nak ikut.....

Tuesday, November 30, 2010

Mereka belum pernah tengok rancangan Tom-Tom Bak kot

Hebat ke budak ini???

sumber: kosmo

Aku belum pernah lagi tengok videonya…(sebab tak tahu linknya)

Tapi aku rasa anak-anak Malaysia lagi hebat kot…Cuba lah korang tengok rancangan Tom-Tom Bak yang bersiaran kat astro ria tu…ada kanak-kanak yang berumur bawah usia 10 tahun sudah pandai menari dan gelek seperti Inul Daratista, buat aksi “break-dance” dan “shuffle”, hip-hop…menyanyi dan sebagainya…senang kata, memang anak-anak Malaysia terbaik lah!! Malaysia kan Boleh…

Tapi aku rasa budak di dalam video di bawah ini lagi hebat…

Monday, November 29, 2010

Lambang Cinta aku telah dicuri

“Sayang, jika sayang rindukan abang atau teringatkan abang, sayang pandanglah pada matahari”

“Kenapa??”

“Kerana matahari itu lambang cinta abang terhadap sayang…walaupun abang pergi jauh, tidak berada disisi sayang, abang tetap memberikan kehangatan pada sayang”

Tapi kini lambang cinta kita telah dicuri….

Matahari lambang cinta aku (sumber gambar: my fren, Faiz)

Ini semua angkara seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran yang menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya,Dia telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan. Dan kini dia mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari… Jadi sayang, apa kata kita kita tukar lambang cinta kita….kalau tidak kita kena caj nanti heheh…Kita pilih KLCC pula..yang menunjukkan kita saling memerlukan antara satu sama lain HEHE

lambang baru cinta kita

p/s: tidak ada pemilik mutlak melainkan ALLAH…

p/s/s: Boleh ke aku nak daftar KLCC sebagai milik aku?? Hehe=)

Sunday, November 28, 2010

Incheon. Apa itu??

Incheon!!

Cuba anda tanya kepada kawan-kawan anda sama ada mereka mengetahui apa-apa mengenai Incheon..

Pasti ada pelbagai jawapan yang diperolehi…

Aku pun baru je mengetahui dan mendengar nama Incheon itu

Tapi jika dia seorang yang mengikuti perkembangan isu-isu semasa mesti dia mengetahui apa itu incheon…

Incheon adalah sebuah Bandar di korea selatan…Jika korang hendak mengetahui mengenai incheon dengan lebih lanjut, korang boleh lah tanya pada pakcik google ye HEHHE…

Kenapa tetiba nama Incheon muncul??

Ini kerana Incheon bakal menjadi tuan rumah untuk sukan Asia pada 2014 nanti…

Baru aku tahu kenapa Negara kita, gigih dan berusaha untuk menganjurkan acara sukan yang berskala besar, walaupun tahu kemampuan atlit sendiri tidak seberapa…secara tidak langsung, ia dapat memperkenalkan dan mempopularkan Negara kita, Malaysia ke peringkat antarabangsa…di samping dapat memberi pendedahan kepada atlit kita..

p/s: Bila lah Malaysia nak menganjurkan Piala Dunia ini??

Tolong ayah aku!!

Minggu lepas adik aku terima satu mesej kat telefonnya….

Kakak aku terima satu mesej kat telefonnya semalam…

Dan aku juga terima satu mesej kat nombor maxis broadband aku tadi…

Pelik ke kitaorang terima mesej??

Tak pelik pun terima mesej…

Tapi yang peliknya apabila mesej yang kami terima adalah mesej yang sama daripada nombor yang sama iaitu +6285227681531 yang suruh membantu ayah….

Mesej dia berbunyi,

“Tlong bagi Postaid top up rm30 ke number baru ayah 0128640745. Ayah ada masalah kat balai polis. Ta payah call skejap ayah call”

Adoyai zaman sekarang….kalau nak menipu pun…biarlah bijak sikit…

p/s: Aku tersenyum tengok ayah aku yang sedang beristirehat tu….=)

p/s/s: Dulu aku banyak terima mesej-mesej sampah seperti ini. Macam mana eh diorang boleh hantar mesej-mesej sampah seperti spam ini?? Adakah pihak telekomunikasi pun terlibat sama??

Friday, November 26, 2010

Perkataan paling popular minggu ini

Aku rasakan dalam tempoh seminggu kebelakangan ini, perkataan yang paling popular orang cari (search) dalam internet ialah Dr Rozmey dan filem 2 Alamnya…

Mana taknya, kebelakangan ini entri aku berkaitan Dr Rozmey seperti Perutusan Dr Rozmey mendapat sambutan tetiba…dan kalau korang ada akaun facebook, pasti nama Dr Rozmey amat popular… ada macam-macam fanpage ditubuhkan berkaitan Dr Rozmey seperti Kami tak suka Dr Rozmey yang angkuh, Kami (suka) style rambut Dr Rozmey dan sebagainya…

Mampukah filem 2 Alam ini mencapai 40 Juta seperti yang disasarkan??

go Dr Rozmey...ada lagi 39.77 juta untuk dicapai...chaiyok =)

p/s: Aku rasa Dr Rozmey tersalah guna teknik promosi lah….

