandai berenang….kalau tak pandai berenang pun tak pe, kita boleh belajar sama-sama hahah

p/s: Gambar aku pergi "berenang" di Sg. Gabai

p/s/s: Jika anda mempunyai gambar-gambar kenangan yang menarik seperti di atas dan ingin diabadikan pada baju / mug / puzzle dan sebagainya bolehlah click di sini. Make Your Own Gifts Here

Wednesday, March 30, 2011

Betul ke wanita tak lokek temu janji pertama??

Menurut tinjauan yang dijalankan di Britain, Lebih separuh daripada wanita disitu sanggup mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membayar harga makanan sendiri ketika temujanji pertama, walaupun lelaki sedia membayarnya (belanja)… Cuba baca balik semula ayat tadi… Aku rasa wanita lokek la sebab dia hanya membayar harga makanannya sendiri, bukan belanja sekali harga makanan lelaki itu heheheh

Tetapi bagi aku lah kan, orang yang mencadangkan temu janji itu (hanya sah bagi temu janji pertama je) sepatutnya membayar bil…hehhehe…takut nanti ada member-member aku guna ayat ni plak nak kenakan aku hehehe….aku dah lah setiap minggu selalu ajak diaorang lepak-lepak dan dating heheh…nanti setiap minggu pula aku kena belanja…Tauke balak pun boleh bankrupt hehehe p/s: Aku selalu kata hendak belanja orang selepas dia habis makan, tidak boleh bagi tahu awal-awal yang aku hendak belanja….nanti dia order set paling mahal… HAHAHA.. Adakah aku lokek?? =)

p/s/s: Sekiranya anda tidak lokek dan ingin mencari hadiah untuk insan teristimewa, HeartBeat! Ada segala banyak pilihan yang pasti menarik untuk mereka.Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Tuesday, March 29, 2011

Aku kecewa tidak dapat menjadi pelajar AF9!!!

Aku terasa amat kecewa!!!

Kecewa sangat!!!

Kerana tidak dipilih menjadi peserta akademi fantasia 9 (AF9)!!!

HAha macam mana nak terpilih…..audition pun tidak pergi….karaoke pun tak minat hahaha…

Aku sedar siapa diri aku….suara tak sedap…sampai kawan aku kata ketika aku berkaraoke…. “Kau ni memandai je buat lirik dan melodi sendiri eh” hahaha

Apa-apa pun 12 peserta Akademi Fantasia 9 (AF9) telah diumukan di AEON AU2 Setiawangsa (wah dekat je dengan rumah aku….tapi aku tak tahu pula ada acara kat situ hahaha)..

Peserta yang bertuah yang mungkin menjadi artis terkenal atau artis suam-suam kuku ialah:-

Pelajar lelaki

Ahmad Afif Tirmizie (Afif)

Mohamad Azri Abdullah (Azri)

Hairul Najmuddin Abu Samah (Erul)

Nur Haidir Muhd (Kay),

Mohamad Amirullah Jahari (Amir),

Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib)

Pelajar Perempuan

Lenaber Haidir (Lena)

Zulaika Zahari (Laika)

Nur Atiqah Shaffudin (Eka)

Roshammizah Rosli (Miza)

Nur Suhada Jebat (Aida)

Queennera Francine Francis Kitingon (Nera)

Aku tak minat berkaraoke…tapi aku suka lepak dengan geng di pusat karaoke…hahaha

Geng RAYAP

Geng DB-rian

Geng Jiran tetangga

Geng Keluarga Angkat

p/s: Siapalah pengetua AF9 eh???

p/s/s: Lagu yang aku suka nyanyi kita karaoke ialah…lagu Halimah Jongang =)

p/s/s/s: Untuk mengundi aku...bagi pengguna maxis, Taip SHARE 0176****** (no tel aku) 30 dan hantar ke 22121 hehehe

Monday, March 28, 2011

Blog aku bersawang…

Wah sudah lamanya aku tidak mengemaskini blog ini…

Habis sudah bersawang….Kena bersihkan sawang dulu…

Nasib baik aku tidak biarkan blog ini lama-lama…Kalau tidak mesti teruk kena bersihkan seperti pokok ini….

Sejumlah pokok di wilayah Sindh, Pakistan dipenuhi dengan sarang labah-labah sehingga menghasilkan satu pemandangan yang menyeramkan.

Keadaan ini berlaku disebabkan kejadian banjir yang melanda Pakistan tahun lepas. Ini kerana terdapat air yang masih lagi tidak surut sepenuhnya menyebabkan banyak serangga kecil menjadikan pokok sebagai tempat tinggal.

