nak ikut.....

Tuesday, July 31, 2012

Jeritan Sahur!!!


“Angah, bangun cepat sahur”, jerit makcik aku

Aku bangun dari tidur dan bergerak lemah ke dapur…. Aku membasuh muka dan menggosok gigi… Ketika aku hendak duduk di meja makan, pakcik aku pun bangun dari kerusi…beredar… sudah selesai bersahur agaknya… Hari demi hari, aku semakin lambat bersahur…kononnya hendak mendapatkan keberkatan bersahur itu kerana melewat-lewatkan waktu bersahur hahhah… Yang sebenarnya sudah malas hendak bangun sahur…

Pakcik aku beredar ke ruang tamu dan menonton TV….sedang aku berusaha untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut sambil mata tertutup…aku terdengar ada orang sedang menjerit…pada waktu pagi-pagi tu… Kedengaran seperti suara pakcik aku….arghh….ohh….eyahhh…eh….cis… Begitulah yang aku dengar..

Aku perhatikan pakcik aku yang sedang leka menonton TV..aku perhatikan TV2 sedang menyiarkan perlawanan badminton antara Dato’ Lee Chong Wei dan pemain Finland, Ville Lang… Memang sangat mendebarkan perlawanan itu… aku cepat-cepat habiskan makanan aku itu…. Aku seperti telah mendapat satu tenaga untuk menghabiskan makanan itu… Cepat-cepat aku membasuh tangan dan duduk di hadapan TV…. Aku pun turut ikut pakcik aku menjerit…aaaahhhh,…. uhhh,… eyark,… eh,…. memang sangat mendebarkan… Dato’ Lee Chong Wei diseret untuk bermain 3 set….dan akhirnya Dato’ Lee Chong wei menang dengan mata 21-8, 14-21, 21-11….


Bagi aku lah…ini pandangan aku secara peribadi… Kalau Dato’ Lee Chong Wei masih bermain seperti itu tadi, kemungkinan besar….pingat emas Olimpik jauh dari genggaman

Sunday, July 29, 2012

Jom bayar zakat!!!


Semalam sedang aku berjalan-jalan…aku ternampak satu kaunter ni di satu sudut….yang tidak ramai orang… tertulis di atas mejanya…kaunter bayar zakat…. Aku pun pergi ke arahnya…

Berdebar rasanya… walaupun tahun ini merupakan tahun ketiga aku membayar zakat sendiri…selepas bekerja dan ada pendapatan sendiri…. Aku pun duduk di kerusi di hadapan ustaz tu…. Ustaz tu pun bertanya pasal maklumat diri aku seperti yang aku biasa lihat ketika orang hendak berkahwin hahaha… Kemudian aku berjabat tangan dengan ustaz itu dan melafazkan akad….ini lah saat yang paling gemuruh hahaha…tapi sekali lafaz je tau hahah…. Dan kemudiannya, ustaz itu membaca doa….selesai!!! Senangkan kahwin?? Eh eh silap….Senangkan membayar zakat??? Tak sampai 5 minit sudah selesai semua… Kini anda boleh membawa balik isteri resit anda hahah… Kenapa perlu tunggu last minute baru hendak membayar zakat?? Nanti terlupa atau tidak sempat kan sudah rugi…..

“Kalau lagu raya boleh di pasang awal, kenapa zakat tidak boleh bayar awal??” hahah


p/s: Aku bayar zakat di Melaka sebab rumah aku di melaka….jadi bayarannya Rm 6.50…bukan aku saja tak nak bayar kat johor Okay!!!

Saturday, July 28, 2012

Cukup Sudah Lagu Raya!!!.


Hari ini kita sudah berpuasa 8 hari….Sudahkah kita membaca al-quran sampai juzuk ke-8 hari ini?? Kalau ya, alhamdullilah…

Pagi ini, hari cuti…aku lepak saja dirumah…..tidak pulang ke Kuala Lumpur…mungkin minggu depan aku pulang….aku mendengar radio sambil beristirehat….. walaupun aku tidak menumpukan perhatian pada radio, tetapi apabila ada lagu sedap seperti “Sudah Cukup Sudah – Nirwana Band” berkumandang, pasti tetiba tangan aku tergenggam secara automatic di hadapan mulut…lagak seperti sedang memegang mikrofon hehehe….

