nak ikut.....

Monday, May 24, 2010

Deria Ke-6??

Pernah dengar mengenai sixth sense?? Bukannya mengenai kumpulan Malaysia yang popular dengan lagu TANPA itu…tetapi adalah mengenai deria keenam…

Rasanya semua ahli kumpulan sixth sense tiada deria ke-6

Kebanyakkan manusia biasa secara amnya hanya mempunyai 5 deria sahaja iaitu deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu, dan rasa. Apakah deria keenam?? Bila berbicara mengenai deria keenam, sering dikaitkan dengan deria yang dapat merasa dan melihat kehadiran hantu... Siapa yang hendak deria keenam?? Kalau aku, tak nak lah walaupun ditawarkan dengan wang berjuta ringgit....aku bersyukur dengan kelima-lima deria yang telah aku ada.... hehe.. kalau ada yang kata,deria keenam itu satu kelebihan....aku tetap dengan keputusan aku, aku bersyukur dengan lima deria yang telah aku miliki...Takut lah aku...kalau nanti setiap masa dan ketika asyik menyaksikan pelbagai lembaga yang menyeramkan...cukuplah sekarang ini, aku dah takut dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri heheh...

p/s: Aku sering terfikir, bagaimana eh kehidupan orang yang memiliki deria ke-6?? Mesti sentiasa dalam ketakutan...

p/s/s: Filem seram yang tak seram...tetapi kelakar (aku tergelak dari awal sehingga habis) yang pernah aku tengok ialah SKRIP 7707...Filem macam hampeh...nasib baik aku tengok yang download nya je...

Sunday, May 23, 2010

ALASAN JE...

Kalau dah kalah, tak perlu lah menunding jari ke pihak lain....


Aku rasa antara alasan-alasan yang pernah diberikan sebelum ini, alasan menyalahkan pihak media sebagai punca kegagalan pada kempen PIALA THOMAS adalah yang paling bodoh dan kelakar..

Tergelak guling-guling aku mendengar alasan itu.... kenapa tak salahkan raket,bulu tangkis,net, kasut, gelanggang,dan sebagainya?? Nampak lebih kukuh sikit alasan itu...HAHAHA

Kalau dah psikologi itu tak kuat, tak perlu la baca akhbar atau menonton TV dalam tempoh berlangsungnya piala thomas...senang cerita...sepatutnya berterima kasih lah pada pihak media, walaupun anda main macam apa je...tapi kami tetap kenal anda HAHAHA... Cuba bayangkan kalau pihak media boikot tak nak ambil peduli dengan skuad badminton...apa jadi???

Aku rasa, alasan yang paling tepat ialah...pemain-pemain kita dah tua!!!

p/s: aku suka bila Lin Dan buka baju dan menari bila dapat kalahkan Lee Chong Wei....aku ingat akan membakar semangat pamain-pemain kita seterusnya....tetapi sebaliknya...

p/s/s: Lihat kesalahan pada diri dulu, sebelum melihat kesalahan pada orang lain

Kenali aku dulu...baru cintai aku =P
~mata melihat,telinga mendengar, jari menaip~
khairul_khai86@yahoo.com
(sebarang pertanyaan, tekan icon “anda tanya, saya jawab” di sebelah kanan)

Monday, May 10, 2010

Aku boros??

Dalam akhbar utusan malaysia hari ini mengatakan lelaki muda boros, dan sekarang ini aku masih muda…jadi kesimpulan mudahnya aku boros la…..

Persamaan dalam ungkapan matematik

Lelaki muda = boros
Aku = lelaki muda

Maka, kesimpulannya:- aku = boros




Aku rasa tidak sama sekali, aku rasa kaum wanita lebih boros berbanding lelaki kerana mereka suka membeli belah..(ini hanyalah pendapat aku je, jika tak puas hati boleh la bagi komen…heheh).. aku rasa paling kurang pun setiap bulan, gaji mesti habis kat pakaian, barang-barang make-up, kasut, beg tangan dan sebagainya… Kalau ada pun lelaki yang boros, mereka boros pun adalah kerana wanita….contohnya bila pergi berdating, lelaki yang tolong bayarkan, bila merajuk, perlu kan coklat, bunga, teddy bear dan sebagainya untuk memujuk.. kalau setakat pujuk dengan air liur je….mana mahunya dilayan…(ini bukan lah berdasarkan pengalaman aku yea…heheh)… setiap bulan…berpuluh-puluh ringgit di habiskan untuk kredit telefon, bergayut…. Sebab itu lah lelaki muda boros..
Aku terjumpa ini, semasa search kat en google ....heheheh

Sunday, May 9, 2010

kenangan mu akan selalu di hati

“Selamat tinggal kawan
tidur yang indah
walau kau telah tiada
walau hanya batu nisan sebagai pemisah
tapi kenangan mu akan selalu di hati…..”

