nak ikut.....

Monday, January 24, 2011

Rahsia kekal cantik

Nak tahu rahsia aku kekal cantik???

Eh-eh silap pula…bukan aku la….tapi rahsia dewi persik, penyanyi Indonesia yang popular dengan “Goyang Gergaji” tu…

Aku mana lah cantik…Ensem adalah hahahah…Terperasan kejap!!!

Anda hendak tubuh yang seksi dan sentiasa kelihatan cantik???

TAPI anda kena sanggup untuk meminum jamu tradisional (yang kebiasaannya pahit) secara rutin dua hingga tiga kali seminggu…

Salah satu daripada ramuan jamunya ialah kulit manggis yang dijemur, daun sirih, kunyit dan mahkota dewa (yang ini aku tak faham maksudnya….yang aku faham…mahkota= benda yang berharga….. dan dewa = lelaki……ish tak kan benda tu kot…HEHEHE)….. Semuanya direbus menjadi satu..

Bak kata orang, nak cantik kenalah tahan sakit dan kesusahan….

p/s: Hidup kita biarlah seperti kulit manggis, walaupun dirinya tidak cantik tapi ia berfungsi untuk mencantikkan orang lain =)

Sunday, January 23, 2011

Kesan telefon bimbit terhadap buaya….

Kesian!!!!

Seekor buaya berusia 14 tahun mengalami trauma….

sumber gambar: kosmo

Kerana mendapat telefon bimbit tanpa disangka-sangka….

Ia telah tertelan telefon bimbit….

Ini semua angkara seorang wanita…

Yang telah menjatuhkan telefon bimbit semasa merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya…..

Akibatnya, buaya itu enggan makan sebarang makanan…sudah empat minggu lamanya….

Kesian!!!!

Ia mengalami gangguan psikologi….kemurungan melampau dan sakit….

Kelakuannya buaya jantan tersebut berubah….

Ia kini bergerak amat perlahan….dan kurang berenang berbanding sebelum ini…

Ini sebab buaya itu sedang memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya…hehehe

Cuba bayangkan jika ia berenang menyertai rakan-rakannya….dan tetiba telefon bimbit itu bordering lagu “poco-poco”…pasti ia akan di gelakkan…macam mana ia tidak trauma??

p/s: Telefon bimbit pun memberi kesan yang buruk kepada haiwan, inikan pula manusia…=)

p/s/s:Buaya darat amat menyukai telefon bimbit….pasti ada lebih daripada 1 nombor supaya mudah untuk menipu… aku ada dua nombor….tapi aku bukan buaya darat eh hehehe

Tuesday, January 18, 2011

Seekor tikus di pejabat PM Britain, 30 ekor dirumah aku

Kecoh bila ada seekor tikus di pejabat PM Britain…

Tapi kat rumah aku ada 30 ekor….

Tapi bukan tikus la…tapi hamster hehe…

Ni semua berpunca daripada kawan aku, ehan….dia bagi aku 2 ekor hamster betina yang berwarna hitam dan coklat kat aku masa aku study kat university dulu….

Aku pun belalah dua ekor hamster itu…dalam sangkar…tapi aku kesian…hamster aku tu seperti kegersangan….bila aku pegang je…terlalu manja…tengok aku pun dengan penuh ghairah….

Maka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku….aku nekad….membeli seekor hamster jantan yang sungguh kacak…. Jadi 2 ekor hamster betina aku itu sah menjadi madu….yang hidup aman damai di dalam satu sangkar….

Hamster aku sungguh produktif seperti tuannya….setiap bulan sentiasa memberi aku anak hamster yang sungguh comel….aku tak tahu sama ada aku perlu gembira atau sedih….belanja makan hamster semakin naik…bulan berganti bulan….tahun berganti tahun….keluarga hamster aku sudah berkembang sehingga generasi ke berapa ntah…aku pun dah tak ingat…sekarang ini aku sudah ada 30 ekor hamster….Gila?? ntah lah…aku tak sampai hati hendak buang atau jual……aku lagi suka tengok hamster aku mati kerana penyakit tua….walaupun orang kata jangka hayat hamster sekejap je….tapi generasi pertama hamster aku baru je mati setelah aku membela 2 tahun…. Mungkin bila kita buat baik pada haiwan, tuhan akan membuka lebih banyak rezeki pada kita…. Tapi serius, bila aku layan hamster-hamster tu main….pasti akan hilang tekanan…..

p/s: aku selalu dengar orang kata….”kalau hendak tahu kedai makan tu sedap atau tidak, tengok pada saiz tikus di kedai makan itu”…betul ke??? Hendak tahu lebih lagi petua mencari kedai makan yang sedap…sila baca ini..

p/s/s: hamster aku pun bermadu....tercabar aku!!! hahaha

Monday, January 17, 2011

Nak pergi salun Fasha Sandha la…

Aku dengar cerita yang Fasha Sandha hendak buka sebuah salun

Dekat Wangsa Walk…

Nama salunnya mungkin Chinta Salon….

Wah dekat la dengan rumah aku….

Aku mesti pergi ni…

Jadi pelanggan pertama dia…

Best apa kalau rambut aku ni di gunting oleh tangan Fasha Sandha yang halus tu hahahha…

Bye-bye Pakcik Azis…yang selama ini potong rambut aku..

Dari aku sekolah rendah sehinggalah aku sudah meninggalkan zaman sekolah ni…hehehe

Nanti aku nak potong rambut ala-ala gaya Jejai la hahahah

Friday, January 7, 2011

MURNI, Maafkan abang….

MURNI….

Abang ada buat salah ke???

Kenapa tiba-tiba murni menghilangkan diri???

Tanpa sebarang khabar berita….

Membuatkan dunia abang terus menjadi sunyi…

Abang cuba cari murni….di tempat-tempat yang kita selalu pergi…

Carefour, Giant , Tesco, Jusco mahupun Wangsa Walk…

Tapi abang tidak jumpa murni juga…

Ini semua silap abang…

Bila murni ada disamping abang….abang buat tak kisah je…

Kini bila murni tiada….rasa sunyi teramat sangat…Baru abang sedar, bertapa pentingnya diri murni buat abang… Maafkan abang…

Pulanglah Murni…Kalau korang semua jumpa murni, bagi tahu aku eh....

p/s: Kalau murni degil tak nak pulang juga…Abang cari Alif HAHAHHAA….

Tuah manusia, hanya Tuhan yang tahu….

Ketika aku leka menonton Buletin Utama semalam…Tetiba disiarkan satu berita…Berkaitan Suara Emas seorang pengemis….Memang memukau sungguh suaranya…. Kira layak menjadi pembaca berita atau DJ radio la… SUPERB!!

Dari seorang pengemis yang tidak berumah,Kini beliau bakal menjadi jutawan…Itulah tuah Ted Williams.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah. Kini dia telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun.

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...