Thursday, November 25, 2010

Lelaki kena rogol sengsara??

Dulu, semasa aku menonton satu babak dalam filem senario dimana seorang lelaki dirogol oleh seorang wanita..aku sangkakan ia tidak logik dan tidak masuk akal…aku ingat babak itu hanyalah sekadar untuk membuat penonton ketawa je…tetapi ada juga eh kes lelaki kena rogol dengan wanita….

sumber: kosmo

Banyak persoalan yang bermain difikiran aku…

Soalan pertama: Kenapa eh lelaki tu dirogol??
- Adakah pakaian lelaki itu tidak cukup kain sehingga mendedahkan auratnya??
-Adakah lelaki itu terlalu cute & ensem…maka wanita itu sanggup merogolnya bagi mendapatkan anak yang comel/ ensem??

Soalan Kedua: Jika lelaki itu hendak membuat report polis, apakah buktinya mengatakan dia yang dirogol bukannya dia yang merogol wanita itu

Soalan Ketiga: Adakah lelaki itu akan sengsara seperti mana wanita yang kena rogol??

Soalan Keempat: Adakah selepas ini akan tertubuhnya badan-badan persatuan atau kementerian yang akan membela kaum lelaki??

p/s: Aku?? Masih terus memikir jawapan yang logik untuk persoalan ini…..aku mula sangsi, adakah wanita itu wanita tulen??

Akhirnya tercapai juga…

Akhirnya!!

9 Emas berjaya diperolehi hari ini…

Ini adalah angan-angan yang realistik….tercapai juga akhirnya…nasib baik tak target 100 emas tadi HEHE (aku tak sindir siapa-siapa OK =P)

Pasukan skuasy wanita negara telah berjaya melengkapkan sasaran sembilan pingat emas tadi dengan menewaskan Hong Kong, 2-0.. Tahniah!!

wira sebenar: main single menang, main secara kumpulan pun menang...

Kemungkinan Negara kita akan mengutip lebih daripada 9 emas kerana petang ini akan berlangsung dua acara akhir yang melibatkan pasukan Negara iaitu skuasy berpasukan lelaki dan hoki lelaki…Petang ini, wajib aku duduk depan TV, tengok final hoki…Ini kerana pemenang emas sukan Asia ini akan secara automatik dapat berlawan di sukan olimpik pula nanti..Chaiyok pasukan Malaysia!!!

p/s: Aku pernah cuba main squash...sangat penat!!!

p/s/s: Rasa nya ini entri kedua aku ada kaitan dengan Nicol...entri pertama klik sini
update (5.00pm): skuasy pasukan lelaki dah kalah...sekarang ni baru nak start perlawanan hoki.. jom tengok dan sokong!!

Wednesday, November 24, 2010

Saya hendak menjadi Perdana Menteri…

Dulu masa zaman sekolah rendah…

Aku pernah bercita-cita hendak menjadi polis kerana nampak segak beruniform..

Aku juga pernah terfikir hendak menjadi cikgu, kerana boleh membuat soalan peperiksaan yang susah-susah..

Aku juga pernah terfikir hendak menjadi Perdana Menteri…kerana itu jawatan tertinggi yang ada bagi setiap negara..

Apabila jawatan sudah tinggi…gaji pun mestilah tinggi…setimpal dengan jawatan itu….

Dari dulu soalan yang sentiasa bermain di fikiran aku ialah…berapa eh gaji seorang perdana menteri?? Mesti tinggi sebab tu ramai orang berebut hendak menjadi perdana menteri…

Akhirnya, hari ini terjawab juga persoalan aku itu…

Dalam akhbar utusan menyatakan Perdana Menteri menerima gaji bulanan berjumlah RM22,826.65. Manakala Timbalan Perdana Menteri pula menerima gaji RM18,168.15 sebulan dan setiap menteri Kabinet mendapat gaji bulanan RM14,907.20.

Wow agak banyak juga…tapi mesti pak menteri ada bisnes lain juga kan…So pendapatan mesti agak kencang juga…eh-eh…Chop..korang jangan salah faham pula, entri ini bukan hendak mempertikaikan gaji pak menteri kita tapi…jawatan yang disandang adalah suatu tanggung jawab, jadi laksanakan lah sebaik-baiknya demi keberkatan…=)

p/s: Bersyukur dengan apa yang ada…

Tuesday, November 23, 2010

Resepi kebahagiaan rumah tangga..

Okay Puan-puan… (ala-ala gaya chef)

Hari ini chef KJ ada resepi nak dikongsi bersama…

Nak tahu resepinya??

Cepat sediakan pen dan kertas….

Resepi ini hanya boleh dibuat bagi pasangan suami isteri sahaja…

Bagi anak-anak remaja…hanya salin dan simpan…apabila tiba masa yang sepatutnya baru cuba resepi ini Okay….