Sebenarnya, aku masih tidak percaya dan tidak boleh terima hakikat yang kawan aku, qayum telah pergi selama-lamanya….yelah, bila aku tanya member-member aku yang membawa perkhabaran itu, semua nya tidak pasti …hanya membaca di akhbar dan forward mesej-mesej tu….sedangkan di akhbar, menurut kawan aku gambar yang ditunjuk agak gemuk dan tidak cam mukanya…tapi nama mangsanya serupa dengan kawan aku itu…aku masih mengharap yang mangsa itu bukan sahabat aku…aku cuba call hp nya….line tidak dapat disambungkan……dan aku teringat satu blog yang sentiasa mengemaskini pasal kemalangan. Aku cuba buka dan masih mengharap yang mangsa bukanlah kawan aku itu sehinggalah aku terlihat gambar ini…..

sumber:http://ondscene.blogspot.com/2010/05/penunggang-motosikal-maut-digilis-lori.html

Air mata aku menitis…ini gambar motor yang biasanya engkau gunakan untuk pergi kuliah semasa di UTM dulu…Al fatihah untuk sahabatku, Muhammad Qaiyyum, Jamal Abd Nasir

Waktu telah pertemukan kita,
Waktulah yang menjalin begitu banyak rangkaian kisah diantara kita
Dan kini,…
Waktu juga yang pisahkan kita.

Sungguh hidup dikuasai oleh waktu…
Tapi ku ikhlaskan semua susut di telan sang waktu,
Berharap kelak, waktu juga yang akan pertemukan kita kembali
di dalam kebaikan yang abadi…

Sungguh, aku tidak sedang menyesali takdir ini
Karena bagaimanapun aku bersyukur untuk waktu yg telah kita bagi,
Untuk takdirmu dalam takdir ku….

Sungguh, aku tidak sedang menangisi pergimu,…
Tapi biarlah air ini mengalir dari kedua mataku,
Sebagai ucapan selamat jalan untukmu sahabat.”

Saturday, May 8, 2010

Alfatihah…

Dalam pukul 9 pagi tadi, tetiba banyak mesej masuk ke hp aku….semua cuba menyampaikan perkara yang sama, “Salam, dukacita dimaklumkan sahabat kita, qayum xcident dan dia meninggal dunia ditempat kejadian. Berita ada dalam metro page 5. Al fatihah untuknya”… aku rasa macam tidak percaya ketika membaca mesej-mesej itu…Baru 5 hari lepas, aku terfikir untuk menelefon dia, selepas melihat gambar konvonya di FB fahmi….nak mengetahui perkembangan terkininya kat mana dia bekerja dan sebagainya…tetapi aku terlupa….rasa menyesalnya….
Sumber: Fb Fahmi

Qayum ni merupakan sahabat aku kat UTM, kira rapat gak la….4 tahun kitaorang bersama…bergelak tawa, bergaduh buat assignment, berjogging bersama, makan bersama, tengok tv bersama….. tetapi ALLAH lebih menyayanginya….semoga roh dia dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh… Al-Fatihah

p/s: AKu masih ingat, ko selalu mencabar aku…siapa yang lebih kurus….ko jangan risau kawan ku… kerana sekarang aku dah gemuk dah tentu kau menang…

**********************************************


Sumber: Metro Online

Maut isi perut terburai
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Dalam keadaan isi perut terburai selepas digilis tayar lori, seorang penunggang motosikal masih mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika orang ramai datang membantu menyelamatkannya, semalam.
Detik kemalangan ngeri yang menyayat hati itu, bagaimanapun, berakhir beberapa minit kemudian apabila mangsa menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan berlumuran darah.

Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian melalui jalan di Kilometer 38, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Jalil di sini dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta dipercayai model Proton Saga di sini.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan tidak sempat bangun menyelamatkan diri. Pada masa sama sebuah lori tanah yang mengekori dari belakang gagal mengelak sebelum mangsa digilis di perutnya.

“Lebih mengerikan apabila mangsa diseret lebih 10 meter oleh lori berkenaan hingga menyebabkan isi perut dan daging tubuhnya bertaburan di atas jalan raya,” katanya.

Menurutnya, mangsa, Muhammad Qaiyyum Jamal Abd Nasir, 24, dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi di sini masih bernyawa beberapa saat selepas dia digilis walaupun separuh tubuhnya hancur.

“Orang ramai yang mengetahui mangsa beragama Islam dan kebetulan ada yang mengenalinya sempat mengajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

“Susulan kejadian itu, polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengawal lalu lintas selain mengutip cebisan mayat mangsa,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, pemandu lori terbabit, Daymonds Mamertus, 35, memberitahu tidak sempat mengelak berikutan mangsa jatuh betul-betul di hadapan kenderaannya.

Menurutnya, kejadian itu pengalaman paling mengerikan dalam hidupnya sejak memandu lori hampir 10 tahun lalu apatah lagi dengan keadaan mayat mangsa yang amat tragis.

