nak ikut.....
Thursday, March 31, 2011
Malaysia VS Taiwan
Malaysia VS Taiwan
Kanak-kanak Asia tidak pandai berenang??

Wednesday, March 30, 2011
Betul ke wanita tak lokek temu janji pertama??

Tuesday, March 29, 2011
Aku kecewa tidak dapat menjadi pelajar AF9!!!

Monday, March 28, 2011
Blog aku bersawang…
Blog aku bersawang…
Wednesday, March 9, 2011
Kenapa rumah ini mahal??
Kenapa harga rumah ini terlalu mahal??
Sebenarnya, beliau bersama isterinya telah membelanjakan berjuta-juta pound sterling untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menaikkan harga rumah itu.
Rumah itu mahal kerana:-
a)Rumah agam itu berkeluasan 2,694 meter persegi
b)Mempunyai 9 bilik tidur
c)2 kolam renang
d)Garaj untuk 20 buah kereta
e)Panggung wayang
f)Landasan untuk helikopter
g)DAN yang paling penting penghuni rumah itu akan dapat melihat rumah pemain skuad bola sepak England, John Terry yang tinggal berhampiran. Kira berjiran dengan John Terry la…
p/s: Aku tengok rumah-rumah dalam rancangan ASTANA (Astro) pun aku dah terkesima….Inikan rumah agam RM 98.18 JUTA…

Tuesday, March 8, 2011
Jom teka usia nenek paling muda di dunia…
Di sebuah kawasan di Bucharest……Nenek paling muda di dunia, Rifca Stanescu…mempunyai dua orang anak, Maria dan Nicole…Perbezaan usia kedua-dua anaknya hanyalah satu tahun
Dia membesarkan anak sejak berusia 12 tahun… Dia berkahwin dengan penjual barang kemas, Ionel Stanescu ketika dia baru berusia 11 tahun…manakala lelaki itu berusia 2 tahun tua daripadanya.. Perkahwinannya dilangsungkan kerana bapanya mahu menjodohkannya dengan seorang pemuda lain yang tinggal di kampong berbeza…Walaupun berkahwin tanpa restu, ibu bapanya telah memaafkan perbuatannya apabila dia melahirkan Maria.
Manakala, anak sulung Rifca, Maria telah melahirkan zuriat pertamanya yang diberi nama Ion ketika baru berusia 11 tahun…Maria telah berhenti sekolah dan berkahwin pada usia 10 tahun…walaupun Rifca telah cuba memujuk maria supaya meneruskan pembelajaran sehingga dewasa daripada berkahwin.. Namun usahanya gagal…”Emak borek anak rintik” heheh
Kini Ion telah berusia dua tahun dan dia tetap mendapat kasih sayang daripada Rifca…
Soalan UPSR :-
a)Berapakah usia Rifca ketika beliau menjadi nenek sehingga berjaya mendapat gelaran nenek paling muda di dunia???
c)Apakah jantina anak Maria yang juga merangkap sebagai cucu kepada Rifca???

Burger gergasi
“Burger ini Gergasi yang punya…”
“Kenapa pula??”
“Hanya Gergasi saja atau orang yang teringin menjadi gergasi saja mampu menghabiskannya….”
Mampukah anda menghabiskan burger ini???
Burger ini yang di dakwa terbesar di Britain dan mungkin juga terbesar di dunia ini mengandungi 13,000 kalori menjadi menu hidangan tengah hari di Restoran Over De Flames, Norwich. Tetapi tahukah anda, manusia hanya memerlukan lebih kurang hanya 2000 kalori saja sehari …Jika pengambilan kalori adalah lebih, ia akan ditukar menjadi lemak. Ini yang mengakibatkan individu menghadapi kegemukan dan kegergasian…. Bila lemak sudah banyak, pelbagai penyakit pula yang akan dating dan boleh juga membawa maut…Jadi kiranya, jika anda makan burger ini…makan lah dengan gembira…mungkin itu kali terakhir anda menikmatinya heheheh
Burger ini yang di beri nama Over de Flames hanya berharga RM 148.70 tetapi ia percuma jika anda berjaya menghabiskan makanan itu dalam masa dua jam…dan setakat ini…tiada sesiapa lagi berjaya….Ayuh rakyat Malaysia, jom pergi ke sana untuk menyahut cabaran itu… Malaysia Boleh!!! Lagipun rakyat Malaysia kan suka makanan segera dan tinggi kalori ni….
Sedikit info tentang burger ini…ia mempunyai diameter berukuran 30 sentimeter, mengandungi tiga kilogram daging lembu dan 40 keping keju serta dihidang bersama sos tomato, mayonis, dua biji bawang, tiga biji tomato dan salad.
p/s: Aku suka makan bergedil…
Sumber: Kosmo