DAN tetiba aku terdengar, ada lagu raya nyanyian DJ radio berkenaan berkumandang….. awalnya lagu raya sudah disiarkan….. Bukan ke pegangan radio itu selama ini, “Kami hanya menyiarkan lagu pilihan anda”….ada eh pendengar sudah memilih lagu raya nyanyian DJ radio tu?? Kalau aku, aku pilih lagu raya lain hahahah


p/s(i): Ramai yang sudah mula download lagu raya…persediaan untuk raya nanti hehe

p/s(ii): Aku suka lagu raya dulu-dulu….lagi best dari sekarang…seperti lagu Sudirman- dari jauh kupohon maaf

Friday, July 27, 2012

Kita kahwin berdua la…..


Petang tadi, ketika aku sedang sibuk mengemaskini maklumat Alumni Kolej….telefon aku berbunyi… aku terima satu panggilan…. daripada nombor persendirian…017-98*****… aku pun angkat…

“Hello……Selamat sejahtera. Ini En. Khairul??”

“Yup saya bercakap”

“Encik sangat bertuah hari ini kerana kawasan Encik tinggal sekarang, kami sedang membuat promosi memasang Uni** secara percuma………bla…bla… bla” terang pemanggil wanita itu dengan panjang lebar..

Awal-awal lagi aku nak tergelak, macam mana dia tahu aku sudah pindah ke Melaka?? Lagipun memang aku tidak berminat untuk pasang Uni** di rumah aku sebab aku tinggal seorang diri je….rumah aku tu hanya untuk tidur je…kebanyakkan masa aku di luar rumah.. jadi rugi aku memasang Uni**…. Aku hanya memberi respon… Em…EH….Ok….Yup….Ohhh… berulang-ulang kali. Selepas penerangan panjang lebar diberikan, tanpa sedikit pun dia memberi aku ruang untuk bercakap… dia pun bertanya

“Jadi macam mana Encik Khairul?? Berminat dengan pakej kami??”, tanya pemanggil wanita itu

“Saya tidak berminat. Sebab saya tinggal seorang diri je”, balas aku

“Bini encik duduk mana??”, tanya dia lagi

“Saya bujang lagi….lagi pun kebanyakan masa saya di luar rumah”

“Lah yeke?? Macam tu kita kahwin berdua la… saya boleh masak untuk encik khairul”, balasnya sambil tergelak-gelak

Aku diam seribu bahasa je….Suasana sunyi….Dan mungkin dia sudah tersedar akan keterlanjuran kata-katanya itu…dia pun letak telefon….

“Mungkin terlalu laju line Uni** yang dia guna, sampai aku tidak dengar kata-kata terima kasih atau sebagainya”, bisik hatiku sambil meletakkan telefon…

p/s(i): Baru je habis mengajar pelajar aku pasal khidmat pelanggan…


Apa maknanya jika perut berbunyi??


Perut berbunyi?? Aku biasa mengalaminya….lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini… mungkin sebab lapar… Tapi ada banyak sebab lain kenapa perut berbunyi atau berkeroncong… tetapi dalam kes aku ni, mungkin lapar kot….

Pagi tadi semasa hendak bersahur, perut aku berbunyi…yang malunya…dah la bunyi tu panjang (versi lagu Hindustan kot), kuat pula tu hahaha…. Sampai makcik aku yang duduk sebelah aku pun boleh dengar dan kata

“Cacing dalam perut angah tengah berdengkur tu”

Haha….terus aku hendak tersedak ketika mengunyah makanan tadi… Ye mungkin cacing tu akan terus berdengkur sebab menu sahur aku pagi ni ringkas je, tidak menarik perhatian cacing tu pun…heheh… Makcik aku masak istimewa pagi ini.. iaitu nasi putih dengan telur  heheh… Bak kata pelajar aku, itu nasi bujang… Mentang-mentanglah aku masih bujang lagi, makcik aku sediakan nasi bujang je hehheh…. Apa-apa pun, aku sudah kenyang bersahur, mata pun semakin berat je…. Mungkin masa aku pula untuk berdengkur bersama dengan cacing tu hehehe


Thursday, July 26, 2012

Sesungguhnya aku sedang berpuasa!!!


Pejam celik pejam celik… Hari ini sudah hari ke enam kita berpuasa…. Cepatnya masa berlalu.. Dan pada bulan puasa nilah lebih banyak dugaan yang kita hadapi..