Friday, May 7, 2010

Aku dan Mi Segera…

Aku sebenarnya dah hampir 6 tahun aku mengelak dari memakan mi segera….Dulu aku ni merupakan salah seorang peminat setia mi segera…sebutlah perisa dan jenama apa…pasti aku pernah merasanya…. aku paling suka perencah kari….dan yang aku paling tak suka perencah ayam….dalam seminggu pasti sekali aku akan makan mi segera…biasalah hidup sebagai seorang pelajar…duit poket tak banyak ketika itu dan ditambah pula kedai makan tidak buka pada lewat malam…jadi mi segera menjadi pilihan alternative terbaik masa itu…tapi itu semuanya dulu….zaman itu sudah berlalu….kira kali terakhir aku makan mi segera adalah ketika aku belajar di matrik.. Ada sebab mengapa tetiba aku menjadi fobia dan elergik dengan mi segera..

Kisahnya berlaku ketika aku berlajar di matrik, ketika itu bulan puasa…. Aku bercadang untuk bersahur dengan mi segera saja…kerana aku malas untuk berjalan kaki ke cafĂ©…Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi, aku saja sahur awal kerana takut tidak terbangun sahur nanti….aku pun tuang la air panas pada mi segera itu dan bubuh sekali perencahnya…sementara menunggu mi segera aku tu lembut dan kembang…aku pun baring-baring di atas katil….tanpa aku sedari, aku terlena tanpa sempat memakan mi segera itu terlebih dahulu…..

Dalam pukul 5.30 pagi aku terjaga, dengan kelam kabutnya aku mencari sumber makanan…dalam fikiran aku hanya satu….makan untuk dapat berkat sahur heheheh (ini aku auta)…dan aku teringat mi segera aku….aku pun melangkah dengan bergayanya kearah mangkuk yang mengandungi makanan kegemaran aku itu….aku perhatikan MI SEGERA aku itu sudah KEMBANG + berminyak + macam-macam yang tidak menyelerakan aku lagi…..dan aku terfikir, adakah benda-benda ini yang selama ini aku masukkan ke dalam perut aku??? Sejak itu aku terus berhenti makan mi segera….hanya kadang-kadang je aku curi-curi makan SESUDU jika ada kawan aku order kat kedai mamak…Mengidam oww….


p/s: aku tetap percaya mi segera tetap mendatangkan kesan negative pada orang yang memakannya… ini kerana bila kawan aku setiap hari makan mi segera, kepalanya beransur-ansur menjadi botak tetapi bila aku suruh stop…rambut dia mula menjadi lebat…

Thursday, May 6, 2010

Bunga Plastik = Cinta Palsu??

Aku TERtengok drama melayu dengan emak aku tadi, dalam drama itu, ada babak di mana si lelaki memberikan 3 kuntum bunga ros kepada si gadis…dengan spontan aku mengomel….. ”asyik-asyik bagi bunga ros hidup kalau nak tangkap cintan-cintun…kononnya romantik la tu, baik bagi bunga kertas (means bunga plastic/tiruan) lagi romantik, sebab tahan lagi lama…itu menunjukkan cinta si lelaki terhadap gadis itu adalah untuk selama-lamanya”…TETIBA emak aku pun membalas, “kalau bagi bunga plastic, itu menunjukkan cinta si lelaki itu pun plastic juga” ……aku tersentap….rupa-rupanya emak aku ni banyak pengalaman dan pengetahuan tentang cinta yer…aku kena belajar dari emak aku ni hehehe…

Berikut adalah rahsia disebalik bilangan kuntuman bunga ros (aku sendiri pun baru tahu juga hehehe):-

Wednesday, May 5, 2010

Siapakah yang paling kuat cemburu??

Cemburu?? Mengapa perlu cemburu?? Sejak kebelakangan ini, kita selalu dihidangkan dengan kes-kes cemburu di akhbar…Tak salah untuk merasa cemburu, ada je cemburu yang mendatangkan kebaikan seperti cemburu dengan kawan yang cemerlang dalam pelajaran…maka kita berusaha lebih bersungguh-sungguh….tetapi jika cemburu melampau dan tanpa usul periksa maka keburukan yang akan terjadi seperti kes-kes di bawah ini:-

a)3 Mei 2010 – (MELAKA) Seorang lelaki berusia 40-an yang juga seorang anggota tentera cuba bertindak menoreh kemaluan isterinya dengan sebilah pisau gara-gara mendengar 'bisikan suara halus' di dalam rumahnya yang mengatakan isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

b)2 Mei 2010 – (KUALA LIPIS) Seorang lelaki disyaki memukul isterinya sehingga mati hanya kerana cemburu apabila wanita itu bercakap dengan lelaki lain menerusi telefon

c)25 April 2010 – (KUALA LUMPUR) Akibat cemburu, seorang tukang kayu, Chan Kok Hong, 26, bertindak menikam kekasihnya sehingga mati sebelum cuba menikam diri sendiri di Kondominium Pandan Heights, Pandan Indah.

Tetapi antara lelaki dan perempuan, siapakah yang paling kuat cemburu eh???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...