Mula-mula, belajar berkomunikasi secara efektif..ini kerana komunikasi adalah kunci utama dalam sebuah perkahwinan. Komunikasi yang efektif memerlukan anda menjadi seorang pendengar yang setia dan meluahkan apa yang anda rasa secara bijak dan jujur. Mengapa susah untuk berkomunikasi secara efektif selepas berkahwin, sedangkan masa bercinta boleh??

Selain itu, dalam seminggu…pilih satu hari…untuk anda meluangkan masa bersama pasangan anda…keluar berdua tanpa diganggu oleh orang lain seperti diganggu oleh anak-anak, orang gaji mahupun emak mertua…(kenapa emak mertua?? Selalu emak mertua yang suka menyibukkan..Ayah mertua cool dan rileks je kan?? Hehehe…)…Kesannya, ia dapat menyemarakkan lagi percintaan anda… Tapi janganlah setiap hari, asyik nak keluar berdua dan anak ditinggalkan pada orang gaji pula…silap-silap hari bulan, nanti bila hendak ambil anak balik….anak sudah fasih bercakap bahasa Indonesia pula…HAHA

Jika tidak mampu untuk mewujudkan satu hari untuk berdua bersama, ambil kesempatan yang ada seperti menonton teltevisyen bersama-sama dengan semua ahli keluarga…Kalau boleh tengok la cerita yang bersesuaian seperti bertemakan kasih sayang, cinta, lawak ataupun yang santai…supaya mood cerita itu mempengaruhi mood anda dan pasangan…Ini akan meningkatkan kasih sayang anda berdua..

(Baru aku tahu kenapa filem melayu bergenre cinta, seram dan lawak menjadi perhatian pasangan yang hangat bercinta, disinilah kesempatan boleh diamik untuk berpelukkan…cuba bayangkan…cerita kat skrin, Hati Malaya atau Leftenan Adnan, adakah mereka masih nak berpelukkan?? Oww Aku belum pernah tengok pula..hehe)

Langkah seterusnya ialah sentiasa mempercayai, berfikiran positif terhadap pasangan dan berusaha untuk menghadapi pelbagai bentuk tohmahan dan konflik secara bijaksana mengikut akal bukan nafsu. Perkara paling penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul adalah dengan menghormati perasaan pasangan anda. Di samping itu saling memaafkan (untuk kesalahan pertama boleh lah di maafkan, tapi kalau untuk kesilapan berulang kali say good bye je lah…)

Last but not least, pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan kemas dan menawan, kalau boleh seperti sebelum kahwin la =)…Ini tidak, si isteri asyik berkain batik dan berbau kari manakala si suami asyik berkain pelikat gajah duduk dan bersinglet pagoda je….

p/s: Aku tak tahu lah sama ada petua di atas ini menjadi atau tidak….kalau ada pasangan yang bercerai kerana petua diatas ini, aku tidak bertanggungjawab…sebab aku pun tak ada pengalaman lagi..masih bujang lagi heheheh

Sunday, November 21, 2010

Kalau tidak boleh membanggakan Malaysia, usahlah memalukan Malaysia…

Jika anda rasa anda tidak mampu untuk mengharumkan nama Malaysia…dan bagi semua rakyat Malaysia bangga dengan anda…

lebih baik anda duduk diam makan roti canai kat warung, dari pagi sampai ke petang….walaupun orang sekeliling kata anda tidak berguna kepada masyarakat….

Ia lebih baik daripada anda memburukkan atau memalukan nama Malaysia..Tanah Tumpahnya darahku…

Kata-kata aku di atas ini bukan ditujukan kepada sesiapa, sama ada dia bekas menteri, pemain ragbi, penerbit filem, atlet, mahupun artis… Tapi kata-kata aku ini, ditujukan kepada sesiapa yang makan Cili, pasti akan terasa pedasnya…

p/s: Aku biasa sangat dengar komen “Kalau kau hebat sangat, pergilah mengharumkan nama Malaysia”… Ala, aku nak jentik manja sikit pun tak boleh… emosional!!

p/s/s: cili Bhut Jolokia terpedas di dunia?? Nak tahu ranking kepedasan? Klik Sini.. Ranking ini tidak termasuk mulut-mulut laser yang pedas tu OK =)

Sekadar Perak!!

Aku agak kecewa!!

Lagi kecewa daripada perasaan putus cinta yang pernah aku alami….

Apabila beregu Malaysia, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong gagal mempertahankan pingat emas sukan Asia yang dimenangi mereka 4 tahun lepas.. Mereka kalah kepada pasangan Indonesia, Markis Kido dan Hendra Setiawan 21-16, 24-26 dan 19-21… Aku paling bengang ketika set kedua dimana beregu Malaysia memperolehi banyak peluang untuk menyudahkan permainan…tetapi disia-siakan… rasa nak baling je apa-apa barang di depan aku tadi…nasib baik tiada pasu atau pinggan mangkuk di depan aku tadi heheh….sengit sangat permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua beregu… kebiasaannya, apabila kena berlawan untuk set ketiga, pasukan Malaysia mesti kalah…mereka tak kuat dari segi mental…tapi tadi agak OK corak permainan kecuali pada permulaan game ketiga… apa - apa pun game tadi amat berdebar dan enjoy…aku rasa beregu kita kalah tadi dengan bermaruah kerana memberi tentangan yang sengit sampai aku tersenget-senget tengok TV tadi…tak lah macam Hafiz Hashim main…tensen je aku tengok…

p/s: semoga dato’ Lee chong wei boleh mengalahkan Lin Dan nanti..