Walaupun, kejadian itu kelihatan menyeramkan tetapi sarang labah-labah itu telah berjaya mengurangkan populasi nyamuk…. Jadi aku hendak biarkan blog aku ini bersawang…baru dapat kurangkan nyamuk…HEHEHE

p/s: Sekiranya anda ingin mencari hadiah untuk insan teristimewa, HeartBeat! Ada segala banyak pilihan yang pasti menarik untuk mereka.Make Your Own Gifts Here

Wednesday, March 9, 2011

Kenapa rumah ini mahal??

Seorang jurutera awam berbangsa Poland, Andrew Holeshowski mahu menjual sebuah rumah agamnya pada harga RM 98.18 JUTA….Beliau membeli rumah itu pada tahun 1993 dengan harga RM 2.45 JUTA

Kenapa harga rumah ini terlalu mahal??

Sebenarnya, beliau bersama isterinya telah membelanjakan berjuta-juta pound sterling untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menaikkan harga rumah itu.

Rumah itu mahal kerana:-
a)Rumah agam itu berkeluasan 2,694 meter persegi
b)Mempunyai 9 bilik tidur
c)2 kolam renang
d)Garaj untuk 20 buah kereta
e)Panggung wayang
f)Landasan untuk helikopter
g)DAN yang paling penting penghuni rumah itu akan dapat melihat rumah pemain skuad bola sepak England, John Terry yang tinggal berhampiran. Kira berjiran dengan John Terry la…

p/s: Aku tengok rumah-rumah dalam rancangan ASTANA (Astro) pun aku dah terkesima….Inikan rumah agam RM 98.18 JUTA…

Tuesday, March 8, 2011

Jom teka usia nenek paling muda di dunia…

Boleh di buat soalan peperiksaan untuk subjek matematik ni hehehe…

Di sebuah kawasan di Bucharest……Nenek paling muda di dunia, Rifca Stanescu…mempunyai dua orang anak, Maria dan Nicole…Perbezaan usia kedua-dua anaknya hanyalah satu tahun

Dia membesarkan anak sejak berusia 12 tahun… Dia berkahwin dengan penjual barang kemas, Ionel Stanescu ketika dia baru berusia 11 tahun…manakala lelaki itu berusia 2 tahun tua daripadanya.. Perkahwinannya dilangsungkan kerana bapanya mahu menjodohkannya dengan seorang pemuda lain yang tinggal di kampong berbeza…Walaupun berkahwin tanpa restu, ibu bapanya telah memaafkan perbuatannya apabila dia melahirkan Maria.

Manakala, anak sulung Rifca, Maria telah melahirkan zuriat pertamanya yang diberi nama Ion ketika baru berusia 11 tahun…Maria telah berhenti sekolah dan berkahwin pada usia 10 tahun…walaupun Rifca telah cuba memujuk maria supaya meneruskan pembelajaran sehingga dewasa daripada berkahwin.. Namun usahanya gagal…”Emak borek anak rintik” heheh

Kini Ion telah berusia dua tahun dan dia tetap mendapat kasih sayang daripada Rifca…

Soalan UPSR :-

a)Berapakah usia Rifca ketika beliau menjadi nenek sehingga berjaya mendapat gelaran nenek paling muda di dunia???
b) Berapakah usia adik Maria, Nicole sekarang??

c)Apakah jantina anak Maria yang juga merangkap sebagai cucu kepada Rifca???

Burger gergasi

“Burger ini siapa yang punya???”

“Burger ini Gergasi yang punya…”

“Kenapa pula??”

“Hanya Gergasi saja atau orang yang teringin menjadi gergasi saja mampu menghabiskannya….”

Mampukah anda menghabiskan burger ini???

Burger ini yang di dakwa terbesar di Britain dan mungkin juga terbesar di dunia ini mengandungi 13,000 kalori menjadi menu hidangan tengah hari di Restoran Over De Flames, Norwich. Tetapi tahukah anda, manusia hanya memerlukan lebih kurang hanya 2000 kalori saja sehari …Jika pengambilan kalori adalah lebih, ia akan ditukar menjadi lemak. Ini yang mengakibatkan individu menghadapi kegemukan dan kegergasian…. Bila lemak sudah banyak, pelbagai penyakit pula yang akan dating dan boleh juga membawa maut…Jadi kiranya, jika anda makan burger ini…makan lah dengan gembira…mungkin itu kali terakhir anda menikmatinya heheheh

Burger ini yang di beri nama Over de Flames hanya berharga RM 148.70 tetapi ia percuma jika anda berjaya menghabiskan makanan itu dalam masa dua jam…dan setakat ini…tiada sesiapa lagi berjaya….Ayuh rakyat Malaysia, jom pergi ke sana untuk menyahut cabaran itu… Malaysia Boleh!!! Lagipun rakyat Malaysia kan suka makanan segera dan tinggi kalori ni….