Begitulah juga, aku menghadapinya…. Bulan puasa ni, pelajar aku lebih banyak membuat masalah… tidak tahulah apa masalahnya… sama ada ini adalah salah satu dugaan bulan puasa untuk aku….

Tapi apa yang pasti, apabila aku hendak marah….budak aku akan cakap

“Encik, sesungguhnya encik sedang berpuasa!!!”

Terus aku tidak jadi hendak marah…bukan sebab aku baru ingat aku sedang berpuasa….tetapi aku hendak tergelak, mereka tahu aku sedang berpuasa, tapi masa tulah nak menyakitkan hati aku… alang-alang dah lapar, terasa nak telan je mereka ini….ishhhh


p/s(i): Aku pernah terdengar satu ceramah mengatakan, tiada gunanya berpuasa jika tidak bersembahyang…betul ke??

p/s(ii): Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga perlu puasa dari penglihatan, percakapan, perbuatan dan sebagainya

p/s(iii): Semasa menonton semanis kurma, seronok tengok mualaf yang menutup aurat sempurna… terasa segan pada mereka..

p/s(iv): Tarikh yang ditakuti dan digembar-gemburkan dalam tahun 2012 dulu-dulu semakin hampir, tetapi kenapa semakin ramai yang lalai?? Sepatutnya lebih memperbanyakkan amalan!!!! haishhhh

Wednesday, July 25, 2012

Eh besarnya!!!


Alkisahnya, tengah hari tadi aku pergi ke Koperasi di tempat kerja aku ini… Niat di hati ingin menukar duit, sebab sebelum ini aku telah berbincang dengan penjaga koperasi itu, dia hendak tukar duit syiling yang banyak aku ada ini dengan duit kertas…. Biasalah orang berniaga koperasi, mesti perlu banyak duit syiling.

Ketika aku sampai di koperasi, penjaga koperasi yang aku cari tiada disitu…dan aku perhatikan ada dua orang budak sedang berlari-lari keluar dan masuk koperasi tersebut…aku tidak menghiraukan budak-budak itu.

Sebaik sahaja,aku ingin melangkah kaki keluar dari Koperasi….budak-budak yang berlari itu tadi sedang berlari dari luar koperasi ke arah dalam koperasi….Kiranya aku bertembung dengan budak-budak itu di pintu koperasi. Salah seorang budak itu terkejut…. Dan aku jelas dengar budak itu melatah

“Eh besarnya”

Aku perhatikan, budak itu pandang aku dari atas sehingga bawah… dan aku pula pandang budak itu, nampak kecik je…. Taktahu sama ada aku perlu marah budak itu atau tidak….Sedap-sedap je kata aku besar hahahha…Disebabkan budak itu comel, aku cubit pipi dia je hahahah

p/s: Budak kecik memang tidak pandai menipu kan???

Monday, July 23, 2012

Jom hantar kad raya…


Wahhhhh!!!!

Sempena musim perayaan ini, Pos Malaysia hanya mengenakan kadar 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan yang tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam Negara. Tawaran ini bermula hari ini… Jadi apa tunggu lagi?? Jomlah hantar kad raya….tapi aku rasa, dengan teknologi yang canggih sekarang ini.. kad raya semakin dilupakan…. Sekarang ni, ramai yang lebih suka hantar SMS atau ucapan di facebook…lebih cepat…. Tetapi aku tidak!!! Aku tetap hantar kad raya setiap tahun kerana bagi aku kad raya itu ada nilainya tersendiri…

Menurut pihak pos juga, bagi memastikan kad ucapan Aidilfitri yang dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan syawal, kad tersebut perlu dihantar sebelum 13 Ogos. Okay ada masa lagi untuk aku membeli kad raya dan pos kepada rakan-rakan ku….


p/s (i): Aku pernah hantar kad raya size A3 kepada kawan baik aku…hantar by hand hahahha

p/s(ii):Ofis aku sudah lekat notis, supaya mohon cuti raya sebelum 10 Ogos ini….. nak cuti lama la, sebab kena raya kat KL tahun ni =(

Sunday, July 22, 2012

Mengapa abaikan ibu bapa yang lanjut usia??