Monday, November 15, 2010

Kalau macam tu, kahwin la juga dengan gambar

Aku tak faham lah…
Macam mana lah diorang ni boleh di perdayakan…Tak kan tak pernah fikir kot?? Macam mana la lukisan boleh menjadi wali??Di khabarkan, Satu lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo telah digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.Jurunikah haram itu mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang kononnya sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib.Kalau nak tahu kisah sepenuhnya, klik di sini.

Kalau macam tu…dah wali pakai gambar…kenapa tidak kahwin je dengan gambar?? Kahwin boleh pula nak orang yang original… ALAHAIIII…

p/s: Lagi satu…kenapa la ramai sangat rakyat Malaysia terutamanya orang MELAYU mudah terpengaruh dengan skim cepat kaya??

p/s/s: Suka baca blog ini berkaitan say no to MLM =)

Harga Kambing dan Lembu Murah..

Cepat! Cepat!

Tawaran terhad!!

Harga Kambing hanya RM 35…. Harga pasaran ialah RM 280..Kira anda dapat lebih kurang 87% diskaun

Harga lembu pula hanya RM 350 sahaja.. Harga sebenar ialah RM 2450.. Kira anda dapat dalam 85% diskaun…

Ayuh!! Apa tunggu lagi…Hari raya korban semakin hampir…

Jika ada yang berminat sila klik di sini atau datang terus ke kawasan berhampiran Gunung Merapi

p/s: aku bersyukur duduk di Negara yang bebas daripada bencana gunung berapi…tetapi ada juga rakyat kita yang masih tidak bersyukur dengan keamanan dan ketenteraman yang kita sudah kecapi..

p/s/s: semoga rakyat di kawasan gunung merapi tabah dengan dugaan yang menimpa, pasti ada hikmah di sebaliknya.

p/s/s/s: kat Malaysia pelik, harga barang semakin naik kalau berlaku bencana…tetapi di Indonesia sebaliknya.

Sunday, November 14, 2010

TERIMA KASIH ALLAH

(Sempena hari raya Korban)

CHOPP!!! Jangan pangkah untuk tutup window ini…anda tidak tersalah blog..anda memang berada di blog KJ…Cuma lagu latar blog ini saja telah ditukar ke lagu Maher Zain – Thank you ALLAH… tetapi owner dia tetap sama…heheh.

Kenapa tukar lagu??

Tak salah kan sekali-sekala lagu nasyid / lagu bersifat kerohanian menghiasi blog ini kan?? Lagipun tidak lama lagikan nak hari raya korban…nak ada feel la sikit HEHEHE… oww bukan aku sudah bertukar menjadi ustaz ye…tapi kita sebagai hamba ALLAH wajib menegakkan amal maa'ruf nahi mungkar.. bukan tugas ustaz saja tau…

Tapi Kenapa lagu ini???

Aku pilih lagu ini kerana liriknya sangat menarik dan berkesan di samping vocal penyanyinya yang mantap…kalau nak suruh aku nyanyi lagu ni, habis la rosak lagu ni…silap hari bulan, kawasan KL pula banjir…=)

Biasa sebut Terima kasih??

“Terima kasih” satu ungkapan yang mempunyai maksud yang tersendiri tetapi agak sukar untuk orang mengucapkan.. Kenapa?? Kalau sesama manusia pun kita sukar untuk mengungkapkan ucapan terima kasih…inikan pula untuk mengungkapkan terima kasih kepada ALLAH…yang memberi nikmat tidak terhingga kepada kita. Allah tidak meminta apa-apa balasan daripada kita pun hanya menyuruh kita melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.. Itupun, jika kita melakukan kebaikan…kita juga yang dapat manfaatnya bukan orang lain…Jadi, ucapkanlah terima kasih Allah ketika apa sahaja kerana semua itu nikmat pemberian Allah..

p/s:Ambillah masa walaupun seketika untuk berterima kasih kepada ALLAH… Sesungguhnya manusia selalu terlupa mengingati ALLAh, tetapi ALLAH tidak pernah sekalipun lupa pada umatnya…

p/s/s: terima kasih kerana membaca di blog picisan ini

_________

Thank You Allah
By: Maher Zain

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done

I wanna thank You for bringing me home

Kambing dah sampai

(Sempena hari raya korban)

Pagi-pagi lagi aku telah bangun. Terbau sesuatu yang agak kurang menyenangkan. Busuk! Hamis! Dan yang sewaktunya. Bukan bau aku!! Kalau aku tidak mandi seminggu pun, rasanya bau aku lagi OK kot daripada bau ni…HEHE Makin lama bau tu makin kuat. Ow aku tidak tahan.. Aku keluar rumah..