Sedikit info tentang burger ini…ia mempunyai diameter berukuran 30 sentimeter, mengandungi tiga kilogram daging lembu dan 40 keping keju serta dihidang bersama sos tomato, mayonis, dua biji bawang, tiga biji tomato dan salad.

p/s: Aku suka makan bergedil…

Sumber: Kosmo

Monday, March 7, 2011

Perasaan Bulan…

Kita sudah biasa mendengar ungkapan ini di dalam drama TV atau kebiasaannya pasangan yang bermadu kasih mesti pernah mengungkapkannya…..

Scene: Di sebuah bangku di taman bunga
Masa: Malam yang disinari cahaya bulan
Pelakon: Dua pasangan, lelaki dan perempuan yang sedang bermadu kasih…

“Sayang, cuba lihat ke arah bulan itu….sungguh cantikkan”

“Cantiknya…”

“Bulan ni menjadi saksi cinta kita sayang”

“Ish romantiknya abang”….

Mereka terus bermanja-manjaan di dalam kegelapan malam….

TAPI pernah ke terfikir apa perasaan sang bulan??

Kalau Si Bulan itu dapat berkata-kata…mesti ia akan berkata…

“Aku tak sanggup menjadi saksi dosa hangpa…”

p/s: Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik…

p/s/s: Untuk bahagia, cintailah sesiapa yang menyintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai…

Pecah Kepala

Apa perasaan anda??

Apabila ada kawan anda memberitahu kepada anda mengenai sebuah kemalangan yang baru berlaku …

“Khairul, kat jalan depan tu ada berlaku satu kemalangan… Motor dengan motor…kedua-dua penunggang tu mati… terseret lebih 50 meter….seram aku tengok…tempurung kepala seorang daripadanya pecah..”

Aku PASTI anda akan berasa kasihan dan sedih mendengar berita itu sehinggalah…

Kawan anda menyebut….

“Inilah akibatnya kalau MEREMPIT”…

Aku PASTI juga, anda akan tiba-tiba menukar karakter daripada sedang bersedih kepada kutukan dan cacian atau paling sopan pun, anda akan sebut PADAN MUKA

p/s: Tidak semua penunggang motosikal itu MAT REMPIT…tapi aku yakin 100%...semua MAT REMPIT menunggang motosikal

p/s/s: wahai Mat Rempit, usahlah mempersiakan hidup anda dengan mati katak di jalan raya… Ingat lah orang tersayang, tapi kalau tak ada pun seorang yang anda sayang….ingatlah orang yang sayangkan anda…

p/s/s/s: Tunggang….jangan tunggang langgang

Friday, March 4, 2011

Kemalangan pelik kereta api…

Kalau anda semua membaca akhbar Kosmo hari ini, anda akan terbaca satu berita mengenai sebuah kemalangan kereta api….Yang aku peliknya…kenapa tajuk berita itu kemalangan pelik kereta api?? Apa yang peliknya???

Aku baca berita itu, tiada apa-apa yang pelik….mungkin yang di katakan pelik sebab kira-kira tujuh buah gerabak yang membawa GANDUM terbabas di atas landasan yang sudah tidak digunakan sejak 25 TAHUN lalu kot…

Tapi bagi aku pula…

Yang PELIK nya ialah….

Tak nampak pun dalam gambar, orang ramai kutip GANDUM hahahah

Thursday, March 3, 2011

Rebutlah peluang terakhir ini…

Mana ada negara lain, selain Malaysia yang memberi diskaun kepada pesalah trafik…50 peratus lagi… Siap kerajaan memutuskan untuk melanjutkan tempohnya lagi…sampai 10 mac ini… Ini lah yang di katakan rakyat di dahulukan....aku tak tahulah sama ada ungkapan ini, memihak pada kerajaan atau memerangkap kerajaan sendiri heheheh

Dan tetiba baru hari ini aku terfikir, hendak semak sama ada aku ini bebas daripada saman atau tak…mana la tahu tetiba ada saman ekor ke…tetapi kalau dapat terus surat saman atau surat cinta daripada polis…aku belum pernah lagi….yela, aku memandu laluan paling kiri je…kira beratur ikut belakang lori je….perlahan je kan aku memandu??? Hehehe… sekarang kan kes lori terbalik…hari tu beras tumpah atas jalan raya….mana lah tahu lepas ini, ada benda lain tumpah ke….jadi kalau aku ikut belakang lori…senang aku berhentikan kereta dan kumpulkan benda yang tumpah tu hahahha….tapi aku tak kan sesekali ikut lori ni….LORI SAMPAH….=)

Berbalik kepada saman tadi, aku cuba semak secara online (myeg)…tetapi HARAM nak dapat…aku cuba semak secara SMS….sampai sekarang tidak berbalas lagi…jadi macam mana hendak aku semak status saman aku lagi???

p/s: Aku bangga menjadi rakyat malaysia
p/s/s: Masa aku belajar kat U, setiap semester aku kena saman dengan pengawal keselamatan..