Hari ini 2 ramadhan….. Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada yang berpuasa…..banyak juga mesej ucapan selamat berpuasa yang aku terima… Maaf jika ada yang tak terbalas…

Pagi-pagi ini, bila aku membaca surat khabar….aku terbaca mengenai ibu bapa yang lanjut usia atau warga emas yang di tinggalkan di rumah kebajikan…. Rasanya ini bukan kali pertama berita seumpama ini terpapar dan aku yakin ini bukan juga yang terakhir akan di paparkan di akhbar….pasti banyak berita seumpama itu akan keluar lagi…lebih-lebih lagi hendak raya nanti…. Persoalannya sekarang, mengapa sekarang ini ramai anak mengabaikan ibu bapa mereka yang lanjut usia??

Pelbagai pendapat dan alasan dikemukakan antaranya ialah
      
      a)  Kehidupan ibu bapa lebih terurus jika di rumah kebajikan kerana anak-anak sibuk bekerja. Memang betul lebih terurus, tetapi adakah itu alasan atau permit untuk si anak melepaskan tanggung jawab??
   
     b)  Institusi kekeluargaan dari awal lagi sudah rapuh. Si ibu bapa tidak pernah mengambil berat hal anak-anak. Jadi apabila sudah besar, si anak pula tidak ambil peduli hal ibu bapanya. Ikatan kasih sayang dalam keluarga tidak kuat.

    c)  Ibu bapa sudah tidak menyumbang apa-apa lagi… Kalau dulu ibu bapa sebagai tempat untuk mendapatkan duit, tetapi selepas tidak bekerja…ibu bapa dianggap beban kepada anak-anak.

     d) Tidak ada saudara mara lain untuk jaga…. Atau tidak mahu menyusahkan anak-anak…

     Apa-apa pun alasan yang diberi, ingatlah…itulah ayah kita…itulah ibu kita….tanpa mereka, kita tiada di dunia ini….berbaktilah kepada mereka, selagi mereka masih bernafas di dunia ini…. Jangan menyesal di kemudian hari….cubalah anda bertanya kepada anak-anak yatim, apakah perkara yang paling dirindui mereka…. Pasti mereka akan berkata, ibu bapa mereka…


p/s: Sudah 5 tahun aku tidak tukar baju raya...tahun ini, aku ingat nak beli baju melayu warna merah pula =)

Tuesday, July 17, 2012

Suka main sukan rakyat???


Sebut saja hari rabu….adalah hari untuk kokurikulum…. Hari dimana budak-budak aku diwajibkan menyertai aktiviti berfaedah selain daripada tidur di rumah….hehhe

Untuk semester ini, aku kena pimpin pasukan Kanggaru Berani….bersama rakan sekerja aku, Chef Sam… Dan kalau ikut jadual, minggu ni, kumpulan aku kena buat Sukan Rakyat… Puas aku tanya Pakcik aku, Pakcik Google….apa itu sukan rakyat?? Dan sukan rakyat apa kah yang tak banyak guna barang atau modal?? Hehehhe…

Macam-macam keluar….yang aku tak minta termasuk yang 18SX pun turut keluar…biasalah pakcik aku tu…nak kata terlebih bijak atau nyanyuk kot heheh…. Dan selepas aku meneliti dan mengkaji ke semua sukan rakyat….akhirnya aku memilih 4 jenis sukan… yang aku rasa sesuai untuk dimainkan dalam masa 2 jam…

Pertama adalah isi air dalam botol…hehe…teringat aku zaman kanak-kanak, rasanya last aku main masa aku tadika kot…. Aku masih ingat lagi….aku hampir-hampir je hendak menang pertandingan itu dulu… tapi kalah hehe….

Selepas isi air dalam botol, mungkin aku akan paksa budak-budak aku main boling kelapa…. Tengok siapa yang boleh buat strike hahaha….Selepas habis main, kita minum lah air kelapa tu….boleh pening kot sebab sudah pusing banyak kali hehehe

Kalau ada masa lagi, kita main pula ceper….tengok tangan siapa yang besar boleh timbang dan kaut semua buah ceper tu hahahah…

Dan akhir sekali, mungkin aku akan paksa budak-budak aku main boogle….kena la selit sikit permainan moden dan memberi sedikit ilmu hehehe…apa tu boogle?? Tidak tahu?? Aku benarkan korang tanya pakcik aku tu sekarang…

Dan juara pertandingan sukan rakyat ini akan ditentukan dengan jumlah mata yang dikumpul bagi setiap game tadi….. Anda ingin menyertainya?? Pastikan temujanji anda esok ye…. =)


Monday, July 16, 2012

Sambung belajar setahun lagi??