Aku perhatikan ada lori lalu, dan bawa sekumpulan kambing…penuh di belakang lori tu.. Oww kambing dah sampai…nak di agih-agihkan ke surau berdekatan rupanya… Patut la bau busuk…Hari raya Korban dah semakin dekat…Dijangka rakyat di Malaysia akan merayakannya pada rabu depan (17 November 2010)..

cubaan beberapa ekor kambing menyamar jadi burung kerana takut di korban

p/s: Surau-surau akan mula dipenuhi oleh kanak-kanak yang hendak tengok kambing, lembu atau unta.. secara tak langsung parents mereka akan turut serta ke surau.. =)

p/s/s: Sedap ke daging unta eh??

Saturday, November 13, 2010

En Google meraikan ulang tahun Robert Louis Stevenson

Perasan tak homepage google… Kalau yang tak perasan, sebab terus buka facebook and twitter je…jadi tengok je lah bawah ni =)

Hari ini En Google baik hati untuk mendedikasikan homepage nya bagi meraikan ulang tahun ke-160 Robert Louis Stevenson (kalau masih hidup lah…)..

Siapakah Robert Louis Stevenson itu??

Ahli Muzik??

Perdana Menteri??

Ahli Bina Badan??

Atau Menteri yang penuh skandal??

Semua tu TIDAK!!!

Beliau ialah seorang penulis dan penyajak yang hebat. Beliau lahir di Edinburgh, Scotland pada 13 November 1850. Di antara karya beliauyang hebat dan popular ialah “Treasure Island”, “The Black Arrow,” dan “The Strange Case of Dr. Jekyll”, Kalau nak tahu lebih lanjut pasal beliau…tanyalah En google ye…dia lebih pakar..

p/s: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Friday, November 12, 2010

Awek kau terlalu bersosial la..

“Awek kau terlalu peramah dan sosial la”

“Yeke?? Kau jumpa dia kat mana??”

“Ye…semua orang dia layan..”

“Baik kau bagi tahu aku….kau jumpa dia bersosial kat mana!?”

“aku jumpa dia kat facebook”

“~$%^&%^”

Zaman sekarang ini, lelaki atau perempuan tidak boleh lah marah kalau boyfren / gurlfrennya bersosial dan kerap melayan orang lain, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia….=) Ini kerana rakyat Malaysia merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial….Tidak percaya?? Kita telah sapu semua rekod…antaranya ialah pengguna aplikasi Facebook (Terdapat kira-kira 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia)…. Friendster dan Twitter yang tertinggi di DUNIA….tidak lupa juga, pengguna SMS tertinggi di DUNIA..WOW, satu pencapaian yang membanggakan!!! HAHAHA….Rakyat Malaysia telah membelanjakan RM35 juta untuk menghantar 3.5 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) pada tahun ini (jumlah perbelanjaan ini adalah berdasarkan anggaran kos satu sen bagi setiap SMS yang dihantar). Tak kisahlah jika hendak bersosial dalam laman sosial dan laman sembang asalkan ia tidak mendatangkan keburukan dan melalaikan..

“Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.”

CERITA KONTOT:Bukan Di Pinta

“Abang, betul ke abang hendak berkahwin dengan kak Siti??” tanya ayu kepada aku.

(Ayu ni merupakan jiran aku yang agak rapat dengan keluarga aku..Dia muda daripada aku 2 tahun..Kami membesar bersama-sama… dari kecil sampai besar…ayu seorang je lah kawan aku….Segala masalah dan rahsia aku kongsi bersama ayu..)

“Yup, abang akan kahwin dengan kak siti bulan depan…hanya kak siti saja yang abang cintai dan bakal menjadi isteri abang” terang aku kepada ayu

“Apa kurangnya ayu berbanding kak siti?? Ayu dah lama mencintai abang…tapi abang saja buat tak tahu” tanya ayu lagi…

“Hurm…ayu tidak ada apa-apa kekurangan pun…tetapi abang hanya anggap ayu sebagai adik angkat abang saja…tak lebih daripada tu…” balas aku.

(Sebenarnya aku tidak pernah sedar sekali pun yang Ayu mencintai aku…dan sumpah aku memang tak ada sedikit pun perasaan cinta pada ayu…perasaan sayang adalah hehe…..mungkin sebab kami membesar bersama kot…)

“Lagipun ramai lelaki diluar sana yang lebih baik, lebih ensem daripada abang yang sesuai untuk ayu… abang tengok, syafiq tu sesuai sangat dengan ayu” tambah aku lagi.

Ayu hanya tersenyum saja apabila aku menyebut nama syafiq. Syafiq ialah kawan ayu yang suka menyakatnya…. Aku selalu perhatikan ada je benda yang Syafiq nak sakat Ayu… Ayu pasti akan marah Syafiq kalau dia kena kacau…tapi bila sehari ayu tidak kena kacau dengan syafiq…pasti dia merinduinya… hurm…Orang tua-tua cakap…kalau kita suka menyakat seseorang itu, sebenarnya kita suka dia… betul ke??

