nak ikut.....

Tuesday, October 30, 2012

Alamak…..Tersilap dail!!!


Disuatu petang yang damai….di sebuah warung mamak…lepaklah dua orang pemuda disitu, Hafiz dan KJ (bukan nama sebenar hehehe)…..Korang sudah dapat membayangkan suasananya belum?? Kalau belum, cepat bayangkan hehe

Ketika menunggu pesanan makanan tiba, Hafiz dan KJ berborak kosong sambil Si Hafiz membaca suratkhabar…

“Eh, kau tengok surat khabar ni….sweetnya mereka”, kata Si Hafiz pada Si KJ

“Mana?? Ni pasal jodoh silap dail ke??”, kata aku…eh eh silap pula….kata Si KJ… sambil cuba melihat pada tangan Si Hafiz yang tunjuk pada surat khabar.

“Yela, lelaki ini telah bertemu jodoh dengan perempuan ini selepas dia tersilap mendail nombor telefon kira-kira tiga bulan lalu”, terang Si Hafiz panjang lebar pada si KJ…..lagaknya seperti guru tadika sedang mengajar ABC pada anak muridnya.

“Eh mudahnya dapat jodoh??”, tanya KJ seperti tidak percaya

“Itu yang dikatakan jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan…silap-silap hari bulan kita pun kejap lagi dapat jodoh nanti”

Ohhh yang bab jodoh, kau rasa kejap lagi….tapi yang bab ajal maut, tak fikir pula?? hahaha”, si KJ gelak kerana dapat mengenakan si Hafiz

“Ishhh ke situ pulak kau ni…tapi aku rasa nak cubalah buat-buat tersilap dail….manalah tahu jodoh aku menggunakan cara yang sama ke??”, Si Hafiz sudah mula membuat perangai gila-gilanya..

“Ish kau ni, dah tak ada kerja ke??”

“Aku tahu kau jeles kan….jodoh aku dah nak sampai….tinggal la kau sorang-sorang membujang”

“Suka hati kau lah Hafiz….Malas aku hendak campur tangan”,balas si KJ

Okay….aku hendak try nombor yang dekat dengan nombor aku…0…1…7……….”

Ring!!! Ring!!! Ring!!!

Kedengaran bunyi deringan….Si hafiz saja membuat loudspeaker…. Saja bagi KJ dengar. KJ pun berdebar menunggu panggilan itu di angkat…

Tiba-tiba deringan itu berhenti menandakan pangilan itu dijawab..

“Hello”, si Hafiz bersuara. Itu lah pertama kali KJ nampak si Hafiz bergaya….lagaknya seperti Rosyam Nor

“Hello”, jawab si pemanggil….suaranya garau seperti lelaki…eh memang lelaki pun yang menjawab panggilan itu

Kelam kabut si Hafiz mematikan panggilan telefon itu…..Si KJ sudah gelak terbahak-bahak… Hahaha


p/s(i): Sekuat mana kamu setia, sehebat mana kamu merancang, sejauh mana kamu menunggu, sekeras mana 
kamu bersabar, sejujur mana kamu menerima dia….jika ALLAH tidak menulis jodoh kamu bersama… kamu tetap tidak akan bersama….. 

Sunday, October 28, 2012

Lampu hijau


Pagi tadi….

Sementara menunggu adik beradik aku bersiap untuk balik ke KL….Aku menonton TV….leka melayan cerita sempena hari raya korban… dan tiba-tiba, emak aku bertanya…

“Angah bila lagi??”

Mata aku masih tumpu pada kaca TV…Senyap tidak membalas pertanyaan emak aku…kusyuk mengikuti jalan cerita di TV…

Dan emak aku menanya kembali….mungkin beranggapan aku tidak mendengar pertanyaannya itu tadi..

“Angah bila lagi??”, tanya emak aku..

“Bila lagi apa,ma??”, aku seolah-olah tidak faham soalan emak aku itu..eh memang aku tidak faham!! Blur sekejap…

“Yela, bila lagi mama nak bermenantu??”