Kadang-kadang kita tidak sedar…. Percakapan kita yang biasa boleh menyentuh perasaan seseorang… Serius, kawan aku pernah beritahu aku begitu dulu…. Dia kata, dia tersentuh dengan kata-kata aku… apabila aku ada sebut

“Kalau kau ada masalah, kau hubungi je aku….aku mesti tolong kau”

Walaupun aku tidak sedar dengan kata-kata aku itu Hahaha….sampai sekarang kitaorang kawan baik… Dan hari ini, aku tersentuh pula dengan kata-kata budak aku

“Encik Khairul kata hendak sambung study…”, tanya budak aku

“Yup….kawan saya ramai dah sambung master dan PHD”

“Bila tu??”

“Tak tahu lagi la….Kalau boleh secepat mungkin la…nanti dah tua”

“Encik sambunglah selepas satu tahun ni..”

“Kenapa???”

“Tunggulah saya habis belajar dulu”

Hahah aku tersenyum….Walaupun dia bersahaja je berkata….tetapi aku tersentuh dengan kata-katanya…hahah Ke aku terperasan??? Hahaha


p/s(i): Memang terasa hendak sambung belajar lagi!!!! 

p/s(ii): Aku tersentuh apabila orang kata I love U hehehe

Tuesday, July 10, 2012

Genap setahun!!!


Hari ini 10 Julai 2012, genaplah setahun aku jejak kaki di ledang…. Rasa seperti semalam saja aku baru sampai di Ledang…Cepat sungguh masa berlalu…pelbagai kenangan pahit manis aku telah lalui disini… Aku masih ingat dengan jelas, kenangan beberapa hari sebelum aku kena pindah kerja di Ledang ini….

Pada mulanya, memang aku tak nak pindah ke Ledang… sebab aku akan “hilang” semua yang aku ada kat KL…. Dan aku masih ingat lagi, sepatutnya aku kena daftar 8 Julai 2011….hari jumaat…jadi aku mintak tangguh, daftar hari isnin seterusnya…nasib baik dibenarkan aku daftar 11 Julai 2011…. Yelah kalau aku daftar hari jumaat kat Ledang,  sudah tentu esoknya aku akan balik KL…kan sudah rugi duit minyak dan tol disitu hehehh

2 hari yang aku minta tangguh tu….iaitu Hari sabtu dan ahad, aku guna sebaik mungkin….aku keluar dengan hampir semua kawan aku di KL…. Hahah kelakar bila diingati kembali, macam aku hendak pergi jauh pula….sampai seorang kawan baik aku beritahu aku…

“Aku rasa kau mesti kahwin dengan orang Ledang”, kata kawan aku

“Mungkin dengan puteri Gunung Ledang kot”, balas aku…

Aku masih ingat juga…dulu hampir setiap hujung minggu, aku pasti ambil kunci kereta, start kereta dan balik KL hahahah…sampai jiran rumah aku tidak kenal aku pun hahha… Tapi itu dulu, sekarang sampai kawan-kawan aku tanya

“Kau bila nak balik KL ni??”

Haha…rupanya sudah genap setahun aku disini…dan kalau ikut rekod kerja aku…paling lama aku di sesuatu tempat kerja itu hanyalah setahun 2 bulan je… harap aku akan terus bekerja di sini dan terus cemerlang dalam kerjaya aku…Amin!!!


p/s: Dr Mahathir genap 87 tahun hari ini!!! 

Monday, July 9, 2012

Apa kaitan Nagoya dengan Raya??


Pada suatu petang…

Aku sedang khusyuk menonton drama di television di ruang tamu…. Makcik aku pun menghampiri aku, duduk di sofa berdekatan dengan aku….

“Kat Nagoya kain-kain dia murahkan??”, makcik aku memulakan perbualan

“A’ah”, balas aku pendek sambil mata aku masih menonton television…

“Kain kat tangkak mahal-mahal….tak ada beza harga dengan tempat lain”

“A’ah”, aku mengiyakan saja kata-kata makcik aku

“Jiran sebelah kita tu kata kat Nagoya, kainnya cantik-cantik”

“Yup, sebab tu ayah selalu beli kain untuk baju kurung disitu”

“Kalau raya ni….dapat semeter dua ok juga”….Aku dah agak dari awal, makcik aku saja pusing sana sini kata-katanya…tapi yang sebenarnya dia nak ajak aku pergi Nagoya hahaha…. Ini anak sedaranya lah…mesti dah masak sangat dengan perangai makciknya hahahah

“Tapi saya tak tahu Nagoya kat Melaka ni kat mana…..”, saja aku mengusik…tapi memang sebenarnya aku tak tahu…

“Oh yeke???”, makcik aku terus diam selepas itu..