Sebulan kemudian (di majlis akad nikah aku)

Kelihatan tok kadi bermisai tebal duduk bersila di hadapan aku….berdebarnya!!! walaupun aku telah hafal jawapan bagi soalan bocor yang dijangkakan akan ditanya oleh tok kadi seperti rukun nikah dan sebagainya heheh….tapi aku tetap berdebar juga…jantung aku berdegup kencang…inilah kali kedua aku berasa begitu cemas…dengan jantung berdegup pantas seperti hendak terkeluar…Kali kedua??? Bila Kali pertamanya??? Of coz la ketika aku terlihat kak Siti, bakal isteri aku buat pertama kalinya….dia sungguh cantik…itu yang dinamakan cinta pandang pertama..

Apabila semua orang daripada kedua-dua belah keluarga (keluarga aku dan keluarga siti) sudah bersedia… suasana menjadi sepi di dalam Masjid Jamek Kuala Lumpur…semua mata hadirin tertumpu kepada aku dan tok kadi….aku sempat menjeling ke arah siti yang duduk di belakang aku bersebelahan ibunya…sangat cantik!!

“ish malu ni kalau kena repeat akad nikah banyak kali…dah lah ramai orang” getus hati ku..

Tiba-tiba….

“Rahman, kenapa kau tidak mewalikan anak perempuan kau ni”, ayah aku bersuara memecahkan kesunyian di dalam masjid itu.

“Ish, Kau ni pak selamat…kita bagilah pada yang lebih pakar…lebih afdhal jadinya” balas Pak Rahman, ayah kepada siti.

Tok Kadi pun menghulurkan tangannya….bersalam denganku…dan kemudiannya membacakan lafaz nikah,

"Aku nikahkan dikau Siti Zubaidah binti Abdullah dengan mas…..”

“Eh, kenapa binti Abdullah bukan binti Rahman??”, ayah aku sergah tiba-tiba memotong lafaz nikah tok kadi

Suasana dalam masjid menjadi sunyi!!!

“Kalau pakcik nak tahu…sebenarnya Siti itu adalah anak luar nikah”

Semua hadirin tercari-cari arah suara itu…APA!!! Ayu?? Dia tahu pasal perkara itu sebab aku menceritakan kepadanya…aku toleh kepada siti…aku lihat dia menitiskan air mata. Menangis! Sebenarnya aku memang sudah tahu status siti dari awal lagi…dan aku dapat menerimanya…Cuma family aku je yang tidak tahu....Perkara yang ditakuti oleh siti akhirnya berlaku….Statusnya menjadi masalah… dia sudah biasa dihina sejak dari kecil…sehingga dia besar, dia tetap di pandang hina….sedangkan bukan di pinta untuk dilahirkan sebagai anak luar nikah

Suasana di dalam masjid menjadi bising dan riuh…. Emak dan ayah aku berkeras mahu membatalkan majlis ni…

“Eddy!!! Engkau hendak berkahwin dengan anak luar nikah ni??? Emak tidak sanggup hendak ambil dia sebagai menantu…mesti dia sama je dengan perangai ibu bapanya yang liar…emak tak nak cucu emak mewarisi bakanya!!” pekik emak aku…

Aku cuba memujuk emak dan ayah aku….tetapi mereka tetap dengan keputusan mereka….mereka terus keluar dari masjid dengan tergesa-gesa… Aku cuba mengejar… dan tiba-tiba tangan aku di tarik oleh siti.

“Abang, janganlah melawan cakap kedua ibubapa abang…ikut lah kata-kata mereka, sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibu…pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku, anggaplah tiada jodoh antara kita”..Itulah kata-kata terakhir Siti kepada aku….

Kini sudah setahun peristiwa itu berlaku…Aku mengikut kata emak dan ayah aku…aku tidak mengahwini Siti.. dan aku juga tidak akan mengahwini mana-mana gadis lain…tiada siapa pun boleh menggantikan Siti di hati aku…

p/s: anak luar nikah ini tidak berdosa, sebaliknya yang berdosa adalah ibu bapanya. Masyarakat tidak boleh menghukum mereka kerana yang patut menerima hukuman ialah ibu bapanya. Jika sudah terlanjur membuat dosa dan kesilapan, maka sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Tuhanmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat nasuha tidak mengulanginya kembali.

Thursday, November 11, 2010

Anak Gadis Kita…

ZAMAN DAHULU…

“Ana, belajar rajin-rajin ye…bila besar nanti jadi orang berguna ye”, kata seorang ibu terhadap anak perempuannya dengan penuh harapan…

“Baik mak”,balas si anak…dengan berjalan kaki pergi ke sekolah sambil di temani cahaya pelita..