Monday, March 7, 2011
Perasaan Bulan…
Scene: Di sebuah bangku di taman bunga
Masa: Malam yang disinari cahaya bulan
Pelakon: Dua pasangan, lelaki dan perempuan yang sedang bermadu kasih…
“Sayang, cuba lihat ke arah bulan itu….sungguh cantikkan”
“Cantiknya…”
“Bulan ni menjadi saksi cinta kita sayang”
“Ish romantiknya abang”….
Mereka terus bermanja-manjaan di dalam kegelapan malam….
TAPI pernah ke terfikir apa perasaan sang bulan??
Kalau Si Bulan itu dapat berkata-kata…mesti ia akan berkata…
“Aku tak sanggup menjadi saksi dosa hangpa…”
p/s: Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik…
p/s/s: Untuk bahagia, cintailah sesiapa yang menyintai anda, bukan sesiapa yang anda cintai…

Pecah Kepala
Apabila ada kawan anda memberitahu kepada anda mengenai sebuah kemalangan yang baru berlaku …
“Khairul, kat jalan depan tu ada berlaku satu kemalangan… Motor dengan motor…kedua-dua penunggang tu mati… terseret lebih 50 meter….seram aku tengok…tempurung kepala seorang daripadanya pecah..”
Aku PASTI anda akan berasa kasihan dan sedih mendengar berita itu sehinggalah…
Kawan anda menyebut….
“Inilah akibatnya kalau MEREMPIT”…
Aku PASTI juga, anda akan tiba-tiba menukar karakter daripada sedang bersedih kepada kutukan dan cacian atau paling sopan pun, anda akan sebut PADAN MUKA…
p/s: Tidak semua penunggang motosikal itu MAT REMPIT…tapi aku yakin 100%...semua MAT REMPIT menunggang motosikal
p/s/s: wahai Mat Rempit, usahlah mempersiakan hidup anda dengan mati katak di jalan raya… Ingat lah orang tersayang, tapi kalau tak ada pun seorang yang anda sayang….ingatlah orang yang sayangkan anda…
p/s/s/s: Tunggang….jangan tunggang langgang

Friday, March 4, 2011
Kemalangan pelik kereta api…
Aku baca berita itu, tiada apa-apa yang pelik….mungkin yang di katakan pelik sebab kira-kira tujuh buah gerabak yang membawa GANDUM terbabas di atas landasan yang sudah tidak digunakan sejak 25 TAHUN lalu kot…
Tapi bagi aku pula…
Yang PELIK nya ialah….
Tak nampak pun dalam gambar, orang ramai kutip GANDUM hahahah

Thursday, March 3, 2011
Rebutlah peluang terakhir ini…
Dan tetiba baru hari ini aku terfikir, hendak semak sama ada aku ini bebas daripada saman atau tak…mana la tahu tetiba ada saman ekor ke…tetapi kalau dapat terus surat saman atau surat cinta daripada polis…aku belum pernah lagi….yela, aku memandu laluan paling kiri je…kira beratur ikut belakang lori je….perlahan je kan aku memandu??? Hehehe… sekarang kan kes lori terbalik…hari tu beras tumpah atas jalan raya….mana lah tahu lepas ini, ada benda lain tumpah ke….jadi kalau aku ikut belakang lori…senang aku berhentikan kereta dan kumpulkan benda yang tumpah tu hahahha….tapi aku tak kan sesekali ikut lori ni….LORI SAMPAH….=)
Berbalik kepada saman tadi, aku cuba semak secara online (myeg)…tetapi HARAM nak dapat…aku cuba semak secara SMS….sampai sekarang tidak berbalas lagi…jadi macam mana hendak aku semak status saman aku lagi???
p/s: Aku bangga menjadi rakyat malaysia