Selepas tengok makcik aku diam seribu bahasa, aku pun bangun dari sofa dan pergi ke laptop aku, dan aku tanya Pakcik Google….Rupanya Nagoya ada kat Melaka sentral… Aku pun kembali ke makcik aku

“Angah dah tahu Nagoya ada kat mana…”

“Ada kat mana??”

“Melaka sentral”

“Kalau macam tu, kita pergi eh Nagoya bila-bila sebelum puasa nanti”

Seronok melihat muka makcik aku yang gembira….hanya kerana dapat beraya dengan kain Nagoya nanti hahhaha


Sunday, July 8, 2012

Kalau sedap bagi tahu kawan….


Pada suatu hari…

Aku dan kawan aku pergilah ke satu kedai makan ni….mestilah matlamat utama kami untuk makan… Sampai sahaja di kedai makan itu, kawan aku pun pergi ke tandas… Dia tu memang selalu macam tu… mesti kosongkan tangki dulu sebelum makan… Aku pun duduklah di salah satu meja yang kosong.. Datanglah seorang pelayan ke meja aku… Dia hendak ambil pesanan

“Selamat datang bang, hendak makan apa??”

“Bagi saya mee rojak, macam best je tengok gambar ni”, kata aku sambil tengok menu

“Minum??”

“Macam biasa…”, balas aku

“Macam biasa??”, tanya pelayan itu kembali

“oh milo ais”, aku lupa pula….ni pertama kali aku datang kedai ni….kalau kedai yang biasa aku pergi mesti tahu aku hantu milo hahaha….lain kali baca la blog ni, baru tahu aku hantu milo hahah

Aku terpaksa pesan makanan awal…sudah sangat lapar…kalau tunggu kawan aku habis melabur, boleh kebulur aku….lagipun mungkin lambat orang kedai ni siapkan makanan aku tu…

Aku memerhati sekeliling kedai itu….aku tertarik dengan papan slogan yang tergantung dalam kedai itu…
“Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tidak sedap bagi tahu kami”. Aku hanya tersenyum keseorangan.

Selang beberapa minit,

“Ni mee rojak dan milo ais abang”

“Eh cepatnya siap”

“Abang nak lambat ke??”

“Eh tak lah”, aku terus makan mee rojak aku tu…Tetapi rasanya seperti kurang sedap lah… Dan pada waktu itu, kawan aku sudah selesai melabur dan duduk dihadapan aku

“Eh macam sedap je mee rojak kau”, kata kawan aku

Aku hanya tersengih je.. Kawan aku pun memanggil pelayan dan memesan mee rojak juga dan kopi…

Sampai je mee rojaknya, dia terus makan

“Eh apsal mee rojak ni tak sedap??”

“Memang pun”, balas aku

“Kenapa kau tidak bagi tahu aku tadi??”

“Tuuuu”, aku muncungkan mulut sambil menunjuk ke arah papan slogan yang tergantung di dalam kedai tu, “Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tidak sedap bagi tahu kami”

“Hampeh!!!”



Saturday, July 7, 2012

Syoknya duduk kampong!!!


Hari ini hari Sabtu…aku tetap bangun awal pagi….walaupun hari ini cuti…mungkin sebab sudah terbiasa bangun pagi kot… Aku terdengar bunyi titisan air pada atap zink di rumah aku ni…maklumlah duduk rumah kampong….

“Oh hujan rupanya”, bisik hatiku

Selalunya kalau hujan, aku malas hendak mandi….maklumlah air terlampau sejuk….boleh menggigil jadinya…. Jadi disebabkan aku sudah terbangun awal, dan tidak tahu hendak buat apa….aku pun online facebook…. Selalunya apabila aku online facebook, makcik aku mesti akan tanya aku…

“Angah ok ke??”

“Kenapa Makteh??