(Balik daripada sekolah)

“Mak, maafkan ana balik lambat…tadi ana ada study group dengan ayu dan siti kat sekolah” terang si anak

“Ana ni buat emak risau je…lain kali ana ajak je ayu dengan siti study kat rumah kita ni…rumah mereka bukan jauh pun dari sini”, risau sungguh hati seorang ibu apabila anak daranya balik lambat daripada sekolah

(Hujung tahun)

“Mak, ana dapat nombor satu dalam kelas… ayu dapat nombor dua…siti pula nombor tiga”, gembira sungguh perasaan si anak

“Syukur…alhamdulilah”
______________________

ZAMAN SEKARANG…

“Ana, belajar rajin-rajin ye…bila besar nanti jadi orang berguna ye”, kata seorang ibu terhadap anak perempuannya dengan penuh harapan sebelum anaknya keluar daripada kereta untuk masuk ke kawasan sekolah

“Baik mak”,balas si anak….

“Balik karang, mak tak perlu ambil ana tau…anak ada study group dengan Joe…mungkin balik lambat sikit…nanti joe hantar ana balik la…”,terang si anak pada ibu

“Ok…jaga diri baik-baik…cukup tak duit belanja untuk sampai ke petang nanti??” balas si emak tanpa menunjukkan sebarang kerisauan yang anak daranya akan keluar berdua dengan budak lelaki.

(Hujung Tahun)

“Mak, ana tak dapat bagi emak keputusan yang cemerlang dalam periksa…tapi ana dapat bagi emak cucu yang comel”

“#$%&@”

p/s: Aku tertarik dengan skrip dalam sebuah drama di Astro…gadis dulu, kalau nak tengok body dia pun susah, nak pegang lagilah susah…..tapi gadis sekarang, nak tengok body dia senang tapi nak pegang tak boleh!!! Mungkin gadis masa depan…”Nice to see, nice to hold, once broken (pecah dara), consider sold (kahwin)”

p/s/s: Dalam akhbar sekarang, memang banyak cerita pasal anak gadis kita mengandung anak luar nikah….memang lah tak boleh salahkan gadis je..sebab kalau bertepuk sebelah tangan, tak kan berbunyi… tapi cubalah fikir…lelaki kalau buat hubungan, tidak nampak kesannya terus….tapi kalau perempuan buat…akan nampak kesannya (mengandung) dan malu… dan adakah lelaki itu akan bertanggung jawab nanti?? Pasti dia akan kata, kalau gadis tu boleh buat dengan dia, tidak mustahil gadis itu boleh buat dengan lelaki lain…

p/s/s/s: Lelaki yang mencintai seorang gadis itu,tidak akan merosakkan diri gadis itu…tetapi dia akan berusaha untuk mengahwini gadis itu…jadi tak payah lah, gadis itu mengadaikan dirinya untuk lelaki itu semata-mata untuk menunjukkan perasaan cintanya…jika laki itu mintak…sila tinggalkan lelaki itu

p/s/s/s/s: Tetiba aku ter'emo' apabila baca banyak berita gadis mengandung anak luar nikah dalam akhbar…sebab itu lah dalam entri aku kali ni bnyak p/s hahaha…(Kalau karam sing walia marah atau menekankan sesuatu perkara,dia mesti akan angkat tangan bnyak kali hehhe).Apa-apa pun…gadis yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik…

Kini aku bukan lagi di Malaysia

Kalau aku tidak berada di malaysia, habis tu Aku berada di mana???

Apabila berjalan-jalan di sekitar……

KLCC

Jalan Masjid India

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)

Chow Kit

atau di hadapan rumah aku….

Pasti kita akan terasa seperti melancong di negara lain…bukan lagi berada di Malaysia. Cuba lah jalan kemana-mana…pasti akan terjumpa “pelancong” terutamanya warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, dan sebagainya. Memang Malaysia ni betul-betul Truly Asia. =)

Tidak kisahlah kalau mereka datang ke Malaysia untuk belajar atau mencari rezeki. Lagipun bumi inikan milik Allah…dan setiap orang sudah ditetapkan rezeki mereka….tak kan lah aku nak halau mereka pula…sedangkan pihak yang bertanggung jawab untuk menghantar pulang atau menghalang kemasukkan mereka ke negara ini RILEKS je….Aku tak kisah pun, jika mereka masuk secara “halal”, boleh terima cara undang-undang Malaysia…boleh hidup bersama dengan rakyat Malaysia tanpa menimbulkan sebarang huru hara.. asalkan caranya betul….takdenya seseorang itu marah jika dibuat dengan cara betul melainkan dia kurang siuman la…=)

Terbaru dalam akhbar menyatakan seramai 90,301 pelarian kini berada di Malaysia yang berDAFTAR dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNCHR) sehingga September tahun ini. Ramai tak??? (Mungkin ada yang kata ini tidak cukup ramai berbanding dengan jumlah rakyat Malaysia yang kini berjumlah 28 Juta)….Ini baru yang berdaftar…belum kira lagi yang belum berdaftar…yang masuk ke negara kita secara penyeludupan….pasti lagi ramai kan….

