nak ikut.....

Saturday, February 5, 2011

Nasib baik tidak buat isyarat lain

Alkisah berlaku di sebuah hospital di Kent, Britain….

Seorang ibu yang sarat mengandung bimbang mengenai kesihatan bayi di dalam kandungannya…

Telah pergi membuat imbasan perutnya…

Apa yang memeranjatkan si ibu…

Si anaknya itu membuat isyarat bagus…. Yang seolah-olah menunjukkannya berada dalam keadaan baik…

Kerunsingan si ibu bertukar menjadi tawa melihat gelagat si anak…

Tapi cuba bayangkan jika si anak itu membuat isyarat tangan lain seperti:-

a)Isyarat tidak bagus

kita orang buat isyarat ni kerana tidak puas hati dengan restoran ini...

b)Isyarat “amboi-amboi “…masih ok lagi kot
c)Isyarat lambang syaitan

Apakah perasaan si ibu itu??

Friday, February 4, 2011

Adik aku tidak suka iklan tuala wanita

APABILA aku menonton sesuatu siaran di TV bersama-sama dengan adik perempuan aku….aku selalu perhatikan apabila ada iklan tuala wanita saja di TV….adik aku akan cepat-cepat tekan remote control ke siaran lain….dan bila agak-agak iklan tu dah habis…dia akan tekan balik ke siaran cerita tadi semula….

DAN kebetulan, ada satu hari…aku tengok drama bersama dengan adik perempuan aku tu….Kebetulan iklan tuala wanita Libresse yang Adibah Noor lakonkan tu keluar…dan pada waktu itu…remote control ada ditangan aku…aku tidak tekan ke siaran TV lain…aku tengok iklan tu sampai habis dan aku tersenyum keseorangan…. Adik perempuan aku tu, tengok gelagat aku…..Dan sebab itulah adik aku tidak suka iklan tuala wanita mahupun iklan tegangkan payu dara yang kendur di TV…. Dia taknak abang dia ni jadi orang gila tergelak keseorangan…Terima kasih adik ku hahaha

Iklan sekarang memang agak terbuka….tidak kira di TV mahupun di radio…termasuk la dalam rancangan di TV seperti Raja Lawak….mesti ayat ada “double meaning”….

Aku tidak berpeluang menjadi bintang Carefree….

Aku sangat kecewa…

Aku tidak berpeluang menjadi bintang Carefree…awal-awal lagi permohonan aku akan ditolak HAHAA

Teringin sangat berjumpa si Scha Alyahya tu…

Aku yakin permohonan aku akan ditolak kerana aku tidak memenuhi syarat utama yang telah ditetapkan…

Syarat UTAMAnya ialah anda MESTI wanita muda…HAHA…Anda akan berpeluang berlakon bersama-sama Scha Alyahya dalam siri drama TV baru yang akan disiarkan pada bulan Jun tahun ini di Astro… Wah lepas ni jadi glamor lah…

Jika anda berminat dan memenuhi syarat utama itu….anda bolehlah menyertai sesi uji bakat yang akan diadakan diseluruh negara bermula akhir Februari ini….tetapi sebelum itu, anda mestilah juga berusia antara 18 hingga 35 tahun….

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan dan uji bakat boleh di dapati di www.facebook.com/mycarefree.

p/s: Adik aku amat tidak suka iklan pasal tuala wanita…kalau hendak tahu sebabnya…nantikan next entri

Thursday, February 3, 2011

Thaipusam ada…..Chinese New Year tiada….

Mesti peningkan baca tajuk entri aku kali ni…

NI bukan teka-teki lah…tak perlu peningkan kepala korang fikir apa jawapannya…

Masa Thaipusam ia ada….tapi bila masa Chinese New Year ia tiada….Apakah ia?? HEHEH

Ini adalah pasal mesej ucapan yang aku terima…

Masa Sambutan Hari Thaipusam bulan lepas…

Aku terima banyak juga mesej daripada kawan-kawan aku yang mengucapkan Selamat menyambut Thaipusam…. Aku hanya tersenyum ketika terima mesej-mesej itu dulu….Yelah kita kan 1 Malaysia… semua perayaan kita meraikannya bersama dalam suasana harmoni dan aman damai…

Tapi bila hari ini, Sambutan Chinese New Year….aku tidak terima sebarang mesej pun yang membuat ucapan… walaupun satu mesej…Oww baru aku sedar….mesej-mesej yang dulu tu memerli aku HUH… Mentang-mentang la warna kulit aku tak berapa nak cerah…

p/s: Sekarang aku kerap pula nyanyi lagu ni “Hitam manis…ow hitam manis…pandang tak jemu… pandang tak jemu”

p/s/s: Selamat tahun baru cina bagi yang menyambutnya...Aku nak limau dan ang paw!!!

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

“berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian,
bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian”

Wah klasik betul...mulakan entri dengan pantun heheh.... Mungkin pantun ini tepat menggambarkan kisah hidup seorang jurujual dari Britain, Kim Perez. Dia sanggup melakukan apa sahaja bagi menggoda seorang jutawan untuk dijadikan suaminya…dan akhirnya dia berjaya…

inilah lelaki jutawan yang bertuah itu =)

Apa yang dia buat???

a)Dia meluangkan masa beberapa bulan untuk menukar penampilan dirinya agar kelihatan lebih kemas dan anggun….First impression itu penting bagi orang menilai kita… Tapi emak aku pantang tengok aku pakai smart sikit kat rumah….mesti emak aku akan tanya…”Nak keluar pergi mana ni??”…. Sabar jelah…mentang-mentang aku selalu selekeh kat rumah HEHEH

b)Dia membayar £600 (RM2,959) bagi mempelajari pertuturan bahasa Inggeris yang lebih baik berbanding loghat bahasa pasar yang sering digunakannya ketika berbual….Asalkan anda tahu la sikit-sikit perkataan inggeris…..broken english pun tak apa….nampak gempak sikit daripada anda cakap slang negeri anda (slang utara,selatanbarat atau timur)

c)Mendapatkan maklumat mengenai lokasi restoran yang menjadi tumpuan orang kaya dengan membaca majalah….Oww mungkin bukan sahaja restoran tapi mungkin kelab malam sekali rasanya….Yelah aku sering baca dalam blog-blog lain….anak orang kaya ni suka pergi ke sana… Betul ke???

d)Meminjam buku dari perpustakaan untuk membaca mengenai etika semasa makan dan peradaban diri…Rasanya ini hanya boleh dipraktikkan jika anda hendak menggoda orang kaya Mat Salleh je kot….Sebab aku tak pasti orang kaya Malaysia ni pentingkan adab atau tak???

Jika anda sanggup melakukannya seperti apa yang Perez lakukan…anda layak mendapat seorang jutawan…heheh

“biar kita tidak berpelajaran tinggi tetapi bercita-cita tinggi”

p/s: Baru aku tahu kenapa bila saja aku pergi shopping complex, jurujual wanita yang sexy malas layan aku….pandang aku sebelah mata aje…yang biasa layan aku di shopping complex…makcik-makcik yang sudah agak berusia…Oww aku sedar…aku hanya jutawan fakir saja..

p/s/s: Tidak ada pula salah satu petua Perez tu mengatakan yang dia perlu menggadai maruahnya dan terlalu bersosial….semuanya kearah positif…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...