“Yelah, makteh tengok angah selalu tersenyum sorang-sorang kalau tengok computer tu”

Hahaha…. Makcik aku mesti akan buat muka risau kalau tengok aku tersenyum seorang diri dihadapan computer….sampai pernah telefon mak aku di Kuala Lumpur hahaha…

Jam masih menunjukkan awal pagi lagi…tetiba makcik aku menjerit dari dapur

“Angah, cepat mari sini!!!”

“Kenapa makteh??”

“Mari sini!!”, balas makteh aku

“Ala, nak main computer kejap”

“Ada durian ni!!!”

“Tapi angah tak mandi lagi”

“Kalau lambat nanti pakteh kamu habiskan”, jerit Makteh aku

Aku cepat-cepat ke arah dapur….aku lihat pakcik aku tengah makan durian dengan lajunya….Aku apa lagi, cepat-cepat masuk bilik air dan gosok gigi je…. Syoknya makan durian tanpa mandi hahaha… Syoknya makan durian pagi-pagi di kampong!!!
p/s: Dan seperti biasa, lepas makan durian…aku jadi pening… Dulu memang aku hantu durian, sekarang macam tak boleh masuk je dengan tekak ni hahah… 

Fakta nombor Sukan Olimpik London.


Fakta ini aku ambil dari akhbar Metro….Kalau akhbar tu tipu fakta ini…aku pun telah tipu korang la heheh

     a) 9.3 BILION (RM45.9 bilion) dibelanjakan untuk menganjurkan sukan itu. Ia hampir empat kali ganda kos jangkaan untuk menganjurkan sukan itu ketika London membuat bidaan pada 2005. Bajet asal untuk keselamatan dan bagi upacara pembukaan dan penutup digandakan. Kos keselamatan dijangka sejumlah 553 juta (RM2.7 bilion) manakala bajet untuk majlis keraian adalah 81 juta (RM399.7 juta).
     
    b) 1 JUTA PERALATAN SUKAN DIGUNAKAN: Sebanyak 26,400 bola tenis, 600 bola keranjang dan 6,000 sasaran memanah dibeli untuk Olimpik. 

    c) 12,875 KILOMETER LALUAN UNTUK LARIAN OBOR. Obor Olimpik itu dibawa mengelilingi Britain dalam tempoh sepuluh minggu dengan purata larian sejauh 284 kilometer sehari.

     d) 14 JUTA HIDANGAN akan disediakan pada Sukan Olimpik London, menggunakan 25,000 buku roti, 100 tan daging, 75,000 liter susu dan 330 tan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
      
     e) 46,000 PEKERJA PEMBINAAN membina Olympic Park dan Perkampungan Olimpik, dan Sukan Olimpik itu sendiri memerlukan tenaga kerja berjumlah 200,000 orang termasuk 100,000 kontraktor dan 70,000 sukarelawan. 
      
      f) 11 JUTA TIKET dijual untuk acara Olimpik dan Paralimpik di mana 75 peratus daripadanya dijual kepada penonton di Britain. Penaja, pegawai dan penyiar boleh membeli 13 peratus tiket manakala baki 12 peratus dijual menerusi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di negara lain. 

      g) 10,490 ATLET akan bertanding dalam 26 sukan Olimpik dengan jumlah 302 acara yang menawarkan pingat. Mereka tertakluk kepada 50,000 ujian anti doping. Seramai 4,200 atlet Paralimpik akan mengambil bahagian dalam 503 acara yang menawarkan pingat menerusi 20 jenis sukan. 

    h) 70 BIRI-BIRI, 12 KUDA, TIGA LEMBU, DUA KAMBING, 10 AYAM DAN TIGA ANJING GEMBALA akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan dan Stadium Olimpik akan bertukar menjadi perkampungan tradisional Britain. 

    i) DUA JUTA PELAWAT AKAN MENGUNJUNGI LONDON untuk temasya sukan itu menurut Menteri Olimpik,Hugh Robertson. Penonton akan membuat 20 juta perjalanan menggunakan pengangkutan awam London, termasuk tiga juta pada hari sibuk. 

     j) 34 VENUE sekitar Britain termasuk sembilan di dalam Olympic Park di timur London. Stadium Olimpik di tengah-tengah taman itu mengambil masa tiga tahun untuk dibina, menggunakan 10,000 tan keluli. Venue itu juga menyediakan 10,000 tandas sementara ‘yang cukup untuk memenuhi keperluan seluruh negara Malta.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...