Ini lah Malaysia Tanahair ku yang tercinta

Wednesday, November 10, 2010

Can I call myself DR??

Teet! Teet!

Pagi-pagi lagi aku telah terima satu mesej dari Roy..

“Dalam Kosmo ada berita hangat…Ph.D Dr fazley palsu”

What???

Serius???

Sebenarnya aku sudah tahu pasal kepalsuan PhD Dr fazley ni sejak aku belajar di Universiti…kira 3 tahun dulu…tapi ketika itu tak dapat dipastikan kesahihannya…dan tiba-tiba keluar pula berita tu sekarang… Kesannya, University of Wales di United Kingdom (UK) telah menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan. Aku kesian kepada pelajar-pelajar di kolej tu..Kalau korang hendak ketahui berita itu dengan lebih lanjut,boleh lah pergi ke Kosmo ,BBC News 1 dan BBC News 2

p/s: aku tunggu penjelasan daripada Dr/En Fazley….harap hanya berlaku salah faham je

p/s/s: bagi pelajar yang ingin menyemak sama ada program kursus mereka di iktiraf dan mendapat akreditasi boleh la semak di sini

p/s/s/s: aku belum layak lagi dipanggil DR KJ mahupun IR KJ

gambar owner blog wajib ada =)

Saturday, November 6, 2010

Perutusan Dr Rozmey…

Aku ada berborak dengan kawan aku pasal Dr Rozmey beberapa hari yang lepas…

“Ko kenal Dr rozmey tak???”

“Siapa tu?? Dr sheikh Muzafar aku kenal la..”

“Ala yang buat filem 2 alam tu”

“Tak kenal la…dah keluar ke filem tu??? Filem tu pasal kiamat ke???”

“Filem tu nak keluar….tak pasti la cerita dia pasal apa…tapi Dr rozmey mensasarkan pulangan Rm 40 Juta untuk filem itu”

“Rm 40 JUTA??? Wah mesti hebat filem tu..”

“tak tahulah, sebab filem tu bertanding dalam festival filem Malaysia yang lepas juga tapi tak menang apa-apa kategori…kita tengok je lah nanti”

“Oww yeke….aku memang tak kenal la Dr tu..”

“Produk terkenal dia..JusMate 5..produk untuk kuruskan badan tu.. ”

“Sorry la KJ, aku tak kenal gak”

Adoyai…kawan aku tetap tak kenal juga Dr rozmey…dan tadi aku terbaca paper yang mengatakan esok, Dr rozmey akan membuat satu kejutan….satu perutusan…bukan perutusan raya haji…tapi perutusan filem terbarunya itu..Jadi aku pun mesej kawan aku tu...

“Bro, aku baca dalam metro ni…esok Dr Rozmey nak buat kejutan..buat perutusan..jangan lupa tengok TV tau…”

“Okay, Tapi TV berapa??”

“Tak tahu la plak, rasanya semua TV kot, macam perutusan Raya =) ”

p/s: Kalau Dr rozmey membaca blog aku ni, maafkan lah ye kawan saya tu kerana tidak mengenali Dr… dia jenis seorang yang tidak tengok TV dan baca surat khabar…hanya mengikuti isu-isu terkini melalui internet (bukan website hiburan)

p/s/s:Aku belajar sesuatu daripada Dr Rozmey… tak salah kita mempunyai angan-angan yang tinggi kan??

(poster 2 alam)

(Dr Rozmey)

Friday, November 5, 2010

Tak Salah Kalau Kita Besar…

(Sempena Deepavali)

Dah tengok iklan Petronas terbaru untuk sambutan Deepavali?? Aku biasanya tertunggu-tunggu untuk menonton iklan petronas…selalunya iklan dia tak pernah mengecewakan, berkualiti, dan ada maksud yang mendalam tapi tak tersirat dengan unsur-unsur lain heheh…walaupun tak juga canggih menggunakan kesan CGI…=)

Bagi aku, Syarikat Petronas patut dicontohi….akan keluarkan iklan berkualiti untuk semua sambutan perayaan utama di Negara kita….tidak seperti sesetengah syarikat…yang hanya mengeluarkan iklan pada hari raya saja… kalau korang nak tngok iklan-iklan milik petronas…klik di sini

Bagi aku iklan deepavali kali ini amat menarik, amat dekat di hati aku… aku dapat merasakan apa yang Ganesh rasa dalam iklan itu….tapi aku dulu bukan BESAR tapi TINGGI… Aku dulu pernah diejek zirafah… aku dipaksa duduk paling belakang di dalam kelas…kerana menghalang penglihatan murid lain untuk melihat papan hitam…dll

Itu dulu….

Selepas aku mengikut petua ni…badan aku pun semakin naik dan membesar….kini aku TINGGI dan BESAR…..sampai ada orang bergurau panggil aku gergasi..HUH…aku tak kisah korang nak panggil apa...seperti pengajaran yang boleh diperolehi daripada iklan petronas ni…

“Walaupun kita berbeza sebenarnya kita ada keistimewaan tersendiri”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...