“Ohh….”, aku menyahut…tetapi kata-kata aku telah dipotong oleh kakak aku…

“Adik kita ni dulu yang akan langsung….tengok asyik gayut je”, celah kakak aku

“Eh mana boleh, dia masih kecil lagi bla bla bla bla”, emak aku terus membebel…. Sampai lupa pertanyaannya pada aku

Aku terus sambung menonton TV….sambil tersenyum…

“OK dah dapat green light!!!”, bisik hati aku….

p/s(i): Lindungilah keluarga aku dan jauhilah mereka daripada anasir-anasir jahat… Kerana sesungguhnya engkaulah Maha Berkuasa….

p/s(ii): Dalam melakukan sesuatu, pastikan mendapat keredhaan Allah dan ibubapa…baru hidup sentiasa bahagia J

Saturday, October 27, 2012

Kelas bahasa ayam


Sekarang ini, sudah ada kelas untuk mempelajari bahasa ayam… Serius!!! Aku tidak tipu… aku sendiri pun terkejut semasa mula-mula membaca akhbar metro online hari ini…Dulu, aku sering mendengar ada pepatah yang menyatakan “Macam ayam bercakap dengan itik”…lebih kurang maknanya, apabila dua orang bercakap tetapi tidak faham antara satu sama lain… Tetapi sekarang jangan risau, dengan adanya kelas bahasa ayam….pasti tiada masalah lagi!!!

Dulu aku ingat, hanya pakcik aku dan kawan-kawannya sahaja yang faham bahasa ayam….kerana mereka penternak ayam….mereka telah mengabdikan diri mereka dengan ayam sejak dulu lagi… Aku hanya faham sikit-sikit je bahasa ayam… Kalau ayam tetiba je riuh rendah….bingit tak terkata….bermakna ada sesuatu yang tidak kena… Contohnya, mungkin ada musang atau ular dalam kawasannya…heheh

Tetapi kelas bahasa ayam ini pelik…dia menggunakan bahasa Malaysia…mungkin sebab pengajarnya berjiwa patriotik kot…hehe… Perkataan pertama yang diajar agak mudah-mudah…. Antaranya abang, sayang, saya bersih, kacak, atas atau bawah, dan baring heheh

Rasanya, ayam yang betul-betul ayam tu dapat tak belajar kalau diajar??? Sudah tentulah tidak, ini sebenarnya adalah kelas bahasa untuk “ayam” yang seksi tu…atau bahasa mudahnya pekerja khidmat seks… terutamanya untuk warga China dan Vietnam… kalau sudah pandai bertutur dalam bahasa Malaysia, maka mudahlah untuk menarik lelaki hidung belang melanggani mereka….

Tempoh yang diberikan hanya tiga hari sahaja, jika gagal, mereka akan dipukul… Tapi aku rasa Bahasa Malaysia ini senang je hendak kuasainya…sebab aku tengok, pendatang-pendatang asing dari Filipina, Myanmar dan Bangladesh….lancar je bertutur dalam Bahasa Malaysia walaupun tidak masuk kelas… Bahasa Inggeris juga yang sukar untuk dikuasai….aku telah belajar bahasa inggeris dari tadika, sekolah rendah,sekolah menengah dan Universiti…tetapi tetap tidak mahir heheh

Menurut laporan, pelanggan lebih puas hati dan menyenangi “ayam” yang berjaya menguasai bahasa Malaysia berbanding rakan sekerjanya yang hanya menggunakan bahasa isyarat….


p/s (i): Kalau aku ajar bertutur Bahasa Malaysia kat ayam pakcik aku…rasa-rasanya dapat tak?? Usahakan tangga kejayaan heheh

p/s(ii): Aku pernah ditanya ketika temuduga….”Penting ke bahasa dalam komunikasi??”… Kini baru aku tahu bahasa amat penting dalam komunikasi….sebab nanti baru puas!!! heehe

p/s(iii): Kalau hendak mengikuti kelas keusawanan, Microsoft office, pembuatan kek, servis peti sejuk, muzik, membuat blog….dan macam-macam lagi….bolehlah hubungi aku di facebook atau pergi sahaja ke laman web KolejKomuniti Ledang… Kalau nak aku yang mengajar, sebutlah nama aku nanti heheh

Thursday, October 25, 2012

Mana Lembu??

