Sejak awal tahun ini, aku ditugaskan untuk mengesan
graduan-graduan kolej aku…..
Jadi langkah pertama adalah aku mengedarkan borang-borang
pengesanan graduan untuk semua pelajar sama ada yang sudah habis belajar atau
yang masih belajar…. Supaya aku ada satu data base yang akan memudahkan aku
satu hari nanti…
Dan apa yang aku nampak, apabila setiap semester aku
mengambil data daripada pelajar yang sama… Aku menyedari mesti ada berlaku
perubahan…. Rupa paras pelajar sudah semestinya berubah, daripada kurus makin
gemuk, daripada kemas semakin selekeh….maklumlah semester semakin bertambah,
sudah menjadi senior la katakan….
Tapi yang aku bertambah hairan, setiap kali naik semester mesti
kebanyakannya nombor telefon pelajar berubah… Kenapa ye? Aku kena buat siasatan
ini….
Aku dari dulu kini dan selamanya nombor yang sama aku pakai…aku
sudah pakai nombor ini sejak aku tingkatan 5 selepas SPM….maklumlah dapat
telefon bimbit sebab dapat keputusan SPM yang okay…. kiralah dah berapa tahun
aku pakai nombor ini tanpa ubah…. Nampak sangat aku orang yang setia kan?? Heheh
Tapi mungkin aku akan tukar daripada line Maxis ke line lain kot heheh…. Tengah
tinjau-tinjau….
Kenapa ye orang suka tukar-tukar nombor telefon?? Bukankah
ia akan menyukarkan untuk orang menghubungi anda lebih-lebih lagi kalau anda
ada membuat bisnes??
ni telefon pertama aku....agak-agak kalau bagi kat budak sekarang, ada yang nak tak?
#Kepada pelajar atau graduan Kolej Komuniti Ledang, Sila
Like Page
Alumni KKLEJ, mungkin anda adalah salah seorang graduan yang tidak
dapat dihubungi