Aku menjadi pelik….

Kemana hilangnya sekumpulan lembu yang biasa lalu di belakang rumah aku ini.. melalui kebun pakcik aku….. Sudah seminggu aku tidak di ganggu…

Dulu kebiasaannya, apabila aku bangun pagi..dalam pukul 6 pagi…aku pasti diganggu lembu-lembu itu apabila menuju ke bilik air…Cuba bayangkan, aku duduk dirumah kampong yang rekaannya macam dulu-dulu punya…bilik air terletak dihujung belakang rumah ...diperbuat daripada kayu… jadi dalam perjalanan ke bilik air, kita boleh lihat pemandangan luar yang gelap gelita….tak nampak apa pun….maklumlah, awal pagi kan…lagi pun rumah kampong dulu-dulu, kayunya jarak-jarak…

Dan biasanya, apabila aku sedang mengambil air sembahyang, lembu-lembu itu akan membuat bunyi……

“”Mmooooo”, lembu-lembu itu mengembu

Cuba anda bayangkan perasaan aku ketika itu….terasa hendak gugur jantung…terkejut!!! Walaupun, aku berbadan besar….sasa..tapi perasaan takut tetap ada dalam diri aku walaupun sedikit hehe….

Terus dapat carutan percuma dari aku…”LEMBU KAU!!!”, hahaha

Dalam kes ini, binatang pink ekor kontot itu tidak bersalah, jadi aku tak boleh sebut “BAB* kau” hahah… dan kebiasaannya juga, pada pagi-pagi begitu, akan terdengar jeritan daripada pakcik aku jika ada lembu-lembu di kebunnya..

“Habislah kebun aku!!!! Habis lah nenas aku!!!”

TAPI sejak seminggu ini,

Waktu pagi aku terasa sunyi….kemana hilangnya lembu-lembu itu?? Adakah lembu-lembu itu menyorok?? Maklum lah, esok kan hari raya korban… Mungkin waktu pagi aku akan menjadi bising kembali selepas seminggu nanti… hehe

p/s: Selamat hari raya korban… apakah pengorbanan terbesar yang pernah anda lakukan??

Sunday, October 7, 2012

Tunggu sempurna baru boleh tegur ??


Dulu memang aku tidak boleh ditegur atau diberi nasihat…. Kalau ada je orang yang menegur aku atau memberi nasihat….aku pasti marah…kira semua yang aku buat itu betul lah…. Sampai kan aku pernah menjawab

“Jangan nak tegur aku lah, diri kau tu pun bukan sempurna sangat….Kubur lain-lain…Jangan sibuk hal aku”

Dan pernah ada dalam iklan TV dulu-dulu, ada iklan dimana Mat Rempit yang telah putus kaki memberi nasihat supaya jangan merempit…Serius pada ketika itu aku gelak gila-gila…siap aku cakap lagi

“Kau pun merempit, ada hati nak nasihat orang lain supaya tidak merempit”

 Tapi itu dulu…

Sebelum aku mengetahui bahawa sebenarnya teguran atau nasihat itu tanda sayang…. Orang yang menegur kita itu, sebenarnya sayang kepada kita….sebab itu lah dia tegur kita… Bayangkanlah kalau tiada seorang pun tegur kita??? Biarkan kita terus melakukan kesilapan???

Sekarang aku memang menghargai setiap teguran membina yang diberikan….aku ulang taip sekali lagi… teguran membina ye!!! Kalau sekadar mencemuh atau ingin menjatuhkan aku….. aku hanya nyanyi lagu kosong nyanyian najwa latiff sajalah kepadanya hehehe

Tapi perlu ke seseorang yang sempurna baru boleh menegur kita?? Tidak boleh ke orang yang tidak sempurna seperti aku ini untuk menegur???

Kalau macam tu, Allah dan Nabi Muhammad kan telah menegur kita daripada dulu lagi…semuanya ada dalam Al-Quran….Tetapi kenapa masih tidak mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya???


best ke novel ni??? Nak cari satu la...

p/s(i): Aku suka tegur orang baru…. Hai!!!! =)

p/s(ii): tegur-tegur lah aku di facebook ye hehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...